Monday, October 31, 2011

Menjadi Dewasa Bukan Mudah


menjadi dewasa bukan mudah. banyak yang perlu difikirkan. umur 19 dah cukup dewasakah? bila jadi seorang kakak yang punya seorang adik perempuan amatlah merisaukan. risau bukan sebab apa. tapi risau kalau dia tak pandai nak uruskan kehidupan lebih-lebih lagi mengenai cinta. ya CINTA. 

bila dia cakap 'tgh couple dengan seorang lelaki', aku plak rasa nervous. nervous sebab dia baru 2 bulan lebih kat universiti. terlalu awal rasanya untuk dia kenal cinta. kenapa mesti pada sem pertama? kalau sem 2 @ 3 aku tak rasa risau sangat. baru je kenal dunia universiti. baruuu sangat. aku still fikir adik aku masih kecil. masih keanak-anakan. mungkin itu hanya perasaan aku. perasaan yang hadir apabila punyai seorang adik. aku tak tahulah kakak - kakak kat luar sana macamana kan.   

notakaki : mungkin pengalaman mengajar aku supaya adik tak terlalu mengejar cinta demi mencapai sebuah cita-cita. chiauuuuww

Friday, October 28, 2011

Sejarah itu Seronok!


aku sangat sukakan sejarah. tak kisahlah mengenai apa. lagi-lagi sejarah mengenai tamadun-tamadun terdahulu. senang citer apa-apa sejarah berkaitan dengan tamadun, kajibumi, alam sekitar dan geofizik memang aku suka explore dan baca. Chernobyl? owhh memang best bila aku kaji. pernah berangan nak jadi cikgu sejarah, tapi apakan daya tak dapat amek STPM. masa matrik dulu pernah givap n nak berenti sebab belajar susah sangat dan aku bukan dari kategori orang yang otak genius. tiap-tiap petang duk tepi kolam ikan kat KMJ and nangis, nangis n nangis. tensenn wooo. 

korang yang penah masuk matrik pun penah alami kan? aku memang dah tak tahan masa 2, so aku jumpa kaunselor cakap nak benti n amek STPM. cadangnya nak amek STPM aliran sastera pastu degree apply Pendidikan Sejarah. wohaaaa. tinggi betul angan-angan. padahal tak tercapai pun kan. tapi kaunselor suruh fikir masak-masak n akhirnya aku mengalah then teruskan jugak pengajian sampai abes. semua 2 ada hikmahnya. sape tahu kan?

aku perasan yang aku amat minat pada sejarah ni masa aku form 3. masa nak PMR. sebabnya? sebab buku rujukan yang cikgu aku guna sama dengan aku. haha, tak munasabah punya alasan kan? minat ni berterusan sampai SPM sebab cikgu Sejarah aku masa 2 cikgu yang tersangatlah aku sayang, Cikgu Rosmawati. kadang-kadang, minat untuk belajar 2 datang disebabkan cikgu jugak kan? kalau cikgu 2 memang best, maksud aku cara penyampaian and relationship kita dengan cikgu. semua 2 akan membuatkan kita sangat fokus semasa belajar dan skor dalam exam. tak gitu? terima ksih cikgu sebab hingga ke hari ini, saya tetap cintakan subjek sejarah. hehe 

notakaki : aku pun tak taw kenapa tibe-tibe keluar entry ni. giler ke hape?

Engku Aleesya

gegham betul tengok gambar Engku Aleesya, anak Erra Fazira ni. 
comelll tersangat boleyh x? siap pandai posing-posing lagi kalau amek gambar. 
dah mak n ayah sama-sama cantik dan ensem, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?


credit to beautifulnara

notakaki : agaknya macamana la rupa anak aku nanti kan?

Gold Man dan Silver Man

ok. ni gambar lama. masa aku kerja kat KL dulu. time ni dok jalan-jalan kat Bukit Bintang. terserempak dengan 2 Man ni. takk. bukan Batman dan Keluang Man, tapi Gold Man dan Silver Man 

kalau nak amek gambar, kena bayar RM5. kalau tak silap akulah kan. 
aku sangat respek sebab diorang ni boleh statik tak bergerak untuk masa yang lama. aku kalau 5 minit je pun da rasa nak tercabut urat-urat ni. 





