Thursday, August 16, 2012

B2B : Wedding Countdown

wedding ticker

arini 16 Ogos 2012. kita tunggu 16 September 2012 ya. heeee

semoga segala urusan dipermudahkan. aminnn

Wednesday, August 15, 2012

Wordless Wednesday


risaunya berat badan tidak turun dengan mendadak. read as berat badan tak turun-turun even puasa penuh sebulan. penuh ke? hehe

Sunday, August 12, 2012

Tab Raya : ASUS Eee Pad Transformer TF300T


orang sibuk shopping raya itu ini. En Tunang sibuk shopping tab. sanggup tak beli baju raya n apa-apa yang raya asalkan dapat tab ASUS Eee Pad Transformer TF300T RAYA. ok perkataan RAYA tu aku saje tambah. aku belasah je nama model ni. betul agaknya. hehe. orang sibuk ke Jalan Tar, Masjid Jamek, n Sogo tapi Encik Tunang ke Lowyatt cari benda alah ni. tapi kan aku suke sangat sebab pasni hak milik beliau hak milik aku jugak. boleh berblogging sambil tutup mata (metafora). 



kelebihan ASUS Eee Pad Transformer TF300T ni adalah ianya dibekalkan sekali dengan keyboard. sebijik macam Notebook. Ipad pun kalah. harganya pulak tak sampai pun 2K. berbaloi ok! 


awak...nanti kita nak pinjam taw. awak g la men game Crysis kat Pc. :)


Saturday, August 11, 2012

B2B : Maksimumkan Sisa-Sisa Hidup Bujang

wah weekend-weekend macam ni memang seronok guling-guling kat umah sambil bangun lambat dan tak pose. sangat heaven. hehe. marilah nikmati hidup bujang yang tinggal sebulan je lagi ni. lepas kawin nnt tolonglah jangan harap semua itu berlaku memandangkan awal-awal kahwin ni kena duk dengan family En Tunang a.k.a bakal mertua. 

nasibla sibling En Tunang cuma 2 orang je. sama macam aku kan. hehe. hopefully boleh adapt dengan new environment lepas kawin nanti. excited nak berkenalan dengan family-family En Tunang. dengar citer ada kursus induksi nanti. kursus basuh baju, masak, kemas umah dll yang dianjurkan oleh FMIL selaku penasihat dan akan diadakan di rumah bakal mertua. aiyaakkkk macam kelakar pun ada. 

arini nak keluar. haruslah keluar jalan-jalan memandangkan next week dah raya kan. even tak beli pape pon dapat cuci mata pon jadilah. hehe. banyak tempat nak pergi. nak ke Jakel Shah Alam sebab nak beli kain chiffon untuk dibuat shawl. En Tunang bising-bising cakap Jakel serabut dengan org ramai. taknak pergi. bila aku cakap aku nak g sorang tak bagi. suruh dia duk dalam kete je, tapi nak ikut jugak. kadang-kadang lelaki susah untuk difahami. haha walaumacamanapun kt tetap love awak. heeee

Friday, August 10, 2012

B2B : Pelamin dan Baju Resepsi

lebih kurang 5 minggu je lagi sebelum majlis. rasa macam tak cukup masa je sebab banyak itu ini yang tak siap lagi. hmmm. aritu lepas hantar borang nikah kat Pejabat Agama Muar, ajak En Tunang ke Butik untuk tengok baju. aku dah decide nak amek baju dress kaler cream and b4 this pun En Tunang macam setuju je. excited tgk baju tu yang pada aku comel. tak tawla pada org lain. sampoai kat butik, aku sruhla En Tunang browse around dulu kot-kot ada baju lagi yang dia berkenan sementara aku g try pakai baju dress tu. 

bila aku pakai dress tu n tunjuk kat dia, dia macam tak terpesona pun tgk aku pakai. haha apakah. pastu suruh plak try songket biru and tetibe dia berkenan. memang cantik songket biru 2. tapi lari dari tema. sedeyh woooo..macam nak lari jauh-jauh je. 

aku da plan wana pelamin wane pink n pepel then  baju wane krim. tup3, En tunang nak baju songket biru macam kat bawah ni. and aku rasa cam down giler sebab aku ske sangat da pelamin yang aku pilih tu. nanti aku tunjuk gambar pelamin yang lebih kurang sama designnya. 



aku macam nak kekalkan je wane pelamin tu tapi pakai baju songket biru. agak-agak ok ke? hmmm

Sunday, August 05, 2012

B2B : Prosedur Perkahwinan di Johor (Perempuan)



syukur alhamdulillah. urusan dokumen pernikahan telah pun selesai. ari Jumaat lepas balik Muar dengan Encik Tunang untuk uruskan segala dokumen kat Pejabat Agama Daerah Muar. sampai kat Pejabat Agama pukul 10.30 pagi and siap pukul 4.30 petang. whoaaa giler lama kaww. sebab? 

