Monday, March 25, 2013

Sisters

Photo



Aku hanya ada seorang adik dan I LOVE YOU ADIK <3 <3 <3

Sunday, March 24, 2013

Kehidupan dengan Keluarga Mertua. Mesti Baca!

arini asben keluar seharian bersama-sama teman lelakinya ke Sepang tengok Formula 1. ayah mertua cakap keluar dengan boyfriend. heee. masa nak beli tiket tu, siap kol aku dulu tanya "boleh tak abang nak g Sepang tengok F1 ahad ni dengan Syed & Pamy"? aku cakap boleh...tapi takleh keluar lepak malam ni (Sabtu) sebab abg nak keluar seharian ahad nanti. haha adil kan? 


ok stop citer pasal en asben. arini aku nak kongsi pasal kehidupan berumahtangga bersama mertua. ewahhh boleh buat tajuk drama pendek melayu. firstly nak bagitaw yang aku sekarang duduk dengan mertua memandangkan en asben keje area sini. banyak sebab yang membuatkan kitorang prefer duduk dengan family en asben, bukan sebab asben keje sini je. takyahlah taw sebabnya ya? 


masa awal-awal kawin dulu, ramai yang bagi -ve dan +v feedback bila aku cakap aku duduk dengan mertua. alah kalau aku tak citer part -ve pun korang faham kan? ok. aku cuma dengar apa yang orang-orang cakap. kira macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. pengalaman masing-masing dan setiap orang tak sama takdir hidup dia. apa yang aku tanamkan dalam diri aku untuk duduk sebumbung dengan mertua adalah ikhlas. maybe mak (kandung) aku selalu cerita pengalaman dia dengan dua orang mertua. layan macam mak sendiri. sampai sekarang aku ingat pesan tu. layanlah mak mertua macam mak sendiri. jangan bezakan. memanglah lain mak sendiri dengan mak mertua. tapi cuba tanamkan sifat ikhlas dalam diri kita. hidup berumahtangga memerlukan banyakkkkkk kesabaran. ada turun naik. ada suka ada duka. 


mak aku selalu pesan, kalau kita layan mertua kita dengan baik insyaAllah anak menantu kita akan buat benda yang sama kat kita nanti. satu hari nanti kita tetap akan tua dan akan melalui fasa yang sama macam mak mertua kita sekarang. contohnya kalau mak mertua kita marah atau tak suka kita buat something tu,  anggap je satu penambahbaikan and kalau boleh jangan simpan dalam hati. mana taw benda yang sama akan terjadi pada kita bila kita dah tua nanti. layanlah mertua kita dengan ikhlas kalau kita nak diri kita dilayan dengan ikhlas masa kita tua nanti. hidup umpama roda dan Allah bayar cash atas segala perbuatan kita. 


perkara ni memang dah terjadi kat sedara mara aku. macamana dia layan mertua and akhirnya menantu buat perkara yang sama kat diri dia bila dia dah tua. nauzubillah. kita tak selamanya menongkat langit. subhanallah. jauhkanlah aku daripada keadaan macam tu. semoga aku terus ikhlas, sabar dan istiqamah melayari bahtera perkahwinan bersama keluarga mertua. kasih sayang pada mertua sama macam kasih sayang kepada mak bapak sendiri. insyaAllah aku kena ingat perkara tu. dan kepada korang yang baca ni, teruskan kesabaran anda. insyaAllah ada pulangannya nanti. peace yawwww :)

Thursday, March 21, 2013

Pembawakan atau Ngade-Ngade?


Aku tak tahulah kenapa sejak mengandung ni rasa pelik-pelik je. lately ni aku rasa cam tak leh tak tengok asben depan mata. Setiap masa kalau boleh dia ada depan mata. Kalau time keje tu, ase nak balik umah cepat je tgk muka dia pastu senyum sendiri. asyikla terbayang muka dia. macam baru angau dilamun cinta dulu-dulu. Haha. Pesen apakah ini?

Suka tengok dia tidur, suka tengok dia main game, suka tgk dia makan. Semuala aku suka. Mungkin ni pembawakan. Pastu sekarang ni kalau boleh, aku tak bagi dia kua malam. Sampai kesian jugak aku tengok bila dia tanya boleh tak nak keluar malam ni? Walaupun kadang-kadang aku bagi, tapi hati ni sangatlah tak merelakan. Sanggup tunggu dia balik tu semata-mata nak tengok muka en asben. balik pulak kadang-kadang pkul 1-2 pagi bila keluar tengok bola. Adoii parah jugak ni. Kalau keluar pulak, aku mesti remind jangan keluar lama-lama atau balik lambat even dia cuma nak g isi minyak. Normal ke macam tu eh? Huhu kesian en asben


