Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Wednesday, June 26, 2013

Khaleef Fayyadh Bin Abdul Hakim


I love you both! 

Khaleef Fayyadh Bin Abdul Hakim

Alhamdulillah telah selamat melahirkan seorang khalifah yang bernama Khaleef Fayyadh Bin Abdul Hakim pada 21 Jun 2013 jam 10.16 pagi (Jumaat) di Pusat Rawatan Islam Az Zahrah, Bangi, Selangor.



entry sepenuhnya akan menyusul nanti.. insyaAllah

Thursday, June 28, 2012

B2B : Kisah Pra-Kahwin


Semakin hari semakin singkat dan semakin cepat. Excited, nervous, berdebar-debar sume ade. Excited nak jadi raja sehari. Raja mana? Raja Kapoor. Haha. Macamana ya alam rumahtangga? alam berkeluarga dengan keluarga mertua? Macamana nak jadi menantu kesayangan untuk family mertua? Ada tips-tips tak? Hehe.  
Kalau ikutkan checklist, hamper 80% completed dah. Cuma tinggal hal-hal berkaitan majlis nikah jela. Tok imam, saksi, borang-borang nikah n dokumen sokongan. Yang tu belum siap lagi. HIV test pun tak buat lagi ni. Aiyooo. Lepas hantar sume borang kat Pejabat Agama nanti, kena pergi interview kahwin pulak. Yang itu pun sangat nervous.

Soalan-soalan yang dia tanya basically berkenaan ilmu Munakahat dan yang berkaitan dengan alam rumahtangga. Tapi nama pun interview kan. mestilah cuak. Tapi En Tunang takyah g interview. Aku sorang je sebab anak Johor. Alaaa tak aci tak aci. Nak jugak suruh dia teman g Pejabat Agama masa interview nanti.
p/s : InsyaAllah aku akan sayang family mertua macam family sendiri. doakan yang terbaik ya. Aminn~

Friday, June 22, 2012

B2B : Pengurusan Kewangan

lately ni asyik berfikir je pasal alam rumah tangga. bukan fikir yang bukan-bukan, cuma fikir macamana nak uruskan kewangan selepas berumah tangga nanti. risau sangat bila mengenangkan saving yang tak seberapa. kalau setakat untuk emergency bolehla kot. kami sama-sama 'baru' abes blaja. sama-sama baru bekerja. sama-sama masih muda. sama-sama baru nak kenal dengan 'kehidupan'. harap-harapnya jugak kami sama-sama matang dalam menguruskan rumah tangga nanti. aminnn. 

bila tengok tarikh kahwin yang tinggal 2 bulan lebih je, rasa belum bersedia pun ada. macamana agaknya majlis perkahwinan aku nanti? agak-agak apa yang diimpikan masa majlis kahwin tu tercapai ke? aku bukan mengimpikan majlis perkahwinan yang mewah. tapi kalau boleh majlis tu kena dengan tema yang aku idam-idamkan. dan yang penting adalah simple. banyak benda rasanya yang belum settle lagi. tetibe rasa macam tak cukup duit je. tapi bila kira-kira balik, tak banyak pun benda yang memerlukan aku untuk keluarkan duit yg banyak lagi. insyaAllah cukup. tapi still rasa banyak sangat benda tak complete. risau sesangat sebenarnya. 

separuh daripada duit hantaran bagi mak ayah untuk buat belanja kawin. selebihnya bayar duit mak andam+pelamin+photographer and simpan sikit untuk masa depan. maklumlah aku bukan anak orang kaya yang majlis kahwinnya disponsor penuh oleh FAMA. hehe


bila bincang dengan En Tunang pasal benda ni, tenang je jawabnya. jangan risau, insyaAllah duit ada dan cukup. ok, jawapan tu dah buat aku sedikit lega. aku serahkan segala-galanya pada Allah. semoga dilimpahkan rezeki yang halal. Aminn

notakaki : menghitung hari


Thursday, May 31, 2012

B2B : Tips Memikat Bakal Mertua

C&P dari blog mediaserius :

Kenali bakal mertua
Tips pertama ni sangat penting sebab tak kenal maka tak cinta kan? hee. macam mana mertua nak berkenan kat kita kalau kenal pun tidak. kita pun kena la amik tahu serba sikit pasal bakal mertua kita. kerja nyer. hobi nyer kalau kita kenal diorang senang la nak amik hati diorng.ye la. kalau tahu mertua kita suka berkebun.ha!cuba beli sepasu orkid ke. mesti diorng suka kan?

