Saturday, March 03, 2012

Kedai Barangan Perkahwinan

taw kat mane nak beli barang-barang kawin yang murah kat area Klang Valley ni selain Nilai 3? kalau korang duduk area Shah Alam, bolehlah berkunjung ke CT handicraft. beralamat di No. 3 (PT2258), Jalan Nelayan 19/E, 40300 Shah Alam. ok, landmarknya adalah De Palma Hotel. memang dah dekat dah 2. harganya yang murah setanding dengan harga pasaran di Nilai 3 memang menjimatkan kos pengangkutan Shah Alam-Nilai..

,



selain CT Handicraft kat Shah Alam, Fah Lean Floral di Balakong pun merupakan pemborong bunga2 tiruan dan macam-macam aksesori pengantin. beralamat di No. 2 & 2A, Jln 1/3, Taman Industri Selesa Jaya, 43300 Balakong. Fah Lean pon ok jugak sebab ada banyak jenis bunga sampai tak tahu nak pilih. tak payah susah-susah nak g Nilai utk beli bunga. hehe






ok kedai ketiga adalah kedai Romantika. bagi yang suka atau mencari tema English style, memang sesuai ke Romantika. pelbagai pilihan bunga-bungaan dan barang-barang perhiasan berkonsepkan English @ Vintage banyak di jual di sini. Romantika ada banyak cawangan dan cawangan di Shah Alam adalah di Plaza Alam Sentral dan Seksyen 14 berdekatan dengan DEMC (Darul Ehsan Medical Centre)




ok sampai sini dulu, bai~

Friday, March 02, 2012

Veil Nikah

at first, aku tak terfikir pon pasal veil-veil nikah ni sume. bila tengok housemate aku si Rini yang akan nikah bulan 6 ni dok beli kain apekenamanyatah utk DIY veil nikah, aku pon gatal-gatal nak tiru. 

aritu dah survey-survey kat Nagoya. kain border lace ni harganya lebih kurang RM16++. untuk buat veil nikah, korang kena beli kain border lace & kain chiffon@kain net. gunting-guntingkan bentuk bunga kat kain border lace 2 then tepek kat kain chiffon@kain net tadi. terfikir jugak aku, pandai ke nak DIY veil nikah ni sendiri. tangan punyala kayu. 


ni antara gambar-gambar veil nikah yang aku google dan aku sgt adore. especially Ana Raffali punya veil. simple tapi padat dengan manik-manik dan mutiara. tapi kalu boleh aku nak yang simple n ekonomi jela. pakai sekejap je pun. nak bagi anak cucu pakai xdan la plak kan. 



gambar persandingan ana raffali




ok bai~

Thursday, March 01, 2012

Pelamin Anganku





design pelamin? kalau ikut citarasa aku memang nak yg high class tapi bajet rendah. hade? oleh sebab mak andam aku nanti adalah tokey butik Butik-Andaman-Pengantin-Remaja ni, aku terpaksalah padamkan niat aku utk pilih design pelamin macam gambar 1st ni. cantik kan? tak dapat yang 1st pon, tapi dapat yg 4th jadilah..

tapi rasanya aku amek design yang ke-2 sebab simple dan tak crowded. ataupun design ke-3 jugak. tapi mebi tukar kaler bunga kpd peach+krim+pink. ok x? bila survey-survey pelamin n mak andam ni kan, terasa nak bukak butik pengantin pon ada. memang banyak angan-angan betul aku ni kan.

Wednesday, February 29, 2012

a new beginning to b2b blog. insyaAllah :)

tiba-tiba rasa macam jatuh cinta dengan warna-warna pastel ni. tak tahulah sindrom ni bermula bila. tapi memang tiba-tiba. warna-warna pastel yang aku maksudkan adalah seperti peach, offwhite/cream, pink and purple. sumpah sangat shantek. terniat jugak nak jadikan blog ni blog bride-to-be macam intanorazam dan yang seangkatan dengannya. cubalah scroll blog dia, sumpah akan tertawan dengan kombinasi warna-warna yang dia gunakan. aku pun terpengaruh sama la ni. niat memang ada, tapi bila nak menaip je, terus jadi malas. 

insyaAllah aku akan cuba jadikan blog ni blog b2b (kalau tercapailah..hehe). ekcelly bukan b2b sangat pon mebi sebab aku just share apa yang aku buat untuk persediaan kawen nanti contohnya doorgift, hantaran, tema, dll. xdelah detail macam intanorazam. belum sampai ke tahap itu kerajinan aku untuk berblog. hihi *nak masak pon malas ada hati ko nak buat b2b blog. fine. 