1. Hari Jumaat (waktu pendek)
2. Kena buat surat akuan sumpah kat Pesuruhjaya Sumpah sebab abah ada 2 nama dlm I/C
3. Borang kebenaran nikah siap 1 jam selepas semua dokumen completed.

walaupun banyak kali turun naik Pejabat Agama, tapi aku dah rasa lega sekarang sebab Tok Kadi pun dah booked. nasib baik available pada tarikh n masa yang aku proposed. hehe

soalan interview (utk bakal pengantin dari Johor sahaja) pun tak berapa susah. kena mengucap, niat mandi wajib, sebab mandi wajib, tanggungjawab isteri, doa qunut dan alfatihah. alhamdulillah semua lulus. segan jugak masa proses interview tu sebab Pegawai Penguatkuasa tu lelaki dan muda lagi. aku nak cakap sebab-sebab perlu mandi wajib pun segan. dia dok tersengih-sengih je. takpelah yang penting semua da settle. lega ok! proses nak siapkan dokumen ni memang sangat leceh. korang preparela awal-awal ya. aku ni dah dikire suntuk and nasib baik je sebab Tok Kadi free time tu. fuhhhhhh

yeayyy dah boleh kawen :)

Thursday, August 02, 2012

B2B : Prosedur Perkahwinan di Selangor (Lelaki)

lama dah xupdate entry rasanya. memandangkan mood pun dah kelaut ditambah dengan xde idea nak menulis. nak share pasal hal2 kawin pun malas. ish3 apa nak jadi dengan NORAINI ni sekarang. ekcelly happy sangat arini sebab masalah borang dan dokumen-dokumen En Tunang da selesai. alhamdulillah. esok boleh balik kg and bagi kat Pendaftar Nikah Daerah Muar plak. macam-macam ranjau kulalui. ececece ranjau ker??? sangat leceh nak setelkan borang kawin En Tunang kat Negeri Selangor ni. memandangkan negeri Selangor dah gunakan sistem online sepenuhnya, tu yang agak amek masa nak isi borang. kat sini, aku nak kongsi sikitlah prosedur kahwin kat negeri Selangor untuk Lelaki.

1. dapatkan salinan I/C kedua-dua saksi, alamat rumah, alamat office, no.tel, dll

2. pastikan ada akses internet sebab proses pengisian borang adalah online sepenuhnya.

3. g ke website Jais. ala korang tgklah link-link kat situ. rasanya g ke bahagian perkahwinan pastu download borang. nanti dia akan bagitaw macamana nak isi online. makesure register dulu dgn I/C dan password.

4. bila dah isi semua, semak dulu kot-kot ada yang salah atau tertinggal ke kan. then tekan cetak.

5. bila dah print semua borang ajak kedua-dua saksi tadi ke masjid/qariah yang berdekatan untuk minta pengesahan dari Penolong Pendaftar Nikah (PPN). bawak dokumen sokongan sekali iaitu surat akuan bujang, ic, sijil kursus kahwin n bla bla bla.

6. bila PPN dah sahkan bolehlah dibawa ke Pejabat Agama yang berdekatan.

7. bila dah dapat kebenaran berkahwin luar kawasan, bolehlah serahkan borang kepada pihak perempuan untk proses seterusnya.

macam kes En Tunang aku ni, bila dia g ke Pejabat Agama Kajang, diorang tak terima sebab rumah En Tunang berdekatan dengan Dengkil even alamat still Kajang. so dia kena g Pejabat Agama Sepang. nasib baik pegi awal pagi. kalau pegi dah petang, takut tak sempat nak siapkan arini. aku ni kira dah suntuk sangat da. malam ni balik kg then esok pagi nak hantar borang kat Pejabat Agama Muar. last minit punya kerja!

aku risau kalau Tok Kadi tak free masa tarikh aku je nanti. huaaaaaaa. semoga urusan kami dipermudahkan. aminnn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...