Saturday, March 31, 2012

Saya Bizi Body

lately ni aku tersangatlah bizi. bizi dengan persiapan kawen? ohh mestilah tidak. bizi dengan kerja-kerja opis yang takkan pernah abes. sangat menanti  kedatangan 20 April 2012. bukan tarikh penting or watsoever, cuma tarikh aku lepas dari kerja-kerja external audit ni haa.outstation sana sini.hadoila..sekarang ni tak sempat nak berangan-angan or wat persiapan kawen. fikir kerja je sampai tido pun tak lena. cepatlah 20 April. wuwuwuwuwuwuwu. saya nak kawen..

kepada yang menanti tentang entry berkenaan b2b tu, maaflah blog saya tak berhapdate. *macamla ada org baca blog ko. korang tunggu lepas 20 April yekk. tunggu yekk

Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday #5

 

jom tutup lampu selama 1 jam dan kurangkan pnggunaan tenaga haba. 

sayangilah bumi kita :)

Tuesday, March 27, 2012

Video Awal Ashaari Melamar Scha Al Yahya


so sweetla Scha and Awal ni..semoga kekal hingga ke matlamat yang diimpikan. aminnn

Tuesday, March 20, 2012

Friday, March 16, 2012

Euro 2012

 
Euro 2012 yang dinanti. 
*
*
*
*
*
*
*
dan semestinya aku pilih dan sokong Germany!

 

Tuesday, March 13, 2012

Kami Rindukan Zaman Kuwos!!

My Encik Tunang

kami rindukan zaman itu!! kami rindukan zaman itu!! kami rindukan zaman itu!! 
gambar diambil pada tarikh 10.10.10 semasa konvo UPM..
dulu kuwos je...En Tunang pon ensem jer nengoknya..sedap mata memandang..
sekarang pon sedap mata memandang jugak..hihi 
*sedapkan hati

wahhhh jelesnya dengan zaman keayuanku dulu. 
*sekarang dah tak ayu ke? heh perasan

Monday, March 12, 2012

Penangan Filem Hikayat Merong Mahawangsa

 memula tgk dari tepi je

last-last dia amek semua seat depan.

bukan kemain khusyuk kucing aku ni tengok movie Hikayat Merong Mahawangsa. memang best sangat agaknya citer ni sampai kucing aku nengok tak berkelip. memang patutla citer ni box office. kucing pon addicted! heee rindunya kat si kucing ni. semalam balik kg dapat memain dgn dia. memang xkering gusi dengan keletahnya. 

 *maaf nama beliau terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. kau hade??

Sunday, March 11, 2012

Selamat Pengantin Baru Fara

Selamat Pengantin Baru kepada officemate merangkap senior UPM, Nur Farahana Mohamad. berkesempatan pergi ke weddingnya pada 11 Mac 2012 bersama-sama adik dan En Tunang tersayang. ngeee. Fara dah kawenla..macam xcaye je kan.heee.
maaf, entry kali ni tak banyak ayat sebab penulis sangat penat jadi co-pilot. *pengsan.

korang layan jela gamba eh. 

ok, gambar xleh blah..gumuknya saya



adik kiterla awak..

my En. Tunang yang semakin boolat sama macam yang taip ni haaa, adoyaiii

last but not least, Semoga berbahagia hingga ke syurga Fara. jodoh dan pertemuan di tangan tuhan. rite?

Thursday, March 08, 2012

Gambar Lisa dan Yusry Honeymoon di Eropah

gambar Lisa Suri Rumah Yusry yang super duper comel. Yusry nampak macam lagi muda pulak. maklumla kawin dengan orang muda. mestila nampak muda kan. gambar honeymoon dorang berdua ni tersangatlah cute!

Tahniah Yusry dan Lisa Surihani

gambar honeymoon lisa yusry

gambar honeymoon lisa yusry

gambar honeymoon lisa yusry

gambar honeymoon lisa yusry

gambar honeymoon lisa yusry

gambar honeymoon lisa yusry

gambar honeymoon lisa yusry

p/s : rasanya ramai yang frustt menonggeng bila Yusry kawen dengan Lisa. especially Encik Tunang. jangan dok perasanla ye Encik Tunangku. Lisa pon tak nak kenal awakla. hehe

credit to beautifulnara

Design Hantaran-To-Be

nak citer sikit pasal hantaran masa nikah nanti. aritu masa tunang, FMIL ada bagitahu yang dia nak tolong buatkan hantaran. aku pon lega la kan. yela, tangan kayu macam aku ni manala pandai gubah-gubah bunga. 

