Showing posts with label rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label rumahtangga. Show all posts

Sunday, March 24, 2013

Kehidupan dengan Keluarga Mertua. Mesti Baca!

arini asben keluar seharian bersama-sama teman lelakinya ke Sepang tengok Formula 1. ayah mertua cakap keluar dengan boyfriend. heee. masa nak beli tiket tu, siap kol aku dulu tanya "boleh tak abang nak g Sepang tengok F1 ahad ni dengan Syed & Pamy"? aku cakap boleh...tapi takleh keluar lepak malam ni (Sabtu) sebab abg nak keluar seharian ahad nanti. haha adil kan? 


ok stop citer pasal en asben. arini aku nak kongsi pasal kehidupan berumahtangga bersama mertua. ewahhh boleh buat tajuk drama pendek melayu. firstly nak bagitaw yang aku sekarang duduk dengan mertua memandangkan en asben keje area sini. banyak sebab yang membuatkan kitorang prefer duduk dengan family en asben, bukan sebab asben keje sini je. takyahlah taw sebabnya ya? 


masa awal-awal kawin dulu, ramai yang bagi -ve dan +v feedback bila aku cakap aku duduk dengan mertua. alah kalau aku tak citer part -ve pun korang faham kan? ok. aku cuma dengar apa yang orang-orang cakap. kira macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. pengalaman masing-masing dan setiap orang tak sama takdir hidup dia. apa yang aku tanamkan dalam diri aku untuk duduk sebumbung dengan mertua adalah ikhlas. maybe mak (kandung) aku selalu cerita pengalaman dia dengan dua orang mertua. layan macam mak sendiri. sampai sekarang aku ingat pesan tu. layanlah mak mertua macam mak sendiri. jangan bezakan. memanglah lain mak sendiri dengan mak mertua. tapi cuba tanamkan sifat ikhlas dalam diri kita. hidup berumahtangga memerlukan banyakkkkkk kesabaran. ada turun naik. ada suka ada duka. 


mak aku selalu pesan, kalau kita layan mertua kita dengan baik insyaAllah anak menantu kita akan buat benda yang sama kat kita nanti. satu hari nanti kita tetap akan tua dan akan melalui fasa yang sama macam mak mertua kita sekarang. contohnya kalau mak mertua kita marah atau tak suka kita buat something tu,  anggap je satu penambahbaikan and kalau boleh jangan simpan dalam hati. mana taw benda yang sama akan terjadi pada kita bila kita dah tua nanti. layanlah mertua kita dengan ikhlas kalau kita nak diri kita dilayan dengan ikhlas masa kita tua nanti. hidup umpama roda dan Allah bayar cash atas segala perbuatan kita. 


perkara ni memang dah terjadi kat sedara mara aku. macamana dia layan mertua and akhirnya menantu buat perkara yang sama kat diri dia bila dia dah tua. nauzubillah. kita tak selamanya menongkat langit. subhanallah. jauhkanlah aku daripada keadaan macam tu. semoga aku terus ikhlas, sabar dan istiqamah melayari bahtera perkahwinan bersama keluarga mertua. kasih sayang pada mertua sama macam kasih sayang kepada mak bapak sendiri. insyaAllah aku kena ingat perkara tu. dan kepada korang yang baca ni, teruskan kesabaran anda. insyaAllah ada pulangannya nanti. peace yawwww :)

Wednesday, September 26, 2012

Hari Ke-10 Sebagai Seorang Isteri

husband-wife :)

langkah ini masih kaku. masih kaku bila berada di tempat baru, suasana baru, dan keluarga yang baru. awal-awal kawin ni Encik Suami ajak tinggal dengan family mertua dulu. aku ok je memandangkan family mertua pun sporting. tengoklah dalam 2,3 bulan baru pindah ke rumah 'sendiri'. hehe. 

baru perasan yang aku dah 10 hari kawin. macam baru 2,3 hari. apa yang aku perasan perbezaan sebelum dan selepas kawen adalah aku jadi macam terlebih rajin plak. dulu masa duk umah sewa zaman bujang boleh dikatakan agak malas yang melampau. betul ke Nurul? hehe. bila dah kawen ni terasa ada 1 tanggungjawab yang mana aku perlu jadi lebih rajin sebab aku kena jaga seorang suami. ya suami. dah kawen rupanya aku ni. kemonla anne, ingat kau masih bujang ke??

tadi masa dok kemas-kemas almari, terjumpa surat cinta Encik Suami zaman sekolah. agak kejelesan di situ ya bila baca ayat cintan cintun yang berbunga-bunga. haha. tak sangka Encik Suami orang macam tu. kiki. setakat ni belum lagi berasap dapur tu. baru masak nasi je, tu pun baru sekali. hehe. mak mertua cakap tak payah masak. masak tyme weekend je.  tunggulah weekend ni, nak masak ke taknak. haha. 

ni gambo tahun 2010. ohh sangat janggal melihat berat badan waktu ni. demm!!


untuk Encik Suami, sayang kamu sangat-sangat-sangat :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...