Wednesday, February 29, 2012

a new beginning to b2b blog. insyaAllah :)

tiba-tiba rasa macam jatuh cinta dengan warna-warna pastel ni. tak tahulah sindrom ni bermula bila. tapi memang tiba-tiba. warna-warna pastel yang aku maksudkan adalah seperti peach, offwhite/cream, pink and purple. sumpah sangat shantek. terniat jugak nak jadikan blog ni blog bride-to-be macam intanorazam dan yang seangkatan dengannya. cubalah scroll blog dia, sumpah akan tertawan dengan kombinasi warna-warna yang dia gunakan. aku pun terpengaruh sama la ni. niat memang ada, tapi bila nak menaip je, terus jadi malas. 

insyaAllah aku akan cuba jadikan blog ni blog b2b (kalau tercapailah..hehe). ekcelly bukan b2b sangat pon mebi sebab aku just share apa yang aku buat untuk persediaan kawen nanti contohnya doorgift, hantaran, tema, dll. xdelah detail macam intanorazam. belum sampai ke tahap itu kerajinan aku untuk berblog. hihi *nak masak pon malas ada hati ko nak buat b2b blog. fine. 

sekarang ni tak banyak persediaan lagi aku buat, cuma aku dah sediakan 1 buku untuk buat checklist kawen. korang mesti ada 1 buku ye. ni pon aku tahu sebab housemate buat. so aku buat2 ikut even mcm lama lagi majlis. FYI, housemate2 aku ni sume dah nak kawen n mostly dah bertunang. 6 org duk dalam 1 rumah, and 4 org tunangan orang termasukla aku. heeee. dimulai dengan tarikh 11/3 then 2/6 and 8/4 seterusnya insyaAllah 16/9 (aku lettew). yang lagi sorang plak bakal bertunang 1/9 ni. alhamdulillah habis laku housemate2 aku. macam pisang goreng panas. lai lai lai. heeee 

so far ni baru buat hb jelah macam yang aku citer pada entry lepas. mak andam, butik pengantin and photographer pon aku da booked. nampak macam awal sangat kn? sebab aku memang nak butik yang ni coz mekap lawa sangat n gambar pon cantik. aku risau jugak kalau kot2 la kan tarikh yang aku nak penuh. memang menangisla. baik tempah awal-awal. mak aku ada bising-bising jugak cakap butik ni jauh dari rumah. tapi alasan aku "mekap cantik". alasan yg membina kan? kalau area Muar lehla search yang ni :


hb dari sekocinorlie

tema kaler pun rasanya dah decide dah nak warna peach+krim+pink+pepel pastel. harap-harap menjadilah tema aku ni kan. kursus kawen pon awal-awal da settle da. buat kat presint 16, Putrajaya. korang bolehlah search alshahir. tempat yang sangat selesa sebab buat kat auditorium dan sudah tentulah disediakan makan minum. hanya RM80. 

barang hantaran pon dah finalize nak bagi apa. mebi 11 dulang balas 9 dulang. macamana ya nak buat kelainan pada hantaran?? pening fikir. rasa macam nak letak teddy bear comel-comel kecik-kecik wane krim kat barang hantaran. awesome....kot? aritu jalan-jalan kat Jusco Bukit Tinggi. ada plak promotion perfume Ralph Lauren Big Pony 4. so decide beli jela dulu utk Encik Tunang. tentang gubahannya pulak, aku pening nak buat macammana. nantilah fikir, ada masa 6 bulan lagi. untung jugak housemate2 ramai yang nak kawen sebelum aku. boleh tiru je idea-idea dorg utk buat hantaran n doorgift. hehe

aku beli yang no. 4

cukuplah mukaddimah untuk entry kali ni. mukaddimah?? aku akan share lagi banyak info pasal b2b. insyaAllah :)

Wordless Wednesday #3





*Jangan terlalu akrab, kelak akan renggang satu hari nanti. biasa-biasa sudahlah 

Wednesday, February 22, 2012

Hand Bouquet from SekociNorlie


sekarang ni tengah survey-survey hand bouquet (hb) @ bunga tangan yang guna felt craft untuk majlis aku nanti. aritu usha-usha jugak kat blog intanorazam, tapi dia da closed order untuk tahun ni..hampa.

tadi try browse tenet terjumpa blog sekocinorlie ni. alhamdulillah dia still amek order n ada promotion lagi sampai hujung bulan 2 ni..RM85 diskaun kepada RM65. so cepat2lah aku pm dia kan. tak nak terlepas lagi. comel sangat ok!! aku suka benda yang comel-comel gini, haruslah tema kawen nanti comel-comel jugak kan. heee gataii naaa. aku request handle hb warna dusty pink/peach pastel n felt warna biru tukar kpd peach. 

korang rasa ok x? ke x ok? 

 ok, ni lah owner blog 2. papehal kalau nak order hb or watsoever bolehlah email ke sekocinorlie@gmail.com

oh sangat tereksaited! tak sabar tunggu delivery 2 nanti. lagipun dia duk Shah Alam je. leh COD tak payah nak postage-postage bagai. yeayyyyy seronok!

