Thursday, May 24, 2012

B2B : Party Bujang



sempena dengan hari Rini menjejak kaki keluar dari TTDI Jaya hujung minggu ni, ktorang housemate dan bukan housemate pergi makan-makan steambot kat Island Steambot, Kg Melayu Subang. party ni dibuat untuk bakal-bakal pengantin especially Rini yang akan bernikah minggu depan, 2 Jun 2012. aku taktaw dtg dari mana idea nak ke Island Steambot ni, tetibe je diorang dah decide nak g sana instead of Flaming Sunway Pyramid. 

landmark nak ke Island Steambot ni adalah traffict light betul-betul kat pam minyak ESSO Kg Melayu Subang. kalau dari Shah Alam, sila belok kiri manakala jika dari Subang, ameklah kanan. skema kan ayat?

parking je kete kat depan Restoran Island Steambot ni, terus je owner kedai tanya 

"dah booking ke?". 

aku pun dengan selamba cakap 
"bang, kalau tak book, takleh makan ke?" 

"ehh taklah...masuklah, jemput duduk" katanya

sopan kan? owner Island Steambot ni memang sangat baik. haaa gambar yang kat atas ni pon dia tolong amekkan. sporting abes. 

ooo harga? tak mahal. cuma RM21.90 dan korang boleh makan sampai ke titisan peluh terakhir. untuk kanak-kanak pula RM9.90 tak silap. dan bawah 5 tahun FREE. aku penah rasa steambot Flaming dan Tupai-Tupai. tapi pada aku Island Steambot pun sedap jugak dan paling penting owner beragama Islam. 

banyak jugakla benda yang kitorang bualkan. pasal masa depan, perancangan lepas kawen, bape org anak (haha), dan lain-lain lagi. aku akan merindui Rini. sumpah! dia seorang yang best untuk dijadikan kawan. suka sangat berborak dengan Rini. paling best pasal Rini ni tanya jela pasal arah jalan. 90% dia tahu. tak payah guna PAPAGO yang selalu force close tu. kitorang plan kena dapatkan anak tahun depan sbb nak semua anak sebaya. boleh gitu? keke

till then, babai.

Published with Blogger-droid v2.0.4

6 comments:

  1. awk kalau rajin join yer.. kt tag awak.. ;)

    http://www.siezuka.com/2012/05/segmen-saya-blogger-hot-by-chegu-along.html

    ReplyDelete
  2. Saya penah malan sini, memang baik owner dia. Alahh minggu ni nak pergi lah kekekek

    ReplyDelete
  3. Kak Nurul : hehehehe..kalau kt rajin kt join ek...

    ReplyDelete
  4. Sarah : haah kan..rasa selesa je duk situ..cepat g :)

    ReplyDelete
  5. Anak K.salpun ari tu ada farewell untuk pengawas sekolah gi sana...

    ReplyDelete
  6. o yeke kak sal..tmpt 2 mmg ok dan aman..huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...