Showing posts with label comel. Show all posts
Showing posts with label comel. Show all posts

Saturday, March 09, 2013

Candy Crush Saga


tak taw nape sekarang ni aku addicted main game Candy Crush Saga ni walaupun sebenarnya aku tak bape minat dengan dunia game. haha. kenapa suka game ni? sebab game ni nampak sedap dan warnanya mengiurkan. nama pun candy kan. tak pernahlah aku main game setabah ni. masa kat Level 29 givap jugak sebab lebih 50 kali main tak lepas-lepas. last-last suruh asben main. sekarang ni dia pun addicted dengan game ni. no wonderla ramai yang minat game ni. main kat fb je. 


nampak simple and mudah je game dia kan? cuba main dulu. mencabar kesabaran. haha. tapi sebenarnya ada banyak trick. korang main dulu korang baru faham. aku dah level 30 baru dapat tahu trick tu macamana. haha. oklah, nak sambung men game ni. bye~

Monday, September 03, 2012

Cerita Raya


Dah 2 minggu Syawal baru aku bernafsu nak update blog. mebi antara sebab aku malas nak hapdate blog adalah aku dah tukar template layout ni. Agak boring aku tengok sampai nak update blog pun malas. Tulah gatal2 tangan sangat kan tukar itu ini. now dah malas nak godek-godek tukar layout. feninn. fine!

Ok, cerita raya. Tak banyak pun. Cuma ada gambar je. Raya tahun ni agak sibuk sebab sibuk beraya ke rumah kawan-kawan dan saudara-mara atas urusan menghantar kad jemputan. untuk korang, nanti aku upload ye. Masa dah semakin suntuk ni. Hehe.  

abah memang tak suka amek gambo. kiki

cuba teka aku yang mana?

Apa yang aku dapat rumuskan untuk Syawal 1433H adalah kehadiran kanak-kanak kecil yang cumil-cumil. Itu jelah yang aku perasan. Gambar family xde sebab abah tak suka amek gambar. Gambar gedik-gedik banyak tapi toksahlah upload kat sini. Nanti korang muntah. Ni aku share gambar yang tak bape nak gedik. hehe

mereka memang sangat comel! 

oklah sampai sini dulu. nanti nak update pasal homemade steamboat pulak. tunggu taw..dada

Friday, August 10, 2012

B2B : Pelamin dan Baju Resepsi

lebih kurang 5 minggu je lagi sebelum majlis. rasa macam tak cukup masa je sebab banyak itu ini yang tak siap lagi. hmmm. aritu lepas hantar borang nikah kat Pejabat Agama Muar, ajak En Tunang ke Butik untuk tengok baju. aku dah decide nak amek baju dress kaler cream and b4 this pun En Tunang macam setuju je. excited tgk baju tu yang pada aku comel. tak tawla pada org lain. sampoai kat butik, aku sruhla En Tunang browse around dulu kot-kot ada baju lagi yang dia berkenan sementara aku g try pakai baju dress tu. 

bila aku pakai dress tu n tunjuk kat dia, dia macam tak terpesona pun tgk aku pakai. haha apakah. pastu suruh plak try songket biru and tetibe dia berkenan. memang cantik songket biru 2. tapi lari dari tema. sedeyh woooo..macam nak lari jauh-jauh je. 

aku da plan wana pelamin wane pink n pepel then  baju wane krim. tup3, En tunang nak baju songket biru macam kat bawah ni. and aku rasa cam down giler sebab aku ske sangat da pelamin yang aku pilih tu. nanti aku tunjuk gambar pelamin yang lebih kurang sama designnya. 



aku macam nak kekalkan je wane pelamin tu tapi pakai baju songket biru. agak-agak ok ke? hmmm

