Showing posts with label DIY Project. Show all posts
Showing posts with label DIY Project. Show all posts

Sunday, July 15, 2012

B2B : Doorgift



Alhamdulillah. siap jugak doorgift untuk VVIP ni. ala takdela grand mana pun doorgift aku ni. tapi yang penting comel! ya comel! 

untukk VVIP (pihak lelaki), aku buat dalam 100 bungkus. biar lebih jangan kurang. kalau lebih boleh bagi kekawan ke ape kan. kalau kurang tak ke segan, mesti ada yang kecik ati sebab tak dapat. sebenarnya doorgift ni orang takdelah kisah sangat nak isi dalamnya kan. tapi yang penting diorang dapat doorgift tu. eh apeda aku cakap ni. aku sendiri pun tak  faham. aku sangat puas hati dengan doorgift ni sebab  semua DIY. 

untuk sahabat handai dan sedara mara aku buat dalam 200 je. tak buat banyak pun.kalau boleh jangan beza-bezakan doorgift untuk VVIP dan VIP, takut ada yang terase kenapa diorang punya doorgift tak sama. means, isi lain-lain takpe. yang penting kotak/bekas/plastik/beg doorgift biarlah sama. 

p/s : nak tahu kat mana ada jual brown paper bag yang ada tapak? RM9.90/100 pcs. belilah kat kedai bakeri Bagus, Seksyen 13, Shah Alam. brown paper bag yang ada tapak memang susah nak cari. setakat ni, kat kedai ni je yang aku jumpa.  

till then, baiiii~

Sunday, July 08, 2012

B2B : Sibuk Sangat Uollsss



Entry ni ditaip pada pukul 12:54 a.m waktu Malaysia. alkisahnya tersangatlah penat aku melipat kad jemputan. ni baru 300 keping. ada lagi 900 keping. adoyaii. ada sesape nak part time? cari wet lebih sempena puasa ni? haha. gambar di atas menerangkan segala-galanya. aku tersangatlah sibuk uollsss. mana nak lipat kad, lipat baju pun tak sempat. mana nak siapkan dooorgift-doorgift. mana nak siapkan hantaran. tak menang tangan rasa. tapi hati still ase nak kua jalan-jalan tyme weekend. tak sedar yang kat umah da macam tongkang pecah kan. 

pagi tadi pergi ke Phong May, Klang. ala gi beli isi-isi untuk doorgift aku tu. aku beli swiss roll, jelly, gula-gula, and pillow bites. Phong May adalah kedai pemborong makanan ringan dan jajan-jajan. memang murahla harga barang-barang yang dijual. aku beli banyak jugak, untuk 300 pack. total sume tadi adalah RM200. 

lepas gi ke Phong May, singgah pulak 2PLY. 2PLY ni kedai alat-alat yang menjual barang-barang bakeri. tengokla apa-apa yang patut dibeli kan. kat situ je tadi abis RM50 tapi taktaw beli apa. haisssshhh perempuan mmg macam ni. 

ok, sampai sini je. baii~


Wednesday, July 04, 2012

B2B : Cincin Satin Rose




ni nak dikira sebagai wordless Wednesday pun bolehlah. layankan.
inspirasi dari intanorazam. Intan gunakan satin rose sebagai cincin semasa resepsi. shomel nyum nyum. aku pun nak tiru jugak. aritu beli sebiji warna pepel pastel pekat kat Jusco Bukit Tinggi. RM6/pcs tapi kalau beli 2pcs RM10

kebanyakan yang aku jumpa untuk brooch. jarang jumpa untuk cincin. wahhhhhh rasa cam nk meroyan tengok warna-warna satin rose ni taw. tolong ajarku bagaimana caranya untuk membuat satin rose ni.

notakaki : In love with you :)

Friday, June 15, 2012

B2B : Draft Kad Kahwin



Draft kad kahwin dah siap. Seperti yang aku idam-idamkan. 2x jugaklah mintak diorang amend draft tu. Memula warna macam tak menarik, pastu tulisan tak bape nak nampak, terlupa letak waktu bersanding dan lain-lain lagi.
Nasib baik Led (designer) ni tak kisah bila aku request itu ini. rasa tak percaya pun ada bila tengok kad kahwin sendiri dengan nama Anne dan Hakim. Tak sangka dah nak kawin rupanya aku. Hihi.macam tak percaya nama aku and hakim kat kad tu. boleh gitu?
Nak tahu aku tempah kad kahwin kat mana dengan harga yang murah? Cuba klik utusansehari. Harganya yang murah dan servis yang bagus memang menarik hati. Even design tak berapa nak banyak. Tapi memang murah kalau nak compare dengan tempat lain. untuk kad ni, aku cuma spend RM0.39 je dan aku tempah untuk 1250 pcs. so total RM0.39 x 1250 = RM487.50
p/s : tak sabar tunggu kad kami ni siap. tak sabar nak tegok kecomelannya. heee