Saturday, February 18, 2012

Foster The People - Pumped Up Kicks


lagu ni dah lama aku dengar kat Red Fm. tapi tak tahu lagu apa.so arini baru dapat tahu ni lagu dari band apa.heeee suka....memang syokla layan lagu ni..enjoyyyy

Wednesday, February 15, 2012

DIY Pomander Ball dan Mini Pelamin




akhirnya, hajat nak siapkan pomander ball and love ni tercapai bila keempat-empatnya siap. memang senang nak buat,tapi tersangatlah leceh kononnya utk tangan kayu macam aku ni kan. mula-mula ingat nak sewa je mini pelamin, tapi macam membazir plak kan. so decide dengan Future Mother-In-Law nak DIY je. 
*my FMIL memang sangat kreatif uolls. no wonderla aku mintak pandangan dia dalam bab-bab decorate majlis E-Day aku ni. 

ok bila dah decide nak DIY, terus je my FMIL bagi idea nak gubah bunga dlm pasu letak kanan kiri. tirai yang belakang warna putih maroon 2 memang my FMIL ada kat rumah. so pinjam jelah dulu. untuk bantal alas duduk pulak, my FMIL pinjam kat jiran sebelah rumah dia. 
so aku hanya keluarkan kos untuk beli 3 biji bantal yang wane maroon, 2 biji lampu IKEA yang berharga RM60 and kain untuk dibuat tirai bewarna kelabu berharga Rm 2.50 semeter. kanan kiri mini pelamin ada gubahan bunga dalam pasu yang berharga RM87 dan bunga tu letak jelah kat umah buat perhiasan. 
jimat bukan? serius seronok DIY untuk majlis sendiri. 
nanti kawen pon insyaAllah nak DIY jugak apa yang patut.

 *pomander ball ada 3 biji,tapi lagi 2 tak bape nak nampak pulak dalam gambar. hehe

Wordless Wednesday


kita sendiri pon tak sempurna, so kenapa nak judge orang lain tu sempurna atau tak? 
renung-renungkan dan selamat beramal :)

Sunday, February 12, 2012

Jiwang Jiwang


kawan,sahabat,teman,kekasih dan tunang saya


terima kasih kerana menjadi supporter, pendengar setia dan penasihat yang terbaik untuk saya hadapi cabaran dan dugaan dalam hidup ini. 


terima kasih untuk segalanya. ILYSM


*dari kawan menjadi cinta,dan berjanji untuk setia @>---

Friday, February 10, 2012

Paper Bag Yang Awesome!






p/s : ok dapat idea macamana nak buat goodies bag masa tawen nanti. 
haruslah comel-comel belako
tak sabarnya nak decorate..heeeee

Wednesday, February 08, 2012

Yuna ker??


ada iras Yuna tak? hehe *pengsan

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah


alhamdulillah...syukur yang tak terhingga kupanjatkan kepadaMU ya Allah =)

Engagement Day


alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi atas limpah kurnia dan rahmatnya, selesailah majlis pertunangan aku dengan Encik Tunang (dahulu dikenali sebagai Encik Lelaki..hehe) pada 6 Feb 2012 yang lepas. 

terima kasih yang tak terhingga kepada family dan saudara mara, jiran tetangga, kekawan, keluarga dan rombongan Encik Tunang kerana sudi memeriahkan dan bertungkus lumus menyempurnakan E-Day aku. 

pelik betul, tak rasa nervous langsung masa tunggu rombongan datang. check2 jugak dada,tapi tak berdebar-debar pon. mebi sebab aritu aku demam. oh ye, bukan demam sebab nak tunang ye. tapi mmg family aku ramai yang batuk2 n seseme waktu 2. sehari lepas tunang je terus suara aku hilang ntah ke mana. malas nak citer banyak..jomlah kita layan gambar yer..ngeeee

 mom n future mom-in-law




geng-geng UPM. sangat terharu bila korang datang dari jauh


inilah buah hati pengarang jantung saya. mekasey syg sebab tunaikan janji.
ILYSM.....
ngeeee gataii

p/s : serupa tak macam Engagement of Maria Elena?? ngeee pasan je lebey 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...