dulu dia 'kanak-kanak'. sekarang dah nak jadi 'mak'. ouchhhh rindunya dengan Si Pungot yang dulu. yang manja sangat, suka lompat-lompat sana sini. suka main-main kejar-kejar dengan aku. suka cium muka mak tyme mak solat dan suka sangat buat aksi comel dia tu. sekarang perut Si Pungot da boyot. dah takleh buat semua tu. hehe
Showing posts with label minat. Show all posts
Showing posts with label minat. Show all posts
Thursday, September 06, 2012
Tuesday, June 26, 2012
Wordless Wednesday In Advance
Hero maya saya, Miroslav Klose.
tak boleh cakap Hero realiti saya, nanti Encik Tunang jeles.
eleh macam tu pun nak jeles. blueeekkk c(:
Wordless Wednesday In Advance? sukatilah. blog sendiri kan. haha
Monday, June 25, 2012
B2B : Kisah Aku dan FMIL
Rohana Daud tu a.k.a future mother in law aku. kitorang communicate guna fb je. memang sangat moden uollsss. aku panggil acik je sebab En Tunang yang suruh masa mula-mula kenal dulu. nak panggil mak, macam tak menyabo plak kan. terkesima jugakla bila dia cakap sal bakat memasak seperti yang aku highlightkan warna hijau tu.
sekarang ni tengah duk kalut nak beli buku masakan. bukan tak taw masak, setakat masak utk tekak sendiri bolehlah kan. hihi. ade sesape taw kat mana buku 1 Hari 1 Resipi Chef Hanieliza ada dijual lagi? aku cari 2,3 kedai buku Popular sume dah sold out. buku tu ada dijual di Popular je kan.
notakaki : terawang-awangan
Sunday, June 17, 2012
Thursday, June 07, 2012
B2B : Paper Lantern Yang Awesome!

waahhhhh tema perkahwinan idamanku. seharusnya 'comel-comel' kan. already fall in love with lantern paper yang super comel ni haa. tq B2B sebab banyak membantu dalam pencarian paper lantern yang murah. tapi aku still berfikir-fikir lagi either nak beli online atau g Petaling Street je nanti. tengoklah kalau En Tunang mood baik. ajak dia ke Petaling Street je. kalu mood baik la kan..kiki
kalau nak beli online, boleh ke page Paper-Lantern-N-Boxes. banyak sangat pilihan kat sana. murah pun murah :)
Tuesday, May 29, 2012
B2B : Tutorial Reben DIY
bagus jugak ada tutorial buat reben ni. untuk orang yang tak berseni langsung macam aku ni, wajibla tengok tutorial dulu baru boleh DIY sendiri kan. harapnya menjadi.
semoga memberi inspirasi kepada b2b di luar sana. chaiyokkk
Monday, May 28, 2012
Tutorial Shawl Shasmeen Sakura dari Radiusite

a million thanks to radiusite sebab share tutorial pemakaian Shawl Shasmeen Sakura ni. Enjoyyyyyyyyy!!!!
Thursday, May 24, 2012
B2B : Party Bujang
sempena dengan hari Rini menjejak kaki keluar dari TTDI Jaya hujung minggu ni, ktorang housemate dan bukan housemate pergi makan-makan steambot kat Island Steambot, Kg Melayu Subang. party ni dibuat untuk bakal-bakal pengantin especially Rini yang akan bernikah minggu depan, 2 Jun 2012. aku taktaw dtg dari mana idea nak ke Island Steambot ni, tetibe je diorang dah decide nak g sana instead of Flaming Sunway Pyramid.
landmark nak ke Island Steambot ni adalah traffict light betul-betul kat pam minyak ESSO Kg Melayu Subang. kalau dari Shah Alam, sila belok kiri manakala jika dari Subang, ameklah kanan. skema kan ayat?
parking je kete kat depan Restoran Island Steambot ni, terus je owner kedai tanya
"dah booking ke?".
aku pun dengan selamba cakap
"bang, kalau tak book, takleh makan ke?"
"ehh taklah...masuklah, jemput duduk" katanya
sopan kan? owner Island Steambot ni memang sangat baik. haaa gambar yang kat atas ni pon dia tolong amekkan. sporting abes.
ooo harga? tak mahal. cuma RM21.90 dan korang boleh makan sampai ke titisan peluh terakhir. untuk kanak-kanak pula RM9.90 tak silap. dan bawah 5 tahun FREE. aku penah rasa steambot Flaming dan Tupai-Tupai. tapi pada aku Island Steambot pun sedap jugak dan paling penting owner beragama Islam.
banyak jugakla benda yang kitorang bualkan. pasal masa depan, perancangan lepas kawen, bape org anak (haha), dan lain-lain lagi. aku akan merindui Rini. sumpah! dia seorang yang best untuk dijadikan kawan. suka sangat berborak dengan Rini. paling best pasal Rini ni tanya jela pasal arah jalan. 90% dia tahu. tak payah guna PAPAGO yang selalu force close tu. kitorang plan kena dapatkan anak tahun depan sbb nak semua anak sebaya. boleh gitu? keke
till then, babai.
Published with Blogger-droid v2.0.4
Monday, May 21, 2012
B2B : Korsaj @ Bunga Penanggah
takdela nampak kreatif sangat, tapi bolehla. layannn
malam tadi baru siap 10
Since dah decide utk DIY bunga penanggah ni, aku plan nak
tiru je bulat-bulat dari ceriteras. Simple but nice. Ari sabtu lepas g Nilai
shopping ler ape lagi kan. Beli aksesori-aksesori hantaran, cadar, bunga telur,
kotak telur dsb. Target g ke Nilai nak beli reben untuk buat korsaj ni. Warna? Ofkoslah
pink@purple kan. Tak nak beli reben mahal-mahal. Kalau beli reben mahal-mahal
baik beli korsaj ready made je. Tak gitu? Ok, dapat reben harga RM6.90 tapi
after 70% less, dapatlah RM2 plus plus. Beli 3 gulung. Baru RM6 kan. Tapi sayang,
warna pink n purple takde. terpaksa amek warna ijau. Ijau pun boleyla. Janji harga
under bajet!
Pastu beli bunga RM0.40/pcs. warna utk bunga ni aku random je amek sebab itu bunga yang paling murah aku jumpa. ada jugak yang harga 50 sen/60 sen. tapi kalau boleh aku nak bunga yang paling murah. jimat. hehe. Aku beli la 40 biji sebab nak buat 40
korsaj. Korsaj ni guna untuk bagi kat orang-orang kampung yang datang tolong rewang. Tadi google tgk cara lipat duit untuk bunga
penanggah, thanks a lot kpd bitsbest sbb ajar cara-cara lipat duit. DIY ni kadang-kadang lebih jimat berbanding kita
beli ready made. Tak caya? Kos yang aku keluarkan untuk DIY korsaj ni adalah :
1. Bunga (40pcs) RM16
2. Reben (2pcs) RM4.20
3. Reben kecil (2pcs) RM1.60
4. Dawai RM0.60]
TOTAL RM22.40 ÷
40pcs
RM 0.56 / pcs
Jimat bukan? Meh aku share cara-cara lipat duit untuk bunga
penanggah. Opsss sori jugak sebab gambar kat atas aku tak letak duit sekali
sebab….aku baru taw cara-cara nak lipat duit ni pagi tadi bila scroll blog bitsbest. hehe hampehhh.
harap-harap dapatlah membantu b2b di luar sana.
till then, jumpa next entry uollsss
Sunday, May 20, 2012
B2b : Cantik Tertarik
Cantik kan warna pupel yang girl ni pakai? aku tersangatlah adore dgn dress+warna+shawl yang dipakainya...agak-agak kat mana ada jual shawl 2 ya?
aku teringin nak pakai masa bersanding nanti..tapi bukan wane pupel la..maybe soft pink.. En Tunang pon nampaknya berkenan sangat kalau aku pakai shawl 2 masa kawen..heee
Published with Blogger-droid v2.0.4
Thursday, April 26, 2012
Unik dan Indahnya ciptaanMU
unik dan terpaku bila melihatnya. awan yang unik, aneh dan cantik ciptaan Allah S.W.T..
aku amek gambar ni dari opis aku kat Glenmarie lebih kurang jam 4 ptg.
p/s : lately ni macam suka pulak amek gambar awan :)
Wednesday, April 25, 2012
Sunday, April 22, 2012
Hijabista Magazine

