Thursday, April 07, 2011

Wanita lebih cepat tua jika terlalu lama di depan komputer

Semalam masa Encik Lelaki kol, aku tgh edit-edit gambar masa celebrate anniversary aritu. Mmg hobi aku pun main edit-edit gamba ni. Tp xlah lawa mane. Hihi
Dia marah sebab setiap kali kol, mesti aku kat depan laptop. Onl9, tgk movie korea, edit gambar dll. Dah macam xde aktiviti lain katenya. Semalam dia bagi aku fakta bukan auta. Mula-mula aku igt dia auta lebih. Tapi tadi search kat tenet, memang betul fakta 2. Wanita lebih cepat tua jika terlalu lama di depan PC


LONDON, Hidup di era digital membuatkan ramai wanita menghabiskan waktunya di depan computer atau laptop. Menurut kajian, keadaan ini boleh mempercepatkan proses penuaan.

Fenomena yang disebut 'wajah komputer' ini sering terjadi pada wanita berkerjaya yang menghabiskan waktu berjam-jam di depan komputer samada di pejabat atau di rumah. Suri rumah juga tidak ketinggalan jika di rum ah terdapat line internet tidak kira Wifi atau broadband.
Seorang pakar bedah kosmetik, Dr Michael Prager telah membuktikannya dalam sebuah kajian di mana . beliau telah menemukan fenomena yang serupa yang itu dialami oleh sebahagian besar pelanggan dan sejumlah wanita yang bekerja di pejabat.
"Tanpa disedari, para wanita akan mengenyitkan dahinya semasa berada di depan," kata Dr Prager.
Kenyitan dahi tersebut akan mempercepat pembentukan garis-garis kedut di dahi dan kawasan wajah yang lain jika berada di depan komputer dilakukan secara rutin atau berjam-jam.
Dr Prager mempunyai tips tersendiri iaitu dengan meletakkan cermin kecil di layar monitor dengan harapan para wanita akan lebih cepat menyedari ketika wajahnya sedang atau mula mengenyit dan akan menjadi lebih rileks semasa membuat kerja. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengelakkan stress berada di depan komputer  iaitu dengan cara istirehat di sela-sela waktu bekerja dengan komputer dan berjalan-jalan melakukan senaman otot wajah juga cukup efektif melawan efek penuaan sebelum waktunya.


nota kaki : sedang berehat-rehat dgn alasan xnak cepat tua. hihi



2 comments:

  1. oh t.kasih atas info ini. Saya akan beritahu cik isteri saya sekarang jugaaa...

    ReplyDelete
  2. thanks...sebar2kanlah info ^^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...