Sunday, August 07, 2011

Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu 'Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu 'Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas 'Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

3. Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.

4. Tanda 3 hari
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

5. Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu 'Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu 'Asar keesokan harinya.

6. Tanda akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

p/s : lepas tgk cerita 100 hari lakonan Zul Huzaimy kat TV1 semalam, hati terus rasa sedih. 


sumber : nuursyifa 

6 comments:

  1. siyes aku takut nak mati :((

    ReplyDelete
  2. seram sejuk baca entri nie.thanks 4 sharing.selamat berpuasa

    ReplyDelete
  3. fairuz > betul3...iman didada xcukup lagi =(

    ReplyDelete
  4. dilazfamly > bila tgk citer 100 hari 2 pon seram sejuk dibuatnya. slamat berpuasa jugak =)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum

    perkongsian yang indah. sekiranya kita tahu indahnya mati itu. mati merupakan kiamat kecil. ambil peluang mengenali mati, mamahami mati, merindui mati, maka kita akan mencintai mati. dalam artikel tu juga ada disebut, tak semua orang dapat petunjuk dari ALLAH swt. hanya yang terpilih. oleh itu berusahalah menjadi antara hamba yang dipilih. ramai ramai orang nakkan syurga. tapi berapa ramai yang berusaha mendapatkan syurga? ambillah masa dan renungkan sejenak amal dan iman kita. jika kita takut mati yang hina, berusahalah menghindarinya. bukan sekadar takut dimulut sahaja. insyaALLAH, akan dibukakan jalan.

    mati itu datang tepat pada waktu yang dijanjikan di luh mahfuz. takkan lewat sesaat, takkan awal sesaat. andai mati datang sekarang, sudah bersediakah kita? tepuk dada tanya iman

    sama2lah kita memperbaiki diri yang lemah ini. kita sama2 masih belajar dan akan terus belajar. insyaALLAH.. wallahualam.

    ReplyDelete
  6. erm...moga kita sedar apabila saat itu tiba..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...