Monday, March 14, 2011

terima kasih daun keladi

Alhamdulillah. Xsangka..ramai jugak yang view bila aku wat entry berkaitan nuclear+jepun+Chernobyl.  Susah nak dapat traffic setinggi ni sebab aku sangat malas atau xpernah blogwalking. Tp xsangka jugak ramai yang view. Terima kasih semua kerana membaca artikel yang xseberapa ni. Bukan artikel 2 yang xseberapa, tp tuan si penaip artikel yang xseberapa pandai menulis. Hehe

Situasi sekarang : aku sangat suka dengan sejarah! Anda bagaimana?
p/s : eleh, baru 65 unik kau dah kecoh mcm dapat 650 unik. phewww

Letupan Chernobyl tak akan berulang di Jepun

BRUSSELS 13 Mac - Jepun tidak perlu bimbang berlakunya kejadian seumpama letupan nuklear Chernobyl di Ukraine selepas satu letupan memusnahkan bahagian bumbung sebuah loji jana kuasa nuklearnya di Fukushima semalam, kata pakar.
Reaktor No. 1 di Fukushima, utara Tokyo mengalami kebocoran radiasi selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter mengakibatkan satu letupan semalam, sekali gus mencetuskan kebimbangan berlakunya peleburan nuklear.

Bagaimanapun, pakarberkata, gambar kabus di loji berkenaan mencadangkan hanya sejumlah kecil radiasi dibebaskan dan ia adalah sebahagian pendekatan bagi mengembalikan kestabilannya, berbeza jauh dari awan radioaktif yang dibebaskan Chernobyl apabila ia meletup pada 1986.

"Letupan di loji nuklear Fukushima di Jepun yang berlaku tidak akan mengulangi bencana nuklear Chernobyl,'' kata Timbalan Pengarah Pusat Keselamatan Nuklear Chernobyl, Valeriy Hlyhalo.

Agensi berita Interfax memetik Hlylaho sebagai berkata, reaktor Jepun mempunyai perlindungan lebih baik berbanding di Chernobyl yang menyaksikan 32 anggota bomba terbunuh.

"Selain itu, reaktor nuklear di Jepun juga direka untuk zon seismik walaupun apa yang berlaku melebihi impak ketahanan loji berkenaan.
"Oleh itu, kesannya tidak akan menjadi serius seperti selepas bencana nuklear Chernobyl,'' katanya.

Para pegawai Jepun berkata, teras reaktor nuklear itu masih berada dalam keadaan baik dan air laut akan dimasukkan ke dalam reaktor bocor itu untuk menyejukkan dan mengurangkan tekanan di unit itu.
Pakar berkata, ia amat penting untuk memastikan penutup besi reaktor tidak rosak dalam letupan atau gempa bumi itu.

"Jika bekas tekanan yang menyimpan semua bahan api itu meletup, ia mungkin bakal mengulangi kejadian Chernobyl, jadi lebih banyak bahan radioaktif akan dibebaskan,'' kata ahli fizik nuklear Universiti Surry Britain, Pro. Paddy Regan. - Reuters

sumber : utusan

Pripyat - Kota mati kesan radiasi nuklear di chernobyl

Pripyat, Ukraine. keinginan utk mengetahui lebih mendalam tentang sejarah dunia berkaitan letupan reaktor nuklear di Chernobyl pada tahun 1986 menarik hati aku untuk mengkaji sedikit sebanyak tentang bandar Pripyat, Ukraine.





Bandar ini adalah sebuah bandar yang telah ditinggalkan dan dikosongkan. Semuanya gara-gara insiden kemalangan yang berlaku di Pusat Janaan Kuasa Nuklear Chernobyl pada April 1986. Seluruh alam sekitar telah tercemar dengan kesan radioaktif dan pada manusia pula walaupun sudah beberapa generasi namun kesannya masih lagi tidak hilang sepenuhnya. pihak berkuasa tempatan telah mengarahkan pengosongan bandar Pripyat ini dalam masa satu hari selepas kejadian itu berlaku. Disebabkan pencemaran itu masih ada maka sehingga ke hari ini Bandar itu ditinggalkan tanpa berpenghuni. Seolah-olah seperti bandar berhantu, binaan yang banyak tapi tidak berpenghuni.

