Monday, June 17, 2013

Kelas Antenatal & Postnatal di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi


entry yang panjang. fuhhhhh bismillah....

alhamdulillah semalam sempat menghadiri kelas Antenatal dan Postnatal anjuran Pusat Rawatan Islam Az Zahrah, Bangi. yelah since aku memang nak deliver kat sini kan, so Az Zahrah memang ada sediakan class ni untuk mommy to be Az Zahrah yang nak deliver baby tak lama lagi. mula-mula aku google jugak nak cari hosptital private yang buat class ni. KPJ, DEMC, KPMC, mmg ada buat class ni and rata-rata harga RM80-120 per couple. pastu tak kena pulak dgn tarikh yang dia bagi. aku try jugak tanya Az Zahrah either diorang buat tak class ni kan. rezeki aku, memang ada untuk patient yang berminat and bertanya. kalau tak tanya memang tak dapat rasanya sebab diorang tak war-warkan pun adanya class ni. so diorang terus block nama aku and asben untuk ke class pada 16/6/2013. yang penting PERCUMA ya! 

class start pukul 9 pagi sampaila pkul 2 petang. macam-macam pengisian ilmu yang ada contohnya Kandungan & Kelahiran oleh Dr Noraini. FYI, Dr Noraini ni insyaAllah Dr yang akan menyambut bayi aku nanti. aminnn. 

lepas slot Dr Noraini, slot Epidural sewaktu bersalin pulak. aku lupa apa nama Dr ni. tapi dia memang pakar bius kat Az Zahrah. orangnya kecil molek je tapi tak sangka anak dah 4 orang and yang besar dah form 1. dia explain yang epidural bukanlah memberi kesan sampingan macam orang selalu citer tu kan. epidural bertujuan untuk memendekkan masa contraction dan bagi si ibu rasa tenang sikit menahan sakit. dia sendiri pun baru lepas abes berpantang dan amek epidural. dia sarankan supaya tak payah takut dan teragak-agak untuk amek epidural. kos untuk satu suntikan epidural around RM600++. aku guna GL dari company kan, takde masalah nak bayar insyaAllah. alhamdulillah company aku dan company asben memasing ada GL. 

Dr Noraini Md Nor - slot Kandungan & Kelahiran

lepas slot epidural, slot bersama penaja pulak iaitu Mead Johnson. masa ni Miss Shirley Hang menekankan kepentingan pengambilan susu yang semasa mengandung dan apa yang perlu ada pada susu formula dan penting untuk bayi kita. since aku pun memang tak minat susu, aku tak layan sangat talk dia. haha. tapi dia ada jugak bagi tester Enfamama perisa coklat and vanilla. sedap jugak perisa coklat nak dibandingkan dengan Anmum punya. Anmum punya memang aku tak bape lalu sebab agak berbau. 

dapat jugakla goodies dari Mead Johnson and Cryo Cord

slot seterusnya bersama consultant Cryo Cord. korang boleh google untuk penerangan lanjut sebab aku bukan consultant. hehe. asben aku sangatlah berminat dengan sesi talk ni tapi aku tak amek port sangat.

ok, pkul 11.30 ada jamuan ringan a.k.a makan tengahari. makan free dan sedap pulak tu. memang baik betullah Az Zahrah ni. rezeki sangattt. lepas makan sambung dengan talk dari Jururawat Terlatih & Bidan Kementerian Kesihatan Putrajaya, Sister Hairul Afida. ok fine, dia memang straight to the point and sangat kelakar okeh! dia banyak menerangkan tentang kepentingan susu ibu kepada bayi. memang seronok dengar dia berceloteh. hilang ngantuk. 

habis je slot pasal penyusuan, Pegawai Agama Az Zahrah bagi sikit ceramah mengenai kelahiran dalam islam. agak insaf jugakla kan time ni dan terfikir betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang melahirkan. sob3. harapnya en asben kita faham ya? haha

slot yang terakhir adalah praktikal oleh Physiotherapist. ingat orang yang kena strok je kena fisio, tapi ibu yang preggy pun perlu. praktikal ni dia ajar teknik dan latihan pernafasan dan senaman sebelum deliver dan selepas deliver nanti. tapi yang paling seronoknya, kaum bapa di suruh keluar and tinggallah kaum-kaum ibu je. yelah malulah kita yang terboyot-boyot ni nak baring terkangkang-kangkang bersenam kalau ada orang lelaki kan? apa-apa pun ini memang pendekatan yang sangat bagus digunakan oleh Az Zahrah. kelakar bila dia cakap, "kaum-kaum bapa diminta keluarlah ya sebab takut nanti tengok bini-bini orang lain pulak". haha

ni masa tengah prepare nak buat praktikal. wohaaaa

ok sampai sini je. penat dah perah otak menulis. semoga perjalanan untuk melahirkan seorang bayi dipermudahkan olehNYA. insyaAllah. doa-doakan ya kengkawan. aminnnn


3 comments:

  1. Tq for the info :) saya tgh seriau nak bersalin ni..

    Tumpang lalu ye tuan tanah.
    Saya ada menjual set berpantang, set hamil, set kecantikan dengan harga istimewa, dapat hadiah lagi. Jom singgah www.thevitamom.blogspot.com dan www.facebook.com/vitamom

    ReplyDelete
  2. useful referencesee this page HomepageDiscover More Here check my blogtry this web-site

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...