ok, setuju!!!!!
Friday, June 29, 2012
Thursday, June 28, 2012
B2B : Kisah Pra-Kahwin
Semakin hari semakin singkat dan semakin cepat. Excited,
nervous, berdebar-debar sume ade. Excited nak jadi raja sehari. Raja mana? Raja
Kapoor. Haha. Macamana ya alam rumahtangga? alam berkeluarga dengan keluarga mertua?
Macamana nak jadi menantu kesayangan untuk family mertua? Ada tips-tips tak? Hehe.
Kalau ikutkan checklist, hamper 80% completed dah. Cuma tinggal
hal-hal berkaitan majlis nikah jela. Tok imam, saksi, borang-borang nikah n
dokumen sokongan. Yang tu belum siap lagi. HIV test pun tak buat lagi ni. Aiyooo.
Lepas hantar sume borang kat Pejabat Agama nanti, kena pergi interview kahwin
pulak. Yang itu pun sangat nervous.
Soalan-soalan yang dia tanya basically berkenaan ilmu Munakahat dan yang berkaitan dengan alam rumahtangga. Tapi nama pun interview kan. mestilah cuak. Tapi En Tunang takyah g interview. Aku sorang je sebab anak Johor. Alaaa tak aci tak aci. Nak jugak suruh dia teman g Pejabat Agama masa interview nanti.
Soalan-soalan yang dia tanya basically berkenaan ilmu Munakahat dan yang berkaitan dengan alam rumahtangga. Tapi nama pun interview kan. mestilah cuak. Tapi En Tunang takyah g interview. Aku sorang je sebab anak Johor. Alaaa tak aci tak aci. Nak jugak suruh dia teman g Pejabat Agama masa interview nanti.
p/s : InsyaAllah aku akan sayang family mertua macam family sendiri. doakan yang terbaik ya. Aminn~
Germany Vs Italy
apa yang anda faham?
semangat semangat nak tahan mata pukul 2.45 a.m nanti!
esok pagi masuk opis mata panda. heeeee
Tuesday, June 26, 2012
B2B : Shawl or Tudung untuk Resepsi dan Bertandang
sekarang ni aku tengah pening nak pakai tudung or shawl masa resepsi and bertandang nanti. untuk nikah aku dah beli shawl Radiusite warna peach. tapi tak tahulah kena tak dengan baju nikah. masa beli shawl, boleh plak lupa warna baju nikah. haha.
inner neck silang ni pun cantik jugak
Shawl Shasmeen Sakura dari Radusite. gojess!
kalau boleh nak elakkan pakai tudung awning. sebab selama ni memang tak pernah pakai. macammana la agaknya muka aku nanti kalau pakai tudung awning kan? pelik ke cantik? theee hehehehehe.
tapi aritu ada try inner neck Arianni. memang sangat selesa dipakai. sesuai dengan harganya. Arianni kan.
inilah perempuan, nak pilih tudung pun susah kan.
notakaki : korang ada idea tak? pehlisssssss
Wordless Wednesday In Advance
Hero maya saya, Miroslav Klose.
tak boleh cakap Hero realiti saya, nanti Encik Tunang jeles.
eleh macam tu pun nak jeles. blueeekkk c(:
Wordless Wednesday In Advance? sukatilah. blog sendiri kan. haha
Monday, June 25, 2012
B2B : Kisah Aku dan FMIL
Rohana Daud tu a.k.a future mother in law aku. kitorang communicate guna fb je. memang sangat moden uollsss. aku panggil acik je sebab En Tunang yang suruh masa mula-mula kenal dulu. nak panggil mak, macam tak menyabo plak kan. terkesima jugakla bila dia cakap sal bakat memasak seperti yang aku highlightkan warna hijau tu.
sekarang ni tengah duk kalut nak beli buku masakan. bukan tak taw masak, setakat masak utk tekak sendiri bolehlah kan. hihi. ade sesape taw kat mana buku 1 Hari 1 Resipi Chef Hanieliza ada dijual lagi? aku cari 2,3 kedai buku Popular sume dah sold out. buku tu ada dijual di Popular je kan.
