Malam Lailatul Qadar memang kita semua cari kan? Malam Lailatul Qadar, malam yang kita semua tunggu. Tanda-tanda malam lailatul qadar mungkin berbeza-beza daripada pandangan setiap orang. Wallahualam.
Hikmah Malam Lailatul Qadar
Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar
Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.
Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Tips malam Lailatul Qadar
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran).
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 Malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja dibawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam Terakhir, agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai kearah perubahan tersebut.
notakaki : marilah sama-sama kita menghidupkan 10 malam terakhir ramadhan kali ini. mana tahu kalau ini merupakan ramadhan terakhir kita. wallah'ualam~
sumber : iluvislam.com
assalamualaikum. tahniah, satu perkongsian yang cukup indah.
ReplyDeletedan sedikit sen dari benak yang kerdil:
Malam Lailatulqadar memang menjadi impian bagi hamba2 yang mengejar cinta ALLAH.
Lailatulqadar merupakan hadiah bagi jentera ghuraba. di kala orang lain sedang sibuk memikir dimana untuk berbuka hari ini, sang ghuraba memikir adakah puasa aku hari ini diterima dan diredhai ALLAH.
'hadiah' ALLAH ini khusus untuk hamba yang dipilih-Nya. dan untuk menjadi yang terpilih, kita perlu berusaha. dengan mengambil fadhilat dan kelebihan Ramadhan yang ada.
perhebatkan amalan, perbanyakkan amal. tinggalkan larangan ALLAH. seru cinta-Nya. raikan orang yang berbuka. kerana di dalam Ramadhan terkandung keindahan yang tiada tolok bandingnya.
namun meyedihkan bila ramai yang bertarawikh di kedai mamak, kopitiam. qiyam di dalam wayang, kedai makan, bersama kekasih. barangkali mereka ini orang yang tersilap jalan dalam mencari Lailatulqadar.
sentiasa ingat, hidayah ALLAH melata letaknya sampai ke ceruk-ceruk. cuma kita perlu memilih untuk melihat, atau sekadar membutakan mata. sungguh rugi bagi orang yang menolak pemberian-Nya.
moga kita sama2 berusaha memperhebat amalan dalam mencari 'hadiah' ALLAH ini
sekadar perkongsian dari hamba-Nya yang kerdil dan masih mencari-cari. moga bermanfaat untuk renungan bersama
thanks Roy. semoga kita sama-sama dapat mencari malam Lailatul qadar utk Ramadhan kali ini. InsyaAllah..
ReplyDeleteuntuk manfaat bersama.
ReplyDeletebtw, tak berkesempatan untuk teserempak dgn anne n siti di masjid. harapnya dapatlah sekali teserempak antara malam2 terakhir ni. sebelum semua bercuti raya. lama tak jumpa
alanglkah beruntungnyer siapa yg dapat bertemu dengan lailatul Qadar nih :).. njalok ngapuro anne.. selamat ari royo. :)
ReplyDeleteyana : tulah..xpernah terserempak dgn Roy pun. Kak Mas n kak Ain selalu..siti mmg xg.. betul, lama da xjumpa padahal rumah xdelah nak bape jauh
ReplyDelete