Showing posts with label takut. Show all posts
Showing posts with label takut. Show all posts

Sunday, June 24, 2012

Calar di Kereta = Calar di Hati



semalam masa nak kua g lunch kat lua dengan housemate, baru terperasan yang kete kena calar. kalau tengok dari segi calar, macam buatan orang. aku memang suspek yang itu buatan orang. sedih wooo bila tengok kete kena calar. lagi-lagi bukan salah kita. aritu masa salah sendiri, punyalah sakit hati dengan diri sendiri. sakit mata apatah lagi. aku frust sangat bila tengok Lulu cedera. sapa yang 'baik hati' sangat p calarkan kete aku ni kan. semoga Allah balas jasa kalian. haaa, at the same time, kete housemate aku ni pun pancit kena cucuk dengan paku kat tayar depan sebelah kiri. macam sengaja je kan sesape yang buat ni? 

Monday, June 04, 2012

An Interview??


tak taw nak cakap apa. either gembira, suka, seronok, happy or tak happy. aku rasa macam takde perasaan je bila dapat  sms dari PPSPPA suruh aku datang interview. kalau taknak pergi boleh tak? then kalau pergi and tetibe dapat pulak job tu, boleh refuse tak? agak-agak nama blacklist ke? adehhhhh macam-macam dah aku dok fikir ni. 

Thursday, May 31, 2012

B2B : Tips Memikat Bakal Mertua

C&P dari blog mediaserius :

Kenali bakal mertua
Tips pertama ni sangat penting sebab tak kenal maka tak cinta kan? hee. macam mana mertua nak berkenan kat kita kalau kenal pun tidak. kita pun kena la amik tahu serba sikit pasal bakal mertua kita. kerja nyer. hobi nyer kalau kita kenal diorang senang la nak amik hati diorng.ye la. kalau tahu mertua kita suka berkebun.ha!cuba beli sepasu orkid ke. mesti diorng suka kan?

Ingat hari hari penting
Ingat hari hari penting pada mereka.contoh nyer beli hadiah atau ucapan pada hari lahir,hari ibu,hari bapa atau hari ulangtahun diorang. kalo banyak sgt tarikh save and reminder kan dekat handphone. bukan susah pun kan? sape sape pun akan terharu bila diri dihargai kan?

Hormati mereka
Hormati dan sayangi mereka macam korang sayang mak dan ayah korang. xda salah pun kan? sebab diorang akan jadi ibu bapa korang gak bila korang dah kawin. bila korang hormat and sayang diorang. diorang pun akan sayang korang balik. not a big deal kan?

Buah tangan
Bila korang outsation jauh jauh. jangan lupa beli buah tangan utk bakal mertua korang. ye ah. sebagai tanda korang ingat diorang kan?alah. kalo setakat cenderhati yang lekat dekat pintu peti ais tu. berapa ringgit la sgt kan?

Tonjolkan kelebihan
Ni penting gak. ye la..bila kita ada kelebihan contoh nyer pandai masak or pandai menjahit. bleh la kita buatkan sesuatu dengan kelebihan yang kita ada tu. tnda kita menghargai bakal mertua kita kan. bila bakal mertua puji melambung lambung. kita pun kembang je sepanjang hari kan?hee..senyum.

Pesonaliti isteri solehah

Yang ni memang yang utama ah. mertua mesti akan tengok kita sebagai isteri kepada anak diorng dan ibu kepada cucu diorang. ada baik nyer kita didik diri kita dari awal dengan sikap sikap solehan seorang wanita muslimah.cheyy..bila first mertua tgok kita.biar la dalam hati diorang ada kata kata, “sejuk mata tgok budak ni!”  :) 


p/s : ya Allah tak sabarnya nak kenal dengan family bakal mertua. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik untuk keluarga bakal suami :p

Saturday, May 05, 2012

Pengalaman : Jenayah Di Jalan Raya

actually citer ni dah lama. tadi borak-borak dengan cousin pas balik dari Plaza Alam Sentral, teringat kisah aku kena kejar dengan orang masa on da way ke Temerloh, Pahang. perjalanan ke arah Pahang kan agak sunyi, lebih-lebih lagi weekdays. aku ke Temerloh atas urusan kerja. itu yang terpaksa bertolak pagi, dalam pkul 7.30 pagi dari office. sebelum sampai tol Karak-Temerloh, jalan kat situ agak sunyi. memang sangat sunyi. aku rasa cuma ada kereta aku je waktu tu. 

masa tengah drive, ada perasan 1 kereta ni, kereta iswara tak silap. warna itam kat belakang aku. tapi jarak dengan kete aku agak jauhlah.tak lama lepas tu, kete iswara itam tu pun terus memecut follow belakang aku. agak dekat jugakla jarak kereta aku dgn kete itam tu. dia follow je, tapi tak potong. 

bila aku pandang side mirror, tgk kete tu takde kat belakang. pelik jugak ni ke mana kereta tu. mana ada simpang/susur keluar kat area situ. dan tiba-tiba kete tu ada kat sebelah. terkejut jugak aku. aku perasan ada 4 orang lelaki kat dalam tu dok tersengih-sengih tengok kami. aku pun pecutla kete sebab malas nak layan orang nak dok kacau-kacau ni. dia tak pecut, tapi follow je belakang aku dengan jarak dekat. 

aku dengan sorg lagi officemate aku ni terus rasa cuak disebabkan xde kete lain selain kete aku dan kete itam tu. dia tanya, 

"anne, dalam kete ko ada tak apa-apa benda yang boleh dibuat protection?" 

aku baru teringat ada steering lock kat bawah seat aku. officemate aku terus amek then kitorang baca apa-apa ayat yang patut. aku dah rasa cuak giler ni. drive kete selaju mungkin dengan harapan ada kete lain kat jalanraya tu. tapi memang takde kete lain selain kete aku dan kete itam tu. nasib baik tak jauh kat depan tu da nak sampai da tol Karak. then kete tu pun keluar ke susur kiri sebelum plaza tol. rasa syukur yang teramat sebab sempat sampai kat plaza tol Karak. aku cepat-cepat amek tiket dan teruskan perjalanan ke Temerloh. 

syukur alhamdulillah kami selamat. dan rasa bersyukur sangat dia tak himpit @ langgar kami. yelah jenayah ni kan macam-macam. sekarang ni agak trauma jugakla nak pergi ke arah sana kalau berdua lebih-lebih lagi dua-dua pempuan. mintak dijauhkan. Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...