Showing posts with label honeymoon. Show all posts
Showing posts with label honeymoon. Show all posts

Monday, October 15, 2012

Langkawi ILOVEYOU : Telaga Harbour Park

sorila kalau anda bosan tengok tajuk entry yang tak berubah ubah. nak wat caner, gambar banyak sangat dalam DSLR. haruslah upload di blog kan. heeee. ok, kali ni aku nak bawak korang..ececeh dah macam tour guide pulak ye. 

kali ni kita tinjau meninjau Telaga Harbour Park yang terletak di Langkawi. tempat ni sangat cantik sebab banyak yacth berlabuh. aku tak taw nak translate ke bahasa ibunda apa maksud yacth ni. yang aku faham cuma kapal layar. betul ke? aigooo. korang tengok-tengok dululah ya. bai






ok, bai dada didi dudu~

Sunday, October 07, 2012

Langkawi : ILOVEYOU - Holiday Villa Review

Assalamualaikum..ppepagi buta ni tetibe ada mood nak review pasal tempat penginapan kami iaitu Holiday Villa, Beach Resort & Spa. memula camni. En Suami booked untuk Federal Villa dengan rate RM190 untuk Corporate rate. kalau biasa dalam RM240. sampai je reception nak amek kunci, receiptionist cakap kne sign borang untuk upgrade bilik without charge! dan yang bestnya diorang tukar bilik kitorang ke Holiday Villa sebab Federal Villa dah penuh. 

FYI, Federal Villa and Holiday ni bernaung di bawah management yang sama. pastu sampai bilik and check rate untuk Holiday Villa, RM340. so kiranya kami bernasib baik sebab dapat bilik yang best siap balkoni dengan harga yang sangattt murah. alhamdulillah, rezeki kahwin agaknya. memang sangat bersyukur waktu tu. Holiday Villa ada banyak cawangan. ada kat merata tempat, Cherating, Subang, London, dll.  

 private beach 

 private beach

 swimming pool yang erghhhhh..tak boleyh mandi with shirt!

eh husband sape tu??

 ni bilik kami no. 212. tak payah tengoklah gambar belah dalam ye. besepah. heee

 lobi Holiday Villa

model tak berbayar Holiday Villa

ehh kate nak review hotel? ok ok. apa yang aku boleh komen kat sini adalah, superb! 
bell boy yang baik, receiptionist yang cantikdan mesra pelanggan, bilik yang best siap balkoni dan privacy, garden view & pool view, private beach, tempat yang tenang, dll. tapi ada jugak yang tak best contohnya diorang tak sediakan iron kalau kita request. tapi kena iron kat bilik iron yang disediakan. macam hostel plak. bilik iron plak ada kat tingkat 1 je. nasib baikla hotel tak tinggi sangat. cuma 2 tingkat. 

selain tu, no shirt kalau mak mandi kat swimming pool. mmg tengok jelah En Suami mandi. huk3..kat Holiday Villa ni, mat salleh memang memenuhi setiap ruang. nak nampak muka melayu memang susah. kami jelah yang melayu. ahha..

Wifi pun tak disediakan percuma. nak guna wifi hotel kena register and buat bayaran. hotel je international. huk3. selain dari yang atas ni, so far semuanya ok takde masalah. aku bagi 4 bintang dari 5 bintang :)

Saturday, October 06, 2012

Langkawi : ILOVEYOU The Movie

alhamdulillah..ada jugak kesempatan nak hapdate blog. sumpah rindu giler dengan Selipar Buruk aku ni masa dok langkawi. memandangkan tab en suami hilang, so tak dapatla nak berblogging masa kat Langkawi aritu. sob3. ok, kita lupakan citer pasal tab tu. en suami pn da leh terima kenyataan bahawa tab tu bukan rezeki dia. 
it's ok. nanti kita beli lagi ya syg :)

haaa laa ni nak citerla pasal bulan dan madu kat Langkawi aritu. haruslah hapdate kat blog kan. huk3. excited terlebey ni suruh en suami cepat-cepat transfer gambar dari DSLR ke PC sebab nak hapdate punya pasal. bukan nak hapdate pasal gambar kami, cuma nak berkongsi dengan kalian mengenai keindahan Langkawi ciptaan Allah. Subhanallah cantik sangat!!

