Thursday, September 29, 2011

Potong kuku ikut Sunnah Nabi


ikut turutan no. yer. 

Jamuan Raya DRB Group

DRB Group wat jamuan raya last week. best sebab Sharifah Shahira selaku pengacara jemputan sangat memeriahkan suasana. 

tahun lepas Fara Fauzana yang jadi pengacara. honestly said, Sharifah Shahira memang cun dan lawak sangat. aku ingat dalam tv jer dia mcm 2. hehe. 

k lah, malas nak cakap banyak, korang layan gambar je k. 



zassssssssss


yang berbaju biru adalah Dato' Naza yang aku citer kat entry lepas =)




notajarigemok : 

laparnya bila teringat sate, pasembor, char kuey teow waktu sekarang ni. nyum3

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday 5


ni masa jamuan raya DRB Group minggu lepas. 

Sharifah Shahira mmg cantik dan kelakar. 
korang ader...??

Aku pasti

Pandanglah ke depan, jangan menoleh ke belakang lagi
Walaupun banyak cabaran dan dugaan di hadapan





Aku tetap akan terus memandang ke depan
Tanpa sedikitpun menoleh ke belakang
Aku pasti

Menangis Lagi

Aku terluka
Ku sangka tak mungkin terjadi sekali lagi
Dulu kau kata
Tak mungkin aku kan kecewa
Hatiku akan kau jaga

Pernah ku sangka
Inilah cinta yang terindah dalam sejarah
Apakan daya aku yang menanti pelangi
Mengharap engkau yang pasti

Dan aku menangis lagi
Kecewa untuk sekian kalinya
Dan kisah cinta luar biasa
Habis sorang untuk semua
Kejam dirimu
Kejam dirimu

Aku kecewa pedih
Tak mungkin dapat kau faham sakitnya
Kata-katamu lah punca segala
Cinta kita kau persenda
Pergi kau pergi
Tinggalkan aku menangis lagi

Apakan daya
Aku si bodoh yang percaya kata-katamu
Puas didepan mata
Mungkin engkau lah pendusta
Bagimu hatiku tiada makna

Aku menangis lagi
Kecewa untuk sekian kalinya
Dan kisah cinta luar biasa
Habis sorang untuk semua
Apalagi perlu ku rasa
Aku terlupa

Aku kecewa abadinya
Tak mungkin dapat kau faham sakitnya
Kata-katamu lah punca segala
Cinta kita kau persendakan
Pergi kau pergi
Tinggalkan aku
Biar aku sendiri

Luka aku terus meratapi
Luka-luka kecewa
Dan aku tahu ku tahu (Hatinya)
Dalam hatiku takkan bisa merubah segala-gala

Aku menangis
Aku kecewa lagi untuk sekian kalinya
Dan cinta ini luar biasa
Habis sorang untuk semua
Apalagi perlu ku rasa

Aku terluka, aku kecewa
Tak mungkin kau kan faham sakitnya
Kerna kau lah punca segala
Cinta suci kau persia
Apalagi tinggalkan aku
Biar aku menangis lagi

Fina AF9 - Menangis Lagi Lyrics 

notajarigemok :   tacinggg dengar lagu ni. sungguh

Tuesday, September 27, 2011

Tersenyumlah untuk hidup =)


