Monday, January 14, 2013

Cerita Hari Ini


dengarkan dulu lagu ni. entah taktaw kenapa bila dengar lagu Freedom dari Maher Zain rasa nak menangis. syahdu sangat. banyak sangat insiden yang boleh dikaitkan dengan lagu ni. contohnya pembebasan Mesir dari kerajaan Hosni Mubarak. bila dengar lagu ni rasa berdiri bulu romaku. ok, stop cerita politik dunia. semoga politik di Malaysia pun macam tu jugak hendaknya. Allahuakbar! sejak bila aku jadi penganalisis politik ni? abaikan. 

since dah lama tak hapdate entry panjang-panjang mintak penampo ni, rasa macam blog aku ni da tak wujud. yela, short entry memanjang. haha

dimulakan dengan bismillah. disudahi dengan alhamdulillah. eh nyanyi pulak ekau jang. jap jap..nak post gambar terlatest segar dari ladang...


masih maintain ayu dan kachak. ahaks

gambar i dengan Encik Suami. amboii dah ber 'ai' 'ai' sekarang ni. secara officiallynya mengumumkan saya pregnant da 15 weeks. next week da 4 bulan. wink3. perlu ke mention? ekcelly before ni takut jugak nak kepoci-kepoci gtaw kat blog/fb pasal i preggy sbb yelah atas nasihat MIL, "jangan expose sangat kat fb yang awak tu preggy. sbb baby tak kuat lagi". kang papehal (mintak dijauhkan) aku jugak yang sedih. ni blaja dari pengalaman jiran sebelah umah. betol tak tipu. now baru berani la nak gtaw kan kan kan sebab dah nak masuk 4 bulan. heeeeeee. 

tapi kan. berat i macam tak bape nak naikla uolls. aritu checkup KK Desa Putra, nurse siap tanya kenapa berat naik sikit sangat. 0.2 Kg instead of 0.5 Kg? tapi alhamdulillah jugak naik sikit daripada naik mendadak. risau mak. 

ok, aku ada tabiat buruk. takdela buruk sangat sebabnya cuma tak suka makan pil n minum susu anmum materna tu je. tekak kembang bila terfikir obimin n anmum materna tu. adoiila. makan pil tyme teringat je. rasanya seminggu cuma makan 3/4 kali je. selebihnya lupa. wohaaaa. maafkan ibu sayang. jangan marah taw. ibu akan cuba yang terbaik. tetibe tacinggg. keke. 

eh k la, nak makan. da lapo. asek lapo memanjang. nanti kita borak lagi ye. 

Wednesday, January 09, 2013

Wordless Wednesday


hanya mampu menempek gambar print screen di entry ini. so sesape yang nak g ke Sabah or Sarawak, inilah masanya. booking period arini je taw (9 Januari 2013). tiket pergi kena bayar RM6 sahaja untuk tax. tapi tiket balik ke Semenanjung kena bayar macam bese ya :)

p/s : sedih sebab takde bajet nak jalan-jalan-jalan jauh-jauh waktu ni. jalan-jalan pusing-pusing taman bolehlah. heh! 

Tuesday, January 08, 2013

Textgram


mati-mati ingat arini ari Rabu, so nak buat Wordless Wednesday la. tapi bila berulang-ulang kali kira hari baru tersedar arini ari Selasa. tapi tak kesahla Selasa ke, Rabu ke, dan seterusnya, aku nak tepek gak gambo hasil air tangan aku ni. 

wahahahahha tak payah nak air tangan sangatla Anne~ phewwww

Sunday, January 06, 2013

Ladang UPM


ok, cam da de mood nak berblogging kan. gambar banyak dalam hp, tapi baru skrg rajin upload dalam blog. nampak tak gadis ex-gadis ayu persis model tu? ya betulla itu aku. korang takkan silap pandang. heh!

Lokasi : ladang UPM yang ohsemm tula.
Waktu : 5.13 p.m 

motif g kesini adalah untuk menggamit memori ms belajar dulu kat UPM. tempat ni memang sangat ohsemm uolls sebab scenery yang sangat cantik. penah tengok citer Magika yang Mawi berlakon tu? haa g tengok sekarang. kat situl;a rakaman citer tu dibuat.cantik kan???

terserlah kegemukanku.aiyoooo

pose drp ex-gadis. hahaha



p/s : kalau nak picnic kat sini agak-agak boley tak? tq Encik Suami for bring me there :)

Nuffnang

Syukur alhamdulillah. earning untuk Nuffnang dah cecah RM200. ekcelly dah lama tak log in nuffnang ni sebab lupa password. hehe. td saje-saje try log in and try sume password yang ada. tup tup boleh log in. memang yay la kan. tapi paling mengejutkan earning aku dah RM191.84. 

rasanya last aku log in Nuffnang earning baru 150++ macam tu. kalau tak silapla. ni dah cecah RM200 da. lagi RM12.00 pun tengah on going. tapi ketidakkesabaranku menyebabkan aku cash out kan dulu RM191.84. tunggu jelah cek sampai. yayyyy. tak sangka plak nuffnang bermurah hati banyak bagi earning untuk campaign sebab b4 ni aku macam da agak givap dengan nuffnang. ok bai


ok itu je entry pendek yang sempat aku karang.dadidu~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...