Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Sunday, January 06, 2013

Nuffnang

Syukur alhamdulillah. earning untuk Nuffnang dah cecah RM200. ekcelly dah lama tak log in nuffnang ni sebab lupa password. hehe. td saje-saje try log in and try sume password yang ada. tup tup boleh log in. memang yay la kan. tapi paling mengejutkan earning aku dah RM191.84. 

rasanya last aku log in Nuffnang earning baru 150++ macam tu. kalau tak silapla. ni dah cecah RM200 da. lagi RM12.00 pun tengah on going. tapi ketidakkesabaranku menyebabkan aku cash out kan dulu RM191.84. tunggu jelah cek sampai. yayyyy. tak sangka plak nuffnang bermurah hati banyak bagi earning untuk campaign sebab b4 ni aku macam da agak givap dengan nuffnang. ok bai


ok itu je entry pendek yang sempat aku karang.dadidu~

Friday, June 22, 2012

B2B : Pengurusan Kewangan

lately ni asyik berfikir je pasal alam rumah tangga. bukan fikir yang bukan-bukan, cuma fikir macamana nak uruskan kewangan selepas berumah tangga nanti. risau sangat bila mengenangkan saving yang tak seberapa. kalau setakat untuk emergency bolehla kot. kami sama-sama 'baru' abes blaja. sama-sama baru bekerja. sama-sama masih muda. sama-sama baru nak kenal dengan 'kehidupan'. harap-harapnya jugak kami sama-sama matang dalam menguruskan rumah tangga nanti. aminnn. 

bila tengok tarikh kahwin yang tinggal 2 bulan lebih je, rasa belum bersedia pun ada. macamana agaknya majlis perkahwinan aku nanti? agak-agak apa yang diimpikan masa majlis kahwin tu tercapai ke? aku bukan mengimpikan majlis perkahwinan yang mewah. tapi kalau boleh majlis tu kena dengan tema yang aku idam-idamkan. dan yang penting adalah simple. banyak benda rasanya yang belum settle lagi. tetibe rasa macam tak cukup duit je. tapi bila kira-kira balik, tak banyak pun benda yang memerlukan aku untuk keluarkan duit yg banyak lagi. insyaAllah cukup. tapi still rasa banyak sangat benda tak complete. risau sesangat sebenarnya. 

separuh daripada duit hantaran bagi mak ayah untuk buat belanja kawin. selebihnya bayar duit mak andam+pelamin+photographer and simpan sikit untuk masa depan. maklumlah aku bukan anak orang kaya yang majlis kahwinnya disponsor penuh oleh FAMA. hehe


bila bincang dengan En Tunang pasal benda ni, tenang je jawabnya. jangan risau, insyaAllah duit ada dan cukup. ok, jawapan tu dah buat aku sedikit lega. aku serahkan segala-galanya pada Allah. semoga dilimpahkan rezeki yang halal. Aminn

notakaki : menghitung hari


Sunday, May 06, 2012

Churp Churp & Nuffnang Earnings

Earnings dari Churp Churp


Earnings dari Nuffnang


Conclusion : Earnings dari Churp Churp lagi banyak daripada Nuffnang even aku subscribe Nuffnang beberapa bulan awal daripada Churp Churp. tapi tak kisahlah, aku menulis bukan sebab Earnings. itu cuma suka-suka je. walaupun kedua-duanya dah boleh cash out, tapi aku nak kumpul dulu banyak-banyak sikit. baru nampak berbaloi. hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...