Monday, August 15, 2011

2D 1N di Kompleks Yayasan Al Bukhary, Kedah

alhamdulillah..dah selamat sampai ke rumah. syukur ke hadrat Ilahi. Kelmarin, (Jumaat) aku dan beberapa org rakan telah mengikuti Iftar @ Majlis penyampaian sumbangan aidilfitri yang dianjurkan DRB Group, bertempat di Kompleks Yayasan Al Bukhary.

Bangunan Pentadbiran


Kubah masjid yang sangat mengagumkan aku

depan Dewan Konvokesyen


terima kasih abang-La sebab amekkan gambo.




ada macam American Next Top Model x?







untuk pengetahuan semua, di dlm Kompleks Yayasan ini terletaknya AIU (Al Bukhary International University ) yang berkeluasan 75 Hektar (kalau xsilap) di Alor Setar, Kedah. Kompleks ini dbangunkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan telah siap sepenuhnya pada tahun 2006. AIU menawarkan biasiswa kepada semua pelajarnya yang mana 80% adalah pelajar antarabangsa. aku rasa sangat beruntung kerana dapat menjejakkan kaki ke Kompleks Yayasan Al Bukhary ni sebab xsemua orang boleh masuk kecuali ada berurusan dengan pihaknya. tempat tercantik pernah aku tengok dengan 100% senibinanya berasakan senibina timur tengah. dikelilingi pokok kurma dan bangunan-bangunan yang gah tersergam indah. perpustakaannya saja boleh memuatkan 2000 orang dalam satu masa. perpustakaan tercantik dan berteknologi tinggi dan juga dibuka untuk orang awam. 






Kompleks Yayasan Al Bukhary ni adalah wakaf dan tiada sebarang caj dikenakan samada kepada pelajar @ orang ramai. selain itu, kompleks Yayasan Al Bukhary ini juga menempatkan 50++ anak yatim dan golongan mualaf yang datang dari sekitar negeri Kedah. berhadapan Kompleks Yayasan Al Bukhary ini adalah Souq Al Bukhary iaitu kompleks perniagaan yang rata-ratanya daripada masyarakat setempat. terasa aman bila menjejakkan kaki ke kompleks ini. Subhanallah, cantikkk sangat...


notakaki : banyakkan bersedekah, nescaya Allah akan lipatgandakan rezeki kita. Amin

1 comment:

  1. special treat from our colleagues last Sunday evening- filled with syukur in our heart that Malaysia still have a kind hearted towards Allah invested in wakaf activities whom we all know has beautiful vision and mission ahead for humans and the world. May Allah bless this people and build a special place in haven

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...