Thursday, June 30, 2011

Bahaya tidur dengan lampu terbuka



Tidur adalah kegiatan yang membuat diri kita segar kembali. Rasa lelah kita akan hilang jika lenyap jika kita telah tidur yang cukup. Namun siapa yang tahu kalau tidur yang cukup itu belum cukup jika tidak melakukan tidur yang sihat. Tidur yang sihat memiliki beberapa syarat, salah satunya dengan mematikan lampu ketika kita tidur.Kenapa? Kerana tidur dengan lampu menyala akan berisiko terkena penyakit leukimia. Para saintis berpendapat bahawa tubuh memerlukan suasana gelap dalam menghasilkan bahan kimia untuk melawan kanser kerana lampu yang menyala boleh menghentikan pengeluaran zat melatonin. 

Prof. Rusle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian, mengatakan "Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda akan terus mengesan bahawa lampu menyala seharian dan pengeluaran zat melatonin akan menurun.Sebuah persidangan tentang anak penderita leukimia yang diadakan di London menyatakan bahawa orang yang menyalakan lampu saat tidur pada malam hari lebih besar peluangnya terkena kanser. Hal ini menambahkan penghasilani melatonin dimana normalnya terjadi antara jam 9 malam sampai dengan jam 8 pagi. 

Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah pekerja shift yang mempunyai risiko terkena kanser payudara.
Pada kenyataannya, orang-orang buta yang tidak terdedah kepada melatonin, mempunyai risiko yang lebih rendah terhadap kanser.Maka, para orang tua disarankan untuk menggunakan lampu yang suram atau berwarana kuning jika anak-anaknya takut akan kegelapan.

sumber : halaqah

leher kriuk-kriuk disebabkan Green Lantern :p


Saya fobia hijau sejak semalam. Sebab hijau mengingatkan aku kpd green lantern a.k.a Hal Jordan. Heheh giler mengarutkan.buat julung-julung kalinya kami ex-ex ousmate pergi meliburkan diri ke Sunway Pyramid utk tgk Green Lantern. Even terpaksa duduk seat ke 3 dari screen, tapi kami puas hati dengan citer Green Lantern. Leher berbunyi kriuk kriuk sebab kepala sakit mendongak ke screen. 

Green Lantern mengisahkan seorang lelaki normal yang bertukar menjadi Lantern a.k.a superhero berbadan hijau iaitu Hal Jordan lakonan Ryan Reynolds. Hal Jordan adalah manusia yang dipilih utk menjadi Lantern oleh cincin bewarna hijau yang dipakai oleh Abin Sur, Pengawal Corps (kerajaan Alien).  

Apa yang menariknya dalam cerita ni, imaginasi dan keazaman yang tinggi diperlukan untuk menentang musuh. Menjadi seorang lantern memerlukan imaginasi yang cukup tinggi, contohnya masa kipas helikopter yang dinaiki Hammond meletup dan menyebabkan helicopter terhempas, Hal Jordan berimaginasi dengan helicopter bertukar menjadi kereta lumba siap dengan litar. So helicopter xterhempas. Hanya imaginasi juga, Hal menghadiahkan rantai leher kepada Carol Ferris. Seronok kan? Korang nak tahu cerita selanjutnya? G la tengok sendiri kat pawagam. Sure tak menyesal! 

Wednesday, June 29, 2011

Tahniah Sepah!




Agak dah basi ye kawan-kawan bila aku buat entry Sepah Menang Maharaja Lawak! 
aku just nak ucapkan Tahniah kepada SEPAH di atas kemenangan mereka dalam Maharaja Lawak. Lawak korang memang buat aku pecah perut. Aku bangga jadi orang Johor sebab SEPAH pun org Johor. Hehe. Teruskan melawak ye!

Thursday, June 23, 2011

Super 8 buat aku sakit jantung!