Wednesday, July 04, 2012

B2B : Cincin Satin Rose




ni nak dikira sebagai wordless Wednesday pun bolehlah. layankan.
inspirasi dari intanorazam. Intan gunakan satin rose sebagai cincin semasa resepsi. shomel nyum nyum. aku pun nak tiru jugak. aritu beli sebiji warna pepel pastel pekat kat Jusco Bukit Tinggi. RM6/pcs tapi kalau beli 2pcs RM10

kebanyakan yang aku jumpa untuk brooch. jarang jumpa untuk cincin. wahhhhhh rasa cam nk meroyan tengok warna-warna satin rose ni taw. tolong ajarku bagaimana caranya untuk membuat satin rose ni.

notakaki : In love with you :)

Thursday, June 07, 2012

B2B : Paper Lantern Yang Awesome!





waahhhhh tema perkahwinan idamanku. seharusnya 'comel-comel' kan. already fall in love with lantern paper yang super comel ni haa. tq B2B sebab banyak membantu dalam pencarian paper lantern yang murah. tapi aku still berfikir-fikir lagi either nak beli online atau g Petaling Street je nanti. tengoklah kalau En Tunang mood baik. ajak dia ke Petaling Street je. kalu mood baik la kan..kiki

kalau nak beli online, boleh ke page Paper-Lantern-N-Boxes. banyak sangat pilihan kat sana. murah pun murah :)

Wednesday, May 30, 2012

B2B : Busy DIY Uollsss


Gambar taklah secantik mana..tapi aku nak tempek jugak kat entry ni. Ada aku kisah? Minggu ni start dah dia. setiap hari, balik je keje terus mandi-mandi n solat magrib then duk bersila depan tv kat hall umah sewa aku. Symptom “alamak banyaknya tak siap lagi, sempat ke nak buat semua ni?”. Sindrom apa panjang sangat ni. 
Gara-gara DIY untuk doorgift n so on, aku terpaksa bukak mata luas-luas tetiap malam. Sampai sakit-sakit pinggang dibuatnya. Macam dah tua sangat je sampai sakit-sakit pinggang. Aku sangat berharap ianya berhasil dengan jayanya. aminnn

p/s : nak tahu kat mana aku beli towel dengan harga yang sangat-sangat murah? sila tinggalkan komen. tata

Monday, May 21, 2012

B2B : Korsaj @ Bunga Penanggah

takdela nampak kreatif sangat, tapi bolehla. layannn

malam tadi baru siap 10 

Since dah decide utk DIY bunga penanggah ni, aku plan nak tiru je bulat-bulat dari ceriteras. Simple but nice. Ari sabtu lepas g Nilai shopping ler ape lagi kan. Beli aksesori-aksesori hantaran, cadar, bunga telur, kotak telur dsb. Target g ke Nilai nak beli reben untuk buat korsaj ni. Warna? Ofkoslah pink@purple kan. Tak nak beli reben mahal-mahal. Kalau beli reben mahal-mahal baik beli korsaj ready made je. Tak gitu? Ok, dapat reben harga RM6.90 tapi after 70% less, dapatlah RM2 plus plus. Beli 3 gulung. Baru RM6 kan. Tapi sayang, warna pink n purple takde. terpaksa amek warna ijau. Ijau pun boleyla. Janji harga under bajet! 

Pastu beli bunga RM0.40/pcs. warna utk bunga ni aku random je amek sebab itu bunga yang paling murah aku jumpa. ada jugak yang harga 50 sen/60 sen. tapi kalau boleh aku nak bunga yang paling murah. jimat. hehe. Aku beli la 40 biji sebab nak buat 40 korsaj. Korsaj ni guna untuk bagi kat orang-orang kampung yang datang tolong rewang.  Tadi google tgk cara lipat duit untuk bunga penanggah, thanks a lot kpd bitsbest sbb ajar cara-cara lipat duit. DIY ni kadang-kadang lebih jimat berbanding kita beli ready made. Tak caya? Kos yang aku keluarkan untuk DIY korsaj ni adalah :

1.       Bunga (40pcs)                     RM16   
2.    Reben (2pcs)                      RM4.20
3.       Reben kecil (2pcs)              RM1.60
4.       Dawai                               RM0.60]
       TOTAL                             RM22.40 ÷ 40pcs
                                              RM 0.56 / pcs     

Jimat bukan? Meh aku share cara-cara lipat duit untuk bunga penanggah. Opsss sori jugak sebab gambar kat atas aku tak letak duit sekali sebab….aku baru taw cara-cara nak lipat duit ni pagi tadi bila scroll blog bitsbest. hehe hampehhh.





harap-harap dapatlah membantu b2b di luar sana.

till then, jumpa next entry uollsss

Thursday, May 17, 2012

B2B : Doorgift Tags?