notakaki : terawang-awangan
Sunday, June 24, 2012
Calar di Kereta = Calar di Hati
semalam masa nak kua g lunch kat lua dengan housemate, baru terperasan yang kete kena calar. kalau tengok dari segi calar, macam buatan orang. aku memang suspek yang itu buatan orang. sedih wooo bila tengok kete kena calar. lagi-lagi bukan salah kita. aritu masa salah sendiri, punyalah sakit hati dengan diri sendiri. sakit mata apatah lagi. aku frust sangat bila tengok Lulu cedera. sapa yang 'baik hati' sangat p calarkan kete aku ni kan. semoga Allah balas jasa kalian. haaa, at the same time, kete housemate aku ni pun pancit kena cucuk dengan paku kat tayar depan sebelah kiri. macam sengaja je kan sesape yang buat ni?
Saturday, June 23, 2012
B2B : Update Checklist - 2 Bulan Sebelum Perkahwinan
Tarikh :
Nikah - insyaAllah bulan 16 September
Resepsi - insyaAllah 16 September
Bertandang - insyallah 23 September
Tema :
Nikah - Magenta. ohh! I LOve It
Resepsi - Cream or Offwhite (tetibe tukar warna baju kan)
Bertandang - light brown
Legal Documents :
Kursus Kawen - done!
HIV test - pending
Borang kebenaran nikah - dah amek kat Pejabat Agama Daerah. belum submit
Dokumen-dokumen berkaitan - pending
Venue :
Nikah - Kg halaman
Resepsi - Kg halaman
Bertandang - Dewan Lembaga Lebuhraya Malaysia
Catering/Canopy :
Nikah & Resepsi - masak sendiri. Canopy guna kg punyer
Bertandang - Alang Catering.
Pelamin :
NIkah & Resepsi - Butik Pengantin Andaman Remaja
Banta nikah - Butik Pengantin Andaman Remaja
Bertandang - FMIL uruskan
Photographer :
NIkah & Resepsi - Pengantin Remaja Photography
Bertandang - Kawan sepupu En Tunang
Outdoor - Pengantin Remaja Photography
Wedding Outfits :
Nikah - Baju Kurung Moden
Resepsi - Butik Andaman Pengantin Remaja
Dress - Lace
Tudung - Arianni maybe
Veil - Butik Andaman Pengantin Remaja
Shoe - Butik Andaman Pengantin Remaja
Accessories - Butik Andaman Pengantin Remaja
Bertandang :
Dress - Tempah kat PKNS. b4 raya siap
Tudung - Arianni maybe
Veil - Done! Jakel
Shoe - pending
Accessories - pending
Make Up :
Nikah & Resepsi - Butik Andaman Pengantin Remaja
Bertandang - FMIL uruskan
Doorgift :
Nikah - xde
Resepsi - paper bag + fake muffin + uncang duit syiling + jajan + (VVIP je)
Bertandang - bahulu pecah 8
Bunga Pahar/Bunga Manggar :
Nikah - xde
Resepsi - Done
Bertandang - FMIL uruskan
Hantaran :
Bilangan dulang Lelaki - 11 dulang
Bilangan dulang Perempuan - 9 dulang
Cincin & Gelang Utk Nikah :
For Him - xde
For Her - Gelang
Invitation Card :
Guest for both sides - belum listkan lagi
VVIP - belum listkan lagi
Cake :
Hantaran - pending
Majlis potong cake - pending
Jurunikah/Pembaca Doa/Saksi :
Jurunikah - pending
Saksi - pending
Pembaca doa semasa Resepsi - pending
Pembaca doa semasa bertandang - pending
Hand bouquet :
Nikah - sendiri/pending
Resepsi - Sekocinorlie
Bertandang - FMIL uruskan
Guest List :
Nikah - pending
Resepsi - pending
Bertandang - pending
Kompang/Entertainment :
Kompang - Abg Noh group
CD of song/PA system - xde
Pengapit/Bridemaids/Bestman :
Nikah - dayah
Resepsi - dayah
Bertandang - Nurul
Bridemaids - pending
Bestman - pending
Bilik Pengantin :
Katil - Done
Decoration - Butik Andaman Pengantin Remaja
Bunga Rampai - pending
Facial/Massage - dah beli voucher
Honeymoon :
Date - 1-5 October 2012
Location - rahsia
Tickets - fully sponsored
Accomodations - pending
Notakaki : Alhamdulillah..dah tak banyak dah pending. more to hal-hal berkaitan akad nikah dan dokumen-dokumen keperluan
Notakaki : Alhamdulillah..dah tak banyak dah pending. more to hal-hal berkaitan akad nikah dan dokumen-dokumen keperluan
Friday, June 22, 2012
B2B : Pengurusan Kewangan
lately ni asyik berfikir je pasal alam rumah tangga. bukan fikir yang bukan-bukan, cuma fikir macamana nak uruskan kewangan selepas berumah tangga nanti. risau sangat bila mengenangkan saving yang tak seberapa. kalau setakat untuk emergency bolehla kot. kami sama-sama 'baru' abes blaja. sama-sama baru bekerja. sama-sama masih muda. sama-sama baru nak kenal dengan 'kehidupan'. harap-harapnya jugak kami sama-sama matang dalam menguruskan rumah tangga nanti. aminnn.
