Showing posts with label kedai. Show all posts
Showing posts with label kedai. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang, Taiping


penah rasa mee udang dengan saiz udang yang sangat giant? semalam pas balik dari wedding Ummi a.k.a officemate kat Taiping, aku terus ajak En Tunang g Kuala Sepetang. kalau korang nak g, make sure Mee Udang Mak Jah. 

amek je signboard menghala ke Kuala Sepetang. agak-agak taktaw mane Kuala Sepetang, tanya je kat awek cantek kat Plaza Tol Changkat Jering 2. nanti korang nampak signboard Mee Udang Mak Jah setiap beberapa km. istimewanya Mee Udang Mak Jah ni sebab udangnya sangat besar untuk harga RM 11 untuk 1 mangkuk. kalau nak udang saiz biasa, hanya RM7. tak mahal kan? 

kuah mee udang ni memang sangat sedap. aku tanya En Tunang sedap tak? dengan takde perasaan dia cakap tak taw. haha hampeh


 Mak Jah

 RM 11 untuk mee udang special

 jangan terliur ok...yummmmyyy memang sedappp

model tak berbayar. 

abaikan muka yang da xbape nak cantik 2. maklumla owner blog ni mmg tak cantik pun.

pada mereka yang nak rasa mee udang Mak Jah ni, tak perlu susah-susah ke Kuala Sepetang. Mak Jah dah buka cawangan mee udangnya kat Wangsa Maju, KL. yeayy pasni kita boleh pegi ya.

ok, ni alamat penuhnya. 
No. 22, Jalan Wangsa Delima 10, 53300, Wangsa Maju KL.

selamat mencuba! :)

Sunday, April 22, 2012

Hijabista Magazine


dah dapatkannya? 

ok, ini untuk edisi pengenalan je. keluaran yang official bermula Julai 2012 ni. Hijabista Magazine banyak memberi input mengenai fesyen, trend, tips dan petua untuk gadis bertudung. yelah sekarang kan trend anak-anak muda berhijab dengan cara shawl dan selendang kan termasuklah aku.  

tertunggu-tunggu sebenarnya bila tarikh pengeluarannya. tadi singgah 7E jap beli magazine ni. so far untuk Edisi Pengenalan ni, ok la dan penuh bermanfaat. lepas ni taw dah mag apa yang perlu dibeli setiap bulan selain pengantin. haha..pengantin start bulan 10 xyah beli dah c(: 

Saturday, March 03, 2012

Kedai Barangan Perkahwinan

taw kat mane nak beli barang-barang kawin yang murah kat area Klang Valley ni selain Nilai 3? kalau korang duduk area Shah Alam, bolehlah berkunjung ke CT handicraft. beralamat di No. 3 (PT2258), Jalan Nelayan 19/E, 40300 Shah Alam. ok, landmarknya adalah De Palma Hotel. memang dah dekat dah 2. harganya yang murah setanding dengan harga pasaran di Nilai 3 memang menjimatkan kos pengangkutan Shah Alam-Nilai..

,



selain CT Handicraft kat Shah Alam, Fah Lean Floral di Balakong pun merupakan pemborong bunga2 tiruan dan macam-macam aksesori pengantin. beralamat di No. 2 & 2A, Jln 1/3, Taman Industri Selesa Jaya, 43300 Balakong. Fah Lean pon ok jugak sebab ada banyak jenis bunga sampai tak tahu nak pilih. tak payah susah-susah nak g Nilai utk beli bunga. hehe






ok kedai ketiga adalah kedai Romantika. bagi yang suka atau mencari tema English style, memang sesuai ke Romantika. pelbagai pilihan bunga-bungaan dan barang-barang perhiasan berkonsepkan English @ Vintage banyak di jual di sini. Romantika ada banyak cawangan dan cawangan di Shah Alam adalah di Plaza Alam Sentral dan Seksyen 14 berdekatan dengan DEMC (Darul Ehsan Medical Centre)




ok sampai sini dulu, bai~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...