Friday, September 20, 2013

Happy 1st Anniversary Sayang


16/9/13 bersamaan Isnin a.k.a cuti Hari Malaysia..alhamdulillah dah setahun kami bernikah and hadiah paling bermakna Allah kurniakan adalah si bujang tecik, Khaleef Fayyadh. Semoga cinta kita berkekalan hingga ke syurga hendaknya..aminnnn 


 

 

   

Kami celebrate di Tony Roma's The Curve. Itupun setelah drama berlari-larian di atlas jalan raya. Plan sume hancusss. Memula en asben da wat reservation kat restoran makanan itali kat Ciao Ristorante pkul 8 malam. Bila sampai and tengok menu macam was-was (faham kan??). So terus cancel and g ke 1 Mont Kiara sebab nak g ke Tony Roma's kan. Sampai sana boley tak kedai tu tutup???? So citer dia memang keluar cari tempat Lainla. Akhirnya sampai jugak ke The Curve slps adengan masam2sayang-salah jalan and jem samadengan membazir minyak kan. Ok sampai The Curve pukul 9 malam dengan perut yang berkeroncong. Wahaaaaa

Cukuplah cerita perjalanan sempena anniversary aku yang pertama. Yeehaaaa!








Monday, September 09, 2013

Pigeon di Happy Baby Mega Sales Expo di Citta Mall





upload gambar jelah. takde ape pun yang aku nak describe. expo yang agak mengecewakan sebab takde pun Disney Cuties. dalam bunting cakap ade. hang habakla awal2 kalau takde tu. hampa -_-

tapi gembira sebab barang Pigeon ada. yeehaaaa botol baru yang PPSU tu half price uolls. gembira pulok even tak banyak mana barang Pigeon yang dijual ^_^

kbai~

Tuesday, September 03, 2013

Khaleef Fayyadh 2 Bulan 13 Hari

Lama giler rasa tak hapdate blog. memang tak sempat nak menaip panjang-panjang camni. Ni pun nasib baik ada kelapangan sikit kek opis den. Kalau kat rumah memang takdan la nak menaip. Baru onl9 kejap, khaleef da nanges. Huhu. Satu lagi, penyakit malas bermaharajalela. Malasss sangat nak hapdate blog (kalau cakap MALAS dari tadi kan senang)

Alhamdulillah, arini 3/9/2013 khaleef dah berumur 2 bulan 13 hari. Dah banyak dah akal dia yang aku perasan. Sekarang dah pandai ajak borak dah. Macam faham je apa orang cakap kat dia. pastu dah pandai mintak dukung. Hehe comel je. kalau kita dah agah-agah tapi tak jadi dukung, terus muka seposen. Pandai dah dia, umur baru 2 bulan. 2 minggu lepas timbang berat dah 5.3 Kg. taktahulah sekarang ni dah berape. Patutlah terase semangat badan masa dukung dia. sampai lenguh-lenguh tangan ni. Susu pon kuat. Sekarang ni dah minum susu formula sepenuhnya. Kenapa tak bagi susu badan? Soalan cepumas yang kadang-kadang buat aku stress. Bukan sengaja taknak bagi, tapi adalah sebab-sebanya yang tak dapat aku ceritakan kat sini. Panjang ceritanya and tak boleh dipendekkan. Myb rezeki dia untuk minum susu ibu sekejap je (mood sedih ni). Takpelah, susu formula pun susu jugak kan. semoga anak ibu membesar dengan sihat ya. Aku bagi susu Enfalac A+


Oklah, cukup dulu untuk intro pagi ni. Semoga aku masih ada mood untuk update entry seterusnya. Wohaaaa. Layan dulu gambar budak tecik ni.







Saturday, August 03, 2013

Stroller Idaman : Bumbleride Indie Stoller

Stroller adalah satu benda penting yang perlu ada lebih-lebih lagi kpd ibu dan ayah baru seperti kami. b4 ni aku memang tak amek port sangat pasal stroller. pada aku, asalkan cantik, smart n murah cukuplah. En asben sebelum ni ada jugak mention jenama Graco, Halford, Quinny, bla bla bla. kalau boleh dia nak belikan stroller yang ok sikit untuk anak kesayangan dia tu. aku tak kisah pun apa-apa je asalkan stroller. 

