Tuesday, April 23, 2013

Sesi Mendobi Baju Baby. Heaven~

kali ni bercerita pasal dobi mendobi pulak ye. banyak jugak baju yang aku dah beli. cuma aku baru perasan yang newborn adala dalam 2,3 helai. nanti ajak En Asben cari lagi 2,3 pasangla..mula-mula asingkan baju kepada 3 bahagian. wahh gitu.

longgokan yang pertama warna putih sesuci dalam debu
longgokan kedua 

longgokan kedua kaler yang tak bape terang tapi bercorak

and longgokan ketiga yang bewarna warni. motif sebenar adalah takut kaler luntur ke hape kan. mawnya belang-belang baju putih tu nanti.


Detergent yang digunakan adalah Kiddie Wash dari Cosway. RM11.90 kalau tak silap tapi belian kedua aku dapat RM9.50 untuk harga member. kalau tak member RM15.50 tak silap.

aku ada gak beli detergent A-B-D ni kat Pureen Warehouse aritu. saja nak try guna dua2 ni. yang Kiddie Wash tu sangat wangi and aku suka baunya. cuma tak banyak buih. alah aku basuh mesin je, apedehal kan. rasanya yang A-B-D tu banyak buih and baunya wangi. tapi aku belum cuba lagilah.

setelah siap dibasuh dan disidai. inilah hasilnya. jenuh nak ampai mittens & booties yang cenonet tu. berpeluh jugakla masa nak sidai baju tadi kan. ehh terlajak pulak ke halaman belakang umah sebelah. hehehe


sangat heaven bila tengok baju yang comel-comel bergantungan ni. En Asben pun rasa teruja bila tengok baju-baju ni. tak sabar plak nak tengok baby pakai nanti. heeee

Monday, April 22, 2013

Pigeon Warehouse Sale April 2013



excited tak? excited kan?? lepas je ke Pureen Warehouse Sale aritu, terus pecut ke Pigeon Warehouse Sale pulak. ekcelly dah tak bape nak larat and duit pn da banyak abes kat Pureen, tapi bila fikir yang Pigeon jarang-jarang sangat buat warehouse sale..kami gagahi juga. aku tak taw jalan pn nak ke Warehouse Pigeon ni. Rini yang taw and dia cakap dekat2 dengan Monash University. korang janganla tanya aku kat mana ya. silalah google. aku taw brand pigeon ni bila aku mula google untuk review botol susu. dari situ baru taw owhh Pigeon ni jenama dari Jepun. kualiti kain pn sedap. aku penah beli selimut baby kat Parkson aritu RM20. memang sedap kain tu. lembut je and berkapas. rasa puas hati plak bila dapat g ke PWarehouse Sale Pigeon ni. korang jangan terkejut, harga yang diorang offer sangatlah murah. ekcelly diorang nak clearkan stok lama. tapi pada aku baju and barang baby tu still lagi baru. baju RM4-RM12.memang lawa3..dan kain sedap. tapi aku dah memborong kat Pureen kan. so amek jelah 2 helai. Rompers RM5 and sepasang lagi baju RM12.


apa yang aku nak share kat sini adalah harga yang murah untuk barang-barang berikut : 


Liquid Cleanser 200ML RM4 (Harga biasa RM15)
Nasal Aspirator RM4 (harga biasa RM12.50)
PPSU bottle 160ML RM10 (harga biasa RM37.90)
Weaning bottle RM4 (harga biasa RM12.50)
baju-baju RM5-RM12 (harga biasa berbelas hingga berpuluh) 

towel RM5 & RM3. (harga biasa RM16)
pacifier@puting RM2 (harga biasa tak sure)
Peristaltic nipple RM3 (harga biasa RM11)
Sterilizer RM100 (harga biasa RM450)
Electric breastpum RM100 (harga biasa RM400++)
Manual breastpump RM50 (harga biasa RM100++)

ok yang ni jelah aku sempat survey harga. yang lain tak ingat. tapi xbanyak items yang diorang lelong. cthnya macam blanket diorang tak lelong. aku ingat dapatla rembat 1 blanket ke kan sebab aritu beli satu mmg sedap kain dia. tapi papepun, aku sangat berpuas hati ke Pigeon Warehouse Sale ni plus orang takdela ramai and sesak macam Pureen Warehouse Sale tu. kalaulah masa tu dah gaji..memang banyak aku rembat. haha


