Sunday, January 30, 2011

Bukit Ampang - Earth Hour 2010

td ms godek2 lappy, ternampak gambar2 lama yg Incik Lelaki amek masa ktorg g Bukit Ampang time Earth Hour 2010. konon nak tengok KL dr atas bukitla..padahal masa 2, sok pagi kol 8 ada exam. wohha! mmg terbaek dari ladangla kan. ada org cakap nama bukit ni Bukit Ampang, ada jugak yang cakap Bukit Permai. ntah. aku xtaw mana yang betul yang penting ada perkataan Bukit ye. korang tgk jela gambar ni eyh!







penat menulis : kredit to Incik Lelaki sbb gambar yang dia amek cantik. sbb 2 saya suka jadi model xberbayarnya. hehe!

Lelaki vs Wanita

arini aku nak share sikit pasal perbezaan lelaki dan wanita. bukan secara fizikal, tp lebih menjurus kepada sifat dan yang berkaitan dengannya. 


Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala
lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih
banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

Kulit lelaki lebih kasar, kulit wanita lebih halus.

Wanita lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan
besar suaranya.


Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding
wanita.Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

Demikian juga pada segi psikologi ,wanita secara umum lebih
bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasan.



 Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih
menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka,
menampakkan banyak benda.

Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara
kecil sehingga perkara besar.Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila
berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank.

Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan
wanita ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci, pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami,gambar anak,cermin mata hitam,buku telefon, tuala ehem..ehemm... dan macam-macam lagi.

Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita?Jawabnya kerana
wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh
berlaku. Mereka lebih peka , apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar. 



Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita.
Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa
keluar dari rumah awal pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap
bersungut.Suaminya, pabila keluar sahaja dari rumah, yang
dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke
sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai
baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah . Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan...... Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang
menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu
berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah,jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta. Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga
berpuluh tahun Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu , maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.



Hebatnya seorang wanita, perempuan, isteri, ibu!


sumber : tokeikedai.net

Saturday, January 29, 2011

bowling-juara longkang-owh malu!

hari rabu lepas (xingatla bape hb.korang pi tgk kalendar je lah ya) kelab rekreasi tempat aku keje (lokasi dirahsiakan. haha) buat pemilihan utk wakil HQ ke Kuantan sms tournament bowling bulan 2 nanti. niat aku join diorg ni sume bukan atas sebab nak main, cme saje kuar huha huha ngn diorg since da lame xg jalan2 n gaji baru masuk (ehh xpyahla mention sal gaji 2..kau ni!) aku igt malasla kan nk main (ekcelly bukan malas, tp mmg xtaw main. tangan mcm kayu kot!) dah byk kali aku men, tp longkang juga yg ditujunya. (ko mmg xske aku ea bola?) tp dlm malu2 nak main 2, terpaksa jugak main sbb diorg paksa main. adoila. bertambahla **maluan aku nnt. cukuplah ms kat UPM dulu. kan epol? kan amar? aku taw korg baca. heheh! ok, aku cipta rekod sbb ranking paling last! oyeahhh!!!!

aku suke gambar ni!

Sunway Mega Lanes-Bowling

makan je kak bola 2

antara ofismate yg join sama

boley tahan gak gmbo yag ko amek Atiqah =p


macam kembar tp x

sebelum pi men bowling 2, ktorang singgah elianto jap. kalau korang nak beli make up ke apa kn, g la elianto sbb elianto guna bhan2 organik a.k.a xde bahan kimia berbahaya. kat cini paling best sbb 'akak' pinkie consultant elianto 2 make up kan ktorg sume n dia ajar cara-cara gne eye shadow, eye liner, blusher etc etc. utk aky yang jahil bab2 make up ni kre agak terpegun gakla (sambil mulut ternganga) cantik! sape??? owwhhh, 'akak' pinkie 2. haha!


mata Kak Yatt

'akak' Pinkie

'akak' Pinkie make up aku lak


kami dapat ni masa beli prosperity kat Mcd. sila jeles =p

cukuplah gambar ni. aku da xlarat nak upload and edit. haha!