Ok tak?? Aku rasa dah cukup simple dah ni..korang rasa camne? since aku dah ter'tempah rubber stamp yang aku rasa mcm tak puas ati 2..

actually aku verangan nak cop je nama aku ngn En Tunang kat paper bag..tapi bila dapat je rubber stamp yang aku tempah, terus rasa hampeh..down gler..tak cantik langsung okeh..tapi nasib baik cuma RM 11..kalau RM111 maw aku ttup mata je abaikan yang tak cantik tu then tepek je kat paper bag sambil nanges-nanges tak air mata darah..

tadi g godek2 pc masa kat ofis terus teringin nak design benda alah ni. Aku rasa mcm ok je as long as simple. Print gune kertas sticker je. Then lekatkan kat dolly paper kat paper bag tu. Ok kan? Since terase nak diy sume benda comel-comel ni, apa salahnya kan? diy tak semestinya comel. Cume as long as ianya diy, itu yang jadi comel even tak secomel kalau tempah kat orang. faham ke ayat belit-belit aku ni? 

Now baru terfikir yang ianya dah membazir even cuma RM 11.. aku nak watpe dgn rubber stamp tu? turunkan kat anak cucu biar diorang taw yang atuk nenek dorg ni kreatif sangat? Tapi nak meneruskan projek tu memang takkan la..aku rasa tak puas ati plak..hmmmmm

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 03, 2012

Selamat Hari Jadi U'olls

Nurul and Ain macam malu-malu kambing gitu. ahakssss
Kak Ilyani, Nurul, Ain dan En Hannad
Selamat Hari Lahir kepada kamu berempat
Kak Ilyani, Nurul, Ain, Zaki (tiada dalam gambar) dan En Hannad.
(ni kira sambut besday serentak walaupun besday Ain lagi 3 minggu..hehe)
Semoga panjang umur, murah rezeki, dikurniakan rezeki yang melimpah dan sentiasa di bawah naungan rahmatNYA.


Thank You Allah


aku rindukan saat-saat itu. ya, aku rindu mereka. thank you Allah di atas rasa ini. dan tQ Allah kerana kau kembalikan kedua-duanya serentak kepadaku setelah kau ambil kedua-duanya serentak daripadaku. alhamdulillah syukur ^_^

Thursday, April 26, 2012

Yuna & Najwa Latif 'Look Alike' ke?



aritu kan aku ada wat entry yuna-ker kan? tak sangka plak ada blogger a.k.a videographer suruh dtg audition utk video klip band baru. pastu dapat token dari Luncai Emas. kelakarnya pun. tapi sayangnya pada 24/3 aritu. sekarang dah 26/4. alah kalau sempat pun, aku takkan pergi punya. xlaratla nak jadik artis ni kan. *pengsan 


Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday


dah siap! 

already fall in love with you..kita jumpa Ahad ni ye :)

Sunday, April 22, 2012

Hijabista Magazine


dah dapatkannya? 

ok, ini untuk edisi pengenalan je. keluaran yang official bermula Julai 2012 ni. Hijabista Magazine banyak memberi input mengenai fesyen, trend, tips dan petua untuk gadis bertudung. yelah sekarang kan trend anak-anak muda berhijab dengan cara shawl dan selendang kan termasuklah aku.  

tertunggu-tunggu sebenarnya bila tarikh pengeluarannya. tadi singgah 7E jap beli magazine ni. so far untuk Edisi Pengenalan ni, ok la dan penuh bermanfaat. lepas ni taw dah mag apa yang perlu dibeli setiap bulan selain pengantin. haha..pengantin start bulan 10 xyah beli dah c(: 

