Tuesday, June 07, 2011

Yeay, Wawa Kawen!

Alhamdulillah, Wawa dan suami selamat diijabkabulkan pada 4 Jun 2011. Aku, Encik Lelaki, Yaya, Nisa’, Jengke n Paan bersemangat untuk ke Marang, Kuala Terengganu menghadiri wedding beliau. 

Ktorang especially aku la kan sangat excited sebab fes tyme sampai Terengganu. Entry lain aku akan citer pasal holiday kitorang kat Terengganu k. tungggu…..

jom layan gambar-gambar kami yg shantek ni dulu k =)

SELAMAT PENGANTIN BARU 

WAWA & SUAMI








p/s : terima kasih kpd Encik cameraman @ Encik Lelaki utk gambar2 yg shantek! =)



ok, dah puas tengok? 
entry akan datang lebih menarikkkk....yeayyyyy

Wednesday, June 01, 2011

In2it Waterproof Eyeliner - recommended!

aku ni bukanlah seorang pandai bermekap. tapi sejak kawan aku perkenalkan eyeliner jenama in2it ni, aku sedar yang perempuan perlu mekap. aku xbermaksud mekap 2 tepek bedak tebal2 n pakai blusher merah menyala kat pipi. bukan bukan. mekap yang aku maksudkan kat sini adalah mekap pada mata saje. korang percaya x yang pakai eyeliner je dah boleh buat org 2 cantik. mcm Fatin Liyana 2. cube tgk betol-betol, part mana yang dia mekap? mata kan? 

so aku nak share ngan korang knp aku ckp 'RECOMMENDED' dengan in2it Waterproof Eyeliner ni. korang akan dapat rasakan yang memakainya adalah sangat mudah.mudah utk melukis, mudah utk tanggal kalau nak remove guna mekap remover dan xmudah kembang kalau berpeluh. 


ni yang wane dark brown, aku beli warna all black. cubalah n korg xkan menyesal =)

Saturday, May 28, 2011

Selamat Tinggal Banglo Mewah

sedih...

2 je ayat yang boleh aku luahkan. sedih sebab ktorang serumah terpaksa mengosongkan banglo mewah kesayangan kami (kesayangan ke) atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

 Owner bagi notis 2 bulan (sampai akhir bln 5) untuk kami keluar dari banglo mewah sebab rumah dah terlalu uzur dan perlukan renovation. anai-anai bermaharajalela, pantang ada kotak yang melekat kat lantai, xsampai beberapa hari dah koyak kena makan dek anai-anai. bukan setakat kotak, almari rumate aku pon leh lunyai. 




banglo mewah banyak memberi kenangan kepada semua penghuninya. even aku baru je duk sini almost 9 bulan, tapi seronok. seronok sebab dapat housemate yang sekepala. Siti, Pija,Roy, Nor, Intan, Kak Ain n Kak Mas. 

dulu masa awal2 aku masuk, tiap-tiap bulan mesti akan ada aktiviti rumah cthnya mcm tgk wayang, bbq, jalan-jalan cr pasal, makan-makan dll. ntahlah, xtawlah pasni akan ada lagi  tak kenangan spt itu dengan housemate baru. aku rasa xmungkin ada! 



betul kate org, cari rumah ni mcm cari calon suami. nak kena tgk mcmana keadaan rumah 2, penghuni-penghuniya, jiran tetangga, kedudukan geografinya dll.


pasni ktorang akan berpecah kpd 4 kumpulan. tapi yang pasti aku akan merindui saat-saat bersama penghuni banglo mewah TTDI Jaya. Love u gurls!






Sumpah akan merindu saat-saat ini! pasni besday dah x celebrate dah..syukur semuanya sempat raikan besday bersama-sama. 

notakaki : pasni kalau nak kuar, contact2 jelah..rumah baru ni xjauh pun, sekangkang kera je dgn yang lain2..jgn luper taw =)

Monday, May 23, 2011

Happy Besday Yayang!

22 May 2011, besday Enck Lelaki yang ke 23 tahun. dah bertambah da usia kamu ye encik lelaki. kan aku ada bgtaw kat korang yg aku sangat excited menunggu hari esok a.k.a 22 May kn. sebab inilah. ngeh3

aku saje nak wat suprise, masakkan spagetti utk pertama kali dlm hidup aku. ni bukan spageti + sos prego = tuang ke dlm mulut. tapi agak complex sikit sbb kena tambah daging kisar,cendawan,tomato,carrot etc etc. rumit  utk aku yg 1st tyme buat ni. aku berguru dengan roomate aku, Cik Siti. dia buat sos spagetti mmg terbaek! xcaya,cubalah tanya housemate2 aku yang lain. 

kononnya nak buat suprise, last2 encik lelaki dah makan kat umah b4 jumpa aku 2. aku pe lagi, trus hilang mood la..konpemla dia da kenyang kan. "xpe, nnt sy berak ae". ni yang encik lelaki cakap buat aku terguling2 ketawa. 

plan nak picnc kat tepi tasik Taman Botani, Putrajaya beralaskan tikar dan rumput yang menghijau. sekali ujan da..dan paling malang bila encik lelaki cakap " alamak, kamera tertinggal dlm kembara" adussss, mmg spoil mood aku. aku baru berangan-angan nak posing mcm angelina jolie. giler perasan kan.

last2 ktorang g picnic kat Taman Wetland. sebab kat sane byk wakaf yang berbumbung. tempat mmg sangat cantik! 


bertungkus lumus berjam-jam buat kad ni dek kerana xde idea. haha


ekcelly, besday sape ni?


kek Indulgence 1 slice yang da nak cair. hampa sbb kononnya nak letak lilin dan tiup.


mak suka pose kau nok!


inilah sos spagetti TTDI Jaya. yes!


sama x dengan iklan deodorant kat tv 2? =)

semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
AMIN~


I LOVE U encik Lelaki. malu malu

Saturday, May 21, 2011

excited!

Suprise!!!

sangat excited menunggu hari esok
semoga semuanya berjalan dengan lancar




senyum.senyum.senyum =p

kita semua adalah hebat!

Untuk menjadi hebat 
tidak perlu menjadi orang lain 
jadilah diri sendiri

percayalah 
setiap manusia ada kelebihan masing-masing 
cuma nampak xnampak je

terima kasih ustaz 
atas tazkirah Jumaat minggu ini
kita semua adalah hebat!
remember dat words! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...