Yuna: Memo


video klip dari Yuna yang supersweet!! sumpah!!

 wahhhhhh, dalam hati ada taman.xoxo~

Kau Bidinnn - 'Beat It' MJ versi Melayu


notakaki : tak jemu walaupun berulang kali dengar lagu ni. keke

Thursday, October 27, 2011

...

Makhluk Kotak Paling Seksi


sangat teruja dengan makhluk kotak ni. 

ni pon aku copy paste dari fb Sis Haslinda Alias

shomellll yaww!!







Saturday, October 22, 2011

Rakaman Studio di RTM

jeng3...semalam (Jumaat) company aku telah dijemput untuk satu program talkshow kat RTM dalam rancangan Dialog bersama Ketua Pengarah JPSPN. ala jadi audience je pn. bukan cakap-cakap kat depan stage 2. first time masuk studio untuk recording rancangan televisyen. bersama pengacara En. Suhaimi. korang tengok kat TV1 26 Oktober ni jam 10 malam taw. aku yang pakai tudung maroon menyala belakang pengacara 2. kikiki





bisik bisik : rasa macam comot je aritu. hehe

Friday, October 21, 2011

Pentingnya Hidup Berjiran


Jiran adalah orang yang duduk disekeliling rumah kita. kanan kiri depan belakang, semua jiran kita. cina, melayu india, kadazan, lain-lain semua itu jiran. 40 buah rumah dari rumah kita pun still jiran kita. baik, jahat, suka jaga tepi kain orang 2 pun jiran kita jugak. semua orang yang ada rumah ada jiran. cuma konsep hidup berjiran je tak ramai orang praktikkan lebih-lebih lagi bila duduk bandar. aku tak maksudkan semua. tapi majoriti. 



konsep hidup berjiran yang aku maksudkan adalah, saling kenal mengenal antara kita dan jiran. kadang-kadang jiran sebelah rumah pun kita tak tahu nama langsung. lagi-lagi bila kita ni hidup bujang. aku baru sedar yang hidup berjiran ni sangatlah penting bila terjadinya kes pecah rumah semalam 2. jiran kanan kiri sebagai saksi. bila dah terjadi macam ni, kita akan suruh jiran-jiran sebelah rumah tolong tengok-tengokkan rumah sementara kita g kerja. yelah, ada jiran yang suri rumah dan tak bekerja. takde sape yang boleh kita harapkan selain jiran. 


polis? adalah beberapa kali je round, 2 pun time ada kes. 
"time hujan kami tak buat rondaan". 


teringat lagi kata-kata polis masa wat report aritu. so jiran adalah yang 24 jam duduk di rumah. kalau kita baik dengan jiran tetangga, at least diorang aware dan boleh tlg tengokkan rumah. kan senang hati kita. tapi janganlah time susah je kita mintak tolong, time senang rajin-rajinlah bertanya khabar. ada jugak jiran yang mudah kecik ati. time susah aku tlg, kau dah senang sombong. tak baik kan macam 2. 


pesananikhlas : jangan gaduh-gaduh ye dengan jiran 

Thursday, October 20, 2011

Pecah Rumah - Syukur Semuanya Selamat

 Ptg semalam dalam pukul 4.30 ptg rumah aku kena pecah masuk. dengan perompakla kan, takkan dengan penjual sayur. Yang peliknya, ptg-ptg pun berani pecah masuk rumah padahal rumah aku depan jalan besar n kanan kiri jiran suri rumah. Nasib baik uncle India sebelah rumah perasan macam ada bising-bising kat luar, terus dorang cabut naik kereta.




Difahamkan, ada 2 orang yang cuba nak masuk rumah. Aku dapat rasakan yang dorang dah lama aim rumah aku, yela rumah bujang kot n kawasan 2 agak sunyi time office hour and hari sekolah melainkan kenderaan lalu lalang depan rumah. 


Antara yang menjadi suspek kitorang adalah pekerja kontrak renovation selang beberapa buah rumah. itu cuma suspek jelah, tak tahulah sape kan. Jenayah sekarang makin berleluasa kan sampai siang-siang pun berani pecah rumah. so aku nak nasihatkan korang supaya jangan tinggal barang berharga kat rumah. tapi yang lebih menggerunkan kami, kalaulah diorang pecah rumah tapi time 2 kami ada kat rumah. serammmm. 