Ukrain bercadang untuk menjadikan lokasi bencana nuklear terburuk di dunia sebagai kawasan pelancongan kepada umum tahun depan. Zon yang dikurung sekitar Chernobyl akan dibuka dalam radius 30 batu untuk membolehkan pelancong melihat sendiri kawasan yang telah musnah akibat letupan nuklear dari kilang nuklear di Chernobyl. Selain bandar Chernobyl bakal dijadikan tempat pelancongan utama, kawasan bandar Pripyat juga bakal menerima pelancong walaupun bandar itu kini telah ditinggalkan akibat bencana yang berlaku.

Sepanjang pelancong melawat kawasan sekitar, pelancong diminta untuk bergerak dalam kumpulan demi menjaga keselamatan pelancong. Wujud syarikat yang ingin menjalankan perkhidmatan melancong ke daerang larangan,namun demikian kerajaan Russia tidak membenarkannya kerana itu kawasan haram dan melawat ke kawasan tersebut tidak dapat menjamin keselamatan pelancong. Rancangan pelancongan ke kawasan ini disokong oleh pegawai PBB kerana pelancongan ke Chernobyl boleh membantu pengajaran penting dalam keselamatan nuklear.





penduduk diarahkan untuk mengosongkan rumah dan tidak perlu membawa apa-apa kerana mereka diberitahu tempoh darurat hanya sementara. sebaliknya, sehingga kini, setelah berpuluh tahun, kota tersebut masih menjadi kota mati. 

nota mata kaki tangan mulut : pernah tgk citer I am Legend x? lebih kurang mcm 2 la keadaannya. kota mati sebab serangan zombie.

sources : misterlal, radiuse

Sunday, March 13, 2011

tragedi Chernobyl bakal berulang di Jepun?



2011 - kerajaan Jepun telah mengesahkan bencana radioaktif 
akibat Gempa Bumi 8.9 skala Ritcher.


Chernobyl, 1986 - letupan loji nuklear ke-4

Bencana Chernobyl adalah kemalangan nuklear atau radioaktif yang berlaku pada tarikh 26 April 1986, di PLTN Chernobyl di Ukraine (Kesatuan Soviet Sosialis Republik Ukraine kemudian, sebahagian daripada Kesatuan Soviet). hal ini dianggap kekuatan kemalangan loji nuklear terburuk dalam sejarah dan pada peringkat 7 pada skala International Nuclear Event Scale.

Tragedi Chernobyl bermula daripada ledakan reaktor ke-empat di kilang Chernobyl, Kota Pripyat di Republik Sosialis Soviet Ukraine semasa pemeriksaan/ujian sistem dijalankan. lonjakan elektrik berlaku secara tiba-tiba dan ketika usaha pemulihan kecemasan 'shutdown emergency' dilakukan, lebih banyak percikan kuasa berbahaya berlaku yang mana menyebabkan letupan reaktor dan siri letupan.


kesannya, ledakan reaktor nuklear di Chernobyl, Ukraine pada tahun 26 April 1986, telah mengakibatkan Chernobyl menjadi sebuah kota mati, berbahaya untuk dimasuki, tercemar dengan radiasi yang masih sangat aktif walaupun telah 25 tahun tragedi itu berlaku .Kecelakaan ini merupakan salah satu bencana nuklear yang terdahsyat sehingga kini. Disusuli ledakan dan kebakaran serta gelombang radiasi dari skala paling berbahaya yang jauh melewati batas selamat hingga paling lemah, tersebar hampir ke seluruh Eropah.


Tidak dapat dipastikan berapa sebenarnya jumlah korban akibat tragedi Chernobyl. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan 9.000 terkorban akibat kesan radiasi. Organisasi Greenpeace menganggarkankan jumlah kematian melebihi 9,000 orang dan boleh mencapai sehingga 93.000 orang.