Sunday, January 23, 2011

Gambar Perkahwinan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha

sumber : Yanmieonline.com

cantik sangat Ayu Raudhah. mmg sepadan dgn Zaquan. nikmatilah gambar-gambar di bawah ini. layannnnnn~













eh yang ni bukan zaquan & ayu Raudhah...keke

Saturday, January 22, 2011

DSLR & Broga Hill

perasan x, dewasa ini...ececeh teringat zaman SPM dulu wat karangan BM ngn cikgu Najib. seiring dengan arus zaman, kt banyak diperkenalkan dengan teknologi-teknologi yg semakin canggih. cnthnya DSLR. dulu zaman-zaman aku skola menengah, kamera yang gne filem 2 pon dah kre cukup bagus dah. ble start matrik, kamera digital pula mengambil tempat. sapa-sapa ada kamera yg guna filem ni dikira ketinggalan zamanlah. pertengahan zaman Universiti pulak, masing-masing dah sibuk bercerita pasal DSLR atau nama sebenar adalah Digital Single-Lens Reflex *ala kamera yg besar ms amek gambar pengantin*

sekarang ni, DSLR dah bersepah org guna. xkira kecil atau besar. DSLR ada byk jenis/brand cthnya spt Canon, Nikon, Sony, Lumix, Pentax, Hyundai, i10, etc etc. tahun 2010 merupakan tahun yg mana org sibuk bercerita tentang DSLR @ fotografi menggunakan DSLR. bagi mereka yg suka mengambil gambar, kamera ini cukup memberi kepuasan. bergantung juga kpd saiz lens yg digunakan. 



ok, habes bercerita mengenai DSLR, beralih pula kpd Broga Hill. ape kaitan DSLR dgn Broga Hill? ok, dah de kamera besar gedabak mestilah kne suka amek gambar kn? Broga Hill merupakan salah satu lokasi photoshoot yg terbaek kat Malaysia. no wonderla Datuk Sheikh Muzaffar Shah pn wat photoshoot kat sana utk majlis perkahwinannya. memang terbaek dr ladang scenery kat situ. mmg dah berlambak kat fb/twit/blog, diorg-diorg bercerita pasal Broga Hill sekarang ni. wat aku jelesh! of koshhh!




cantik kan???

ni antara pic-pic Broga Hill yg aku amek. aku xde gambar kat Broga Hill lagi. kena tggu aku dpt DSLR dulu. sabo ye Anne! 

p/s : aku pn nak tawan Broga Hill dgn DSLR nanti. tunggu masa jer. yeahh!!

sumber : pakcik Google

Friday, January 21, 2011

Putrajaya-Muar-Putrajaya

salam...
hai pembaca..!!!
*mcm xsedap plak bunyinya*
ok, hai readers!!..

harini aku just nak share cerita cintan cintun perjalanan aku ke MUAR dari Putrajaya dlm ms 24 jam..ada apa dgn Muar?? haaaa...itulah kg halaman aku..best gak Muar ni wlaupon xsehebat bandar-bandar lain kat Malaysia ni. ala lbh kurg mcm pekan Kajang jela..ekcelly aku balik Muar sbb pak cik aku meninggal dunia..aku gerak pg-pg lagi dlm kol 7.g amek Incik Lelaki dulu kat Putrajaya, then kol 8.30 pg bertolak. kol 10.30 sampai kubur Sg. Balang. tp xsempat tgk arwah sbb dah dikebumikan. terkilan jugak. dah abes laju da Incik Lelaki drive. arwah meninggal sbb semput, mungkin dah ajal arwah. aku mmg rapat giler dgn famly arwah. mmg terasa kehilangannya. arwah mmg seorang yg garang, aku pn takut dgn dia. dulu pernah ms kecik2 main-main kayu ngn anak dia, then terkena kat mata anak dia. arwah marah aku. 2 yang smpai skrg agak takut dgn dia.