kalau menaip entry blog, fb memang expert! tapi malangnya aritu FMIL cakap hantaran kena buat sendiri. WAJIB! sakit jantung jugakla bila taw FMIL nak aku buat sendiri. cantik ke nanti aku buat ni. da risau da. tapi dia ada ajarla cara-cara nak buat dan beli barang-barang hantaran masa tunang aritu. 

aku kalau boleh nak hantaran yang super perfect. hamboiiiiiihhhh. kalau FMIL yang buatkan memang confirmla cantik kan. tapi bila aku tengok Rini dok beli bakul and bunga-bunga buat hantaran, terus dapat idea macamana nak buatnya pun. alahai..ok, ada idea dah. cuma tunggu beli barang je nanti.takpe, ni awal lagi. baru bulan 3. ada 6 bulan lagi. rileks anne. aku nak share sikitlah dengan korang tang design-design hantaran yang aku suka dan semestinya copy dr Mr Google. InsyaAllah tema hantaran aku wane peach+pink+krim. warna-warna pastel :)








cantiknya peach+pink. owh kamu, I LOVE YOU~

Wednesday, March 07, 2012

Selamat Menjadi Puan ya Munira Mohamad!


Selamat Menjadi Puan ya Munira Mohamad!

waahhhhh takde moodnya nak menaip. tadi dah taip panjang berjela berkenaan entry ni. tup2 bila nak publish. keluar blog not found! entry plak tak save. 
waaaaaaaa tension-tension!!!!
baru nak happy-happy menulis pasal housemate aku ni ha. 
takpelah xde rezeki, nak wat macamana kan :(

FYI, housemate aku si Ira ni akan melangsungkan pernikahannya pada 11 Mac 2012 ni di Terengganu. lelaki pilihannya adalah Wan Mohd Nazram. tahniah Ira!. memang excited tengok dia buat persiapan kawen. lagi-lagi masa buat doorgift. memang comel sangat ok! fake muffin yang dibuat daripada towel mini. lepas majlis Ira ni belangsung, Rini plak akan tak place hall rumah kami tu sebab majlis dia bulan 6. 
lepas majlis Rini berlangsung pulak, aku yang akan take place hall tu. haaaa ikut turn yaaa. wahhh tak sabar plak tengok Rini buat persiapan kawen. apa lagi yang aku boleh tiru ya? heeee. 

Tuesday, March 06, 2012

Checklist Persiapan Majlis Perkahwinan

rasanya dah bape puluh kali belek-belek buku merah ni tapi tak tahu nak tulis apa. last-last decide jadikan buku merah ni sebagai buku checklist bride-to-be. antara checklist-cheklist yang patut ada dalam buku ni (ececehhh) adalah treng teng teng :

Tarikh :
Nikah - insyaAllah bulan 9
Resepsi - sama hari dengan nikah
Bertandang - insyallah seminggu selepas belah perempuan

Tema :
Nikah - Magenta. ohh! I LOve It
Resepsi - pink + pastel. maybe?
Bertandang - light brown

Legal Documents :
Kursus Kawen - done!
HIV test - pending
Borang kebenaran nikah - pending
Dokumen-dokumen berkaitan - pending

Venue :
Nikah - Kg halaman
Resepsi - Kg halaman
Bertandang - Dewan Lembaga Lebuhraya Malaysia

Catering/Canopy :
Nikah & Resepsi - masak sendiri. Canopy guna kg punyer
Bertandang - Alang Catering. maybe?

Pelamin :
NIkah & Resepsi - Butik Pengantin Andaman Remaja
Banta nikah - Butik Pengantin Andaman Remaja
Bertandang - pending/FMIL uruskan

Photographer :
NIkah & Resepsi - Pengantin Remaja Photography
Bertandang - pending/family or Pak cik Hakim
Outdoor - Pengantin Remaja Photography

Wedding Outfits :
Nikah - Baju Kurung Moden
Resepsi - Butik Andaman Pengantin Remaja
Dress - Lace
Tudung - shawl maybe?
Veil - DIY maybe?
Shoe - sendiri/butik punya
Accessories - butik punya

Bertandang :
Dress - pending/baju belum hantar jahit
Tudung - pending
Veil - pending
Shoe - pending
Accessories - pending

Make Up :
Nikah & Resepsi - Butik Andaman Pengantin Remaja
Bertandang - pending/FMIL uruskan

Doorgift :
Nikah - xde
Resepsi - paper bag + fake muffin + jar maybe?
Bertandang - bahulu pecah 8 maybe?