Sunday, April 21, 2013

Pureen Warehouse Sale 2013

Pureen Warehouse Sale di PJ memang sangat awesome! tengoklah betapa berduyun-duyunnya manusia datang untuk membeli belah. harga yang tersangatlah murah terutamanya baju kanak-kanak dan baby serendah RM3 untuk sehelai. boleh mix and match and boleh cari jugak pasangannya sebab baju and sua dah sepah-sepah ke sana ke mari. paling mahal pun RM12 sepasang. ok, tak payah citer banyak, jom layan gambar and nanti aku bagitaw bape harga per item. ya. 

sesi memilih baju-baju. campak dan campak kalau tak suka. kalau suka kepit kat ketiak. haha

plastik ala-ala IKEA memudahkan proses pencarian barang. macam treasure hunt pulak kan. 

ni queue nak bayar kat cashier. ada la setengah jam lebey beratur. sampai nak pitam rasa. eloklah korang bawak air time ni. amat diperlukan! 

yang belah atas tu aku punya. yang belah bawah kawan aku punya, Rini


,
ok, ni hasil pencarian barang-barang di Pureen Warehouse Sale 2013. 

Pampers Dry5 = RM24 untuk 48pcs
Sabun ABD = RM17
Berus botol = RM7
Beg diapers baby = RM20
Disposable panties = RM4
Bekas susu (yang belang pink putih) = RM5
Botol susu = RM5
Manicure set = RM5
Baju & seluar = RM3-RM12
Towel+mittens+bootie+cap = RM10

ada jugak barang-barang yang aku ingat harganya cth macam :

receiving blanket =RM12
2 Pillow & 1 bolster (set) =RM12
Bip =RM5
Barut =RM3-RM5
Mitten, bootie & sock = RM5
Towel = RM12
Napkin = RM26
Pureen Basic pampers 48pcs = RM24

yang tu je kot aku ingat. yang lelain macam ingat-ingat lupelah. wahhhhhhh
total yang aku beli adalah RM148. sangat puas hati. tapi next time kalau nak g kena fikir 2,3 kali sebab sesak ya ampunnn. aku masuk pkul 10 pagi and keluar warehouse dekat pukul 2 ptg. mana tak krem kaki aku kan. masa keluar tu cecepat cari air utk elak pengsan. haha

Saturday, April 20, 2013

Shopping Barang Baby di Manjaku, Bangi

ni gambar last week kalau tak silap. alkisah tersebutlah kisah. mak mertua aku dok tanya-tanya bila nak beli barang-barang baby? aku cakaplah next gaji ni insyaAllah since En Asben cakap beli sekaligus nanti pas gaji. tup tup MIL cakap "g beli barang baby Ahad ni. nanti mak bagi duit". (masa cakap ni hari Jumaat). aku macam eh eh takpelah mak. (dalam hati..syukurrr..hehehehe)

so pagi Ahad tu, MIL terus hulur duit sruh beli barang-barang. aku macam terkejut jugakla kan sbb dia bagi agak banyak.  so shoppinglah aku n asben ke Manjaku Bangi. review aku mengenai barang-barang di Manjaku Bangi agak not bad. macam-macam hade. harga pun ok and tak bape mahal. masa first-first masuk kedai tu macam taktaw nak beli apa even kat tangan dah de da list barang-barang baby. aku macam tergamam tgk barang baby yang banyak kat kedai tu. 


towel, receiving blanket, barut, cover spare utk pillow & bolster

Baby Wipes, Baju and seluar, mittens & booties, and losyen, and bedak segala bagai