ok, cukuplah bercerita pasal arwah, tujuan utama aku wat entry ni adalah nk bgtaw yg Incik Lelaki fes time dtg umah aku! wohaaa! secara xdirancang, smpai jugak dia kat umah aku yg xseberapa 2. yela, umah kg kan. dia ckp mmg nebes giler ms nak smpi kg aku 2. nebes sbb nnt jmp famly n sdare mara aku sumer kn. heheh! time ni la aku leh nmpk betape kecuakan diwajahnya. mlm pas magrib 2 ada tahlil, Incik Lelaki kena joinla. wajib! pas abes tahlil, dlm kol 10 mcm 2, ktorg decide nk balik Shah Alam. ms 2 lah sesi temu ramah pihak media masa sumer. mmg nmpk sgt muka beliau yg sgt merah sbb malu. cian dier...hehe.

utk xnk beliau boring duk sorg2, aku ajak g jalan-jalan kat Muar ni. aku ajak g minum cendol, mkn soto, g Kolam Air Panas. * ekcelly umah aku dekat je dgn Kolam Air Panas Sg. Gersik 2*. pastu aku bwk dia g Tanjung Emas. so far dia ckp seronokla. aku pn riso gak kalau dia moody ke apa sbb bosan kn. aku mmg eksited bwk beliau blik kg. klau nk tggu secara dirancang, mmg xtawla ble. ni kira mcm menyelam minum air la. heheh! yang paling bestnya, kezen2 aku ramai yg cakap muka aku sama ngn Incik Lelaki. tp ble aku belek2 muka dia, xnmpk plak kat celah mana yg sama. adehhh! mungkin di lubang hidungnya yang besarkah? itu yg kt xpasti. mak aku hepi sgt2 ble aku bwk blik Incik Lelaki. ayah aku lgla, berborak xhengat dunia, mntg2la Incik Lelaki 2 jenis yg melayan. klau aku, da lama cabot.hehe.

pas tahlil abes, ktorg decide nak blik sbb dia ada hal esok. smpai Putrajaya kol 2 pagi sbb singgah Melaka jap g Kampung Morten tgk cruise. penat mmg penat, tp aku tdo jela kat seblah seat driver 2. hehe! syg kamu sbb sruh sy tdo n kamu drive sorang-sorang. best sgt-sgt! nnt ble2 blehla blik kg lagi kalau ada musim durian ke kn. *tp tgk pokok durian yg tinggi2 2, bunga pn xde, haishh ble la nk merasa buah durian tuk thun ni* =)

p/ s : sy sgt heppy! yippie!

Tuesday, January 18, 2011

cukuplah sekali ini

jika kamu berada di tempat saya pada waktu itu, ketahuilah bahawa saya sgt risaukn kamu..ttpi kamu menganggap ianya satu perbuatan yg tidak patut dilakukan dan terlalu membuat anggapan yang bukan-bukan. tahukan kamu, sy hampir kemalangan dek kerana ingin mencari  kamu? saya memandu dgn perasaan yg berdebar-debar dan hanya memikirkan kamu pd waktu itu..dalam fikiran saya, hanya memikirkan kamu dan bibir tidak lekang menyebut 'ya Allah, selamatkanlah kamu walau di mana kamu berada'..cukuplah sekali ini sy jadi spt org gila yang memandu tanpa arah tujuan semata-mata utk mencari kamu kerana sy xtahu di mana kamu berada. cukuplah sekali ini sy mengalami keadaan genting itu walhal pada kamu ianya hanyalah sebuah anggapan enteng yang xmunasabah. baru sy mengerti perempuan dan lelaki itu berbeza, juga pada sifat & perasaan..cukuplah sekali!