Meskipun setebal mana mendung melitupi langit, namun sinar mentari tak pernah kehilangan cahayanya. Ia sentiasa menghadirkan sinarnya. Ia sentiasa tegar tanpa kehilangan jati dirinya sebagai sumber penerang di hari ini. Ia tak pernah menunda bersinar hingga esok, meskipun ia dapati mendung menghalang keindahan sinarnya.
Setiap tumbuhan kembali terjaga dari tidurnya. Kembang-kembang kembali bermekaran ceria menyambut harinya. Burung-burung terbang dan berkicau dengan merdunya. Semua hadir tanpa rasa sedih, gelisah, dan amarah. Semua ceria untuk menjelang setiap detik anugerah-Nya.
Sudahkah kita berniat bahawa hari ini akan kita hiasi dengan senyuman ceria dan kebahagiaan? Sudahkah kita bertekad untuk mengharungi hari ini dengan rasa optimis dan semangat hidup yang akan tularkan?
Dan sudahkah kita menjadikan bersangka baik  sebagai modal bagi kita untuk meneruskan perjalanan ini?
Begitu sia-sia rasanya perjalanan hidup jika setiap detik tidak pernah kita hargai dan syukuri. Begitu siksanya perjalanan hidup jika setiap ujian yang menerpanya kita hadapi dengan kemarahan dan wajah yang muram. Kesedihan tidak akan mengembalikan segala yang hilang, kembali semula.
Tangisan penyesalan akan terasa hampa tanpa kesungguhan usaha untuk bangkit dari kelalaian diri. Setiap nasihat hanya akan menjadi penghias belaka jika sedikitpun tidak diniatkan untuk diikuti. Semua usaha akan terasa sia-sia jika sedikitpun tak berserah diri kepada-Nya.
Tersenyumlah atas anugerah hidup hari ini. Bersyukur dan bersangka baiklah bahawa Dia masih memberikan kesempatan untuk kita kembali. Sebut setiap asma-Nya dengan penuh kerendahan hati. Besarkan Dia dalam setiap detik perjalanan ini. Jangan engkau gantikan keceriaan diri dengan kesuraman hati yang engkau nampakkan pada wajah yang bermuram durja.
sumber : akuislam

Monday, September 26, 2011

Voucher New York Skin Solution RM10 sahaja!


first time beli voucher by My Deal. saje nak cuba-cuba. lagipun tak mahal RM10 instead of RM600!. wat facial kat NY Skin Solutions kaww. tak taw nak pegi bila, tapi voucher ni valid sampai January 2012. lama lagi boleh fikir. tapi aku amek tempat paling dekat iaitu Empire Gallery, Subang. baik korang cepat-cepat beli voucher ni kat My Deal

notajarigemuk : dah lama angan-angan nak g facial yang sangat murah! hehe. kalau xnak pegi pun, xrugi. RM10 jer..

Churp-churp kena block kat Opisku!


wahhh. arini Mr A*** dah block Churp Churp plak kat opis. 
b4 ni nuffnang je kena block. #$^#@9!

Sunday, September 25, 2011

Potluck ex-h0usemateku

Semalam (Sabtu, 24 Sept) kitorang ex-ex housemate wat potluck bertempat di rumah sewa Cik Nor dan Cik Mas. sejak dah 4 bulan berpindah rumah ni, dah jarang da aktiviti yang kitorang buat sama-sama. dulu masa masing-masing duduk serumah, macam-macam aktiviti ada. tgk wayang, bbq, jogging. dll. tapi sekarang masng-masing dah malas. padahal rumah sekangkang kera je dekat pon. nasib baik raya kali ni, Cik Nor bagi idea utk wat potluck. aku bawak sup ayam and sambal kicap je. itupun sebab Pija and Nor request. tak tawla part mana yang sedap sangat sup tu. tapi yang penting LICINNNN kaw. hihi



maing-masing gelojoh time makan. sebab masing-masing kosongkan perut drp pagi macam aku. kiki. 

antara juadah potluck kitorang :

Soto Ayam
Laksa
Salad Buah
Sandwich
Puding Mangga
Puding Gula Hangus
Kuih-kuih Raya
Ice Cream
Nata de Coco
dan 
air sejukk

nota kaki : lapar bila teringat makanan semalam. =)

Ini realiti hidup


Menjadi seorang blogger bukan saje perlu pandai mengarang @ mencari idea macamana nak tarik perhatian pembaca. Dulu memang aku sangat mengejar traffic. Dululah masa mula-mula kenal dunia blogging. 

Kalau tengok semula pada penulisan aku masa awal-awal kenal dunia blogging, memang macam ‘sampah’. Betul, aku sendiri akui yang ianya ‘sampah’. Tulisan jap beso jap kecik and bewarna-warni. Sekarang bila sendiri baca pun rasa malunya dulu aku macam ni. Aku taw, ramai yang macam tu jugak kan dulu? Baik mengaku. 

Waktu mengajar kita untuk perbaiki gaya penulisan kita. Alhamdulillah, aku pun da  upgrade level sekarang ni. Hihi.

