Sunday, April 03, 2011

Unagi Sushi ada campuran arak?

tadi jalan-jalan kat Giant Seksyen 13. bosan sebab seharian duk umah tanpa melakukan apa-apa aktiviti melainkan onl9 24 jam, tido, makan, dan tgk drama Korea Wonderful Life. aktiviti ini boleh menggemukkan badan sbb bermalas-malasan tanpa keluarkan peluh. 

sepatutnya diisi dgn berjoging keliling padang atau bermain badminton. ahh itu hanya cakap kosong. mula-mula je excited, "azam baru nak joging keliling padang 5 round". akhirnya, joging atas tilam secara kuak lentang. anne anne. Encik Lelaki kata, saya semakin gemok akibat jarang bersukan. tdo-makan-tdo semula itu perkara biasa bukan luar biasa. "cubalah isi masa lapang dgn membaca" kata Encik Lelaki. ehhhhh da jauh plak melalut. ok stop. 

td masa kat Giant, tgh pusing-pusing cari kicap. cari je, belinya x sebab musykil knp kicap makin mahal. dulu ms aku sekolah menengah harga kicap Cap Kipas Udang baru RM2.70. tapi arini harga dah naik RM3.89. so xjadi beli. dahhh dahhh...

ok sambung...td masa jalan-jalan tgk kicap, ada adik ni tanya aku (aku ckp dia adik sbb dia panggil aku akak) "akak suka makan sushi ke?" sbb dia nampak aku beli sushi 2 ketul berharga RM1.98.

"xlah suka sangat...akak suka sikit-sikit je"
"ohhh, akak suka Ungi sushi x?" dia berkata-kata
"Unagi sushi 2 apa ya dik? akak ni bukan tau sangat" aku balas
"Unagi Sushi 2 sushi yang ada belut kat atasnya. akak hati-hati sikit kalau makan Unagi Sushi 2 sebab ada campuran arak. saya taw sebab saya pernah keje kat kilang Sushi dulu" adik 2 cakap



apa yang aku nak share kat sini adalah, Unagi Sushi 2 ada campuran arak. hati-hatilah dalam memilihnya/memakannya. nasib baiklah aku xbrape suka sushi yang pelik2 ni. aku bese makan yang crab 2 je atau telur. mebi sebab aku xaddict dgn sushi kot. so korang hati-hati ya.

notakaki : renung-renungkan dan selamat beramal. ni bukan auta ya. 

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...