So pisau and benda-benda yang boleh dibuat protection wajib ada dalam bilik and jangan lupa pasang selak kat dalam bilik. Gate pun kalau boleh mangga (Solex). Biar rasa susah sikit tapi keselamatan kt terjamin lagi-lagi perempuan. Jenayah ni sukar diramal, mungkin niat asal diorang nak curi barang tapi mungkin juga boleh jadi jenayah berat spt bunuh, rogol, culik dan sebagainya. So kita kena berjaga-jaga. Aware terhadap keadaan persekitaran. Satu report polis telah dibuat malam tadi kat Balai Polis Bukit Jelutong. Punyalah tersorok balai Polis ni. Susah betol nak Nampak dari jalan besar.



pesananikhlasdariaku : patutlah aku mimpi gigi tercabut semalam, rupa-rupanya benda macam ni nak jadi. tp alhamdulillah semuanya selamat.

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday 6


Rindukan Kompleks Al Bukhary. bila boleh sampai ke sana lagi?

Siapa Hijjas Kasturi?


Hijjas Kasturi. nama yang cukup unik. aku tak kenal dia, tapi aku tahu yang beliau ni seorang arkitek tersohor masa dok search kat internet utk revision interview degree adik aku kat UPM aritu. adik aku amek degree Architecture sekarang. so far, apa yang aku tahu pasal Hijjas Kasturi ni, beliau adalah pereka plan untuk PICC, Bangunan Tabung Haji, Menara Maybank, Menara TM Bangsar, Lot 10 dan banyak lagi. 

kalau tengok pada rekabentuknya, semua rekaannya adalah unik dan tersendiri. ini merupakan bangunan terhebat dan menakjubkan di negara ini. Beliau juga telah memenangi pelbagai anugerah termasuklah ASEAN Awards (1990), 12th Tokyo Creation Award dan PAM 2002 Excellence Award. Beliau juga telah menerima anugerah  2001 PAM Gold Medal Award daripada Pertubuhan Arkitek Malaysia kerana sumbangannya dalam senibina bangunan di Malaysia. 

ok, itu adalah antara biografinya. aku nak citer ni pasal sebuah bangunan yang terletak di Jalan PJS2 Petaling Jaya. Bangunan ini kelihatan seperti sebuah roti yang dibelah-belah. unik bukan? dan ianya juga direka oleh Hijjas Kasturi dan berfungsi sebagai ruang pamer dan pejabat jualan dengan keluasan 750 meter persegi. jom layan gambar..








sumber gambar : archdaily

bisik buzzz : nanti kalau ada masa nak ajak Encik Lelaki g tengok sendiri dengan mata kasar bangunan roti ni. excited! hehe

143


*
*
*
*
*
*
wish you were here at this moment

Tuesday, October 18, 2011

Rezeki dari Nuffnang


alhamdulillah, nuffnang tidak mengecewakan aku setakat ni. walaupun baru dapat 1st BE selepas hampir setahun, tapi rezeki dari  nuffnang tidak putus-putus setakat ini. di kala churpchurp merajuk da lama tak bagi schedule tweet sebab da 2 x aku terlepas assignment, nuffnang pulak bermurah hati selalu bagi BE. tapi kalau nak taw, schedule tweet dari churpchurp lagi tersangat menguntungkan. cuma tak selalu da nak bagi schedule tweet. kalaulah nilai 1 BE nuffnang aku sama dengan 1 schedule tweet aku, kayooo den! 
diharapkan pihak churpchurp bermurah hati bagi schedule tweet sebab dah 2 minggu tak dapat task. sedeyh taw..hehehehe

bisikbisik : macamana nak dapat sponsor post? pliss bagitaw =p

Monday, October 17, 2011

Quarter Pounder With Cheese McValue hanya RM6.99


silalah ambil dan print di SINI

Tawaran promosi Quarter Pounder With Cheese McValue Meal yang berharga RM6.99 ini sah hanya dari 17 hingga 25 Oktober ni sahaja. cepat-cepat, ada masa seminggu je ni untuk dapat diskaun harga sehingga RM2.95 bagi setiap pembelian
 Quarter Pounder With Cheese McValue Meal

notajarikaki : satu kupon untuk satu pembelian saja ye. jom ramai-ramai serbu McDonald yang berhampiran. 

