Monday, July 18, 2011

Tips kuruskan badan dengan cepat


hai hai hai..aku sekarang tgh serius dalam proses menurunkan berat badan (padahal baru sehari start).
whatever.....

kali ni aku mesti nekad nak turunkan berat badan sebab xsangka berat aku naik mendadak macam 2. berapa kilo? haaaaa yang 2 biarlah rahsia ok. lemak-lemak banyak terkumpul kat peha n perut. malu je, lom kawen da gemuk mcm ni..kang kalau da kawen mcmana plak kan. mmg xleh bayangkan. dah terhantuk baru terngadah. itu pepatah orang dulu-dulu. b4 ni niat nak turunkan berat badan hanya manis dibibir. bila dah mcm ni, xcukup tanah nak lari. haaaaa amek kaw anne!

aku admit sejak keje ni, aku kurang amek kisah pasal berat badan. makan xikut masa. tgh2 malam boleh makan ayam penyet. makan tido makan tido. itu jela keje aku. *tibe-tibe rasa bersyukur gile masa aku keje kat Lunatots dulu. naik tren-jalan kaki 30 minit perkara biasa*

aku ada terbaca kat satu laman sesawang ni. banyak cara/tips utk turunkan berat badan tp tips yang paling berkesan utk turunkan berat badan adalah dengan cara berdisiplin dengan apa yang kita amalkan. ada orang suka bersenam, tapi makan xhengat. tapi ada jugak yang jaga pemakanan tapi xsuke bersenam. terpulang kpd setiap individu. cara tu banyak, cuma keazaman yang sikit. hehe

ni aku selitkan beberapa tips yang boleh diamalkan untuk berdiet dan kurangkan berat dengan berkesan. aku amek dari darkbatman

JANGAN BUAT

    1. Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi (ni pantang besar), roti, meehon, keow teow atau mee.
    2. Jangan makan makanan yang mempunyai kandungan gula/garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, cili sos, tomato sos, yogurt manis dan sebarang jeruk.
    3. Jangan makan frozen food (makanan beku sejuk) seperti burger, bebola ikan, sosej dan sebagainy.
    4. Jangan atau kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti teh dan coklat kerana kafein melambatkan pembakaran lemak.
    5. Jangan makan makanan yang berminyak, lebihkan sup sebab sup rendah kalori.
    6. Jangan/kurangkan ais utk elakkan perut buncit.


CUBA BUAT

    1. Anda kena minum air masak (air suam atau air sejuk) sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
    2. Anda kena banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan yang berasaskan soya.
    3. Anda dibolehkan untuk makan daging, ikan, makanan laut dan juga keju (cheese). Tapi ingat, jangan makan nasi atau roti!
    4. Anda digalakkan bersenam setidak-tidaknya 30 minit sehari (berjalan kaki pun OK)
    5. Sebelum tidur, katakan pada hati dan minda anda bahawa anda akan mengurangkan berat badan. Kalau boleh, usap-usapkan bahagian-bahagian yang banyak lemak seperti perut, peha (usap seperti seolah-olah kita mahu memujuk), sambil berkata “Oh, Lemak! Aku bukan tak sayangkan kamu tapi aku perlu kurangkan untuk mencari bf baru. ahaha.


p/s : ce tengok? xsusah kan? yang susah cuma disiplin dan MOTIVASI je. (cakap orang, ko pun sama je anne). jom sama-sama kita amalkan makanan seimbang. semoga kita sama-sama sihat ye. =)



7 comments:

  1. bagus entry ko nIh dik... aKak baca jeR kiCAp terUs hampa... pebreT akak tu dik.. aKak pun tGh usaHa nak kuRUskan baDan...chaiyok2 dik...

    t RAya leh kTe melaRam baju lawa2..

    ReplyDelete
  2. thanks kak..sy pon suka sgtttt dgn kicap. nmpknya kena tahan nafsu la pasni. semoga keazaman mengiringi kita. huhu

    ReplyDelete
  3. tenkiu for the good information.........

    ReplyDelete
  4. heheheeh...lambat tul jumpa entry ni...tp ada org kata...org kata la...btl ke x 2 xtau la...klu mnm kopi tp jgn manis2...so klu bleh bio pahit sket...akan mengurangkan kita dr amik makanan yg manis2...

    ReplyDelete
  5. usaha tagga kejayaan..insyaallah..thank 4ur tips-tips..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...