Showing posts with label peach. Show all posts
Showing posts with label peach. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Update : Checklist Perkahwinan


Tarikh :
Nikah - insyaAllah bulan 9
Resepsi - sama hari dengan nikah
Bertandang - insyallah seminggu selepas belah perempuan

Tema :
Nikah - Magenta. ohh! I LOve It
Resepsi - pink + purple + peach
Bertandang - light brown

Legal Documents :
Kursus Kawen - done!
HIV test - pending
Borang kebenaran nikah - pending
Dokumen-dokumen berkaitan - pending

Venue :
Nikah - Kg halaman
Resepsi - Kg halaman
Bertandang - Dewan Lembaga Lebuhraya Malaysia

Catering/Canopy :
Nikah & Resepsi - masak sendiri. Canopy guna kg punyer
Bertandang - Alang Catering.

Pelamin :
NIkah & Resepsi - Butik Pengantin Andaman Remaja
Banta nikah - Butik Pengantin Andaman Remaja
Bertandang - FMIL uruskan

Photographer :
NIkah & Resepsi - Pengantin Remaja Photography
Bertandang - pending/Titian Songo?
Outdoor - Pengantin Remaja Photography

Wedding Outfits :
Nikah - Baju Kurung Moden
Resepsi - Butik Andaman Pengantin Remaja
Dress - Lace
Tudung - shawl maybe?
Veil - Butik Andaman Pengantin Remaja
Shoe - Butik Andaman Pengantin Remaja
Accessories - Butik Andaman Pengantin Remaja

Bertandang :
Dress - weekend ni hantar baju kat PKNS S.Alam - kurung moden
Tudung - pending
Veil - Jln Tar - tempah
Shoe - pending
Accessories - pending

Make Up :
Nikah & Resepsi - Butik Andaman Pengantin Remaja
Bertandang - FMIL uruskan

Doorgift :
Nikah - xde
Resepsi - paper bag + fake muffin + mineral + jajan + jar (VVIP je)
Bertandang - bahulu pecah 8 

Bunga Pahar/Bunga Manggar :
Nikah - xde
Resepsi - pending/belum beli
Bertandang - pending

Hantaran :
Bilangan dulang Lelaki - 11 dulang
Bilangan dulang Perempuan - 9 dulang

Cincin & Gelang Utk Nikah :
For Him - xde
For Her - Gelang

Invitation Card :
Guest for both sides - pending
VVIP - pending

Cake :
Hantaran - pending
Majlis potong cake - pending

Jurunikah/Pembaca Doa/Saksi :
Jurunikah - pending
Saksi - pending
Pembaca doa semasa Resepsi - pending
Pembaca doa semasa bertandang - pending

Hand bouquet :
Nikah - sendiri/pending
Resepsi - Sekocinorlie
Bertandang - pending

Guest List :
Nikah - pending
Resepsi - pending
Bertandang - pending

Kompang/Entertainment :
Kompang - Abg Noh group
CD of song/PA system - xde

Pengapit/Bridemaids/Bestman :
Nikah - dayah
Resepsi - dayah 
Bertandang - Nurul 
Bridemaids - pending
Bestman - pending

Bilik Pengantin :
Katil - pending
Decoration - Butik Andaman Pengantin Remaja
Bunga Rampai - pending

Facial/Massage - dah beli voucher

Honeymoon :
Date - pending
Location - rahsia
Tickets - fully sponsored 
Accomodations - pending


p/s : susah rupanya nak kahwin ni. duit mengalir macam air. laju je

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday


dah siap! 

already fall in love with you..kita jumpa Ahad ni ye :)

Sunday, April 22, 2012

Hijabista Magazine


dah dapatkannya? 

ok, ini untuk edisi pengenalan je. keluaran yang official bermula Julai 2012 ni. Hijabista Magazine banyak memberi input mengenai fesyen, trend, tips dan petua untuk gadis bertudung. yelah sekarang kan trend anak-anak muda berhijab dengan cara shawl dan selendang kan termasuklah aku.  

tertunggu-tunggu sebenarnya bila tarikh pengeluarannya. tadi singgah 7E jap beli magazine ni. so far untuk Edisi Pengenalan ni, ok la dan penuh bermanfaat. lepas ni taw dah mag apa yang perlu dibeli setiap bulan selain pengantin. haha..pengantin start bulan 10 xyah beli dah c(: 