ok, aku akan hapdate part by part. lagi satu, insyaAllah aku akan review beberapa tempat yang aku rasa aku boleh share kat sini. 
so untuk tajuk entry ni, Langkawi : ILOVEYOU The Movie lah ya. hik3

Barisan Pelakon : Anne, Hakim & Talent Agency (tak boleyh blah)
Lokasi pengambaran : Pulau Langkawi
Tarikh : 1-4 Oktober 2012

rolling....4,3,2,1, actionn!!! haha tak boley blah kan? 


nampak tak macam muka jakun? fes tyme naik flight katekan. heee

ni masa tengah dinner kat Restoran Saji, Kuah Town. sotong goreng tepung yang sangat mabeles!!
uishhh sampai sekarang terbayang-bayang lagi rasa sotong tu..

Jetty Teluk Malai - Island Hopping

Jetty Teluk Malai - Island Hopping

Tasik Dayang Bunting

 Tasik Dayang Bunting


Tasik Dayang Bunting


Eagle Feeding. banyak sangat helang kat sini. kagum!!

 Pulau Beras Basah. pantai kat sini sangattttt cantik and bersih. best mandi kat sini :)

 cantik kan? ni pun kat Pulau Beras Basah jugak. 

ikan-ikan yang bewarna-warni sangatlah mengujakan aku.ohsemmm


ohsem kan gambar ni? 

terima kasih kpd Encik Suami sebab amekkan gambar-gambar yang mabeles. ada 1000++ gambar dlm DSLR. tak tahu nak pilih mana satu utk post kat entry ni sebab sume lawa-lawa-lawa. hehe

ok. sampai sini dulu. nanti muntah pulak tgk gambar banyak-banyak kan. uollss tunggu the next entry taw. Langkawi : ILOVEYOU 2 pulak..heee jap je lagi. 

Sunday, September 30, 2012

Ailapyu Encik Asben

gojes tak gojes tak? sila muntah hijau :)

lamanya tak hapdate entry. banyak sangat idea yang mencurah-curah sampai taktaw nak keluarkan idea yang mana satu dulu. alasan! 

nak review barang-barang hantaran dan majlis perkahwinan pun tak sempat. tunggu dapat gambar dari photoG baru review boleh kan? boleh tak? heee....next week cuti seminggu. honeymoon ke Langkawi. yehoo!!! time kasih kpd mak mertua sbb sponsor tiket flight. hik3..dapat duit poket lagi. heeee. 

fyi, ni first time aku ke Langkawi. dan first time jugaklah aku naik Air Asia. read as aku tak pernah naik flight. tetibe rasa jakun kan. orang lain, celik mata tengok dunia dah naik flight. aku tunggu umur 24 baru merasa. itupun sebab kahwin. kalau kahwin umur 30, alamatnya memang macam kera mendapat bunga la kan. ehhh???

bila ayah and mak citer sal langkawi, aku jadi blur sbb xleh nak imagine macamana. yang tu gini gini gini. haa yang tu plak gini gini gini. macam-macam versi dialog ada.aku? melopong jelah dengar diorang bercerita. haha 

so far, aku masih cuba nak adapt dengan suasana family baru. alhamdulillah ayah & mak sporting orangnya. tapi kita yang jadi menantu perempuan ni janganlah amek kesempatan pulak ya.  mentang-mentang diorang sporting and baik, kita plak naik tocang. xleh macam tu. jangan hipokrit. biar kita jadi diri sendiri. contoh kalau kita terlupa nak buat breakfast, kita basuhlah baju, pinggan mangkuk dll..(macam cerita sal diri sendiri je?)

layan family mertua macam family sendiri. sayang mereka macam sayang mak n ayah kita sendiri. dan ingatkan kat suami yang tanggungjawab dia pada ibu/mak lebih besar daripada tanggungjawab dia pada isteri. InsyaAllah, redha Allah terletak pada redha suami pada kita..Aminn :) 

haha taktaw ni gambar tahun bila. rasa-rasa macam 2010. 

ailapyu Encik Asben <3 <3 <3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...