Bunga Pahar/Bunga Manggar :
Nikah - pending
Resepsi - pending
Bertandang - pending

Hantaran :
Bilangan dulang Lelaki - 11 dulang
Bilangan dulang Perempuan - 9 dulang

Cincin & Gelang Utk Nikah :
For Him - Jam
For Her - Gelang

Invitation Card :
Guest for both sides - pending
VVIP - pending

Cake :
Hantaran - pending
Majlis potong cake - pending

Jurunikah/Pembaca Doa/Saksi :
Jurunikah - pending
Saksi - pending
Pembaca doa semasa Resepsi - pending
Pembaca doa semasa bertandang - pending

Hand bouquet :
Nikah - Butik maybe?
Resepsi - Sekocinorlie
Bertandang - pending

Guest List :
Nikah - pending
Resepsi - pending
Bertandang - pending

Kompang/Entertainment :
Kompang - Abg Noh group
CD of song/PA system - pending

Pengapit/Bridemaids/Bestman :
Nikah - pending
Resepsi - dayah 
Bertandang - Nurul 
Bridemaids - pending
Bestman - pending

Bilik Pengantin :
Katil - pending
Decoration - pending
Bunga Rampai - pending

Facial/Massage - pending

Honeymoon :
Date - pending
Location - rahsia
Tickets - fully sponsored 
Accomodations - pending

okla tu. rasa dah cukup kot. banyakkkkkkkk sangat dah tu kan. ok, yang ni aku copy bulat-bulat dari someone. aku just taip semua je. tapi aku dah lupa dari blog sape. sori sis!. heeee
nota kaki : yang pending tu maksudnya belum decide lagi. tapi nyang dah declare tak semestinya confirm. heeeee bye :)

Sunday, March 04, 2012

Hilal Asyraf

credit pic to fb Hilal Asyraf

aku baru ada 1 buku karya Hilal Asyraf, Batu Bata Kehidupan. itupun baru baca beberapa m/s. buku-buku karya Hilal Asyraf memang sangat memberikan motivasi dan kesedaran. keep it up Hilal Asyraf

Doorgift Comel-Comel

sekarang ni tengah pening-pening lalat dok fikir nak bagi doorgift apa kat VIP dan VVIP. guest kanak-kanak for sure la coklat, gula-gula dan cookies maybe? 

aritu google-google terjumpalah blogger ni buat doorgift dengan cawan IKEA yang 1 pack ada 6 = RM5.90. nampak menarik dan rare serta comel. boleh difikirkan nanti. cawan IKEA 2 kat umah memang bersepah. suka beli sebab warna yang cantik dan cute. awesome! kat dalam cawan 2 bubuh hamper gula-gula then ikat reben. ok x?


kedua, Macaronn. aku xpernah rasa pun macaron ni macamana. manis ke, tawar ke, pahit ke, payau ke kan. tapi wana-warna warni dia dia mmg buat aku jatuh cinta. ohh pliss pliss pliss. aku tak berani nak decide utk pilih macaron as doorgift sebab :

1. mungkin tak tahan lama
2. kalau bg kat org tua, agak2 dorg akan cakap ape ni? pelik2 jer..
3. a bit mahal. maybe nak buat pun susah dan kos utk membuatnya pun mahal.


ketiga. Marshmallow dalam jar. aku xkisah sangat apa isinya, tapi Jar mmg cantik kalau buat doorgift kn? housemate aku si Ira n Rini memang bg doorgif jar. beli kat Nilai 1-499 biji = RM1 sebiji. tapi 500 dan ke atas jatuh RM0.80 sebiji. murah kan? 

keempat. Apam polkadot. memang cantik dan comel. tapi sayangnya memang tak tahan lama. kalau ada bahulu mcm ni punya design, memang dah lama aku decide :(


kelima. homemade coklat. sangat comel dan nampak eksklusif kalau packing macam tu. tapi aku rasa xsesuai bag kat org sebabnya jarang org makan coklat macam ni. pada pendapat aku la. klau aku dpt coklat mcm ni, memang aku simpan je sebab cantik sgt. heeee



keenam. haaa, aku tak taw apa nama dia. tapi menag awesome kalau buat doorgift sebab aku suka warna warna warni dia. comel kan? tapi tak tahan lama juga maybe. sebab takut warna dia luntur then melekat kat plastik@jar. tapi memang sangatlah comel ok!