2 minggu kebelakangan ni, aktiviti rutin yang selalu kitorang buat (haha) selepas tidurkan Khaleef adalah survey stroller kat internet and tengok kat mana supplier atau kedai yang bagi harga ok. bila survey-survey, kami amek keputusan untuk walk in kat Axeana.com yang mana kedainya terletak di bandar Tun Hussein Onn, Cheras. kami decide nak beli Halford S8 Pramette travel system warna merah. kenapa pilih Halford? ohh salah satunya adalah jenama Halford tu sendiri and designnya yang nice. sampai je En Asben kat Axeana, sekali takde stok da. promoter kedai tu bagi suggestion kat En Asben kalau nak stroller yang ok boleh try Bumbleride. ohhh tak pernah dengar brand tu atau aku yang duduk di bawah tempurung. brand dari US. 

En Asben kol aku suruh search kat you tube and tengok review stroller Bumbleride ni macamana. bila review kat you tube, terus jatuh cinta dengan design and warnanya. mmg nampak smart, sporty, elegant, 3 wheels, and so on. aku suke warna Aquamarine macam gambar iklan bawah ni. tapi malangnya warna tu tak dieksport ke Malaysia. hampa. kami decide punya decide punyalah decide. 2,3 hari jugak pikior stroller mana yang best ni. akhirnya Bumbleride Indie warna Cayenne Red menjadi pilihan hati. sebab? korang boleh refer SINI



En Asben seronok bawak Khaleef pusing-pusing dalam rumah. 

Khaleef pun seronok dapat 'Ferrari' baru. ngeh3

p/s : tak sabarnya nak bawak Khaleef jalan-jalan naik stroller baru ^_^

Tuesday, July 30, 2013

40 Days And Another 4 Days To Go!


alhamdulillah. dah 36 hari berpantang masa gambar ni diambil. arini dah 40 hari dah. tak sabarnya nak tunggu lagi 4 hari untuk abis pantang 44 hari. yeayyyy nak bawak Khaleef jalan-jalan shopping raya. hari ke 44 jatuh pada hari Sabtu minggu depan, hari Ahad sempatlah nak bawak Khaleef gi shopping raya memandangkan Khamis minggu depannya dah raya kan. motif sebenar bukannya nak shopping pun, cuma nak bawak Khaleef keluar jalan-jalan. b4 ni keluar jalan-jalan jugak, tapi jalan-jalan gi kliniklah kebanyakannya. ibu and Khaleef ni da macam pelanggan setia Az Zahra pulak. dalam satu minggu bape kali da g Az Zahra. sepanjang 40 hari usia Khaleef ni, banyak dah perkembangannya. waktu tido dia pun dah semakin normal. bangun setiap 2 atau 3 jam kalau tengah malam hanya untuk menyusu. lepastu sambung titun. awal2 lahir dulu masa tido dia tak menentu. pkul 2,3 pagi bangun nak susu pastu nak main dulu. tersengguk2lah ibu and ayah dia melayan dia nak main. syukur sekarang dah ok. rasanya banyak sangat benda nak diceritakan tapi tangan yang menaip ni tak sempat sebab terkejar-kejar jaga bos kecik tu. 

berat Khaleef masa lahir cuma 2.55 Kg and Dr cakap jahitan sikit je. so far, hari ke-7 dah ok dah jahitan and hari ke 17 aku dah leh drive sebab hantar en asben ke station bas masa aku berpantang kat kg. alhamdulillah mengandungkan sampai melahirkan Khaleef ni semuanya mudah. syukur sangat. semoga jadi anak yang soleh ye sayang.