Hasil shopping di Manjaku sumbangan MIL. terima kasih mak :)
p/s : sorry kalau entry-entry lepas ni asyikla citer pasal shopping. heeeeee


Tuesday, April 09, 2013

Shopping Barang Baby


Ahad lepas, kami laki bini beli barang baby for the very very first time. dah lama dah tunggu hari nak serbu expo-expo baby ni since baby dalam peyot pn dah nak masuk 7 bulan. haruslah bersiap sediakan. takut-takut tebersalin awal ke nanti. naya kau satu barang apa pun tak beli lagi. jadinya nak dipendekkan cerita, aku ajak en asben ke expo baby di Mid Valley Ahad lepas. wowee ramainya orang dan air muka en asben terus berubah macam taknak masuk. besela lelaki kan. bukan suka tempat-tempat macam ni yang crowded dengan orang. tapi tak semua lelaki. mebi asben aku diantaranya. wohaaa.

sampai je kat Hall 2, terus serbu booth Pureen. haaa amek kaw pilih baju tak ingat dunia. sampai 9 pasang. cukup stok terus. aku rasa harga baju takde banyak beza kalau g kat kedai Pureen. sebab aku beli aritu pun RM 12, RM15, RM10. so baju takleh dianggap berbaloi ya. disebabkan gender baby taktaw lagi, mohlah kt cari wane unisex. 



hasil tangkapan di Booth Pureen. baju-baju ada yang RM12, RM15 dan RM10. receiving blanket ni RM20. taktawla harga kat pasaran bape ye. mitten n booties plak RM 5 je. suka sangat baju gambar whale n lion tu. sooo comel!

ok, next adalah di Booth Lunatots. yeayyy imbau kenangan lama masa keje 2 bulan di Lunatots dulu. memang sangat banyak memberi pengalaman tentang penjagaan baby. jumpa Kak Sue, Nani and Ain. Kak Sue tu owner Lunatots ya kalau uolls nak taw. orangnya sangat cantik dan anak-anaknya juga comel lotey. nak taw lebih lanjut pasal lunatots, boleh tekan SINI ataupun nak berkenalan dengan Kak Sue dan anak-anak, boleh klik LUNAFAMILY



hasil rembatan di Lunatots. satu lagi gambar plastic milk storage aku lupe nak amek gambo. tapi memang berbaloi-baloi singgah Lunatots aritu. 

Buku Sukses Menyusu = RM10. Harga asal RM15.90
Chocolate Drink utk tambah susu RM 50 (2 Kotak). Harga asal RM29.90 1 kotak. pastu dapat 1 free Chocolate Milk Snack yang berharga RM35.90

Washable Bra Pad RM50 (2 Kotak). Harga asal RM29.90 1 kotak
Plastic Milk Storage RM50 (3 Kotak). Harga biasa RM19.90 1 kotak. 

booth yang ketiga adalah tilam baby. walaupun kat plastic tilam ditulis travelling set, aku hape pedulik. tak travel pun takpe, guna untuk baby tidur nanti. set Bumble Bee ni berharga RM102 siap dengan bantal karipap. comel kan? kat booth Avent ada jugak jual bedding set. tapi harga lagi mahal around RM140++ camtu. promoter Bumble Bee tu cakap harga kat luar RM129.90. so kira berbaloi jugaklah beli kan. corak pun comel gitu. tak sabar nak tengok baby baring atas tu. yeayyyyy


rasanya tu jelah kot yang aku beli memandangkan g pun tak lama sebab en asben and adik ipar duk sibuk ajak makan kat Korean BBQ restaurant. survey jugak harga manual breastpump jenama Avent, mak aihh mahal. RM239. baikla aku beli kat onl9, ada jugak orang yang jual RM160 and RM165.

muka happy dapat makan makanan Korea. 

sedap jugak tapi sumpah aku tak kenyang sebab makanannya tak memenuhi selera kekenyangan aku. wohaa. 

oklah cukup sampai di sini. mata pun dah ngantuk, marilah kita tido. gudnite all~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...