bila tengok tarikh kahwin yang tinggal 2 bulan lebih je, rasa belum bersedia pun ada. macamana agaknya majlis perkahwinan aku nanti? agak-agak apa yang diimpikan masa majlis kahwin tu tercapai ke? aku bukan mengimpikan majlis perkahwinan yang mewah. tapi kalau boleh majlis tu kena dengan tema yang aku idam-idamkan. dan yang penting adalah simple. banyak benda rasanya yang belum settle lagi. tetibe rasa macam tak cukup duit je. tapi bila kira-kira balik, tak banyak pun benda yang memerlukan aku untuk keluarkan duit yg banyak lagi. insyaAllah cukup. tapi still rasa banyak sangat benda tak complete. risau sesangat sebenarnya.
separuh daripada duit hantaran bagi mak ayah untuk buat belanja kawin. selebihnya bayar duit mak andam+pelamin+photographer and simpan sikit untuk masa depan. maklumlah aku bukan anak orang kaya yang majlis kahwinnya disponsor penuh oleh FAMA. hehe
bila bincang dengan En Tunang pasal benda ni, tenang je jawabnya. jangan risau, insyaAllah duit ada dan cukup. ok, jawapan tu dah buat aku sedikit lega. aku serahkan segala-galanya pada Allah. semoga dilimpahkan rezeki yang halal. Aminn
notakaki : menghitung hari
Tuesday, June 19, 2012
Revolusi - Dulu dan Kini
ini adalah gambar Encik Tunang 2 tahun lepas masa bulan puasa tahun 2010. owhhh sangat rindukan zaman kurusnya. hensem gitu. hensem di mata aku jela. kiki. leher jinjang, badan taff. haha pasan. tapi sekarang da berisi sangat. betul uollsss.
tapi tak kisahlah, gemuk ke kurus ke sy tetap sayangkan awak. tak pernah berkurang walaupun harga minyak kete tak pernah turun. motif?
B2B : Wedding Countdown Part II
2 months and 27 days left! wahhhh tak sangkanya masa begitu cepat berlalu. ya Allah kau permudahkanlah segala urusan kami. aminn
Sunday, June 17, 2012
Friday, June 15, 2012
B2B : Draft Kad Kahwin
Draft kad kahwin dah siap. Seperti yang aku idam-idamkan. 2x
jugaklah mintak diorang amend draft tu. Memula warna macam tak menarik, pastu
tulisan tak bape nak nampak, terlupa letak waktu bersanding dan lain-lain lagi.
Nasib baik Led (designer) ni tak kisah bila aku request itu ini. rasa tak
percaya pun ada bila tengok kad kahwin sendiri dengan nama Anne dan Hakim. Tak sangka
dah nak kawin rupanya aku. Hihi.macam tak percaya nama aku and hakim kat kad tu. boleh gitu?