44 hari berpantang ni, aku berpantang kat sini and kg. campur-campur. aku kan duduk dengan mertua. so awal and akhir berpantang MIL yang jaga. alhamdulillah dikurniakan seorang ibu mertua yang sangat baik. sampai mak aku sendiri cakap baiknya mak mertua ko tu. layan dia macam mak sendiri. yess, aku memang praktikkan dari mula-mula aku kawen dulu. layan mak mertua macam mak sendiri. tak lebih tak kurang. lagipun Khaleef cucu sulung family aku and family en asben. masing-masing nak jaga masa berpantang. aku kat kg 2 minggu je. tu pun rasa dah lama sangat dah siap nangis-nangis masa en asben nak balik sini pas anta aku tu. haha besela mana penah berenggang dengan en asben sampai 2 minggu kan. 

so far semuanya ok. cuma part yang paling sedih, Khaleef tak pandai direct feeding di atas sebab-sebab tertentu. 2 minggu awal tu aku pam susu and bagi dalam botol. my bad, disebabkan kurangnya pengalaman, masa dia lahir dulu aku tak cuba nak direct feeding sebab kat hospital kalau Khaleef nak susu hantar ke nursery. masa tu memang tak keluar susu lagi. so Khaleef dah diperkenalkan dengan botol and formula milk. sekarang aku dah menyesal kenapa kat hospital dulu aku tak cuba untuk susukan dia even takde susu lagi. huwaaaa. sekarang Khaleef dah campur formula milk. sekarang ni aku still pam and cuba direct feeding walaupun dia mengamuk sebab tak puas. tapi bila dia mengamuk beria-ia tu sampai nangis-nangis rasa tak sampai hati plak. terus sumbat botol. hai Khaleef...bilalah nak pandai direct feeding ni.

tu jelah dulu aku nak share. sebenarnya banyakkkk lagi aku nak cerita. tapi waktu je takde. hmmmmm. sebelum tu, korang layanla gambar anak bujang aku ni eh. tata titi tutu~




Monday, July 01, 2013

Pigeon Portable Electric Breast Pump Review



yang ni aku punya pam. pam pukul 6.30 pagi. mewah tak? :)

ramai yang tak tahu Pigeon pun ada breastpump yang sangat ohsem! ok, ceritanya macam ni. hari keempat berpantang, breast sangatlah bengkak sebab susu mula keluar masa hari ketiga malam tu. esoknya nak taknak suruh jugak asben beli breastpump kat Parkson. carilah brand pape pun. sebelum ni tak pernah pun terfikir nak beli breastpump sebab set in mind, nak direct breastfeed baby. memang takde dalam list langsung nak beli pam tu. 
lagipun cezen asben de bagi dia punya breastpump yang baru guna sekejap tu brand Pureen (battery operated). ingat cukuplah tu dah de Pureen punya, tak payah susah-susah beli lain and jimat duit. yes. 

bila sampai Parkson, asben cakap Pigeon punya breastpump ada discount. nak try tak? aku macam berat hati jugak nak beli sebab pam ni macam tak bape feymes. tapi asben cakap takpe kt percaya pada brand Pigeon. tawakal and beli. huuuu

bila hari ketiga malam tu, breast dah mula membesar, tapi tak sakit pun. cumanya kalau picit memang ada keluar setitik dua air susu. aku pun dengan gembiranya berkata dalam hati, yes dah bleh breastfeed baby. masa kat Az Zahra baby hantar nursery untuk menyusu sebab susu tak keluar lagi. sedeyhhh.

tapi tak semua ibu dapat peluang untuk terus brestfeed baby dengan jayanya. jiwa ni rasa meronta-ronta bila Khaleef hisap susu nak taknak je. maybe dia dah biasa dengan botol and susu formula, so dia malas nak gerakkan rahang-rahang dia untuk hisap susu ibu. menangis jugakla 2,3 hari sebab Khaleef hisap main-main. rasa sedeyh sangat sebab tak macam ibu-ibu lain. ada sekali tu dia gigit sampai menjerit aku. maybe dia stress tak dapat-dapat susu. haha. hailaaa anakk. itu belum tumbuh gigi, bayangkan kalau dah tumbuh gigi. serammm.