Monday, January 17, 2011

Tips jumpa bakal 'mertua' utk pertama kalinya


housemate sy cik Pija, mempunyai masalah gatal-gatal..ehh bukan-bukan, bukan itu yg sy nak sampaikan.
tp, beliau akan berjumpa bakal mertua pada CNY nnt..

bila dia meluahkan perasaan belum bersedia dan meminta tips-tips yg boleh membantu apabila berjumpa bakal mertua buat kali pertama, aku teringat ble aku dlm keadaan dia waktu tu..

xsemestinya jmp bakal mertua bermaksud menghampiri alam perkahwinan @ pertunangan..tp sbagai permulaan utk bersuai kenal antara satu sama lain..*ehh nmpk sgguh ilmiah kan ayat aku?..theeee hehe*

antara tips yg boleh aku kongsikan di sini adalah :

tips 1 : Masa
apa yg boleh aku share kat cni adalah waktu utk bjumpa bakal mertua perlulah pada waktu-waktu keraian @ 'bersempena' cthnya spt Hari Raya, kenduri, ataupun sempena majlis apa-apa di mana tuan rumah mengalu-alukan kedatangan anda.

p/s : aku g uma Incik Lelaki ms open house aritu..cuak mmg cuak tp sbb org ramai, so mak ayah incik lelaki xterlalu fokus kat aku..hehe

tips 2 : Pakaian
pakaian mestilah yg sopan..ala kalau korg xpnah pkai bju kurung pn, tryla pakai waktu ni..kan nmpk lebih manis and sopan dan ayu gitu..tp kalau nak pkai blaus *btul ke ayat ni?* pn boley..tp mksure sopan ok! =P
bg yg lelaki plak..seeloknya pkaila kemeja lengan pendek @ t-shirt berkolar + jeans/slack..jgn pkai t-shirt gambar tengkorak sudahla..sakit jantung diorg nnt.hihi..

p/s : aku pkai bju kurung siott ms ni...yela, kata raya kn =P

Tips 3 : Topik Perbincangan
kalau korang dah tak taw sangat nak bbual apa dgn diorg ni, lbh baik buat revision awal2..mksud aku tny ckit bckground and info semasa mengenai bakal mertua 2..korg kne alertla diorg keje apa, minat diorg, etc etc...kalau korg plak jenis pendiam, n bakal mertua 2 suka berborak..korg dgr jela apa yg dia nk cerita dan mencelah ckit2 tanda korg pay attention dgn apa yg diorg cerita..kdg-kdg bakal mertua 2 espclly si mak ske bercerita pasal anak lelakinya waktu kecik2.so dgr jelah ok..

p/s : mak Incik lelaki ske bercerita pasal Incik Lelaki..sweet jer dgr cte ms dia kecik2 dulu..tp berbeza plak dgn Incik Lelaki yg jmp parent aku, dia tpaksa dgr apa yg ayah aku cerita sbb ayah aku mmg suka berborak..Incik lelaki smpi tenung muka ayah aku, punyalah pay attention nk?? hehe

Tips 4 : Rajin-Rajinkan Diri
utk lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih sesuai dgn berborak dan duduk-duduk..tp bg perempuan pula, kalau boleh ringankanlah ckit tgn 2..klau korg xpnah jenguk dapur skalipun kalau kat umah 2..tp at least taw caner nak cuci pinggan, buat air..bakal mak mertua 2 xmarah pn klau korg just ikut dia ke dapur dan angkat air..@ sekadar cuci pinggan slps makan..2 sumer kan point utk impress bakal mertua kn??

p/s : ms ni sume tolong2 kemas meja, tuang air, wat air n mcm2 lagi.hehe..dak2 llaki lak amek ksempatan suh cucikan pinggan diorg skali...nakal ye korg.huhu

Tips 5 : Be Yourself
last skali, biarlah korg buat ni dtg dari hati yg ikhlas..xpyh ikut-ikut orang bagai.kalau korg mmg banyak mulut, means peramah la knonnya..jd jelah diri sendiri.xpyah nk hipokrit depan diorg ckp bajet2..hehe,sory ayat mcm kasar ckit..tp jgnla duk berkepit ngn si teruna 2..bg space utk diri sendiri utk lebih mengenali hati bakal mertua..*yelah,hati si BF korg kn da cukup knal kn =)*

p/s/s : gud luck cik Pija!!