Nak tahu aku tempah kad kahwin kat
mana dengan harga yang murah? Cuba klik utusansehari. Harganya yang murah dan servis yang bagus memang menarik
hati. Even design tak berapa nak banyak. Tapi memang murah kalau nak compare
dengan tempat lain. untuk kad ni, aku cuma spend RM0.39 je dan aku tempah untuk 1250 pcs. so total RM0.39 x 1250 = RM487.50
p/s : tak sabar tunggu kad kami ni siap. tak sabar nak tegok kecomelannya. heee
Monday, June 11, 2012
Ramadhan Kali Ini
Ramadhan terakhir sebagai bujang trang tang tang tang tang. bape kali tang tang tang da..Ya Allah tak sabar sangat nak tunggu Ramadhan tahun ni. seronok rasanya berterawih bersama-sama housemate di Masjid TTDI Jaya. tapi tahun ni dah takde dah housemate yang suka membebel, Rini. rindu pulak dengan dia. "Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna. agar dapat kulalui dengan sempurna". Amin
p/s : Pejam celik pejam celik jugak dah dekat dengan tarikh kawen. betul ke aku dah nak kawen ni?
Thursday, June 07, 2012
B2B : Paper Lantern Yang Awesome!
waahhhhh tema perkahwinan idamanku. seharusnya 'comel-comel' kan. already fall in love with lantern paper yang super comel ni haa. tq B2B sebab banyak membantu dalam pencarian paper lantern yang murah. tapi aku still berfikir-fikir lagi either nak beli online atau g Petaling Street je nanti. tengoklah kalau En Tunang mood baik. ajak dia ke Petaling Street je. kalu mood baik la kan..kiki
kalau nak beli online, boleh ke page Paper-Lantern-N-Boxes. banyak sangat pilihan kat sana. murah pun murah :)
Wednesday, June 06, 2012
Transit Zuhrah Terakhir Abad Ini
Planet Zuhrah melintasi matahari - dikenali sebagai Transit Zuhrah yang terakhir abad ini, fenomena yang hanya boleh dilihat 100 tahun akan datang.
nak tahu lebih banyak info dan gambar, boleh klik mylunareclipse
p/s : Kebesaran tuhan. Allahuakbar!!
Monday, June 04, 2012
Jadual Perlawanan Euro 2012 Poland-Ukraine
Jadual Perlawanan Peringkat Kumpulan EURO 2012 Poland – Ukraine
Kumpulan A – EURO 2012
8 Jun – 11:55 malam | POLAND vs GREECE9 Jun – 02:45 pagi | RUSSIA vs REP CZECH13 Jun – 02:45 pagi | POLAND vs RUSSIA13 Jun – 11:55 malam | GREECE vs REP CZECH17 Jun – 02:45 pagi | GREECE vs RUSSIA17 Jun – 02:45 pagi | REP CZECH vs POLAND
Kumpulan B – EURO 2012
9 Jun – 11:55 malam | BELANDA vs DENMARK10 Jun – 02:45 pagi | JERMAN vs PORTUGAL13 Jun – 02:45 pagi | BELANDA vs JERMAN
Kumpulan C – EURO 2012
10 Jun – 11:55 malam | SEPANYOL vs ITALI11 Jun – 02:45 pagi | IRELAND vs CROATIA14 Jun – 02:45 pagi | SEPANYOL vs IRELAND14 Jun – 11:55 malam | ITALI vs CROATIA18 Jun – 02:45 pagi | CROATIA vs SEPANYOL18 Jun – 02:45 pagi | ITALI vs IRELAND
Kumpulan D – EURO 2012
11 Jun – 11:55 malam | PERANCIS vs ENGLAND12 Jun – 02:45 pagi | UKRAINE vs SWEDEN15 Jun – 11:55 malam | SWEDEN vs ENGLAND16 Jun – 02:45 pagi | UKRAINE vs PERANCIS20 Jun – 02:45 pagi | ENGLAND vs UKRAINE20 Jun – 02:45 pagi | SWEDEN vs PERANCIS
sumber : umarfaruq
An Interview??
tak taw nak cakap apa. either gembira, suka, seronok, happy or tak happy. aku rasa macam takde perasaan je bila dapat sms dari PPSPPA suruh aku datang interview. kalau taknak pergi boleh tak? then kalau pergi and tetibe dapat pulak job tu, boleh refuse tak? agak-agak nama blacklist ke? adehhhhh macam-macam dah aku dok fikir ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)