Sunday, September 30, 2012

Ailapyu Encik Asben

gojes tak gojes tak? sila muntah hijau :)

lamanya tak hapdate entry. banyak sangat idea yang mencurah-curah sampai taktaw nak keluarkan idea yang mana satu dulu. alasan! 

nak review barang-barang hantaran dan majlis perkahwinan pun tak sempat. tunggu dapat gambar dari photoG baru review boleh kan? boleh tak? heee....next week cuti seminggu. honeymoon ke Langkawi. yehoo!!! time kasih kpd mak mertua sbb sponsor tiket flight. hik3..dapat duit poket lagi. heeee. 

fyi, ni first time aku ke Langkawi. dan first time jugaklah aku naik Air Asia. read as aku tak pernah naik flight. tetibe rasa jakun kan. orang lain, celik mata tengok dunia dah naik flight. aku tunggu umur 24 baru merasa. itupun sebab kahwin. kalau kahwin umur 30, alamatnya memang macam kera mendapat bunga la kan. ehhh???

bila ayah and mak citer sal langkawi, aku jadi blur sbb xleh nak imagine macamana. yang tu gini gini gini. haa yang tu plak gini gini gini. macam-macam versi dialog ada.aku? melopong jelah dengar diorang bercerita. haha 

so far, aku masih cuba nak adapt dengan suasana family baru. alhamdulillah ayah & mak sporting orangnya. tapi kita yang jadi menantu perempuan ni janganlah amek kesempatan pulak ya.  mentang-mentang diorang sporting and baik, kita plak naik tocang. xleh macam tu. jangan hipokrit. biar kita jadi diri sendiri. contoh kalau kita terlupa nak buat breakfast, kita basuhlah baju, pinggan mangkuk dll..(macam cerita sal diri sendiri je?)

layan family mertua macam family sendiri. sayang mereka macam sayang mak n ayah kita sendiri. dan ingatkan kat suami yang tanggungjawab dia pada ibu/mak lebih besar daripada tanggungjawab dia pada isteri. InsyaAllah, redha Allah terletak pada redha suami pada kita..Aminn :) 

haha taktaw ni gambar tahun bila. rasa-rasa macam 2010. 

ailapyu Encik Asben <3 <3 <3

Wednesday, September 26, 2012

Hari Ke-10 Sebagai Seorang Isteri

husband-wife :)

langkah ini masih kaku. masih kaku bila berada di tempat baru, suasana baru, dan keluarga yang baru. awal-awal kawin ni Encik Suami ajak tinggal dengan family mertua dulu. aku ok je memandangkan family mertua pun sporting. tengoklah dalam 2,3 bulan baru pindah ke rumah 'sendiri'. hehe. 

baru perasan yang aku dah 10 hari kawin. macam baru 2,3 hari. apa yang aku perasan perbezaan sebelum dan selepas kawen adalah aku jadi macam terlebih rajin plak. dulu masa duk umah sewa zaman bujang boleh dikatakan agak malas yang melampau. betul ke Nurul? hehe. bila dah kawen ni terasa ada 1 tanggungjawab yang mana aku perlu jadi lebih rajin sebab aku kena jaga seorang suami. ya suami. dah kawen rupanya aku ni. kemonla anne, ingat kau masih bujang ke??

tadi masa dok kemas-kemas almari, terjumpa surat cinta Encik Suami zaman sekolah. agak kejelesan di situ ya bila baca ayat cintan cintun yang berbunga-bunga. haha. tak sangka Encik Suami orang macam tu. kiki. setakat ni belum lagi berasap dapur tu. baru masak nasi je, tu pun baru sekali. hehe. mak mertua cakap tak payah masak. masak tyme weekend je.  tunggulah weekend ni, nak masak ke taknak. haha. 

ni gambo tahun 2010. ohh sangat janggal melihat berat badan waktu ni. demm!!


untuk Encik Suami, sayang kamu sangat-sangat-sangat :)

Wordless Wednesday


untungnya jadi isteri. kat dunia dia penat, tapi Allah bagi banyak ganjaran kat akhirat nanti. InsyaAllah :)