Friday, April 20, 2012

Jatuh Cinta Lagi!

ohh aku jatuh cinta! 


sekocinorlie dalam Majalah Pesona Pengantin 

HB yang aku tempah dengan sekocinorlie dah in progress katenya. tapi tak tahu nak pilih yang mana satu sebab semua cantik2
yang ni baru felt..signage dengan handle belum buat lagi..cuma sekocinorlie suruh saya buat pilihan nak yang mana satu. yang paling depan ni ok tak? heeee seronokkkkkk~

Monday, April 09, 2012

Shawl Shasmeen Sakura dari Radiusite


tajuk gempak tak hengat macam aku menang GA dari radiusite plak kan. 

cantik tak? cantik kan? ni la shawl Shasmeen Sakura yang diidam-idamkan. FYI, setakat ni hanya radiusite je yang jual shawl ni ya. harga? kalau tengok material and designnya, jangan terkejut kalau ianya berharga RM89! aku dah lama duk usha shawl ni. ingat nak pakai masa akad nikah nanti. nak buat lain dari yang lain. kononla. 

aritu abes stok. tadi pukul 11 pagi baru launch stok baru. tapi tak banyak pun. so, aku ajak Ummi cepat-cepat pegi Seksyen 7, Shah Alam untuk beli direct ke kedai. ramai jugak orang dalam tu yang rata-rata memang nak beli shawl Shasmeen Sakura ni. aku beli warna soft pink+peach. nak cari warna dusty pink ala-ala pink belacan xde pulak. konon nak matching dengan baju nikah aku nanti. wahhh sangat eksaited nak pakai masa nikah nanti. :) 


ok yang bawah ni shawl yang aku beli. tak tipu kan? walaupun rasa macam mahal sangat, tapi sebab cantik punya pasal, sanggup tak makan ni. hihi

p/s : agak-agak kalau tak match dengan baju nikah, shawl ni pakai untuk raya pun takpe kan? ohsemmmmmm!! :)

Sunday, March 11, 2012

Selamat Pengantin Baru Fara

Selamat Pengantin Baru kepada officemate merangkap senior UPM, Nur Farahana Mohamad. berkesempatan pergi ke weddingnya pada 11 Mac 2012 bersama-sama adik dan En Tunang tersayang. ngeee. Fara dah kawenla..macam xcaye je kan.heee.
maaf, entry kali ni tak banyak ayat sebab penulis sangat penat jadi co-pilot. *pengsan.

korang layan jela gamba eh. 

ok, gambar xleh blah..gumuknya saya



adik kiterla awak..

my En. Tunang yang semakin boolat sama macam yang taip ni haaa, adoyaiii

last but not least, Semoga berbahagia hingga ke syurga Fara. jodoh dan pertemuan di tangan tuhan. rite?

Thursday, March 08, 2012

Design Hantaran-To-Be

nak citer sikit pasal hantaran masa nikah nanti. aritu masa tunang, FMIL ada bagitahu yang dia nak tolong buatkan hantaran. aku pon lega la kan. yela, tangan kayu macam aku ni manala pandai gubah-gubah bunga. 

kalau menaip entry blog, fb memang expert! tapi malangnya aritu FMIL cakap hantaran kena buat sendiri. WAJIB! sakit jantung jugakla bila taw FMIL nak aku buat sendiri. cantik ke nanti aku buat ni. da risau da. tapi dia ada ajarla cara-cara nak buat dan beli barang-barang hantaran masa tunang aritu. 

aku kalau boleh nak hantaran yang super perfect. hamboiiiiiihhhh. kalau FMIL yang buatkan memang confirmla cantik kan. tapi bila aku tengok Rini dok beli bakul and bunga-bunga buat hantaran, terus dapat idea macamana nak buatnya pun. alahai..ok, ada idea dah. cuma tunggu beli barang je nanti.takpe, ni awal lagi. baru bulan 3. ada 6 bulan lagi. rileks anne. aku nak share sikitlah dengan korang tang design-design hantaran yang aku suka dan semestinya copy dr Mr Google. InsyaAllah tema hantaran aku wane peach+pink+krim. warna-warna pastel :)








cantiknya peach+pink. owh kamu, I LOVE YOU~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...