Ratusan dari ribuan mangsa berjaya selamatkan. PBB menganggarkan, seramai 7 juta orang masih hidup di wilayah bahaya di mana radiasi diluar lingkungan tahap selamat. akibatnya, penyakit kanser dan mutasi genetik pada bayi yang baru lahir, kematian dalam jangka waktu yang diramalkan bagi para pekerja semasa membersihkan runtuhan ledakan di kota itu, mutasi genetik luar biasa turun temurun yang tersebar hampir ke sebagian dari wilayah Eropah.





kanser dan mutasi genetik - kesan radiasi nuklear Chernobyl

insaf : mujurlah kita terselamat daripada bencana sebegitu. alhamdulillah. 
mari sama-sama berdoa rakyat Jepun terselamat daripada bencana ini. Amin

source : wikipedia, dozhsuntana, ruanghati dan Google

Saturday, March 12, 2011

bahaya radiasi nuklear di Jepun - Lebih 51 ribu penduduk dipindahkan


Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano, mengesahkan berlaku letupan dan kebocoran radiasi di loji jana kuasa nuklear Tokyo Electric Power Co's (TEPCO) Fukushima Daiichi.


“Kami sedang mengkaji punca letupan itu dan situasinya dan kami akan membuat pengumuman kepada orang ramai apabila mendapat maklumat lanjut,” katanya di Tokyo.

Sebelum itu pada kira-kira jam 3.30 waktu tempatan, satu letupan kedengaran di sebuah loji nuklear di Sendai, Jepun yang menimbulkan kebimbangan reaktor itu akan musnah dan menyebabkan bahan radioaktif tersebar.


Menurut Tokyo Power Electric Co yang menguruskan Loji Fukushima Dai-ichi di Sendai menyatakan tidak pasti letupan di loji berkenaan yang menyebabkan satu dindingnya runtuh, mengandungi reaktor nuklear.


Bagaimanapun mereka mengesahkan empat pekerja tercedera akibat kejadian itu.



Paparan TV Jepun menunjukkan salah satu dinding bangunan terbakar hangus dengan hanya meninggalkan rangka besinya.



Jurucakap kerajaan, Yukio Edano menyatakan semua penduduk dalam lingkungan 10 kilometer dari loji berkenaan patut dipindahkan.


Walaupun berdepan dengan kemusnahan, wakil Suruhanjaya Keselamatan Nuklear Jepun Ryohei Shiomi berkata ia tidak akan merebak dari lingkungan 10 km dan kebanyakan 51 ribu penduduk di sekitar telahpun dipindahkan.


Pasukan keselamatan Jepun termasuk lebih 50 ribu tentera dikerah membantu bagi memastikan kemalangan dan kebakaran dapat diatasi serta menyelamatkan mangsa akibat bencana alam paling teruk dalam tempoh 140 tahun ini.



Kadar rasmi kematian setakat jam 5 petang waktu tempatan ialah 413 dengan 784 disahkan hilang dan 1,128 tercedera.



Bagaimanapun media tempatan melaporkan lebih dari 1,300 terbunuh.


200 hingga 300 mayat dijumpai di pantai Sendai, bandar paling hampir dengan pusat gempa bumi semalam.


Lebih 215 ribu rakyat kini berlindung di 1,350 pusat pemindahan di lima wilayah berbeza.



Impak sebenar masih tidak dapat dikenal pasti.



Kemusnahan teruk dilaporkan di wilayah Miyagi kerana gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter semalam dan tsunami yang memusnahkan pelbagai kawasan terutamanya di bandar Sendai dan kawasan timur Jepun.


sumber : sedakasejahtera

Tuesday, March 08, 2011

manusia nak jadi anjing

BINATANG BERTOPENGKAN MANUSIA..
rasanya pepatah itu harus diubah 


MANUSIA YANG TERINGIN JADI BINATANG!
lokasi : Brazil











insan waras : orang yang waras xkan buat macam ni, jijik dan menjijikkan. masyaAllah~


sumber : Google

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...