Tuesday, September 25, 2012

Seorang Isteri kepada Encik Suami :)

alhamdulillah..kini aku bergelar seorang isteri kepada Encik Suami. mula-mula Encik Lelaki, tukar kepada Encik Tunang and now boleh dipanggil Encik Suami. berakhir sudah pencarian cintaku. hehe. 

alhamdulillah. majlis di kedua-dua belah pihak dah pun berjalan dengan lancar pada 16 dan 23 September lepas. penat majlis tak hilang lagi ni. nasib baik belah lelaki buat kat dewan je. fuhhhh kalau tak memang jenuh mengemas rumah. masa kat belah perempuan aritu, seminggu baru btul2 siap kemas. wahhh memang sangat penat. papepun semuanya dah selamat. tunggu cuti g honeymoon pulak next week. yehooo. 

ok, ni sikit gambar yang tak official dari kamera bukan DSLR. bila agaknya dapat official wedding photos dari photoG kan. sebenarnya banyak benda nak share kat sini. banyakkk sangat. tapi tunggu mood nak berblog betul2 datang ya. bz jaga suami katakan. ahakssss.

harapan? sama je macam pasangan lain yang berkahwin. semoga perkahwinan kami ini diberkati oleh Allah dan berkekalan hingga ke Jannah. InsyaAllah. Amin :)

nikah 16 Sept 2012 - Muar, Johor

majlis bertandang 23 Sept - Dewan LLM, Kajang 

oklah, nanti aku upload lagi gambar yang cantik-cantik sikit. hehe

Tuesday, September 11, 2012

Last update



Assalamualaikum. insyaAllah, ni last entry aku sebelum menamatkan zaman bujang. ececeh. maaflah tak boleh nak hapdate blog kat umah kg sebab line Digi takde. huk3..lately ni nak hapdate pasal persiapan kawin pun dah malas. masa mula-mula tunang dulu bukan main beria kan? 

setiap orang yang akan berkahwin akan melalui fasa-fasa macam tu. kejap happy, kejap sedih, give up, stress, malas nak layan, lantak kaulah dan lain-lain lagi. ok, sekarang aku dalam mood happy plus bahagia. heheh haruslah kan??

macam tak percaya je hujung minggu ni jadi wife. hehe. ramai orang tanya apa perasaan? aku cakap " tak taw sebab tak rasa lagi apa-apa perasaan". boleh macam tu? tapi semalam bila tengok baju nikah aku dan encik tunang yang dah siap, rasa betul-betul bahagia. padahal tengok baju je. pelik kan? 

oklah..insyaAllah aku akan hapdate entry baru setelah bergelar isteri nanti. ececeh. ows mestilah review majlis perkahwinan aku kan. taktawlah macamana keadaan majlis aku nanti tu. tunggu taw :)

Thursday, September 06, 2012

Si Pungot



dulu dia 'kanak-kanak'. sekarang dah nak jadi 'mak'. ouchhhh rindunya dengan Si Pungot yang dulu. yang manja sangat, suka lompat-lompat sana sini. suka main-main kejar-kejar dengan aku. suka cium muka mak tyme mak solat dan suka sangat buat aksi comel dia tu. sekarang perut Si Pungot da boyot. dah takleh buat semua tu. hehe

B2B : Wedding Invitation




oleh kerana noraim duk tanya mana gambar wedding card, aku rasa ok kot kalau aku share wedding card aku kat blog. hehe
disamping itu, aku menjemput semua blogger yang mengenali aku untuk datang ke majlis perkahwinan aku dan En Tunang. alamat seperti tertera di bawah : 

Majlis Perkahwinan 
Noraini (Anne) & Abdul Hakim

                  Tarikh :16 September 2012 Bersamaan 29 Syawal 1433H 
                Alamat : SKD 60, Kg. Sg. Kelat Darat, 83610 Semerah, Batu Pahat, Johor
Jamuan makan : 11 Pagi-5 Petang

semoga kehadiran kalian menambah lagi keberkatan dalam majlis kami. insyaAllah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...