2011 - kerajaan Jepun telah mengesahkan bencana radioaktif
akibat Gempa Bumi 8.9 skala Ritcher.
Chernobyl, 1986 - letupan loji nuklear ke-4
Bencana Chernobyl adalah kemalangan nuklear atau radioaktif yang berlaku pada tarikh 26 April 1986, di PLTN Chernobyl di Ukraine (Kesatuan Soviet Sosialis Republik Ukraine kemudian, sebahagian daripada Kesatuan Soviet). hal ini dianggap kekuatan kemalangan loji nuklear terburuk dalam sejarah dan pada peringkat 7 pada skala International Nuclear Event Scale.
Tragedi Chernobyl bermula daripada ledakan reaktor ke-empat di kilang Chernobyl, Kota Pripyat di Republik Sosialis Soviet Ukraine semasa pemeriksaan/ujian sistem dijalankan. lonjakan elektrik berlaku secara tiba-tiba dan ketika usaha pemulihan kecemasan 'shutdown emergency' dilakukan, lebih banyak percikan kuasa berbahaya berlaku yang mana menyebabkan letupan reaktor dan siri letupan.
kesannya, ledakan reaktor nuklear di Chernobyl, Ukraine pada tahun 26 April 1986, telah mengakibatkan Chernobyl menjadi sebuah kota mati, berbahaya untuk dimasuki, tercemar dengan radiasi yang masih sangat aktif walaupun telah 25 tahun tragedi itu berlaku .Kecelakaan ini merupakan salah satu bencana nuklear yang terdahsyat sehingga kini. Disusuli ledakan dan kebakaran serta gelombang radiasi dari skala paling berbahaya yang jauh melewati batas selamat hingga paling lemah, tersebar hampir ke seluruh Eropah.
Tidak dapat dipastikan berapa sebenarnya jumlah korban akibat tragedi Chernobyl. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan 9.000 terkorban akibat kesan radiasi. Organisasi Greenpeace menganggarkankan jumlah kematian melebihi 9,000 orang dan boleh mencapai sehingga 93.000 orang.
Ratusan dari ribuan mangsa berjaya selamatkan. PBB menganggarkan, seramai 7 juta orang masih hidup di wilayah bahaya di mana radiasi diluar lingkungan tahap selamat. akibatnya, penyakit kanser dan mutasi genetik pada bayi yang baru lahir, kematian dalam jangka waktu yang diramalkan bagi para pekerja semasa membersihkan runtuhan ledakan di kota itu, mutasi genetik luar biasa turun temurun yang tersebar hampir ke sebagian dari wilayah Eropah.
kanser dan mutasi genetik - kesan radiasi nuklear Chernobyl
insaf : mujurlah kita terselamat daripada bencana sebegitu. alhamdulillah.
mari sama-sama berdoa rakyat Jepun terselamat daripada bencana ini. Amin
source : wikipedia, dozhsuntana, ruanghati dan Google
No comments:
Post a Comment