Lulu oh Lulu

salam..
da lama xupdate blog kn? kn? kn?
okies,
nak wat luahan hati ckit..*ckit jer ok!*

Lulu,
knal x sapa Lulu?
Lulu adalah tuan tanah ehh bukan-bukan, kenderaan rasmi Cik Lulu..
ok,kenderaan 'RASMI'...*yg xrasmi adalah spt kembara Incik Lelaki, Myvi itam Cik Odi/Nor, Saga BLM cik Siti, dan ahli kelab baru Matrix cik Yana..akan dtg Persona cik Intan dan mebi Ferrari cik Pija.. *yg ni xmustahil..keke*

baru skrg aku rasa, betapa byknya wet *wang* perlu di 'spend' utk Lulu *juga utk korg yg mmpunyai rakan-rakan seangkatan Lulu spt Rusa, Kancil, Kelisa, Singa, Rimau etc etc*

dulu ms lom beli kete, xtfikir pon bnd-bnd 2 sumer..xtaw plak kalau da de kete bykkk wooo kne berkira psal wet =P

cme sng dah de Lulu ni ble tyme nak mengembara atau dlm erti kata lain membuang masa yg ada

perkara-perkara yg perlu difikirkan adalah spt :

pertama adalah monthly payment *ehh ckp omputih plak dakni*

kedua adalah minyak!! even Lulu 2 jimat minyak...tp kalau dah ron95 asek naik harga..*adehhh*

ketiga adalah service stp 5000km *skrg ni dah 5000km, tpm xservis lg sbb sob sob sob *pengaliran wang yg tersekat atau dlm erti kata lain lom gaji* keke

keempat plak roadtax..owhhh, mana aku nak cekau wet RM1000 utk roadtax bln 10 nnt..pening2.

kelima adalah maintainance kete cthnya spt : myk itam, tukar tayar, sport rim (yg ni nak tukar sbb ngade2..hihi) etc etc..

keenam : ada pnmbahan lain-lain yg aku xtaw dan perlu di 'refer' pd Encik Lelaki..mebi spt flip flop dan bantal-bantal busuk? *ehhh mengarut!*

p/s : saya budak baru belajar yg baru bekerja..yg semua baru..cth spt baru blajar memandu! haha

Saturday, January 15, 2011

selingan di malam hari

aku nak tunjuk something.....

tadaaaa...!!!!!


p/s : apa yg korang fikir 2??? hahahahhahaa nakal!!

Mr.X yg perasan 'howt'

hai alll.....(perasan macam Heliza Helmi lak) keke
lama kan xberupdate blog i neyh..hari-hari aku bkak blog, tp buntu xtaw nak share apa..apakah??
aku kadang-kadang pelik tgk orang wat new entry hari-hari, diorg share apa? haisshhh...ok2,sbnrnya bkn itu yg aku nak cerita,, 2 cme selingan di celah gg hokey...




camni-camni,
aku dpt kol mlm td around 9 p.m..(aku xsave no ni,so aku angkat jela)
guess who sapa yg kol aku? haaa...itu yg aku nk bgtaw.ekcelly ada sorg mamat kat company aku ni. nak dijadikan cerita, aku mmg berurusan kerja ngn dia..dia mmg pkerja yg bagus dan ternaek dlm wat kerja-kerja dia. aku tabik spring!!! 


aku ni kan peramah kan..u know.....well.
nama beliau adalah encik X..ble dia berurusan dgn aku, xnmpk sgt yg dia ni gatal..cme dia mtk no fon jela.yela,kat department aku biasa mmg akn bg no fon kat staff2 lain sbb sng nk berurusan nnt..aku bg je kat dia dgn niat 'bekerja'!