Dulu aku banyak bercerita mengenai-'nya'. Bukan obses, tapi pada aku semua tu kenangan yang boleh aku share pada Selipar Buruk ni. Nampak tak tagline kat atas tu? SEKADAR LUAHAN ISI HATI DIKALA SUNYI MENGHENTAM DIRI. Betul. Aku akan menaip bila rasa sunyi. 

Tak kisahlah orang nak cakap ape. Setiap orang ada pendapat sendiri. Tapi bila sedar aku tak perlu buat entry-entry macam 2 atas sebab tertentu, aku stop. Sebab aku taw ramai pembaca yang aku kenali dan mengenali aku. 

Eh Kak Azie and Kak Sal senyum-senyum plak ye. 

Kadang-kadang aku rasa blog ni macam diari. Aku tak pandai buat diari-simpan-bawah-tilam-tiap-malam-baca. tak pandai jugak wat koleksi diari macam kak Azie. So sweet dear! 

Tapi mungkin terlalu banyak diari-diari yang tak patut aku share kat sini. Aku menulis bukan sebab mengejar traffic, tapi aku menulis dari hati. Jangan menulis sampai orang nampak ‘Kebodohan’ diri sendiri. Ayat tu yang akan aku ingat bila nak menulis pasni. Thanks! =)

notajarikakigemuk :

kadang-kadang aku konfius, apa sebenarnya tujuan berblogging..?

Friday, September 23, 2011

Doodle free drp Cik Ninie




 thanks banyak-banyak kpd ninie sebab bagi anne free je Doodle ni. 

sangat shomelllll ok! ngeeee

notajarigemuk :

Cik Ninie sangat baik hati sebab bg aku free-free je doodle ni. kalau korang nak, usha-usha la blog dia

Thursday, September 22, 2011

flashback

Semalam duk belek-belek gambar lama. Gambar 2 tahun lepas tak silap. Alah saje nak flashback kenangan lama. Masa 2 Encik Lelaki nampak kuwos lagi..urat-urat kat tangan pon masih leh nampak. Ohh hensem jugak Encik Lelaki. ‘aku berkata-kata dalam hati’.. sekarang bertambah ‘hensem’. Bertambah lemak, bertambah bambam. Opss bocor rasie.  


Masa merubah segalanya. 2 tahun bukannya lama kan.  Kadang-kadang terfikir, manusia ni semakin lama semakin membesar bukan mengecil. Kenapa ya? Teringat kata-kata mak masa dia kecik-kecik dulu, kenapa manusia mesti mengalami waktu tua. Kenapa tak kembali ke zaman muda semula? Itu soalan masa mak umur 10 tahun pada tahun 1960.

Aku? Ohh mestilah maintain cun *pengsan. 2 tahun lepas, aku nampak agak ‘ramping’ berbanding sekarang. baju pun saiz S je. S stand for Selebet. Memang selebet pon dulu aku ni. Sekarang da kena pakai saiz L. jari pun da gemuk-gemuk. Amekk kaw! Ahhh bencilah..rindu plak dengan saiz baju waktu tu. Kalaulah waktu boleh diputar semula. 


Hidup kita ni memang sentiasa dipenuhi dengan ‘KALAU’. Kalaulah dulu aku study betul-betul, kalaulah dulu aku pandai berjimat-cermat, kalaulah aku kawin dengan putera raja. Ok tu tipu. Zaman sekarang da takde angan-angan macam tu. Penat nak menyanyi atas buaian kat bawah pokok tunggu putera raja datang meminang. Kalau kawin dengan anak dato’ itu mmg xtipu. 


*tibe-tibe teringat Dato’ Naza kat office yang da nak resign tu. Suka sangat tgk muka beliau. Terpancar ketenangan diwajahnya. Entahla xtaw kenapa aku suka tgk muka dia. Suka tak bermakna cinta ya. Ianya berbeda. Ingat tu. 


masa ni dua-dua tgh kuwos. keke


notajarikaki : 


tetibe rasa curious gile nak taw sape yang komen ni...?