Saturday, March 16, 2013

Cara Untuk Pujuk Diri Sendiri





susah nak puaskan hati semua orang. hati sendiri apatah lagi. sigh~


Thursday, March 14, 2013

Cerita Pregnant : Bukan Tontonan Umum (U)

I LOVE U Mr Husband!

tetibe macam ada nafsu nak buat entry menggedik kan. tajuk entry pun macam nak terkeluar bijik mata kan. ingat ni cerita lucah/seram/ganas? propa propa propa.

 mlm td masa dok belek2 kalendar dgn En Asben, baru perasan yang next week masuk 6 bulan dah. wohaaaaa. masa berlalu sangat pantas sampai aku tak terasa pun 6 bulan pregnant tu. bila dah 6 bulan ni, rasa takut pun dah stat dah. yelah dah masuk 3rd trimester kan. 6 bulan = 24 minggu. tak lama dah tak lama dah. tapi perut tak bape nak ada. nak tunjuk pun malu. ahaiiii. 

agak-agak baby boy ke girl ya. suprisenya rasa. aku tak kisah boy or girl. dua-dua ok. nama pun dah ada. heeeee. nama tu aku yang pilih and En Asben cakap suke! and yang penting maksud kepada nama tu sendiri. semoga yang lahir nanti seindah namanya. insyaAllah. 

sekarang ni keadaan badan ok lagi. cuma kerap sangat nak buang air kecil. padahal minum xla banyak mana. stgh jam sekali asek nak ke toilet. penatnya rasa. pastu jalan sikit da sakit pinggang. tapi kalau shopping tak rasa apa. ahha. En asben yang tak larat nak jalan. kiah propa sangat kan.

ni gambar masa kat Swiss Garden, Kuantan kelmarin. bekerja sambil bercuti. heeee

anak itu pembuka pintu rezeki. alhamdulillah, janji Allah itu pasti. last week En Asben dapat offer kerja. before ni kan aku ada cakap yang En Asben da tender and akan start keje baru bulan 4 ni. tapi last week the latest news, dia dapat lagi 1 offer dan lagi better daripada offer yang sebelum tu. alhamdulillah. anak itu memang pembawa rezeki. jangan takut nak ada anak ya dan jangan fikir tak cukup duit kalau ada anak. Allah dah aturkan semuanya. tinggal kita je nak jaga amanah yang diberikan-NYA. insyaAllah~


p/s : semakin ramai kawan-kawan opis yang preganant tahun ni. sukeee! abesla bajet company tahun ni nak cover kos bersalin. hik3

Saturday, March 09, 2013

Candy Crush Saga


tak taw nape sekarang ni aku addicted main game Candy Crush Saga ni walaupun sebenarnya aku tak bape minat dengan dunia game. haha. kenapa suka game ni? sebab game ni nampak sedap dan warnanya mengiurkan. nama pun candy kan. tak pernahlah aku main game setabah ni. masa kat Level 29 givap jugak sebab lebih 50 kali main tak lepas-lepas. last-last suruh asben main. sekarang ni dia pun addicted dengan game ni. no wonderla ramai yang minat game ni. main kat fb je. 


nampak simple and mudah je game dia kan? cuba main dulu. mencabar kesabaran. haha. tapi sebenarnya ada banyak trick. korang main dulu korang baru faham. aku dah level 30 baru dapat tahu trick tu macamana. haha. oklah, nak sambung men game ni. bye~

Thursday, March 07, 2013

Tenkiu Nuffnang! Gembira Tahap Double Trouble


gembira double trouble. hah? takde. pagi tadi sampai je kat opis, tengok atas meja ada sampul surat and isinya adalah cek dari Nuffnang. alhamdulillah. sangat bersemangat keje arini. dapatla shopping sikit ngn hasil earning ni. heee. tenkiu Nuffnang kerana tak menghampakan aku. ini adalah cashout yang pertama semenjak berkecimpung dalam arena blog. tinggi sangat bahasa kau ye Anne. insyaAllah lepas ni akan terus rajin menghapdate blog. walaupun pada niat asalnya bukanlah nak mengejar earning sangat pun. syukran jazilan. 

pagi tadi jugak dapat call dari Encik Husband. happy semacam je dari cara dia cakap tu siap suruh teka sebab apa. apa yang aku teka semua salah. rupanya dia dapat offer keje yang dia minat. dua offer dalam satu masa and aku suruh dia pilih yang terbaik. insyaAllah early April ni start dah keje baru. yeayyyyy i'm very the happy for you sayang. alhamdulillah, ni semua rezeki dari Allah untuk baby. Allah mengatur kesemuanya dengan teliti. perancangan Allah itu indah. alhamdulillah. 

sekadar selingan :)

oh ye, sorry sebab da lama tak update blog sebab terlupa yang aku ada blog. maaf maaf maaf. lepasni insyaAllah akan kembali aktif. doa-doakan ye.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...