Yeay! Header Blog Baru


header baru yang di tempah dari nurul. tak mahal pon, RM10 jer. kalau nak full template RM30. sorry nurul sebab banyak sangat songeh nak itu ini kat header ni. hehe

kalau korang nak tempah header, bolehlah ke SINI ye. request jer design yang korang nak. 

Calar dikereta samadengan calar dihati

Wahhhh. Arini Lulu terseret batang pokok kat depan rumah. Abes calar-balar badan dia. Hati aku pon calar bila tgk dia bercalar-balar. Baru 2 hari lepas tgk kereta baru kawan kemek terlanggar palang. Dalam hati berkata ‘nasib baiklah aku masih dapat jaga Lulu dengan baik’. Sekali arini Lulu plak yang kena. Pedihnya hati tuhan saja yang taw. Menusuk ke jantung wooo. Nasib baik atas khilaf sendiri, bukan orang lain. Pengajaran untuk diri sendiri, hati-hati ketika reverse kereta. Ohoiii. Tenanglah wahai hati. T_T


notajarigemok : Lulu adalah sebuah kereta. sekian

Sunday, October 16, 2011

Ayun Ayunar di Pesta Konvo UPM


Silalah jeles sebab aku dapat bergambo dengan Ayun kat Pesta Konvo UPM malam tadi. masa mula-mula datang ke Bukit Ekspo UPM, hati tertanya-tanya 'mana booth Ayun'. 

Dengan tekad dan azam yang tinngi, (cehhhh) "aku nak salam and amek gambo dgn Ayun" dalam hati berkata. keke. ok last2 jumpa pun booth dia, nampak Ayun tengah sibuk layan customer. aku pun macam malu-malu nak tegur dia. then pusing2 lagi sekali kat expo 2. kali kedua lalu kat booth Ayun, terus beranikan diri tegur salam and amek gambar dgn dia. boleh plak jantungku berdegup kencang. kelakar je. macam nak jumpa mak mertua. hehe. 

Ayun sangat peramah dan baik ok! tak tipu. FYI, Ayun adalah seorang blogger yang famous dengan shawl yang trendy. selalu gak dia masuk majalah. jom usha-usha blog dia ayunayunar

Saturday, October 15, 2011

Rolling in the deep - Shila Amzah


vokal Shila Amzah memang power. memang tak dinafikan. korang boleh tengok video-video yang dia buat kat you tube dan semuanya adalah suara original Shila Amzah. dia nyanyi lagu Rolling in the Deep ni sebijik macam suara Adele (penyanyi asal). memang mantap. gud luck Shilla Amzah on your future. 

pssst : umur beliau baru 21. owhh sangat muda tapi sangat matured! 

Friday, October 14, 2011

Selamat Pengantin Baru Sahabat


lupa nak hapdate membe aku sorang ni kawen. 

1 Oktober 2011
Selamat Pengantin Baru Ujie dan Pojie
Semoga berbahagia selama-lamanya hendaknya
dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah 
aminnnn~


cantik kan mekap Ujie? 
aku amat adore dgn mekap dia, nampak muka dia sgt gebu dan glowing

di hari persandingan 1/10/2011

aku dan Yana - bila turn kami pulak...? 

Thursday, October 13, 2011

hangat-hangat taik ayam



jangan baca kalau korang tengah makan coki-coki atau cekelat. ini entry luahan. berbalik kepada tajuk di atas, hangat-hangat taik ayam. kenapa? sebab aku sangattttt stress. stress dengan statement 2. 

mengikut statistik, Malaysia menduduki tangga ke 16 di dunia untuk rekod paling ramai wanita yang stress. ini bukan stress kerja. tapi stress kepada segala-galanya. macamana nak maintain positif dan istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan ya? hangat-hangat taik ayam. sama juga dengan wat kerja separuh jalan, mula-mula je rasa excited. tapi last-last cuma angan-angan jela. betul, ini berlaku dalam diri aku. contohnya :