Malas nak review panjang-panjang, better korang tgk sendiri kat panggung wayang. Malam td ajak Encik Lelaki keluar, saje ajak dia tgk wayang memandangkan selalu je cancel kalau nak tgk movie. Ktorg decide g Pavvilion. Tapi dlm kepala tgh fikir nak tgk citer ape la ni. B4 ni, Merong Mahawangsa – keciwa,Fast Furious 5 – hampeh,Nur Kasih – lebur dan byk lagi. Mlm td Encik Lelaki decide tgk citer Super 8. Aku ni kalau citer2 yg aku xpnah tgk kat iklan, mmg aku xnk tgk. Tp dah xde citer lain, so layan jela.

Dah dah, citer sal movie ni plak. Super 8 mengisahkan seekor alien yang tersesat kat bumi dan tak boleh balik ke tempat asalnya sbb saintis kat bumi nak jadikan alien ni sebagai bahan eksperimen. So alien ni berdendam dgn manusia menyebabkan dia tangkap manusia buat lauk n curi peralatan-peralatan elektronik  kepunyaan semua org utk  jana tenaga elektrik pesawat beliau. Cerita ni boleh buat korang sakit jantung sbb sound effect n aksi-aksi yang mendebarkan. Lagi-lagi bila part keretapi meletup. Mmg real.  Kalau tgk 3D punye citer, msti korang menjerit. Nak tahu lebih lanjut? Tgkla sendiri…Cuma korang kena hayati setiap scene betul2 utk korg faham cerita ni sbb mula-mula aku pon xfaham. Mujur ada Encik Lelaki terangkan. Hihi.

Samarinda TV3 : Annissa


sejak ditayangkan kat TV3, aku xpernah miss citer ni (kadang-kadang ada miss jugak). pada aku, citer ni unik, lagipun penulis skrip Sharifah Abu Salem. mane xmeletup citer ni kan. 
lagu tema plak lagu Shila 'Di mana Di mana' mmg kena la dgn cerita ni. 
jom layan sinopsis ni.
Sinopsis :
Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej telah membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. Mereka telah berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain namun keakraban mereka mula bergoyah apabila syak wasangka mula timbul dalam hubungan persahabatan yg telah sekian lama dibina.
Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.
Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.
Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.
Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?
sumber : yanghangat

Monday, June 20, 2011

najis dan 'daging burger'



Mitsuyuki Ikeda, seorang pengkaji dari Okayama Laboratory, telah menghasilkan steak tiruan dari tahi manusia. Tokyo Sewage mulanya menghubungi saintis tersebut mencari penyelesaian kepada najis yang terlalu banyak di loji buangan najis. 

Mereka memintanya mencari kegunaan lain untuk najis tersebut kerana ianya mengandungi protein yang berlebihan disebabkan bakteria yang banyak. Menurut beliau, setelah membuat kajian didapati bahan buangan manusia mempunyai jumlah protein yang tinggi. 

Warna merah pada daging burger itu diwarnakan dengan pewarna artifisial untuk membuatkan ia nampak segar, menarik dan kelihatan seperti daging burger yang sebenar dan menggunakan perasa soya sebagai bahan tambahan untuk memberikan rasa sebenar daging kepada najis yang diproses tersebut. Ujian awal menunjukkan orangramai yang merasa daging tahi ini tidak dapat membezakannya dengan daging lembu.


63% protein, 25% karbohidrat, 3% lemak dan 9% mineral merupakan kandungan yang ada dalam daging ini. mengasingkan bahan proteinnya, mencampurkannya dengan pemangkin dan memasukkan bahan bahan tersebut ke dalam mesin peletup untuk menghasilkan steak tiruan.

Tambah beliau, masalah utamanya bukan dari segi kesihatan tetapi dari psikologi manusia iaitu daging ini dibuat daripada najis. Ditambah pula dengan kos pembuatannya yang rumit menjadikannya agak mahal membuatkan harganya 10 hingga 20kali ganda lebih mahal daripada daging lembu biasa. 