Mr X : xpyahlah berencik-encik dgn saya
aku   : soryla..sy xbiasala pggil nama jer, semua org llaki kat ofis sy pggil encik..(ke awk nk sy pggil akak?)


xtaw plak dia kol aku mlm 2 tny macam-macam..tp dr segi dia ckp 2 mmg nmpk sgt dia desprate nak cari awek..euwww!!! igt aku nak layan ko?? sory, i'm taken! kalau dia nak kol aku xkisah, asalkan dlm waktu ofis hour..n ofkosla sbb keje kn..ni kol 9 mlm, ape citer der? nmpk sgt ko nak mengayat kn..


ble aku tny kawan-kawan bujang yg lain, rpenya rmai dah dia cuba..bukan aku sorg je.OMG!
ble aku sebit mr X je, diorg knal..n tny pnah kena kacau x? of kos penah! errkkk.. kira dia nak test market la ni kn..  


p/s : pasni aku xnak angkat fon klau dia kol..tp xleh nk lari dr dia sbb aku mmg akan berurusan dgn dia..adoiii!


p/s/s : td masa aku nak g lunch, aku nmpk Zamarul Hisham ^^

Sunday, January 09, 2011

tolong ingatkan aku

Tolong ingatkan aku : 

1. jika aku lupa utk mengingatiNYA

2. jika aku terleka dibuai hiburan-hiburan dunia

3. jika aku asyik mengharapkan bantuan lain sementara tidak pasti akan kebolehen sendiri

4. jika aku terlalu sibuk dengan urusan dunia

5. jika aku masih mengalirkan air mata murahan walaupun sebenarnya tangisan itu adalah hak Allah

6. jika aku masih berdegil dan bertindak tanpa rasional dengan nafsu terburu-buru

7. jika aku masih belum matang dalam membuat keputusan

8. jika aku masih berkeras kepala dan tidak mahu mengalah dengan orang lain

9. jika aku lupakan tanggungjawab yang besar iaitu berbakti kpd kedua orang tuaku

dan

10. jika aku terus hanyut dan dilemahkan oleh pujuk rayu syaitan durjana...

p/s : tolonglah ingatkan aku



Keinsafan..ya!




petang td saja godek2 fesbuk and someone bg link 1 blog ni yang 'sumpah xrugi dibaca'
aku pon dgn terkial-kialnya menekan butang kiri tetikus dan terus membaca..dirikudrcinta.blogspot.com..
apa yang aku boleh cakap, pengisian blog ni sangat-sangat bermanfaat dan sangat seronok utk dibaca..
ekcelly, bukan seronok tp membina keinsafan..Sumpah!! 

aku leka membaca setiap perkataan dalam blog ni..
setiap patah perkataan drp cik penulis blog ni amatlah bermanfaat dan memberi keinsafan kepada aku..
betul, bila aku baca dan berfikir sedalamnya..rupenya banyak dosa yg tlh aku buat dan byk bnda/perkara yg menyebabkan aku leka kpdNYA..

aku akui, aku x sempurna (bukan fizikal, tp rohani)
banyak bnd2 penting dalam dunia ni yang aku taw tp aku abaikan
byk sangatttttttttttttttttt!!!!
hinanya aku di mata Allah..

blog ni jugak banyak menginsafkan aku dgn cara penulisannya yang banyak memotivasikan diri..
sbgai cnthnya "tolong bayar bil udara' andai itu kata Allah"..
nikmat yang terbesar Allah bg adalah nikmat Islam dan Allah mencintai kita dengan nikmat, tp kt membalasnya dengan maksiat..adil ke kt buat Allah mcm 2?