  • pergi kerja naik tangga = failed! sebab lif lagi menggoda untuk ke tingkat 4
  • pakai contact lense = failed! sebab yang lama da expired and xbeli lagi yang baru
  • galaxy tabs, dslr, bla bla bla = failed! sebab sekarang dah tak minat. tyme 2 je beria nak beli
  • nak diet = failed! makan berat spt ayam penyet diwaktu malam sangat menyeronokkan
  • nak jogging = failed! tilam yang empuk lagi menyelerakan dihujung minggu
  • ok cukuplah, malas nak share lagi sebab banyak sangat benda yang aku nak buat 'hangat-hangat taik ayam'

ok, cukuplah kita belajar peribahasa untuk arini 'Hangat-hangat Taik Ayam'. esok kita belaja peribahasa lain plak ye. 

notajarikakigemok : kalau asyik macamni je anne, sampai bila-bila pun ko takkan kurus. pfffftt!!!

Wednesday, October 12, 2011

Count on Me - Bruno Mars


dedicated this song to Abdul Hakim Abdul Rahim 

saya bangga jadi Anak Johor!


notakakixbapenakkuwos : harapnya begitulah.

Tuesday, October 11, 2011

Heliza Helmi


gambar dicuri dari beautifulnara

rasa sangat comel dan sweet plak bila tengok Heliza pakai shawl and reben macam 2. mebi sebab orangnya pun cantik dan gojess. pakai apapun cantik. aku pakai apa pun comot. gugu


notakaki : tibe-tibe teringat housemate aku like " we love Fasha Sandha" kat fb. erkkkk???


Monday, October 10, 2011

Abg Nara dedicate cinta kepada wife tersayang - sangatt awesome!

tadi jenguk-jenguk beautifulnara tgk Abg Nara buat suprise dedication kat wife tersayang. sangat sweet boley tak? jarang kot dapat realisasikan impian macam ni. aku tengok Abg Nara wat suprise macam ni, aku plak yang tersengih sorang-sorang. berangan lebeyh. hik3

kalaulah Encik Lelaki wat macam ni kat aku, confirm aku nanges laju-laju terharu punya pasal. silala baca silala baca.







kalau korang nak realisasikan idea untuk dedicate cinta korang, bolehlah ke sini

notajarigemuk : bahagianya bila tgk orang bahagia. 

Friday, October 07, 2011

Perpustakaan Awam Di Negeri Selangor Yang Bertaraf Dunia

Bangunan yang anda lihat pada gambar di bawah merupakan sebuah perpustakaan yang letaknya di Seksyen 13, Shah Alam. Jika anda pertama kali melihatnya, pasti anda tidak menyangka bahawa bangunan tersebut adalah sebuah perpustakaan kerana bangunannya yang nampak sangat mewah. 

Perpustakaan tersebut bernilai RM70 juta dan baru sahaja dibuka sekitar bulan Julai lalu. Melihat keadaan dalamnya menerusi gambar-gambar kat bawah ni, boleh kami katakan yang ianya adalah sebuah perpustakaan di Malaysia yang bertaraf dunia. Ya, bertaraf dunia. Anda lihatlah sendiri.   untuk pengetahuan semua, rekaan dalamannya direka oleh ex-housemate2ku iaitu pija, intan dan yana. agak berbangga melihat hasil rekaannya. tahniah yunk! =)



 aku pernah nampak design yang diorang duk lukis ni masa duk serumah dulu. tak sangka dah tersergam indah kat sini. syabas!










Info tambahan:  

- Perpustakaan ini merupakan hadiah Sultan Selangor kepada rakyat Selangor.   

- Menyediakan perkhidmatan XD theater / 6D theater.   
- Menyediakan ruangan khas untuk setiap peringkat umur.   
- Dilengkapi dengan ruangan bermain untuk kanak-kanak.   
- Semua komputer yang disediakan di perpustakaan ini berjenama Apple.   


notajarigemokgedempol : 

ekcelly aku tak taw pun library ni kat Seksyen 13. ingat-ingat lupa. dulu rasanya diorang ada mention kat mana. kalau nak taw macamana nak ke sana, in between Kelab Golf   
dan Ptpl Shah Alam ada 1 simpang. just turn left kalau uolls dtg dari arah roundbout Kayangan. tenkiu Cik Pija for the info =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...