sekarang ni tak banyak persediaan lagi aku buat, cuma aku dah sediakan 1 buku untuk buat checklist kawen. korang mesti ada 1 buku ye. ni pon aku tahu sebab housemate buat. so aku buat2 ikut even mcm lama lagi majlis. FYI, housemate2 aku ni sume dah nak kawen n mostly dah bertunang. 6 org duk dalam 1 rumah, and 4 org tunangan orang termasukla aku. heeee. dimulai dengan tarikh 11/3 then 2/6 and 8/4 seterusnya insyaAllah 16/9 (aku lettew). yang lagi sorang plak bakal bertunang 1/9 ni. alhamdulillah habis laku housemate2 aku. macam pisang goreng panas. lai lai lai. heeee 

so far ni baru buat hb jelah macam yang aku citer pada entry lepas. mak andam, butik pengantin and photographer pon aku da booked. nampak macam awal sangat kn? sebab aku memang nak butik yang ni coz mekap lawa sangat n gambar pon cantik. aku risau jugak kalau kot2 la kan tarikh yang aku nak penuh. memang menangisla. baik tempah awal-awal. mak aku ada bising-bising jugak cakap butik ni jauh dari rumah. tapi alasan aku "mekap cantik". alasan yg membina kan? kalau area Muar lehla search yang ni :


hb dari sekocinorlie

tema kaler pun rasanya dah decide dah nak warna peach+krim+pink+pepel pastel. harap-harap menjadilah tema aku ni kan. kursus kawen pon awal-awal da settle da. buat kat presint 16, Putrajaya. korang bolehlah search alshahir. tempat yang sangat selesa sebab buat kat auditorium dan sudah tentulah disediakan makan minum. hanya RM80. 

barang hantaran pon dah finalize nak bagi apa. mebi 11 dulang balas 9 dulang. macamana ya nak buat kelainan pada hantaran?? pening fikir. rasa macam nak letak teddy bear comel-comel kecik-kecik wane krim kat barang hantaran. awesome....kot? aritu jalan-jalan kat Jusco Bukit Tinggi. ada plak promotion perfume Ralph Lauren Big Pony 4. so decide beli jela dulu utk Encik Tunang. tentang gubahannya pulak, aku pening nak buat macammana. nantilah fikir, ada masa 6 bulan lagi. untung jugak housemate2 ramai yang nak kawen sebelum aku. boleh tiru je idea-idea dorg utk buat hantaran n doorgift. hehe

aku beli yang no. 4

cukuplah mukaddimah untuk entry kali ni. mukaddimah?? aku akan share lagi banyak info pasal b2b. insyaAllah :)

Wordless Wednesday #3





*Jangan terlalu akrab, kelak akan renggang satu hari nanti. biasa-biasa sudahlah 

Wednesday, February 22, 2012

Hand Bouquet from SekociNorlie


sekarang ni tengah survey-survey hand bouquet (hb) @ bunga tangan yang guna felt craft untuk majlis aku nanti. aritu usha-usha jugak kat blog intanorazam, tapi dia da closed order untuk tahun ni..hampa.

tadi try browse tenet terjumpa blog sekocinorlie ni. alhamdulillah dia still amek order n ada promotion lagi sampai hujung bulan 2 ni..RM85 diskaun kepada RM65. so cepat2lah aku pm dia kan. tak nak terlepas lagi. comel sangat ok!! aku suka benda yang comel-comel gini, haruslah tema kawen nanti comel-comel jugak kan. heee gataii naaa. aku request handle hb warna dusty pink/peach pastel n felt warna biru tukar kpd peach. 

korang rasa ok x? ke x ok? 

 ok, ni lah owner blog 2. papehal kalau nak order hb or watsoever bolehlah email ke sekocinorlie@gmail.com

oh sangat tereksaited! tak sabar tunggu delivery 2 nanti. lagipun dia duk Shah Alam je. leh COD tak payah nak postage-postage bagai. yeayyyyy seronok!

Saturday, February 18, 2012

Foster The People - Pumped Up Kicks


lagu ni dah lama aku dengar kat Red Fm. tapi tak tahu lagu apa.so arini baru dapat tahu ni lagu dari band apa.heeee suka....memang syokla layan lagu ni..enjoyyyy

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...