Ingat hari hari penting
Ingat hari hari penting pada mereka.contoh nyer beli hadiah atau ucapan pada hari lahir,hari ibu,hari bapa atau hari ulangtahun diorang. kalo banyak sgt tarikh save and reminder kan dekat handphone. bukan susah pun kan? sape sape pun akan terharu bila diri dihargai kan?

Hormati mereka
Hormati dan sayangi mereka macam korang sayang mak dan ayah korang. xda salah pun kan? sebab diorang akan jadi ibu bapa korang gak bila korang dah kawin. bila korang hormat and sayang diorang. diorang pun akan sayang korang balik. not a big deal kan?

Buah tangan
Bila korang outsation jauh jauh. jangan lupa beli buah tangan utk bakal mertua korang. ye ah. sebagai tanda korang ingat diorang kan?alah. kalo setakat cenderhati yang lekat dekat pintu peti ais tu. berapa ringgit la sgt kan?

Tonjolkan kelebihan
Ni penting gak. ye la..bila kita ada kelebihan contoh nyer pandai masak or pandai menjahit. bleh la kita buatkan sesuatu dengan kelebihan yang kita ada tu. tnda kita menghargai bakal mertua kita kan. bila bakal mertua puji melambung lambung. kita pun kembang je sepanjang hari kan?hee..senyum.

Pesonaliti isteri solehah

Yang ni memang yang utama ah. mertua mesti akan tengok kita sebagai isteri kepada anak diorng dan ibu kepada cucu diorang. ada baik nyer kita didik diri kita dari awal dengan sikap sikap solehan seorang wanita muslimah.cheyy..bila first mertua tgok kita.biar la dalam hati diorang ada kata kata, “sejuk mata tgok budak ni!”  :) 


p/s : ya Allah tak sabarnya nak kenal dengan family bakal mertua. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik untuk keluarga bakal suami :p

Monday, May 28, 2012

B2B : Prosedur Perkahwinan di Johor

terima kasih sesangat kat kawan aku si Ujie ni. aku dok tanya macamana prosedur kawin. pening sangat sebad aritu suruh mak aku amekkan borang kat pejabat agama, tapi tetibe dia mintak sijil kursus kawen plak. sebenarnya tak payah pun. just bagi salinan ic pengantin, so abah @ mak boleh amekkan kat pejabat agama. 

 ni hasil perbualan antara aku dengan Ujie. malas nak taip semula sebenarnya. hehe
jom ikutinya..semoga memberi panduan kepada b2b especially di Negeri Johor. negeri lain aku taktaw. huhu



p/s : ok faham dah. rumit jugak rupanya prosedur nak kawin ni dan aku seram jugak nk g interview. serammm

Tuesday, May 15, 2012

B2B : Voucher Untuk Facial dan Spa


buat pertama kalinya aku sangat beria-ia untuk survey saloon untuk facial. En Lelaki la ni sebok suh aku wat facial. aku dahlah tersangat naif bab-bab facial ni kan. semalam g Plaza Alam Sentral, kebetulan ada Health & Beauty Week kat ground floor. 

saje la usha-usha kat situ dan kebetulan nampak seduisant. tak taw kenapa berminat dengan saloon ni. harga promosi pun tak mahal. 1st trial utk facial RM38. eye treatment kena tambah lagi RM18. aku beli voucher utk En Tunang sekali. 

masa mula-mula tanya pasal facial 2, terus consultant 2 ajak aku duduk n scan kulit aku. bila tengok sel2 kulit sendiri kat komputer, rasa geli sangat. sebab ada white head, black head, minyak-minyak n lain-lain lagi. aku berminat nak buat body slimming & whitening treatment. 1st trial RM98 utk fully package. so total yang aku bayar RM 192. tak sabar rasanya nak wat facial untuk pertama kalinya dalam hidup. kesian kan? haha. oh lupa seduisant ni banyak cawangan. tapi cawangan yang terdekat dengan aku adalah di Shah Alam, Seksyen 7. nak lebih clear lagi, atas butik Avon. 

p/s : mood kawen lagi :)

