Sunday, September 25, 2011

Ini realiti hidup


Menjadi seorang blogger bukan saje perlu pandai mengarang @ mencari idea macamana nak tarik perhatian pembaca. Dulu memang aku sangat mengejar traffic. Dululah masa mula-mula kenal dunia blogging. 

Kalau tengok semula pada penulisan aku masa awal-awal kenal dunia blogging, memang macam ‘sampah’. Betul, aku sendiri akui yang ianya ‘sampah’. Tulisan jap beso jap kecik and bewarna-warni. Sekarang bila sendiri baca pun rasa malunya dulu aku macam ni. Aku taw, ramai yang macam tu jugak kan dulu? Baik mengaku. 

Waktu mengajar kita untuk perbaiki gaya penulisan kita. Alhamdulillah, aku pun da  upgrade level sekarang ni. Hihi.

Dulu aku banyak bercerita mengenai-'nya'. Bukan obses, tapi pada aku semua tu kenangan yang boleh aku share pada Selipar Buruk ni. Nampak tak tagline kat atas tu? SEKADAR LUAHAN ISI HATI DIKALA SUNYI MENGHENTAM DIRI. Betul. Aku akan menaip bila rasa sunyi. 

Tak kisahlah orang nak cakap ape. Setiap orang ada pendapat sendiri. Tapi bila sedar aku tak perlu buat entry-entry macam 2 atas sebab tertentu, aku stop. Sebab aku taw ramai pembaca yang aku kenali dan mengenali aku. 

Eh Kak Azie and Kak Sal senyum-senyum plak ye. 

Kadang-kadang aku rasa blog ni macam diari. Aku tak pandai buat diari-simpan-bawah-tilam-tiap-malam-baca. tak pandai jugak wat koleksi diari macam kak Azie. So sweet dear! 

Tapi mungkin terlalu banyak diari-diari yang tak patut aku share kat sini. Aku menulis bukan sebab mengejar traffic, tapi aku menulis dari hati. Jangan menulis sampai orang nampak ‘Kebodohan’ diri sendiri. Ayat tu yang akan aku ingat bila nak menulis pasni. Thanks! =)

notajarikakigemuk :

kadang-kadang aku konfius, apa sebenarnya tujuan berblogging..?

5 comments:

  1. Patut lee kadang2 sunyi di sini

    ReplyDelete
  2. hehehehehe..di sini sunyi sebab yang menaip xsunyi =)

    ReplyDelete
  3. haha relaks la anne..x de blog xde haters..lumrah berblog tu..eh bagitau akim 30hb mlm ni sahak ajak main futsal

    ReplyDelete
  4. haah, tol3..lumrah dunia blogging..alahai, msj dia kan senang. ish3

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..

    cantik benar share-nya. dan bila bercakap tentang tujuan, besar huraiannya. apa tujuan kita makan? apa tujuan kita kerja? apa tujuan kita solat? termasuk apa tujuan kita berblog.

    kalau kita cek-cek semua. semuanya kerana Allah. percaya atau tidak, itulah hakikatnya. oleh itu kita latih diri, agar setiap perbuatan, percakapan, penulisan, pergaulan, perjalanan, semua kerana Allah.

    "Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadat kepada-Ku"

    jangan pernah lupa, setiap apa yang kita lakukan, akan menentukan timbangan kita di neraca mizan, menentukan jatuh tergelincir atau terpelanting kita di siratulmustaqim.

    untuk muhasabah bersama. insyaAllah. sebab kita sama2 manusia yang lemah :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...