Friday, April 20, 2012

Jatuh Cinta Lagi!

ohh aku jatuh cinta! 


sekocinorlie dalam Majalah Pesona Pengantin 

HB yang aku tempah dengan sekocinorlie dah in progress katenya. tapi tak tahu nak pilih yang mana satu sebab semua cantik2
yang ni baru felt..signage dengan handle belum buat lagi..cuma sekocinorlie suruh saya buat pilihan nak yang mana satu. yang paling depan ni ok tak? heeee seronokkkkkk~

Monday, April 09, 2012

Shawl Shasmeen Sakura dari Radiusite


tajuk gempak tak hengat macam aku menang GA dari radiusite plak kan. 

cantik tak? cantik kan? ni la shawl Shasmeen Sakura yang diidam-idamkan. FYI, setakat ni hanya radiusite je yang jual shawl ni ya. harga? kalau tengok material and designnya, jangan terkejut kalau ianya berharga RM89! aku dah lama duk usha shawl ni. ingat nak pakai masa akad nikah nanti. nak buat lain dari yang lain. kononla. 

aritu abes stok. tadi pukul 11 pagi baru launch stok baru. tapi tak banyak pun. so, aku ajak Ummi cepat-cepat pegi Seksyen 7, Shah Alam untuk beli direct ke kedai. ramai jugak orang dalam tu yang rata-rata memang nak beli shawl Shasmeen Sakura ni. aku beli warna soft pink+peach. nak cari warna dusty pink ala-ala pink belacan xde pulak. konon nak matching dengan baju nikah aku nanti. wahhh sangat eksaited nak pakai masa nikah nanti. :) 


ok yang bawah ni shawl yang aku beli. tak tipu kan? walaupun rasa macam mahal sangat, tapi sebab cantik punya pasal, sanggup tak makan ni. hihi

p/s : agak-agak kalau tak match dengan baju nikah, shawl ni pakai untuk raya pun takpe kan? ohsemmmmmm!! :)

Tuesday, March 20, 2012

Tuesday, March 13, 2012

Kami Rindukan Zaman Kuwos!!

My Encik Tunang

kami rindukan zaman itu!! kami rindukan zaman itu!! kami rindukan zaman itu!! 
gambar diambil pada tarikh 10.10.10 semasa konvo UPM..
dulu kuwos je...En Tunang pon ensem jer nengoknya..sedap mata memandang..
sekarang pon sedap mata memandang jugak..hihi 
*sedapkan hati

wahhhh jelesnya dengan zaman keayuanku dulu. 
*sekarang dah tak ayu ke? heh perasan

Monday, March 12, 2012

Penangan Filem Hikayat Merong Mahawangsa

 memula tgk dari tepi je

last-last dia amek semua seat depan.

bukan kemain khusyuk kucing aku ni tengok movie Hikayat Merong Mahawangsa. memang best sangat agaknya citer ni sampai kucing aku nengok tak berkelip. memang patutla citer ni box office. kucing pon addicted! heee rindunya kat si kucing ni. semalam balik kg dapat memain dgn dia. memang xkering gusi dengan keletahnya. 

 *maaf nama beliau terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. kau hade??

Thursday, March 08, 2012

Gambar Lisa dan Yusry Honeymoon di Eropah

gambar Lisa Suri Rumah Yusry yang super duper comel. Yusry nampak macam lagi muda pulak. maklumla kawin dengan orang muda. mestila nampak muda kan. gambar honeymoon dorang berdua ni tersangatlah cute!

Tahniah Yusry dan Lisa Surihani

gambar honeymoon lisa yusry

gambar honeymoon lisa yusry

gambar honeymoon lisa yusry

gambar honeymoon lisa yusry

gambar honeymoon lisa yusry

gambar honeymoon lisa yusry

gambar honeymoon lisa yusry

p/s : rasanya ramai yang frustt menonggeng bila Yusry kawen dengan Lisa. especially Encik Tunang. jangan dok perasanla ye Encik Tunangku. Lisa pon tak nak kenal awakla. hehe

credit to beautifulnara

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...