Thursday, March 07, 2013

Tenkiu Nuffnang! Gembira Tahap Double Trouble


gembira double trouble. hah? takde. pagi tadi sampai je kat opis, tengok atas meja ada sampul surat and isinya adalah cek dari Nuffnang. alhamdulillah. sangat bersemangat keje arini. dapatla shopping sikit ngn hasil earning ni. heee. tenkiu Nuffnang kerana tak menghampakan aku. ini adalah cashout yang pertama semenjak berkecimpung dalam arena blog. tinggi sangat bahasa kau ye Anne. insyaAllah lepas ni akan terus rajin menghapdate blog. walaupun pada niat asalnya bukanlah nak mengejar earning sangat pun. syukran jazilan. 

pagi tadi jugak dapat call dari Encik Husband. happy semacam je dari cara dia cakap tu siap suruh teka sebab apa. apa yang aku teka semua salah. rupanya dia dapat offer keje yang dia minat. dua offer dalam satu masa and aku suruh dia pilih yang terbaik. insyaAllah early April ni start dah keje baru. yeayyyyy i'm very the happy for you sayang. alhamdulillah, ni semua rezeki dari Allah untuk baby. Allah mengatur kesemuanya dengan teliti. perancangan Allah itu indah. alhamdulillah. 

sekadar selingan :)

oh ye, sorry sebab da lama tak update blog sebab terlupa yang aku ada blog. maaf maaf maaf. lepasni insyaAllah akan kembali aktif. doa-doakan ye.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...