Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Monday, July 02, 2012

Inspirasi Ramadhan





sumber : Google je.

Yeayyy....akhirnya dapat jugak beli buku ni. setelah penat aku mencarinya di Kedai Buku Popular Jusco Bukit Tinggi and Bukit Raja, akhirnya jumpa di Popular Jusco Cheras Selatan. aku nak beli online pun stok dah abes. kalau korang nak beli, boleh terjah Popular Jusco Cheras Selatan. kawan aku cakap melambak-lambak.

fuhhhh..memang laku keras buku ni. sebab apa aku tercari-cari buku resipi ni? sebab penulis adalah Chef Hanieliza dan semua masakannya mampu untuk kita buat dan insyaAllah menjadi. aku dah buat kaji selidik da beberapa responden. hihi

ok, azam puasa tahun ni, nak masakkkkk sedap-sedap bagi diri sendiri rasa sedap ke tak. haha poyo sungguh. semoga FMIL suka. motif??

Monday, June 25, 2012

B2B : Kisah Aku dan FMIL


Rohana Daud tu a.k.a future mother in law aku. kitorang communicate guna fb je. memang sangat moden uollsss. aku panggil acik je sebab En Tunang yang suruh masa mula-mula kenal dulu. nak panggil mak, macam tak menyabo plak kan. terkesima jugakla bila dia cakap sal bakat memasak seperti yang aku highlightkan warna hijau tu. 

sekarang ni tengah duk kalut nak beli buku masakan. bukan tak taw masak, setakat masak utk tekak sendiri bolehlah kan. hihi. ade sesape taw kat mana buku 1 Hari 1 Resipi Chef Hanieliza ada dijual lagi? aku cari 2,3 kedai buku Popular sume dah sold out. buku tu ada dijual di Popular je kan. 

notakaki : terawang-awangan

Wednesday, April 25, 2012

Surat Untuk Bakal Ibu Mertuaku

Sebelum saya terus menggores kata dalam tulisan ini..
izinkan lah saya memperkenalkan diri terlebih dahulu
duhai calon ibu mertuaku,
Perkenalkanlah saya adalah wanita biasa dengan keperibadian yang teramat biasa
dan dari kalangan keluarga yang biasa sahaja…
Saya bukanlah Khadijah ra, Seorang wanita yang luar biasa dalam Sejarah wanita islam…dan teramat Mulia
Saya bukanlah Aisyah ra, Seorang yang baik dalam ketakwaannya
Bukan pula Fatimah Az Zahra yang sangat terkenal dalam Ketabahannya
Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya
Apalagi al Khansa yang sangat pandai mendidik mujahid – mujahid kecilnya
.
Tetapi, seperti yang saya katakan, saya hanya wanita biasa,…
Dengan ketakwaan yang biasa
Ketabahan yang tak seberapa,
Dan kecantikkan saya pun tak layak di perhitungkan….
.
Namun ibu,
Saya adalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita – cita, menjadi wanita Solehah…
Yang akan berusaha mengabdi pada calon Suamiku
dan juga padamu….. Calon Ibu mertuaku….
Saya bukanlah musuh mu yang hendak merebut perhatian dan kasih sayang anakmu 
Tetapi saya akan menjadi rakan mu untuk memberikan kasih sayang pada anak mu 
Dan kelak pada mujahid – mujahidaku, calon cucu mu duhai ibu, 
.
Engkau tak perlu khuatir ibu,…
Saya tak akan memonopoli perhatian anak mu,…
Justeru saya akan menjadikannya lebih taat padamu,….
.
Kerana akan saya katakan padanya bahawa….
engkau lah yang utama patut mendapat perhatiannya barulah saya…
Saya pun tak akan marah jika engkau membantu mengatur rumah tangga ku,..
Kerana sebagai wanita yang baru menikah patutlah saya belajar darimu yang berlimpah pengalaman….
Dan engkau yang lebih tahu keinginan anakmu 
.
Duhai, Calon ibu mertuaku….
Saya harap kita dapat menjadi rakan yang baik,…
Kerana pernikahan adalah membuka tabir rahsia antara aku dan anakmu…
Memerlukan banyak kesabaran untuk menghadapi banyaknya kejutan – kejutan dari perbezaan antara kami,
Saya berharap engkau dapat menjadi penasihat jika ku sedang dalam ke alpaan…
Menjadi pendengar yang setia saat saya ingin mengadu….
Kerana sekali lagi saya bukanlah siti hajar yang sabar dalam penderitaan….


copy paste bulat-bulat dari : pakarcinta.com

Sunday, April 22, 2012

Hijabista Magazine


dah dapatkannya? 

ok, ini untuk edisi pengenalan je. keluaran yang official bermula Julai 2012 ni. Hijabista Magazine banyak memberi input mengenai fesyen, trend, tips dan petua untuk gadis bertudung. yelah sekarang kan trend anak-anak muda berhijab dengan cara shawl dan selendang kan termasuklah aku.  

tertunggu-tunggu sebenarnya bila tarikh pengeluarannya. tadi singgah 7E jap beli magazine ni. so far untuk Edisi Pengenalan ni, ok la dan penuh bermanfaat. lepas ni taw dah mag apa yang perlu dibeli setiap bulan selain pengantin. haha..pengantin start bulan 10 xyah beli dah c(: 

Sunday, March 04, 2012

Hilal Asyraf

credit pic to fb Hilal Asyraf

aku baru ada 1 buku karya Hilal Asyraf, Batu Bata Kehidupan. itupun baru baca beberapa m/s. buku-buku karya Hilal Asyraf memang sangat memberikan motivasi dan kesedaran. keep it up Hilal Asyraf

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...