Thursday, June 07, 2012

B2B : Paper Lantern Yang Awesome!





waahhhhh tema perkahwinan idamanku. seharusnya 'comel-comel' kan. already fall in love with lantern paper yang super comel ni haa. tq B2B sebab banyak membantu dalam pencarian paper lantern yang murah. tapi aku still berfikir-fikir lagi either nak beli online atau g Petaling Street je nanti. tengoklah kalau En Tunang mood baik. ajak dia ke Petaling Street je. kalu mood baik la kan..kiki

kalau nak beli online, boleh ke page Paper-Lantern-N-Boxes. banyak sangat pilihan kat sana. murah pun murah :)

Wednesday, May 30, 2012

B2B : Busy DIY Uollsss


Gambar taklah secantik mana..tapi aku nak tempek jugak kat entry ni. Ada aku kisah? Minggu ni start dah dia. setiap hari, balik je keje terus mandi-mandi n solat magrib then duk bersila depan tv kat hall umah sewa aku. Symptom “alamak banyaknya tak siap lagi, sempat ke nak buat semua ni?”. Sindrom apa panjang sangat ni. 
Gara-gara DIY untuk doorgift n so on, aku terpaksa bukak mata luas-luas tetiap malam. Sampai sakit-sakit pinggang dibuatnya. Macam dah tua sangat je sampai sakit-sakit pinggang. Aku sangat berharap ianya berhasil dengan jayanya. aminnn

p/s : nak tahu kat mana aku beli towel dengan harga yang sangat-sangat murah? sila tinggalkan komen. tata

Tuesday, May 29, 2012

B2B : Tutorial Reben DIY


bagus jugak ada tutorial buat reben ni. untuk orang yang tak berseni langsung macam aku ni, wajibla tengok tutorial dulu baru boleh DIY sendiri kan. harapnya menjadi. 

semoga memberi inspirasi kepada b2b di luar sana. chaiyokkk

Tuesday, May 22, 2012

B2B : Wedding Countdown

wedding ticker


tak sangka lagi 3 bulan je dah nak tawen. masa sangat pantas berlalu kan. masa tunang aritu rasa mcm lambat je lagi nak tawen. ni tup2 tinggal 3 bulan je lagi. so far,
 alhamdulillah..hampir 60% barang-barang dah siap dibeli. tinggal tunggu kerajinan utk DIY je. tolonglah jangan malas-malas anne. dah nak puase ni. kang lagila malas. hohoho. 
next week kalau sempat nak tempah kad jemputan kat Kajang. target sebelum raya kena siap. mintak-mintaklah En Tunang tak bizi. 

yang paling merunsingkan sekarang ni adalah borang nikah dan segala bagai dokumen yang diperlukan utk nikah nanti. almaklumlah syarat-syarat nikah kat Johor ni ketat sikit. takpe, yang itu boleh tanya kpd kawan-kawan yang baru kawen. mesti diorang tahu kan. target nak siapkan semua (doorgift,hantaran,dll) sebelum puasa..nanti time pose boleh bersenang-lenang and g Terawih. Ramadhan tahun ni target paling minimum 3 kali dalam seminggu gi Terawih kat Masjid. aminnnnn

p/s : "ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..agar dapat kulalui dengan sempurna"

Monday, May 21, 2012

B2B : Korsaj @ Bunga Penanggah

takdela nampak kreatif sangat, tapi bolehla. layannn

malam tadi baru siap 10 

Since dah decide utk DIY bunga penanggah ni, aku plan nak tiru je bulat-bulat dari ceriteras. Simple but nice. Ari sabtu lepas g Nilai shopping ler ape lagi kan. Beli aksesori-aksesori hantaran, cadar, bunga telur, kotak telur dsb. Target g ke Nilai nak beli reben untuk buat korsaj ni. Warna? Ofkoslah pink@purple kan. Tak nak beli reben mahal-mahal. Kalau beli reben mahal-mahal baik beli korsaj ready made je. Tak gitu? Ok, dapat reben harga RM6.90 tapi after 70% less, dapatlah RM2 plus plus. Beli 3 gulung. Baru RM6 kan. Tapi sayang, warna pink n purple takde. terpaksa amek warna ijau. Ijau pun boleyla. Janji harga under bajet! 

