Wednesday, October 05, 2011

sekeping hati di bawa berlari

hatiku betul-betul rasa tersentap dek kata-kata seseorang. kata-katanya di waktu maghrib, hujan renyai-renyai dan aku yang sambil memandu. kerananya juga, aku hampir berlanggar dengan sebuah viva di traffic light (sebenarnya tu salah aku). 

betul kata pepatah, lidah tu lebih tajam dari pisau. 

penat menjaga hati andai diri ini tak dihargai. penat juga mengotakan janji andai dirinya selalu memungkiri. semua yang aku buat salah. kenapa perlu ada ayat mungkir janji dalam kamus hidup manusia?


kenapa juga aku asyik mengeluh? 


kan semuanya telah ditentukan olehNYA. mungkin aku tak pandai belajar bersabar dalam hidup ni. baru dugaan sekecil ini, kau dah bising. bersyukurlah kau masih bernafas dengan percuma di bumi Allah ini. mungkin kau sendiri banyak berdosa kepadaNYA <--- peringatan untuk diri sendiri. semoga tak ada yang terasa. 


syukurlah aku masih waras dalam berfikir dan tenang selapas mengadu padaNYA. mengadulah kepadaNYA kerana Dia Maha Mendengar dan pendengar yang setia walau di mana kau berada. 

mari mulakan azam baru dan tutup cerita duka lara. biarlah hati ini luka tidak perlu dirawat. apa yang penting sekarang, aku nak berjaya dalam kerjaya. aminn~


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...