Friday, October 28, 2011

Sejarah itu Seronok!


aku sangat sukakan sejarah. tak kisahlah mengenai apa. lagi-lagi sejarah mengenai tamadun-tamadun terdahulu. senang citer apa-apa sejarah berkaitan dengan tamadun, kajibumi, alam sekitar dan geofizik memang aku suka explore dan baca. Chernobyl? owhh memang best bila aku kaji. pernah berangan nak jadi cikgu sejarah, tapi apakan daya tak dapat amek STPM. masa matrik dulu pernah givap n nak berenti sebab belajar susah sangat dan aku bukan dari kategori orang yang otak genius. tiap-tiap petang duk tepi kolam ikan kat KMJ and nangis, nangis n nangis. tensenn wooo. 

korang yang penah masuk matrik pun penah alami kan? aku memang dah tak tahan masa 2, so aku jumpa kaunselor cakap nak benti n amek STPM. cadangnya nak amek STPM aliran sastera pastu degree apply Pendidikan Sejarah. wohaaaa. tinggi betul angan-angan. padahal tak tercapai pun kan. tapi kaunselor suruh fikir masak-masak n akhirnya aku mengalah then teruskan jugak pengajian sampai abes. semua 2 ada hikmahnya. sape tahu kan?

aku perasan yang aku amat minat pada sejarah ni masa aku form 3. masa nak PMR. sebabnya? sebab buku rujukan yang cikgu aku guna sama dengan aku. haha, tak munasabah punya alasan kan? minat ni berterusan sampai SPM sebab cikgu Sejarah aku masa 2 cikgu yang tersangatlah aku sayang, Cikgu Rosmawati. kadang-kadang, minat untuk belajar 2 datang disebabkan cikgu jugak kan? kalau cikgu 2 memang best, maksud aku cara penyampaian and relationship kita dengan cikgu. semua 2 akan membuatkan kita sangat fokus semasa belajar dan skor dalam exam. tak gitu? terima ksih cikgu sebab hingga ke hari ini, saya tetap cintakan subjek sejarah. hehe 

notakaki : aku pun tak taw kenapa tibe-tibe keluar entry ni. giler ke hape?

6 comments:

  1. kZie dulu pun minat sejarah dan nak sangat jadi cikgu sejarah.

    ReplyDelete
  2. kita mempunyai citarasa yang sama rupanya =)

    ReplyDelete
  3. dulu alin suke sejarah sebab cikgu sejarah best kot..bila masuk form6 blja pengajian am yg lebih kurang sejarah tu jadi xbrape minat plak.hu3

    ReplyDelete
  4. daddylicious : minat mestilah suka..heee

    ReplyDelete
  5. aleen : betol..kadang2 kita suka subjek 2 sebab cikgu yang mengajar. itu hakikat.. =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...