last but not least. handkerchief dalam cawan. memang shomella kalau gini gayanya. housemate aku yang Ira ada buat jugak macam ni. tapi dia guna bekas muffin utk gantikan cawan. lepastu handkerchief 2 buat 2 layer warna warni. memang sebijik macam cupcakes. 
memang menjimatkan kos kalau guna bekas muffin yang kertas 2 je. 




untung ada ramai housemate yang nak kawen. boleh tiru bulat2 je idea dorg (ramai means lebih dr sorg..hee) 
kalau boleh, baju nikah pon nk pinjam. nasib baikla xsama saiz.hehe

ok. sampai sini dulu. nanti kalau rajin update lagi.heeee

Saturday, March 03, 2012

Kedai Barangan Perkahwinan

taw kat mane nak beli barang-barang kawin yang murah kat area Klang Valley ni selain Nilai 3? kalau korang duduk area Shah Alam, bolehlah berkunjung ke CT handicraft. beralamat di No. 3 (PT2258), Jalan Nelayan 19/E, 40300 Shah Alam. ok, landmarknya adalah De Palma Hotel. memang dah dekat dah 2. harganya yang murah setanding dengan harga pasaran di Nilai 3 memang menjimatkan kos pengangkutan Shah Alam-Nilai..

,



selain CT Handicraft kat Shah Alam, Fah Lean Floral di Balakong pun merupakan pemborong bunga2 tiruan dan macam-macam aksesori pengantin. beralamat di No. 2 & 2A, Jln 1/3, Taman Industri Selesa Jaya, 43300 Balakong. Fah Lean pon ok jugak sebab ada banyak jenis bunga sampai tak tahu nak pilih. tak payah susah-susah nak g Nilai utk beli bunga. hehe






ok kedai ketiga adalah kedai Romantika. bagi yang suka atau mencari tema English style, memang sesuai ke Romantika. pelbagai pilihan bunga-bungaan dan barang-barang perhiasan berkonsepkan English @ Vintage banyak di jual di sini. Romantika ada banyak cawangan dan cawangan di Shah Alam adalah di Plaza Alam Sentral dan Seksyen 14 berdekatan dengan DEMC (Darul Ehsan Medical Centre)




ok sampai sini dulu, bai~

Friday, March 02, 2012

Veil Nikah

at first, aku tak terfikir pon pasal veil-veil nikah ni sume. bila tengok housemate aku si Rini yang akan nikah bulan 6 ni dok beli kain apekenamanyatah utk DIY veil nikah, aku pon gatal-gatal nak tiru. 

aritu dah survey-survey kat Nagoya. kain border lace ni harganya lebih kurang RM16++. untuk buat veil nikah, korang kena beli kain border lace & kain chiffon@kain net. gunting-guntingkan bentuk bunga kat kain border lace 2 then tepek kat kain chiffon@kain net tadi. terfikir jugak aku, pandai ke nak DIY veil nikah ni sendiri. tangan punyala kayu. 


ni antara gambar-gambar veil nikah yang aku google dan aku sgt adore. especially Ana Raffali punya veil. simple tapi padat dengan manik-manik dan mutiara. tapi kalu boleh aku nak yang simple n ekonomi jela. pakai sekejap je pun. nak bagi anak cucu pakai xdan la plak kan. 



gambar persandingan ana raffali




ok bai~

Thursday, March 01, 2012

Pelamin Anganku





design pelamin? kalau ikut citarasa aku memang nak yg high class tapi bajet rendah. hade? oleh sebab mak andam aku nanti adalah tokey butik Butik-Andaman-Pengantin-Remaja ni, aku terpaksalah padamkan niat aku utk pilih design pelamin macam gambar 1st ni. cantik kan? tak dapat yang 1st pon, tapi dapat yg 4th jadilah..

tapi rasanya aku amek design yang ke-2 sebab simple dan tak crowded. ataupun design ke-3 jugak. tapi mebi tukar kaler bunga kpd peach+krim+pink. ok x? bila survey-survey pelamin n mak andam ni kan, terasa nak bukak butik pengantin pon ada. memang banyak angan-angan betul aku ni kan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...