dah dapatkannya?
ok, ini untuk edisi pengenalan je. keluaran yang official bermula Julai 2012 ni. Hijabista Magazine banyak memberi input mengenai fesyen, trend, tips dan petua untuk gadis bertudung. yelah sekarang kan trend anak-anak muda berhijab dengan cara shawl dan selendang kan termasuklah aku.
tertunggu-tunggu sebenarnya bila tarikh pengeluarannya. tadi singgah 7E jap beli magazine ni. so far untuk Edisi Pengenalan ni, ok la dan penuh bermanfaat. lepas ni taw dah mag apa yang perlu dibeli setiap bulan selain pengantin. haha..pengantin start bulan 10 xyah beli dah c(:
Friday, April 20, 2012
Jatuh Cinta Lagi!
ohh aku jatuh cinta!
sekocinorlie dalam Majalah Pesona Pengantin
HB yang aku tempah dengan sekocinorlie dah in progress katenya. tapi tak tahu nak pilih yang mana satu sebab semua cantik2
yang ni baru felt..signage dengan handle belum buat lagi..cuma sekocinorlie suruh saya buat pilihan nak yang mana satu. yang paling depan ni ok tak? heeee seronokkkkkk~
Monday, April 09, 2012
Shawl Shasmeen Sakura dari Radiusite
tajuk gempak tak hengat macam aku menang GA dari radiusite plak kan.
cantik tak? cantik kan? ni la shawl Shasmeen Sakura yang diidam-idamkan. FYI, setakat ni hanya radiusite je yang jual shawl ni ya. harga? kalau tengok material and designnya, jangan terkejut kalau ianya berharga RM89! aku dah lama duk usha shawl ni. ingat nak pakai masa akad nikah nanti. nak buat lain dari yang lain. kononla.
aritu abes stok. tadi pukul 11 pagi baru launch stok baru. tapi tak banyak pun. so, aku ajak Ummi cepat-cepat pegi Seksyen 7, Shah Alam untuk beli direct ke kedai. ramai jugak orang dalam tu yang rata-rata memang nak beli shawl Shasmeen Sakura ni. aku beli warna soft pink+peach. nak cari warna dusty pink ala-ala pink belacan xde pulak. konon nak matching dengan baju nikah aku nanti. wahhh sangat eksaited nak pakai masa nikah nanti. :)
ok yang bawah ni shawl yang aku beli. tak tipu kan? walaupun rasa macam mahal sangat, tapi sebab cantik punya pasal, sanggup tak makan ni. hihi
p/s : agak-agak kalau tak match dengan baju nikah, shawl ni pakai untuk raya pun takpe kan? ohsemmmmmm!! :)
Tuesday, March 20, 2012
Friday, March 16, 2012
Euro 2012

Euro 2012 yang dinanti.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
dan semestinya aku pilih dan sokong Germany!

Subscribe to:
Posts (Atom)