Namun, itu hanyalah kos untuk kajian dan mungkin apabila kajian ini selesai harganya akan boleh dikurangkan supaya setanding dengan harga daging burger biasa. Jika tidak, ia tidak akan di pasarkan. Katanya lagi, daging burger daripada najis manusia ini kurang lemak dan rendah kalori. 


notakaki : sumpah loya tekak aku nak makan burger pasni. yarkkkkk!


sumber : kaki-haru

Thursday, June 16, 2011

Gambar Salleh Yaacob Honeymoon dgn family di China

alangkah bahagianya mereka. cantik sungguh isteri ke-4 Salleh Yaakob. madu 2 mmg manis kan? tapi aku tak sanggup. ngehehehehe. jom layan gambar..aku dapat gambar ni drp emel  seorang kawan. thanks kak!


 Bersama para isteri





isteri ke-4

anak dara Salleh Yaakob

p/s : Bahagianya melihat mereka =) jom klik sini

Antara website gov yang kena hacked

korang try klik jbiotechtourmalaysia (kalau gov belum recover lagi la).


p/s : komen anda?

Wednesday, June 15, 2011

FLORIA Putrajaya - 9 to 17 Julai 2011


Selamat Datang ke FLORIA Putrajaya – pertunjukan bunga dan taman yang terulung di Malaysia. FLORIA sekali lagi akan diadakan di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya dan akan berlangsung dari 9hb-17hb Julai 2011. 


Bertemakan “Ros Untuk Selamanya”, FLORIA 2011 akan mempertontonkan koleksi terbesar ros yang pernah dipamerkan di Malaysia dalam suasana taman.


aku teringat moment-moment ms FLORIA 2010 tahun lepas. balik kerja dari lunatots (dengan xmandi n tukar baju je) dalam pukul 7.30 lebih kurang mcm 2, trus amek ERL g Putrajaya. Encik Lelaki amek kat Putrajaya CentraL. 1st time naek ERL, rasa agak sangat jakun. ala korang pun klau 1st time naik mesti jakun jugak kn? hihi..



sampai FLORIA presint 2 da golap. tengok bunga golap-golap nampak apa? kekangan masa bekerja part time masa 2 buat aku xsempat nak pergi waktu siang. agak hampa sebenarnya tapi nak buat macamana, mmg dah xsempat. harap-harap tahun ni dapatlah pg lagi n wajib pegi! 

sumber : ppj

Tuesday, June 14, 2011

Gempa Bumi 14 Jun 2011

Satu gempa sederhana bermagnitud 5.7 skala Richter telah berlaku di Sumatera Utara pada pukul 11.01 pagi, 14 Jun 2011. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 1.7 Utara longitud 98.4 Timur. 367 km dari baratdaya Pulau Pangkor, Malaysia. 



btw, aku fes tyme rasa gegaran selama aku hidup ni. sorie kalau aku agak jakun, maklumla fes tyme. arini aku dapat rasakan 2x gegaran. pagi td dalam pkul 8 pagi. yang kedua ni dalam pukul 11 pagi. semua bergoyang. PC, meja, pendrive (?), air dan lain-lain. kepala aku pening sangat lepas gegaran 2. sampai sekarang still pening lagi. 

semoga Indonesia terlindung drp malapetaka tsunami. Amin~

Friday, June 10, 2011

apa itu Lynas dan rare Earth?





1. Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.


2. 100% milik Lynas Australia.


3. Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).



5. Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja.
6. Akan menghasilkan 22 ribu tan ‘rare earth oxide ‘ setahun.
7. Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.
8. Bebas Cukai selama 12 tahun.
9. China merupakan pembekal ‘rare earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau ‘rare earth’ China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.
10. Harga satu tan pada RM364, 800.
11. Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.
12. Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi.
13. Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya:
a) Ore dilombong di Mount Weld Australia.
b) Ore tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini ‘rare earth concentrate’ akan dihasilkan.
c) Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan ‘rare earth compounds’ dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan seterusnya.
d) ‘rare earth compounds’ tersebut akan seterusnya diproses dengan menggunakan kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis ‘rare earth’ atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ‘ rare earth oxides’ di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk.
e) Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, ‘rare earth oxides’ ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik ‘solvent extraction’ untuk menghasilkan ‘rare earth metal’ yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.
14. ‘Rare earth ore’yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.
15. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium for every metrik tan.
16. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!
17. Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut:
a) Thorium-232 mempunyai jangka hayat 14 billion (14×109) tahun.
b) Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai jangka hayat 75,4000 tahun.
c) Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.
d) Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.
e) Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.
f) Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.
g) Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.
18. Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.
19. Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.
20. Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap proses ‘rare-earth’ bermula dari perlombongan ‘ore’ ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan ‘ore’, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
21. Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan ‘rare-earth ore’ berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.
22. Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman:
a) Sektor Perlancongan khususnya di Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari lokasi Kilang Lynas).
b) Sektor Perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar. Terdapat 390 nelayan laut dalam yang berdaftar.
c) Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya makanan laut (Keropok Lekor, keropok, ikan bakar dan sebagainya).
d) Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
e) Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
f) Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
23. Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:
a) ‘Public Consultation’ atau Konsultansi dari pihak awam tidak pernah berlaku malah sebelum lesen untuk dibina dikeluarkan pada tahun 2008.
b) Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak dikongsi kepada rakyat, hanya Ringkasan Eksekutif yang dipaparkan di halaman web.
c) Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.
d) Cadangan untuk membawa masuk ‘rare earth concentrate’ dari Mount Weld Australia ke Malaysia sebagai bahan bukan radioaktif dari pelabuhan Kuantan.
e) Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
f) Sisa buangan radioaktif dari ‘rare earth’ boleh dibuang sama seperti sampah domestik.
g) Percanggahan kenyataan bahawa Mount Weld ‘ore’ yang dilombong di Austalia adalah jenis lanthanide dan bukan monazite.
h) Panel bebas yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia iaitu IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat sebelah kerana mereka bukan ‘regulator’ atau pembuat undang-undang yang tiada berkepentingan dalam sumber tenaga itu tetapi mereka adalah ‘promoter’ atau pihak yang menyokong penggunaan sumber tenaga itu.
i) Panel bebas harus diwakili dan dilantik oleh rakyat yang berkepentingan dalam isu ini.
j) Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh diberi selagi mereka tidak memenuhi piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp Minerals (California).
k) Piawaian negeri China yang berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan dan Sisa Buangan tidak seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian China GB9133-S3 dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang daripada 74Bq/g diklasifikasikan sebagai bukan sisa radioaktif dan boleh disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa.
l) ‘Proof of Concept (POC)’ atau Bukti Konsep seharusnya dibuat oleh Panel Pakar yang bebas dan ujian konsep ini seharusnya dilakukan di Mount Weld Australia sendiri.
m) Cadangan membawa ‘rare earth’ bukan sahaja dari Australia tapi juga dari Malawi. Berkemungkinan ‘rare earth’ dari negara lain akan dibawa ke Gebeng Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan akan menjadi pusat serantau Asia malah dunia dalam penyimpanan sisa radioaktif dari perlombongan ‘rare earth’.
n) Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua. korang boleh baca kat pemudatua utk info lebih lanjut.
sumber : almuhandisu

Tuesday, June 07, 2011

Lagun Muara Kuala Ibai, Kuala Terengganu

Td google jap, baru aku taw yang nama  tempat ni Taman Awam Lagun Kuala Ibai. Selama ni aku fikir nama tempat ni Pantai Chendering. Mebi Pantai Chendering dgn Lagun ni dekat-dekat kot.  

Bangun je dr tido hari Ahad 2, aku terus gosok gg n solat. Encik Lelaki dah janji semalam nak bwk g mandi pantai.  Dengan rs excited nak g mandi pantai. Org kata mandi pantai elok pagi2, sebelum  pukul 7.30 utk elak sunburn. Bila tgk sume org nyenyak tido, n aku sorg je yang terlampau excited, aku pon tido semula. Hampeh tol..bangun-bangun dah pukul 10. Kol-kol Encik Lelaki kejut dia bangun tido, pastu baru siap-siap terus g Lagun Kuala Ibai dekat dengan Muara sg Kuala Ibai. aku suke tempat ni sbb airnya biru dan jernih+redup. Mmg sangat cantik. Tp makesure dtg pagi, kalau dtg ptg air dah surut. Indahnya ciptaan tuhan. Jom layan gambar. 