Pastu beli bunga RM0.40/pcs. warna utk bunga ni aku random je amek sebab itu bunga yang paling murah aku jumpa. ada jugak yang harga 50 sen/60 sen. tapi kalau boleh aku nak bunga yang paling murah. jimat. hehe. Aku beli la 40 biji sebab nak buat 40 korsaj. Korsaj ni guna untuk bagi kat orang-orang kampung yang datang tolong rewang.  Tadi google tgk cara lipat duit untuk bunga penanggah, thanks a lot kpd bitsbest sbb ajar cara-cara lipat duit. DIY ni kadang-kadang lebih jimat berbanding kita beli ready made. Tak caya? Kos yang aku keluarkan untuk DIY korsaj ni adalah :

1.       Bunga (40pcs)                     RM16   
2.    Reben (2pcs)                      RM4.20
3.       Reben kecil (2pcs)              RM1.60
4.       Dawai                               RM0.60]
       TOTAL                             RM22.40 ÷ 40pcs
                                              RM 0.56 / pcs     

Jimat bukan? Meh aku share cara-cara lipat duit untuk bunga penanggah. Opsss sori jugak sebab gambar kat atas aku tak letak duit sekali sebab….aku baru taw cara-cara nak lipat duit ni pagi tadi bila scroll blog bitsbest. hehe hampehhh.





harap-harap dapatlah membantu b2b di luar sana.

till then, jumpa next entry uollsss

Thursday, May 17, 2012

B2B : Doorgift Tags?


Ok tak?? Aku rasa dah cukup simple dah ni..korang rasa camne? since aku dah ter'tempah rubber stamp yang aku rasa mcm tak puas ati 2..

actually aku verangan nak cop je nama aku ngn En Tunang kat paper bag..tapi bila dapat je rubber stamp yang aku tempah, terus rasa hampeh..down gler..tak cantik langsung okeh..tapi nasib baik cuma RM 11..kalau RM111 maw aku ttup mata je abaikan yang tak cantik tu then tepek je kat paper bag sambil nanges-nanges tak air mata darah..

tadi g godek2 pc masa kat ofis terus teringin nak design benda alah ni. Aku rasa mcm ok je as long as simple. Print gune kertas sticker je. Then lekatkan kat dolly paper kat paper bag tu. Ok kan? Since terase nak diy sume benda comel-comel ni, apa salahnya kan? diy tak semestinya comel. Cume as long as ianya diy, itu yang jadi comel even tak secomel kalau tempah kat orang. faham ke ayat belit-belit aku ni? 

Now baru terfikir yang ianya dah membazir even cuma RM 11.. aku nak watpe dgn rubber stamp tu? turunkan kat anak cucu biar diorang taw yang atuk nenek dorg ni kreatif sangat? Tapi nak meneruskan projek tu memang takkan la..aku rasa tak puas ati plak..hmmmmm

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday : Jemput Makan Semua


aku tunjuk kat Ain, dia ingat ni muffin betul-betul. hehe..
tunggu dan lihat je nanti. heee

Monday, May 14, 2012

Update : Checklist Perkahwinan


Tarikh :
Nikah - insyaAllah bulan 9
Resepsi - sama hari dengan nikah
Bertandang - insyallah seminggu selepas belah perempuan

Tema :
Nikah - Magenta. ohh! I LOve It
Resepsi - pink + purple + peach
Bertandang - light brown

Legal Documents :
Kursus Kawen - done!
HIV test - pending
Borang kebenaran nikah - pending
Dokumen-dokumen berkaitan - pending

Venue :
Nikah - Kg halaman
Resepsi - Kg halaman
Bertandang - Dewan Lembaga Lebuhraya Malaysia

Catering/Canopy :
Nikah & Resepsi - masak sendiri. Canopy guna kg punyer
Bertandang - Alang Catering.