Monday, May 14, 2012

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang, Taiping


penah rasa mee udang dengan saiz udang yang sangat giant? semalam pas balik dari wedding Ummi a.k.a officemate kat Taiping, aku terus ajak En Tunang g Kuala Sepetang. kalau korang nak g, make sure Mee Udang Mak Jah. 

amek je signboard menghala ke Kuala Sepetang. agak-agak taktaw mane Kuala Sepetang, tanya je kat awek cantek kat Plaza Tol Changkat Jering 2. nanti korang nampak signboard Mee Udang Mak Jah setiap beberapa km. istimewanya Mee Udang Mak Jah ni sebab udangnya sangat besar untuk harga RM 11 untuk 1 mangkuk. kalau nak udang saiz biasa, hanya RM7. tak mahal kan? 

kuah mee udang ni memang sangat sedap. aku tanya En Tunang sedap tak? dengan takde perasaan dia cakap tak taw. haha hampeh


 Mak Jah

 RM 11 untuk mee udang special

 jangan terliur ok...yummmmyyy memang sedappp

model tak berbayar. 

abaikan muka yang da xbape nak cantik 2. maklumla owner blog ni mmg tak cantik pun.

pada mereka yang nak rasa mee udang Mak Jah ni, tak perlu susah-susah ke Kuala Sepetang. Mak Jah dah buka cawangan mee udangnya kat Wangsa Maju, KL. yeayy pasni kita boleh pegi ya.

ok, ni alamat penuhnya. 
No. 22, Jalan Wangsa Delima 10, 53300, Wangsa Maju KL.

selamat mencuba! :)

Saturday, May 05, 2012

Pengalaman : Jenayah Di Jalan Raya

actually citer ni dah lama. tadi borak-borak dengan cousin pas balik dari Plaza Alam Sentral, teringat kisah aku kena kejar dengan orang masa on da way ke Temerloh, Pahang. perjalanan ke arah Pahang kan agak sunyi, lebih-lebih lagi weekdays. aku ke Temerloh atas urusan kerja. itu yang terpaksa bertolak pagi, dalam pkul 7.30 pagi dari office. sebelum sampai tol Karak-Temerloh, jalan kat situ agak sunyi. memang sangat sunyi. aku rasa cuma ada kereta aku je waktu tu. 

masa tengah drive, ada perasan 1 kereta ni, kereta iswara tak silap. warna itam kat belakang aku. tapi jarak dengan kete aku agak jauhlah.tak lama lepas tu, kete iswara itam tu pun terus memecut follow belakang aku. agak dekat jugakla jarak kereta aku dgn kete itam tu. dia follow je, tapi tak potong. 

bila aku pandang side mirror, tgk kete tu takde kat belakang. pelik jugak ni ke mana kereta tu. mana ada simpang/susur keluar kat area situ. dan tiba-tiba kete tu ada kat sebelah. terkejut jugak aku. aku perasan ada 4 orang lelaki kat dalam tu dok tersengih-sengih tengok kami. aku pun pecutla kete sebab malas nak layan orang nak dok kacau-kacau ni. dia tak pecut, tapi follow je belakang aku dengan jarak dekat. 

aku dengan sorg lagi officemate aku ni terus rasa cuak disebabkan xde kete lain selain kete aku dan kete itam tu. dia tanya, 

"anne, dalam kete ko ada tak apa-apa benda yang boleh dibuat protection?" 

aku baru teringat ada steering lock kat bawah seat aku. officemate aku terus amek then kitorang baca apa-apa ayat yang patut. aku dah rasa cuak giler ni. drive kete selaju mungkin dengan harapan ada kete lain kat jalanraya tu. tapi memang takde kete lain selain kete aku dan kete itam tu. nasib baik tak jauh kat depan tu da nak sampai da tol Karak. then kete tu pun keluar ke susur kiri sebelum plaza tol. rasa syukur yang teramat sebab sempat sampai kat plaza tol Karak. aku cepat-cepat amek tiket dan teruskan perjalanan ke Temerloh. 

syukur alhamdulillah kami selamat. dan rasa bersyukur sangat dia tak himpit @ langgar kami. yelah jenayah ni kan macam-macam. sekarang ni agak trauma jugakla nak pergi ke arah sana kalau berdua lebih-lebih lagi dua-dua pempuan. mintak dijauhkan. Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...