..............................

apalah, tajuk entry pasal review tapi aku plak yang dok syok sendiri menaip. ok ok aku share info pasal breastpump Pigeon ni. so far tak ramai blogger Malaysia yang share pasal breastpump ni. kenapa ya? sebab tak feymes ke? takpe takpe, meh aku share. 

aku bukan nak bandingkan dengan mana-mana brand sebab aku tak pernah cuba brand lain. cuma apa yang boleh aku share kat sini adalah Pigeon Portable Electric Breast Pump sangat murah. aku beli masa June Monthly Offer, harga pam ni cuma RM179 instead of RM249. murah kan? pam ni pulak battery and electric operated dan bukannya manual. so far aku dah guna seminggu pam ni and aku sangat cintakannya. ahakss. aku bagi markah 10/10. pam ni dah macam BFF aku dah. corong suction yang lembut, spare part yang senang nak assemble dan di basuh, ringan, and boleh adjust pressure suction tu. lagipun Pigeon ni made in Japan. no wonderlah kan dengan kualiti dia and lagi satu, Pigeon adalah breastfeeding advisor. korang boleh ke website Pigeon untuk keterangan lanjut. 

mungkin ni jugak rezeki dari Allah sebab susu aku memang banyak. setengah jam pam dapat more than 7 Oz. tapi kalau aku pam pas bangun tido waktu pagi la. memang puas ati. untuk menambah susu, aku amek set berpantang Shaklee and The Milk Story produk dari Lunatots. alhamdulillah bila amalkan kedua-dua supplement ni susu aku banyak even baby tak nak hisap sangat. terima kasih Pigeon sebab cipta pam ni :)

p/s : ini bukan iklan penaja. bukan blog feymes pun sampai dapat sponsor post. cuma nak share ilmu dan brand yang orang tak pernah tahu. kbai~


Sunday, June 30, 2013

Pengalaman Bersalin di Pusat Rawatan Islam Az Zahrah, Bangi

Assalamualaikum...
harap dapat bersabar bila membaca entry ini sebab ianya sangat panjanggggg :)
enjoyzzzzz!!

Kronologi

20 Jun 2013

7 Pagi - 12 Tengahari

Pergi kerja macam biasa, pukul 7 pagi keluar rumah. drive dari Putrajaya-Shah Alam plus minus 1 jam perjalanan bergantung kepada traffic dan lalu lintas. ewahh macam pembaca berita. masa drive tu, perut rasa tak selesa sebab baby asyik mengeras. bila perut mengeras je, cepat-cepat tengok jam. lebih kurang 10 minit sekali perut mengeras. tapi aku tak syak pape. sampai je opis terus kol asben bagitaw perut asyik mengeras 10 minit sekali. asben cakap tengok sampai tengahari camne. kalau still sama macam tu, mintak MC and balik umah. dalam pukul 10 macam tu, mintak advice dr kawan-kawan. and aku amek keputusan untuk ke Klinik Anis kat Lobi office aku. Dr advice suruh rehat kat rumah memandangkan aku pun da 38weeks and dia bagi MC. anytime boleh deliver katanya. tapi kena tunggu tanda air ketuban pecah atau keluar darah. kalau petang tu still sama macam sekarang, Dr suggest g refer hospital yang aku nak deliver nanti, check kot-kot dah de bukaan ke.

5 petang

Asben kol tanya nak g ke Az Zahrah tak? sebab dia pun risau pape jadi. aku cakap tunggu malam nanti kalau still sama jugak, baru g hospital. dalam otak asyik dok fikir je, takde pun keluar tanda darah atau air ketuban pecah. tu yang aku rilex je macam tak bersedia nak g. selalu dengar orang citer yang kena seluk tu sakit and kebarangkalian aku nak pergi check adalah sangat tipis. ngeri bila fikir kena seluk. huhu

8 Malam

Perut still mengeras sama macam pagi tadi. asben tanya lagi untuk kali keberapa tah, nak g hospital x? aku pun dengan berat hatinya cakap oooookkkkkk. dalam hati berdebar-bedar fikir nak kena seluk. uwaaaa seramnyerrr. lepas isya', asben bawak g Az Zahrah. asben siap cakap lagi nak kena bawak beg sume ni. nanti senang. aku cepat-cepat cakap "ehh tak payah...lambat lagi ni nak bersalin..insyaAllah next week" dengan yakinnya. so lepas je isya terus siap-siap nak g spital. sarung jelah sua yang aku nampak. sampai je spital, naik tingkat 2 kat bahagian wad. nurse suruh aku and asben masuk bilik persediaan. pasang mesin CTG (ohh macam ni mesin CTG). ok contraction tak banyak sangat cuma 20% average. boleh plak aku tanya nurse tu, maximum contraction bape ya nurse? dah sah sahla 100% kan. aiyoooo math failed! 