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday 4


Kak Arpah - Kak Niza - Anne

cerita raya lagi ke?

 hye peeps! sihat? da abes beraya ke belum? open house minggu lepas ada g x? aku xdpt jemputan mane-mane open house pun. sedeyh sampai nak g beraya pun xtaw nak g mane sebab kol kawan-kawan sume dok g beraya. uhuk uhuk uhuk.

xpelah..raya kat opis pon best jugak. kali ni division aku n beberapa dept yang lain wat jamuan raya (nak panggil open house macam xbape nak house sangatla kan) ktorang wat makan-makan ari khamis lepas and jemput sume staff dr dept lain. see...dah lama baru nak hapdet kan? 

adala sikit makan-makan lepas ktorang buat collection setiap org. walaupun xbanyak, tp bila makan sama-sama, makanan jadi cukup. jadi berkat orang cakap. 

 kami yang sibuk menjayakan dan makan

 Kak Sue (yang berkaca mata) - arini last day dia keje

sdg mendengar ucapan pembukaan drp GM IRBD

 Lomang dan keropok ikan 

 trifle dan oreo cheese cake yg sedapppp gilerrrr!

 nasi impit, acar buah dan nasi hujan panas

satey kajang Hj Samuri dan cake

macam kat Jln TAR kan? hehe

 walaupun xbape luas dept aku ni, tapi kre muat jugakla nak sumbat orang-orang. =)

Wordless Wednesday 3


Haikal dan Fariz yang comel giler rasa nak wat pakwe no 2 dan 3! hehe

Monday, September 19, 2011

Lirik Lagu Pasha (Ungu) feat Adelia - Penghujung Cintaku

Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini telah ada yang miliki
Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu

dedicated to Encik Lelaki =)

Johny English Reborn - terbaek!


terbaek dari ladang gandum!!

Rowan Atkinson tak pernah mengecewakan dan memang buat korang tak kering gusi. cerita ni tak payah bagi subtitle@sound pun budak kecik boley faham. 


hensem tak hensem tak?


Ejen yang pada mulanya berasa bersalah sebab tak dapat selamatkan Perdana menteri Mozambique daripada ditembak akhirnya berjaya menangkap dan membunuh dalang sebenar yang berselindung disebalik MI7. cerita ni sangat kelakar dan boleh ketawa terbahak-bahak lebih-lebih lagi part mengejar penjahat. Mr Bean belajar kungfu?? korang tengoklah sendiri ye. mmg tak menyesal!  


makcik tua yang kemunculannya kadang-kadang tapi lawak giler.. 
kredit to manyusoef di atas gambar 


4.99999 bintang! untuk Johny English Reborn

notakaki : bila dengar betul-betul suara Mr Bean ni, suaranya sangatlah sedapp. yelah kita selalu tgk dia berlakon 'bisu' kan.

boleh tak nak angan-angan..?


bila aku boleh beli Galaxy tabs ni..tetibe macam teringin gilerrrrr nak beli. (tapi wat masa sekarang dengan roadtax, saman, tayar kete..nantilah dulu ye nab) nanti senanglah nak hapdate blog yang dah bersawang-sawang ni. insyaAllah, akanku usahakan. Amin~

tunggu ye nab!

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday 2

Miroslav Klose


tak taw kenapa aku suka kat dia. 
tapi aku suka kat dia sejak World Cup tahun 2002. 
sampai sekarang, dia tetap dihati. 


go go go Germany untuk Euro 2012 nanti! ;')

Last day di IRBD Department

Arini aku last day keje kat sini. Bukan tukar keje, tapi tukar dept je. sedihh gak. Setelah setahun berkhidmat kat IRBD ni, akhirnya aku dapat transfer ke Safety Health & Environment (SHE). Itulah field aku yang sebenarnya. Alhamdulillah doaku dimakbulkan Allah. Allah Maha Mengetahui tentang segala-galanya. Tersusun sungguh perancanganmu ya Allah. Berbaloi aku tunggu lebih drp 6 bulan utk transfer ke SHE ni. Ada hikmah disebaliknya rupanya. 

Anne dan Fara

Sedih?? Half-half jugakla. Sedih nak tinggalkan Kak Nora, Fara n Kak Niza. Kak Nora da macam mak tiri aku. Hehe. (ala cuma pindah beberapa langkah je pun dr current workstation).. mmglah, tapi environment dah lain. Tapi takpe, akanku jadikannya sebagai sebuah permulaan kepada segala-galanya. Excited sangat nak dapat task untuk dept baru ni. InsyaAllah~

Tuesday, September 13, 2011

Beratnya tanggungjawab lelaki ~ Istimewanya wanita di sisi Allah S.W.T~

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.   Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa ank perempuan yg belum berkahwin dan dosa ank lelaki yg belum baligh.     ...Beratkan?   Hukum menjelaskan ank laki kena tanggungjwb ke atas ibunya Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka berdosa baginya terutama Anak laki yg tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.   Isteri berbuat baik,Pahala dapat kepadanya, kalau isteri buat benda tak baik, mcm tak menutup aurat dgn sempurna, Dosanya di tanggung oleh suami. Beratkan??    

