Tuesday, October 01, 2013

Khaleef Fayyadh Budak Boolat

muka pelbagai. tunggu waiter tak sampai-sampai. haha

Assalamualaikum. Hai, lama tak dengar khabar. Lama betul aku tak update blog kan? first of all, rutin hidup sekarang dah berubah. Nak curi-curi update blog kat rumah pun dah tak sempat uollss. Maklumlah, budak bulat a.k.a si Khaleef Fayyadh tu memang tak boleh berenggang. Taknak main sendiri. Nak kne dukung n peluk je. tak pandang dah tilam n bantal. Apa ni baring-baring kat tilam? Tak bujangla. Duduk kat peha vono mama lagi best. Duduk sambil tengok ultraman. Pandai dah tengok kartun kat TV. Kalau tengok tv, mulut kne ada susu n atas riba/peha mama or nenek. Baru syiokkkk. *Helloooo, awak baru 3 bulan okay!  Sekarang semua tengok channel 611 Astro Ceria. Before ni taktaw pun channel tu wujud. Bila dah de anak ni, channel tu jela yang nenek bukak. Bagi khaleef tengok Upin Ipin. 

kaki tu dah macam robot. hihihi

geramnyer dgn budak ni taw.

21/9 aritu Khaleef genap 3 bulan. Sekejap je rasa dah 3 bulan dah. Perangai dia sekarang pun dah berubah. Betul jugaklah apa yang orang cakap tu. Perangai and peel baby ni akan berubah setiap bulan. Besar dah anak mama and ayah ni taw. 


Sekarang dia suke berborak. Lagi-lagi kalau dengan ayah dia. kalau dengan mama, dia malas bercakap sikit sebab mama dia tak bape nak pandai ajak borak. *fake betul
Sekarang ni aku risau nak puji dia lebih-lebih. Cthnya macam ‘dia dah tak nangis malam dah, tido pun dah normal’. Sebabnya lepas je aku puji, mesti malam tu dia wat perangai. Hailaa anak. Tak boleh puji pape lagi ni. Kalau nak puji pun dalam hati jelah. Haha


Khaleef and Ayah. suka borak dengan ayah

Khaleef buat muka camtu bile mama n acu dah cun-cun posing. yennadeyyyy

oklah, nanti aku upload gambar khaleef banyak-banyak ya :)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...