9.40 Malam

Bila bidan masuk je (ohh ni keje bidannn..) terus rasa cuak. siap tanya lagi, sakit tak kene seluk Dr ehh nurse? bidan cakap depends pada orang jugakla tapi taklah sakit sangat. aku pun tarik nafas dalam-dalam and hembus. teknik pernafasan tu penting ya. ok dah siap seluk, tak sakit pun. sukee. bidan tak cakap pape, aku yang sibuk tanya. dah ada bukaan ke? bidan jawab ok, dah 2.5 cm. masa tu aku macam dah nak terkeluar bijik mata dan mata aku and asben bertentangan macam mula-mula bercinta dulu. ahaksss. (muntahhh hijau) ayat yang kedua keluar dari mulut bidan, "malam ni kena admitted ya". sekali lagi mata kami bertentangan. aku mintak postpone esok pagi kalau boleh. bidan cakap takleh sebab first baby and dr nak monitor pergerakan baby. aku mintak pelepasan balik kejap sebab datang sehelai sepinggang dan aku amatlah lapar weyh. Dr bagi pelepasan tapi makesure aku admitted b4 pukul 1 pagi. ok fine~

10.30 Malam

Balik umah, asben terus ketuk pintu bilik Parent In Law and gitaw yang malam ni kena tido spital sebab aku dah nak bersalin. semua terkejut sebab due aku kan lagi 2 minggu. then aku siap2 pack barang semua, mintak maaf kat kedua2 mertua and mak mertua aku cium pipi aku doakan semuanya dipermudahkan. nak nangis rasa masa tu. sampai kat Bangi, g cari kedai makan dulu. aku request nak roti telur and sotong goreng tepung. masa tu makan pun tak rasa apa sebab tak percaya esok dah nak deliver. giler tak cuak kaw. bersalin ok! 

bla bla bla bla masuk wad pukul 12.30 pagi waktu Malaysia. dapat wad Tun Fatimah, 2 bedded. aisehh nurse cakap single bed penuh. kalau ada pun esok baru clear. takpe, sabar dulu. tapi memang agak kurang selesa la sebab sebelah katil aku tu baby demam panas. so 1 family berkampung kat situ. dengan panasnya sebab aircond tutup. tapi aku fikir positif, takpelah arini hari dia. kot-kot nanti hari aku plak camtu kan. malam tu contraction dah start dah (ohh macam ni rasanya contraction). setiap kali contraction aku pegang tgn asben. tapi contraction taklah sakit sangat. aku bleh tahan lagi. pukul 1.30 pagi nurse datang bagi ubat buang air besar kat dubur. rasa cam malu giler and dia gtaw yang esok pukul 6.30 pagi diorang akan bagi ubat untuk percepatkan contraction. malam (read as pagi) dapatlah lelap dalam 2 jam.

21 Jun 2013

6.00 Pagi

esok pagi pukul 6 pagi aku dah bangun dah mandi and solat subuh. masa mandi tu aku check ade darah kat panties. tapi aku tak sure darah apa. siap siap sume and asben pun siap mandi, nurse pimpin bawak g ke Labour Room untuk check bukaan. dalam labour room tu ada 1 lagi labour room. masa lalu depan labour room yang lagi satu tu, terdengar suara baby menangis. terus rasa seriau. huuuu.

