Showing posts with label borang. Show all posts
Showing posts with label borang. Show all posts

Sunday, August 05, 2012

B2B : Prosedur Perkahwinan di Johor (Perempuan)



syukur alhamdulillah. urusan dokumen pernikahan telah pun selesai. ari Jumaat lepas balik Muar dengan Encik Tunang untuk uruskan segala dokumen kat Pejabat Agama Daerah Muar. sampai kat Pejabat Agama pukul 10.30 pagi and siap pukul 4.30 petang. whoaaa giler lama kaww. sebab? 

1. Hari Jumaat (waktu pendek)
2. Kena buat surat akuan sumpah kat Pesuruhjaya Sumpah sebab abah ada 2 nama dlm I/C
3. Borang kebenaran nikah siap 1 jam selepas semua dokumen completed.

walaupun banyak kali turun naik Pejabat Agama, tapi aku dah rasa lega sekarang sebab Tok Kadi pun dah booked. nasib baik available pada tarikh n masa yang aku proposed. hehe

soalan interview (utk bakal pengantin dari Johor sahaja) pun tak berapa susah. kena mengucap, niat mandi wajib, sebab mandi wajib, tanggungjawab isteri, doa qunut dan alfatihah. alhamdulillah semua lulus. segan jugak masa proses interview tu sebab Pegawai Penguatkuasa tu lelaki dan muda lagi. aku nak cakap sebab-sebab perlu mandi wajib pun segan. dia dok tersengih-sengih je. takpelah yang penting semua da settle. lega ok! proses nak siapkan dokumen ni memang sangat leceh. korang preparela awal-awal ya. aku ni dah dikire suntuk and nasib baik je sebab Tok Kadi free time tu. fuhhhhhh

yeayyy dah boleh kawen :)

Thursday, August 02, 2012

B2B : Prosedur Perkahwinan di Selangor (Lelaki)

lama dah xupdate entry rasanya. memandangkan mood pun dah kelaut ditambah dengan xde idea nak menulis. nak share pasal hal2 kawin pun malas. ish3 apa nak jadi dengan NORAINI ni sekarang. ekcelly happy sangat arini sebab masalah borang dan dokumen-dokumen En Tunang da selesai. alhamdulillah. esok boleh balik kg and bagi kat Pendaftar Nikah Daerah Muar plak. macam-macam ranjau kulalui. ececece ranjau ker??? sangat leceh nak setelkan borang kawin En Tunang kat Negeri Selangor ni. memandangkan negeri Selangor dah gunakan sistem online sepenuhnya, tu yang agak amek masa nak isi borang. kat sini, aku nak kongsi sikitlah prosedur kahwin kat negeri Selangor untuk Lelaki.

1. dapatkan salinan I/C kedua-dua saksi, alamat rumah, alamat office, no.tel, dll

2. pastikan ada akses internet sebab proses pengisian borang adalah online sepenuhnya.

3. g ke website Jais. ala korang tgklah link-link kat situ. rasanya g ke bahagian perkahwinan pastu download borang. nanti dia akan bagitaw macamana nak isi online. makesure register dulu dgn I/C dan password.

4. bila dah isi semua, semak dulu kot-kot ada yang salah atau tertinggal ke kan. then tekan cetak.

5. bila dah print semua borang ajak kedua-dua saksi tadi ke masjid/qariah yang berdekatan untuk minta pengesahan dari Penolong Pendaftar Nikah (PPN). bawak dokumen sokongan sekali iaitu surat akuan bujang, ic, sijil kursus kahwin n bla bla bla.

6. bila PPN dah sahkan bolehlah dibawa ke Pejabat Agama yang berdekatan.

7. bila dah dapat kebenaran berkahwin luar kawasan, bolehlah serahkan borang kepada pihak perempuan untk proses seterusnya.

macam kes En Tunang aku ni, bila dia g ke Pejabat Agama Kajang, diorang tak terima sebab rumah En Tunang berdekatan dengan Dengkil even alamat still Kajang. so dia kena g Pejabat Agama Sepang. nasib baik pegi awal pagi. kalau pegi dah petang, takut tak sempat nak siapkan arini. aku ni kira dah suntuk sangat da. malam ni balik kg then esok pagi nak hantar borang kat Pejabat Agama Muar. last minit punya kerja!

aku risau kalau Tok Kadi tak free masa tarikh aku je nanti. huaaaaaaa. semoga urusan kami dipermudahkan. aminnn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...