takdela nampak kreatif sangat, tapi bolehla. layannn
malam tadi baru siap 10
Since dah decide utk DIY bunga penanggah ni, aku plan nak
tiru je bulat-bulat dari ceriteras. Simple but nice. Ari sabtu lepas g Nilai
shopping ler ape lagi kan. Beli aksesori-aksesori hantaran, cadar, bunga telur,
kotak telur dsb. Target g ke Nilai nak beli reben untuk buat korsaj ni. Warna? Ofkoslah
pink@purple kan. Tak nak beli reben mahal-mahal. Kalau beli reben mahal-mahal
baik beli korsaj ready made je. Tak gitu? Ok, dapat reben harga RM6.90 tapi
after 70% less, dapatlah RM2 plus plus. Beli 3 gulung. Baru RM6 kan. Tapi sayang,
warna pink n purple takde. terpaksa amek warna ijau. Ijau pun boleyla. Janji harga
under bajet!
Pastu beli bunga RM0.40/pcs. warna utk bunga ni aku random je amek sebab itu bunga yang paling murah aku jumpa. ada jugak yang harga 50 sen/60 sen. tapi kalau boleh aku nak bunga yang paling murah. jimat. hehe. Aku beli la 40 biji sebab nak buat 40
korsaj. Korsaj ni guna untuk bagi kat orang-orang kampung yang datang tolong rewang. Tadi google tgk cara lipat duit untuk bunga
penanggah, thanks a lot kpd bitsbest sbb ajar cara-cara lipat duit. DIY ni kadang-kadang lebih jimat berbanding kita
beli ready made. Tak caya? Kos yang aku keluarkan untuk DIY korsaj ni adalah :
1. Bunga (40pcs) RM16
2. Reben (2pcs) RM4.20
3. Reben kecil (2pcs) RM1.60
4. Dawai RM0.60]
TOTAL RM22.40 ÷
40pcs
RM 0.56 / pcs
Jimat bukan? Meh aku share cara-cara lipat duit untuk bunga
penanggah. Opsss sori jugak sebab gambar kat atas aku tak letak duit sekali
sebab….aku baru taw cara-cara nak lipat duit ni pagi tadi bila scroll blog bitsbest. hehe hampehhh.
harap-harap dapatlah membantu b2b di luar sana.
till then, jumpa next entry uollsss
waaaaahhh
ReplyDeletekembang kempis idung BB bila nengok ada org yg buat rujukan entry BB..
thanks darling ;)
hehehehe...nasib baik sis share kat blog tutorial buat duit 2 :)
ReplyDelete