Letusan bom nuklear menghasilkan gelombang letupan, gelombang terma, sinaran gamma dan neutron, luruhan radioaktif, denyutan elektromagnet dan gangguan-gangguan atmosfera. Hampir setengah daripada jumlah tenaga ledakkan nuklear dibebaskan melalui gelombang letupan. Gelombang letupan dihasilkan oleh peningkatan tekanan secara keraksaksaan yang berlaku di dalam bahan-bahan yang sedang mengewap. Melalui udara, gelombang letupan bergerak dengan kelajuan supersonik atau dalam erti kata lain, tersangat laju.
Tubuh manusia boleh di asak mati oleh gelombang letupan, sehingga ke tempat-tempat di mana tekanan lebihannya yang disebabkan oleh gelombang letupan, sekurang-kurangnya satu atmosfera melebihi tekanan biasa. Walaupun dilindungi oleh perisai terma atau perisai sinaran, manusia disekitar tempat letupan boleh mati akibat daripada kerosakkan-kerosakkan terhadap paru-paru, yang disebabkan oleh gelombang letupan. Satu pertiga daripada tenaga ledakkan dibebaskan dalam bentuk kilat terma.
Kilat terma menghasilkan suhu yang tersangat tinggi dan secara serta-merta menghantar gelombang terma yang bergerak dengan kelajuan cahaya. Suhu yang sangat tinggi ini mengkondensasikan segala yang berada disekitar tempat ledakkan. Pada jarak yang lebih jauh, bahan-bahan pepejal akan menjadi cair. Pada jarak yang jauh sedikit lagi suhu mungkin cukup tinggi untuk menyebabkan kebakaran. Kesemua ini akan menyebabkan terjadi ribut api. Suhu akan meningkat tinggi, sehingga mereka yang berada ditempat-tempat perlindungan yang kukuh akan menjadi rentung atau mati kerana kekurangan oksigen Sebanyak 5% tenaga ledakkan nuklear dibebaskan melalui pancaran sinar gamma dan neutron. Pada bom termonuklear pancaran sinaran awalan ini tidak memainkan peranan utama membunuh secara serta-merta, kerana kesan letupan dan kesan termanya lebih hebat.
Denyutan elektromagnet yang dihasilkan oleh ledakkan bom nuklear tidak membahayakan manusia tapi ianya mampu memporak-perandakan sistem-sistem perhubungan moden yang mana lanjutan ini akan menyukarkan usaha-usaha penyelamatan mangsa. Selepas kesan serta-merta diatas berlaku pula luruhan radioaktif yang akan menyebabkan manusia menyerap dos sinaran yang boleh menyebabkan maut jika pendedahan berlaku dalam masa yang cukup lama terutamanaya jika berada dikawasan lapang. Satu megatan bom nuklear akan menghasilkan luruhan radioaktif yang boleh menyebabkan maut pada kawasan lingkungan 2000 km persegi. Kesan peperangan nuklear tidak terhenti dengan kematian dan kecedraan yang berlaku secara serta merta sahaja. Kerana bukti penduduk Hiroshima dan Nagasaki yang masih hidup saki bakinya menunjukkan mereka menderita akibat dari kerosakkan dan kesan-kesan jangka panjang sinaran radioaktif yang terhasil. Antara kesan yang timbul adalah penyakit kulit, keguguran rambut, lukemia dan penyakit genetik semakin berleluasa selepas peperangan.
Bagi yang selamat, mereka akan menyaksikan satu pemandangan yang amat mengerikan. Mayat-mayat manusia dan bangkai-bangkai mangsa sinaran yang sedang mereput, sisa-sisa buangan dan najis yang tidak terurus akan menjadi tempat pembiakkan yang cepat bagi lalat dan segala jenis serangga yang lebih tahan sinaran. Keadan ini akan memudahkan penyebaran wabak penyakit. Mereka yang sakit tidak dapat dibantu dengan berkesan kerana infrastruktur perubatan dan kesihatan tidak teratur ataupun lumpuh. Sistem perhubungan, sistem pengangkutan dan pendek kata segala jenis perkhidmatan dan perbekalan makanan dan tenaga menjadi lumpuh. Bekalan air melalui sistem yang ada tidak dapat berfungsi lagi kerana telah dicemari dengan luruhan radioaktif yang menyebabkan air tidk selamat untuk di minum.
Kesemua zarah-zarah halus terampai di atmosfera dianggarkan akan menghalang 99% cahaya suria daripada sampai ke permukaan bumi selama beberapa minggu, matahari pada tengaharinya seperti bulan purnama. Suasana gelap kesenjaan ini dijangka berlarutan sekurang-kurangnya enam bulan dan lapan bulan berikutnya suasana ini akan berkurangan sebanyak setengah kali ganda sahaja. Kegelapan ini akan menghentikan proses fotosintesis oleh tumbuhan menyebabkan banyak tumbuhan mati. Suhu yang terlalu rendah juga membunuh banyak hidupan dan menyebabkan rantaian makanan akan musnah serta tercemar. Mereka yang selamat akan mengalami kebuluran atau mati akibat keracunan radioaktif.
30% sehingga 70% lapisan ozon akan musnah dan memerlukan masa yang lama untuk membinanya kembali. Cahaya ultra-lembayung akan memasuki bumi dengan kadar yang tinggi mampu menyebabkan kanser kulit dan kerosakkan mata. Negara-negara yang tidak terlibat juga akan mengalami kesan dari segi fizikal dan ekonomi kerana sisa radioaktif yang bertebaran di atmosfera berpindah disebabkan pergerakkan atmosfera.. Dari segi ekonomi, jika negara yang terlibat adalah negara yang merupakan sumber pengeluar bahan makanan, ternakkan dan pertanian maka perdagangan dan pemebekalan antarabangsa sudah tentu akan mengalami krisis. Telaga-telaga minyak yang musnah menyebabkan sistem bekalan minyak dunia terganggu. Sememangnya ini amat merugikan dunia.
sumber : members.tripod.com
No comments:
Post a Comment