cantik kan??? dah cakap da tadi.... =)

Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu

Kitorang stay kat homestay (Rumah Penginapan Pantai Batu Burok) by bilik. 4 org gegel duk 1 bilik berharga RM120/day dan 2 org jejaka itu di bilik yang berharga RM50/day. Exterior nampak seram je rumah 2..mcm-mcm dah fikir. Maklumla kat tempat asing. Tp interior ok, not bad. Bilik ada aircond, katil double decker ada 4 taw bukan 1! Dan ada 2 toilet. Tyme cuti sekolah kalau nk g bercuti mmg kena book chalet awal-awal. Tp kami lambat cari. So sume da penuh. Nasib baik ada kawan duk sana, leh tolong carikan. Thanks byk2 Syed!


Hari pertama sampai ke Kuala Terengganu, lebih kurang pukul 9 mlm. Kitorang singgah Pantai Batu Burok. Konon da xsabar nak jumpa pantai la. Bukan Nampak apepun malam-malam kan.  Maklumla jakun sikit sebab duk Muar xjumpa pantai-pantai yang banyak mcm ni. Hehe!




Esoknya, kol 10 pagi g ajak Encik Lelaki g jalan-jalan n bekfes. Niat awal nak beli ayam kat pasar utk bbq malam nanti. Tapi tergoda tgk pantai yang cantik-cantik. 
so niat beli ayam CANCEL!




Sabtu malam Ahad, kitorang wat bbq kat Pantai Batu Burok. Mula-mula ingat nak pg kat Taman Rekreasi Pantai Chendering 2, tapi golap gelita. Ape pon xleh. Last2 g jelah kat Batu Burok, lagipon pantai 2 bersih dan sangatlah luas!  

orang sume dok kipas-kipas ayam, aku ngn Nisa' g baring-baring kat tikar, mcm org bercinta plak. haha.

ok, cukuplah entry pasal Pantai Batu Burok. tunggu entry lain plak ye =)

Yeay, Wawa Kawen!

Alhamdulillah, Wawa dan suami selamat diijabkabulkan pada 4 Jun 2011. Aku, Encik Lelaki, Yaya, Nisa’, Jengke n Paan bersemangat untuk ke Marang, Kuala Terengganu menghadiri wedding beliau. 

Ktorang especially aku la kan sangat excited sebab fes tyme sampai Terengganu. Entry lain aku akan citer pasal holiday kitorang kat Terengganu k. tungggu…..

jom layan gambar-gambar kami yg shantek ni dulu k =)

SELAMAT PENGANTIN BARU 

WAWA & SUAMI








p/s : terima kasih kpd Encik cameraman @ Encik Lelaki utk gambar2 yg shantek! =)



ok, dah puas tengok? 
entry akan datang lebih menarikkkk....yeayyyyy

Wednesday, June 01, 2011

In2it Waterproof Eyeliner - recommended!

aku ni bukanlah seorang pandai bermekap. tapi sejak kawan aku perkenalkan eyeliner jenama in2it ni, aku sedar yang perempuan perlu mekap. aku xbermaksud mekap 2 tepek bedak tebal2 n pakai blusher merah menyala kat pipi. bukan bukan. mekap yang aku maksudkan kat sini adalah mekap pada mata saje. korang percaya x yang pakai eyeliner je dah boleh buat org 2 cantik. mcm Fatin Liyana 2. cube tgk betol-betol, part mana yang dia mekap? mata kan? 

so aku nak share ngan korang knp aku ckp 'RECOMMENDED' dengan in2it Waterproof Eyeliner ni. korang akan dapat rasakan yang memakainya adalah sangat mudah.mudah utk melukis, mudah utk tanggal kalau nak remove guna mekap remover dan xmudah kembang kalau berpeluh. 


ni yang wane dark brown, aku beli warna all black. cubalah n korg xkan menyesal =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...