Thursday, April 26, 2012

Yuna & Najwa Latif 'Look Alike' ke?



aritu kan aku ada wat entry yuna-ker kan? tak sangka plak ada blogger a.k.a videographer suruh dtg audition utk video klip band baru. pastu dapat token dari Luncai Emas. kelakarnya pun. tapi sayangnya pada 24/3 aritu. sekarang dah 26/4. alah kalau sempat pun, aku takkan pergi punya. xlaratla nak jadik artis ni kan. *pengsan 


Unik dan Indahnya ciptaanMU



unik dan terpaku bila melihatnya. awan yang unik, aneh dan cantik ciptaan Allah S.W.T..
aku amek gambar ni dari opis aku kat Glenmarie lebih kurang jam 4 ptg.

p/s : lately ni macam suka pulak amek gambar awan :)

Wednesday, April 25, 2012

Surat Untuk Bakal Ibu Mertuaku

Sebelum saya terus menggores kata dalam tulisan ini..
izinkan lah saya memperkenalkan diri terlebih dahulu
duhai calon ibu mertuaku,
Perkenalkanlah saya adalah wanita biasa dengan keperibadian yang teramat biasa
dan dari kalangan keluarga yang biasa sahaja…
Saya bukanlah Khadijah ra, Seorang wanita yang luar biasa dalam Sejarah wanita islam…dan teramat Mulia
Saya bukanlah Aisyah ra, Seorang yang baik dalam ketakwaannya
Bukan pula Fatimah Az Zahra yang sangat terkenal dalam Ketabahannya
Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya
Apalagi al Khansa yang sangat pandai mendidik mujahid – mujahid kecilnya
.
Tetapi, seperti yang saya katakan, saya hanya wanita biasa,…
Dengan ketakwaan yang biasa
Ketabahan yang tak seberapa,
Dan kecantikkan saya pun tak layak di perhitungkan….
.
Namun ibu,
Saya adalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita – cita, menjadi wanita Solehah…
Yang akan berusaha mengabdi pada calon Suamiku
dan juga padamu….. Calon Ibu mertuaku….
Saya bukanlah musuh mu yang hendak merebut perhatian dan kasih sayang anakmu 
Tetapi saya akan menjadi rakan mu untuk memberikan kasih sayang pada anak mu 
Dan kelak pada mujahid – mujahidaku, calon cucu mu duhai ibu, 
.
Engkau tak perlu khuatir ibu,…
Saya tak akan memonopoli perhatian anak mu,…
Justeru saya akan menjadikannya lebih taat padamu,….
.
Kerana akan saya katakan padanya bahawa….
engkau lah yang utama patut mendapat perhatiannya barulah saya…
Saya pun tak akan marah jika engkau membantu mengatur rumah tangga ku,..
Kerana sebagai wanita yang baru menikah patutlah saya belajar darimu yang berlimpah pengalaman….
Dan engkau yang lebih tahu keinginan anakmu 
.
Duhai, Calon ibu mertuaku….
Saya harap kita dapat menjadi rakan yang baik,…
Kerana pernikahan adalah membuka tabir rahsia antara aku dan anakmu…
Memerlukan banyak kesabaran untuk menghadapi banyaknya kejutan – kejutan dari perbezaan antara kami,
Saya berharap engkau dapat menjadi penasihat jika ku sedang dalam ke alpaan…
Menjadi pendengar yang setia saat saya ingin mengadu….
Kerana sekali lagi saya bukanlah siti hajar yang sabar dalam penderitaan….


copy paste bulat-bulat dari : pakarcinta.com

Wordless Wednesday


dah siap! 

already fall in love with you..kita jumpa Ahad ni ye :)

Sunday, April 22, 2012

Hijabista Magazine


dah dapatkannya? 

ok, ini untuk edisi pengenalan je. keluaran yang official bermula Julai 2012 ni. Hijabista Magazine banyak memberi input mengenai fesyen, trend, tips dan petua untuk gadis bertudung. yelah sekarang kan trend anak-anak muda berhijab dengan cara shawl dan selendang kan termasuklah aku.  

tertunggu-tunggu sebenarnya bila tarikh pengeluarannya. tadi singgah 7E jap beli magazine ni. so far untuk Edisi Pengenalan ni, ok la dan penuh bermanfaat. lepas ni taw dah mag apa yang perlu dibeli setiap bulan selain pengantin. haha..pengantin start bulan 10 xyah beli dah c(: 

Friday, April 20, 2012

Jatuh Cinta Lagi!

ohh aku jatuh cinta! 


sekocinorlie dalam Majalah Pesona Pengantin 

HB yang aku tempah dengan sekocinorlie dah in progress katenya. tapi tak tahu nak pilih yang mana satu sebab semua cantik2
yang ni baru felt..signage dengan handle belum buat lagi..cuma sekocinorlie suruh saya buat pilihan nak yang mana satu. yang paling depan ni ok tak? heeee seronokkkkkk~

Wednesday, April 18, 2012

lupa ke der?

kadang-kadang kita memerlukan dia untuk memahami kita
kadang-kadang kita tercari-cari siapa diri kita yang sebenarnya
kadang-kadang kita selalu bertanya, kenapa kita macam ni jer..
kadang-kadang kita terlalu berhati-hati untuk berkata-kata hanya untuk menjaga hatinya
kadang-kadang kita lupa, hati sendiri pun kita tak mampu nak jaga

tapi
*

*
*
*

selalu kita lupa yang kita masih ada-NYA yang lebih memahami apa yang kita rasa

Monday, April 09, 2012

Shawl Shasmeen Sakura dari Radiusite


tajuk gempak tak hengat macam aku menang GA dari radiusite plak kan. 

cantik tak? cantik kan? ni la shawl Shasmeen Sakura yang diidam-idamkan. FYI, setakat ni hanya radiusite je yang jual shawl ni ya. harga? kalau tengok material and designnya, jangan terkejut kalau ianya berharga RM89! aku dah lama duk usha shawl ni. ingat nak pakai masa akad nikah nanti. nak buat lain dari yang lain. kononla. 

aritu abes stok. tadi pukul 11 pagi baru launch stok baru. tapi tak banyak pun. so, aku ajak Ummi cepat-cepat pegi Seksyen 7, Shah Alam untuk beli direct ke kedai. ramai jugak orang dalam tu yang rata-rata memang nak beli shawl Shasmeen Sakura ni. aku beli warna soft pink+peach. nak cari warna dusty pink ala-ala pink belacan xde pulak. konon nak matching dengan baju nikah aku nanti. wahhh sangat eksaited nak pakai masa nikah nanti. :) 


ok yang bawah ni shawl yang aku beli. tak tipu kan? walaupun rasa macam mahal sangat, tapi sebab cantik punya pasal, sanggup tak makan ni. hihi

p/s : agak-agak kalau tak match dengan baju nikah, shawl ni pakai untuk raya pun takpe kan? ohsemmmmmm!! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...