Suami kena bg nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak. Tapi isteri boleh Bantu untk ringankan beban suami. HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri, Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.   Banyak lagi laki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI. Suami kena tanggung. Kalau nk di bayangkan beratnya,Dosa-dosa yg perlu ditanggung seperti gunung dan semut.   Sebab tu mengikut kajian,nyawa org perempuan lebihPanjang dari laki. Laki mati cepat sebab dah tak larat nak tanggung dosa yg beratnya (sekadar pendapat sendiri )   Wanita..- Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki. - Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rmh. - Saksinya kurang berbanding laki. - Perlu menghadapi ksusahan mgandung dan melahirkan ank. - Wajib taat kpd suami tapi suami tak perlu taat kpdnya..cume suami la kena consider. - Talak terletak di tgn suami- Wanita kurg beribadah kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pd laki.  

PERNAHKAH KITA TGK SEBALIKNYA??   ~Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. ~Sudah pasti permata tidak akn dibiarkan bersepah-sepah bkn? itulah bandingannya dgn seorg wanita. ~Wanita perlu taat kpd suami tetapi laki wajib taat kpd ibunya 3kali lebih utama daripada bapanya. ~Bukankan ibu adalah seorg wanita? ~Wanita menerima harta pusaka kurg dari laki,Tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya,manakala laki perlu menggunakan harta pusaka ituuntk menyara anak-anak dan isteri. ~Wanita perlu bersusah-payah untk mengandung dan melahirkan anak,tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan,malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. ~Manakala dosanya di ampunkanOleh ALLAH SWT..

~Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat shj :   -Sembahyang lima waktu -Puasa di bulan Ramadhan -Mentaati suami-Menjaga kehormatannya  ~Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akanturut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.   MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita..Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki,tanpa wanita, laki tidak akn wujud di muka bumi ni..tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang berwibawa,tanpa wanita tidak wujud lelaki yg beriman..tapi,ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia..   

sumber : aku dah lupe sumber drp mana =)

Monday, September 12, 2011

IGEM 2011 - KL Convention Centre

IGEM? apa itu IGEM? ok..IGEM adalah International Green Tech & Eco products Exhibition & Conference Malaysia. ok kalau xfaham, meh aku cter sikit pasal IGEM 2011 ni. IGEM adalah satu event yang dianjurkan oleh Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air dengan Green Tech sebagai penganjur bersama. 


Acara yang julung-julung kali diadakan ini juga menjemput pihak luar seperti Korea, Singapore, Taiwan, Germany, Spain dan lain-lain lagi untuk memperkenalkan teknologi-teknologi yang mesra alam atau 'Hijau' contohnya seperti penebatan/pengurangan haba, bunyi, dan getaran menggunakan sabut kelapa yang dicipta oleh penyelidik daripada UTeM. banyak teknologi - teknologi baru diperkenalkan seperti kereta hybrd, rainwater harvesting, cat penebat haba, dan banyak lagi. 


event ni memang seronok sebab kita dapat pelajari banyak cara macamana nak selamatkan alam sekitar selain dapat banyak goodies bag dan kenalan-kenalan baru.



kebetulan plak aku kena jaga booth ari Sabtu 2. kalau x, mmg xkan pijak ke bumi KL Convention Centre ni. tapi event ni mmg superbest!