7.30 Pagi

bidan datag check bukaan, ok dah 6 cm. aku sangat terkejut sebab ingatkan bleh naik wad semula ke hapa kan sebab tak makan lagi ni. tadi sempat jamah burger McD 3 suap je. bila nurse masukkan air kat tangan (tak tahulah air ke ubat) terus rasa contraction. sambil mata pandang mesin CTG, tengok percentage contraction semakin naik ke 80% ++. bidan tanya nak apa-apa ubat tahan sakit tak? ada 3 jenis, gas, epidural dan pentedine. gas totally out la. aku memang taknak. baca review kat blog-blog, gas tu macam tak membantu pape pun. cuma antara epidural and pentedine aku tak tahu nak pilih mana. padahal b4 ni dah decide ngn asben nak amek epidural. haha. aku mtk pentedine (inject cucuk punggung) sebab membayangkan ngeri and sakitnya cucuk epidural kat pinggang. 

Klimaks
8.00-10.16 Pagi

Lepas je bidan ke nurse masukkan air kat tangan aku ni, contraction makin bertambah. jangan cakap r sakitnya macamana. sakit macam sakit perut memulas-mulas and tangkap ke pinggang. rasa macam pinggang tu nak putus and dah separated dgn punggung. boleh imagine tak? rasa macam nak jerit je marah sume orang. syukur alhamdulillah asben ada kat sebelah. dialah kekuatan dan semangat aku untuk melahirkan. bila contraction (99% contraction) datang je, aku genggam tangan asben kuat-kuat macam nak putus. mulut pulak tak putus-putus sebut SubhanaAllah, Allah, Ya Allah dll. nak baca panjang-panjang tak larat dah. itu je yang termampu. contraction datang dalam sela masa 2 atau 3 minit sekali. masa contraction tu tak datang, aku memang mamai giler and rasa mengantuk. tu adalah effect ubat pentedine. ubat tu bagi kt rileks sikit sampai boleh terlelap sekejap. tapi still rasa sakit.

Bila dah 8 cm, aku memang dah tak sanggup dah menahan sakit. aku request epidural. bidan cakap rugi kalau amek sekarang sebab da 8 cm and pakar bius tu on call, so take time untuk sampai ke hospital. aku redha jelah menahan sakit. paling kelakar bila dah 9 cm, aku cakap dengan asben mintak czer. memang betul-betul tak tahan sakit tu. sungguh. sakit yang takleh nak digambarkan dengan kata-kata. tak lama tu bidan masuk and check bukaan, dah 10 cm. segala perkakas untuk menyambut baby diorang pasang and letak. penongkat kaki, besi letak tangan, and macam-macam lagilah yang aku tak ingat (ohh macam ni rupanya suasana bersalin dalam labour room). 

Dr Noraini datang and bermulalah proses meneran. Dr suruh amek nafas panjang dan teran. masa ni aku memang rasa sangat sesak nafas. sangat-sangat. rasa macam dah nak mati ke aku ni? Dr cakap itu normal. banyak kali gak aku teran tapi tak kesampaian sebab nafas pendek. bila dengar Dr cakap ok good, kepala dah nampak dah teruskan teran. masa tu taktaw macamana datangnya semangat nak teran sekuat hati and terdengar bunyi kulit digunting tapi tak sakit pun. tak lama tu baby keluar tepat jam 10.16. keluar je baby, aku terus request Dr nak tidur sebab penat sangat. Nurse masukkan air apa tah kat tangan aku dan aku terus terlena. sedar-sedar dah kat Wad Dang Anum. dapat jugak single bed. yeayyyy! 

Segala perkara yang berlaku masa kat labour room lepas baby keluar dari perut, memang aku tak taw. Dr jahit and asben azankan baby kat telinga pun aku tak sedar. rasanya Dr bagi ubat tidur. sangat berterima kasih kepada Dr Noraini. beliau sangat professional masa kat labour room. Syukur Ya Allah, terima kasih asben, terima kasih Dr Noraini, terima kasih family dan kawan-kawan yang mendoakan. terima kasih semua. hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua. Sesungguhnya pengalaman bersalin adalah pengalaman manis yang takkan terpadam daripada kotak ingatan sampai bila-bila. sakitnya cuma sekejap, manisnya seumur hidup. 

Selamat datang ke dunia Khaleef Fayyadh Bin Abdul Hakim
Ibu and Ayah Love You So Much!

comel tak Kak Ton? :)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...