Tangisan Hanya Milik Allah!

aku terdiam dan terkelu lidah bila membaca entry ini
tangisan-jangan-mengalir-sia-sia

kita selalu menangis pada benda-benda yang kt anggap sangat penting tp kt malu nak menangis depan Allah..sedangkan Allah yang kt cari bila ditimpa kesusahan. aku selalu menangis cthnya bila bergaduh dgn incik lelaki, kena marah dgn bos, etc. etc..kadang-kadang aku sangat benci bila aku menangis, tp xboleh nak buat apa sbb air mata turun dgn sendirinya..aku cuba untuk bertahan..tp memang susah. aku cuba nak berubah. dah banyak kali mencuba, tp selalu pulang dgn tangan kosong. semoga kali ini betul-betul membawa perubahan dalam diri aku..amin

p/s : maaf kalau korang rasa tulisan aku macam sampah sbb aku xreti mengarang. betul!

Friday, January 07, 2011

Penjara Maut Pulau Jerejak

aku xtahulah knp kan..kalau aku tgk lori polis bawak banduan, mst aku rs seram sejuk..rs bulu roma ni meremang semacam..pagi td nak g keje, nampak lori polis bwk banduan.nampak r banduan-banduan dlm 2 kan..terus je bulu roma aku meremang n jadi dup dap dup dap je hati aku..aku pandang je banduan dlm lori 2..aku pn xfaham knp aku takut sgt tgk banduan..stp kali tsrempak ngn lori polis bwk banduan mesti macam 2..


sepantas kilat aku teringat penjara Pulau Jerejak..korang pernah g sana x? aku pernah g thun lpas ms field trip..mmg scaryla tmpat 2..dlm pulau yang tersorok, pastu tgk keadaan penjara 2 yang xbleh nak ckp apala..

pandangan dari luar

kawasan tempat tidur





penjara Pulau Jerejak ni digunakan utk pesalah masa zaman penjajahan dulu..penjara ni dipanggil penjara maut sbb xde sape bleh terlepas dr sini..sbbnya pulau ni dikelilingi oleh laut..kalau banduan-banduan ni lari pon, diorang akan mati kat laut..kalau dalam penjara plak, mmg cnfirm akan mati..nak g ke penjara maut ni ambil masa 1 jam dengan berjalan kaki dari jeti..korang akan rs bulu roma berdiri ble dah nak sampai ke tempat 2..sumpah! tp ble kt tgk 'mural-mural' kat dinding 2, nmpak mcm banduan-banduan ni agak terpelajar, yela dr segi bahasa yg high class 2 kan..tp mebi diorang salah langkah..2 yang kena hukum..

pada aku, mmg 1 pengalaman berharga la dapat pergi ke tempat macam 2..fuhhhhh 

p/s : korang pernah g penjara pudu x? mcmana ya keadan kat dalam 2..?

Tuesday, January 04, 2011

P


korang pelik x dgn title entry yg bertajuk 'P' 2? haaa...P bkn sebarang maksud ya, tp P yg aku maksudkn ni adalah Parking...weeeee.

ekcelly, aku nak citer ckit pasal mencari parking! fuhhh, pnat beb aritu aku pusing Giant seksyen 13 Shah Alam sbb parking FULL! ok,4,5 kali round kot..sampai baju bsh sbb berpeluh gara-gara cari parking..last2 aku tggal kete kat dpn Giant then aku sruh kezen aku cari parking plak..dasyat x?? yela,esok (Isnin) dah start skolah, dak Poli, Uitm, MSU..so sume sibuk nak cari itu ini di saat-saat akhir kan..mimpi ngeri aku hari 2..haha


ble mlm td g Giant, bersepah parking yg '0'....owh alangkah bhagianya dapat parking..sumpah xtipu.aku rasa korg pn penah ada pngalaman mcm aku kn? ble aku tgk byk parking yg '0' 2,dalam hati berkata 
" kalaulah aritu parking byk mcm ni pny ksong"...........
btullah kata org, paling bosan ble cari parking! setuju! korang setuju x?

p/s : mmg tensen kn ms cari parking time manusia berpusu-pusu shopping?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...