Saturday, September 10, 2011

Selamat berorientasi adikku


selamat berorientasi kpd adikku yang kini menjadi mahasiswi UPM utk kos Senibina
teringat aku masa zaman-zaman orientasi kat UPM dulu, pakai tudung comot ya ampun. nasib baik sekarang da xcomot. manusia boleh berubah. hehe

notakaki : nape tibe-tibe aku rasa adik aku sangat comel ni??? mane leh jadik.... =p

Friday, September 09, 2011

Syukur yang tak terhingga

alhamdulillah..syukur yang tak terhingga kupanjatkan kepadamu YA Allah. 

hampir setahun aku menunggu berita ni. actually, aku apply utk transfer ke jabatan lain a.k.a jabatan Safety and Health Environment. sape-sape yang blajo environment/Safety & Health tawlah apa keje yang dorg buat kat jabatan ni. sebelum ni, 6 bulan yang lepas pernah apply utk transfer tapi bos besar tak bagi pastu tak lama dia pon benti. kiranya permohonan aku tergantung tanpa tali. bulan lepas manager SHE (Safety Health Environment) ada dok kol aku tanya either aku still berminat dengan jawatan tu atau tak. aku? ofkoslah nak tersangat and still berminat. aku bukan apa, currently ni aku keje under Business Development Department. experience aku mmg zero! yes zero! jiwa aku mmg xseswai bekerja berkaitan dengan sales and marketing agaknya sampai satu masa aku rasa down sangat n nak cari keje lain. tapi aku cuba tabahkan diri sebab masa tu aku keje pon xsampai setahun. masa mula-mula aku interview dulu pon, aku mintak SHE, tapi bos kate xpe keje dulu, nnt leh internal transfer..orang dok kate department 2 bla bla bla..tapi pada aku, aku nakkan experience. tak kisahla mcm 2 ke mcm ni ker..

notakaki : apa-apa perkara yang kita nak buat, yang paling penting adalah SABAR. pasti ada manisnya dikemudian hari. renung-renungkan dan selamat beramal.

Check saman traffic di MyEG

terdetik kat hati nak check saman bila nampak seorang rakan buat status saman kat fb. aku terus sign up myeg dan check saman. ok, 'sangat terharu' bila check ada 2 ekor saman. satu RM 30 dan satu lagi RM300. roadtax plak mati bulan depan. nak tukar tayar lagi. adehhhh. semua dtg secara bergolek-golek. nape tak satu-satu? cobaaaaan betul.



kau ader??

Tuesday, September 06, 2011

Saya *tiba-tiba* suka polkadot.


inilah baju raya aku. tibe-tibe macam cintakan polkadot sambil xperasan rupa-rupanya kasut raya pon polkadot siap reben-reben. beli baju percuma kasut ye kak?


notakaki : baru pasan jugak, layout blog ni pun polkadot.hehe

Monday, September 05, 2011

Marhaban ya Marhaban

Rata-rata entry kebanyakan blogger berkaitan sambutan hari raya, open house, duit raya dll. Aku je yang terlambat nak update pasal hari raya. Act aku xdapat feel raya tahun ni. Tak tahulah kenapa. Ketupat, rendang, lauk pauk sume ade. Tapi aku xdapat feel raya utk tahun ni. Dah pasang lagu raya 24 juta kali pun sama jek. Haishhh. Mungkin sebab xdapat duit raya kot. Sob3..tahun lepas dapat jugakla 100++. Tacinggg woooo..

Dahla, layan tacing aku ni mmg takkan abes. Aku nak stoly molly sikit pasal Marhaban@Baraan. Haaaa, korang taw x apa itu Marhaban? Marhaban adalah satu aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan dengan cara berkumpul beramai-ramai dan berkunjung rumah ke rumah dalam satu kawasan kampung, taman, blok, dll diiringi dengan selawat. (sumber : Bukan Kamus Dewan). 


Jawa sering dikaitkan dengan Baraan@Marhaban ni. Kebetulan plak aku ni orang Jawa kan (kebetulan???), so nak perkenalkanla sikit apa itu Marhaban. Seronok kaww. Dalam masa sehari dapat beraya rumah semua jiran sekampung. Selain dapat mengeratkan tali silaturrahim, untuk yang kanak-kanak atau yang xberapa nak kanak, boleh dapat duit raya. Kalau 1 rumah dapat RM1, kalau 40 rumah?? Zaman kanak-kanak, RM10 pun da besar kan. Aku yang dah tua bangka ni pun dapat RM3.50 masa pergi Marhaban raya ke-3 aritu. Hehe. 



antara suasana semasa Marhaban@Baraan. 
xsempat plak nak amek gambo masa berselawat 2. 

notakaki : nak duit raya boleh???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...