Pelamin :
NIkah & Resepsi - Butik Pengantin Andaman Remaja
Banta nikah - Butik Pengantin Andaman Remaja
Bertandang - FMIL uruskan

Photographer :
NIkah & Resepsi - Pengantin Remaja Photography
Bertandang - pending/Titian Songo?
Outdoor - Pengantin Remaja Photography

Wedding Outfits :
Nikah - Baju Kurung Moden
Resepsi - Butik Andaman Pengantin Remaja
Dress - Lace
Tudung - shawl maybe?
Veil - Butik Andaman Pengantin Remaja
Shoe - Butik Andaman Pengantin Remaja
Accessories - Butik Andaman Pengantin Remaja

Bertandang :
Dress - weekend ni hantar baju kat PKNS S.Alam - kurung moden
Tudung - pending
Veil - Jln Tar - tempah
Shoe - pending
Accessories - pending

Make Up :
Nikah & Resepsi - Butik Andaman Pengantin Remaja
Bertandang - FMIL uruskan

Doorgift :
Nikah - xde
Resepsi - paper bag + fake muffin + mineral + jajan + jar (VVIP je)
Bertandang - bahulu pecah 8 

Bunga Pahar/Bunga Manggar :
Nikah - xde
Resepsi - pending/belum beli
Bertandang - pending

Hantaran :
Bilangan dulang Lelaki - 11 dulang
Bilangan dulang Perempuan - 9 dulang

Cincin & Gelang Utk Nikah :
For Him - xde
For Her - Gelang

Invitation Card :
Guest for both sides - pending
VVIP - pending

Cake :
Hantaran - pending
Majlis potong cake - pending

Jurunikah/Pembaca Doa/Saksi :
Jurunikah - pending
Saksi - pending
Pembaca doa semasa Resepsi - pending
Pembaca doa semasa bertandang - pending

Hand bouquet :
Nikah - sendiri/pending
Resepsi - Sekocinorlie
Bertandang - pending

Guest List :
Nikah - pending
Resepsi - pending
Bertandang - pending

Kompang/Entertainment :
Kompang - Abg Noh group
CD of song/PA system - xde

Pengapit/Bridemaids/Bestman :
Nikah - dayah
Resepsi - dayah 
Bertandang - Nurul 
Bridemaids - pending
Bestman - pending

Bilik Pengantin :
Katil - pending
Decoration - Butik Andaman Pengantin Remaja
Bunga Rampai - pending

Facial/Massage - dah beli voucher

Honeymoon :
Date - pending
Location - rahsia
Tickets - fully sponsored 
Accomodations - pending


p/s : susah rupanya nak kahwin ni. duit mengalir macam air. laju je

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday


dah siap! 

already fall in love with you..kita jumpa Ahad ni ye :)

Friday, April 20, 2012

Jatuh Cinta Lagi!

ohh aku jatuh cinta! 


sekocinorlie dalam Majalah Pesona Pengantin 

HB yang aku tempah dengan sekocinorlie dah in progress katenya. tapi tak tahu nak pilih yang mana satu sebab semua cantik2
yang ni baru felt..signage dengan handle belum buat lagi..cuma sekocinorlie suruh saya buat pilihan nak yang mana satu. yang paling depan ni ok tak? heeee seronokkkkkk~

Sunday, March 04, 2012

Doorgift Comel-Comel

sekarang ni tengah pening-pening lalat dok fikir nak bagi doorgift apa kat VIP dan VVIP. guest kanak-kanak for sure la coklat, gula-gula dan cookies maybe? 

aritu google-google terjumpalah blogger ni buat doorgift dengan cawan IKEA yang 1 pack ada 6 = RM5.90. nampak menarik dan rare serta comel. boleh difikirkan nanti. cawan IKEA 2 kat umah memang bersepah. suka beli sebab warna yang cantik dan cute. awesome! kat dalam cawan 2 bubuh hamper gula-gula then ikat reben. ok x?


kedua, Macaronn. aku xpernah rasa pun macaron ni macamana. manis ke, tawar ke, pahit ke, payau ke kan. tapi wana-warna warni dia dia mmg buat aku jatuh cinta. ohh pliss pliss pliss. aku tak berani nak decide utk pilih macaron as doorgift sebab :

1. mungkin tak tahan lama
2. kalau bg kat org tua, agak2 dorg akan cakap ape ni? pelik2 jer..
3. a bit mahal. maybe nak buat pun susah dan kos utk membuatnya pun mahal.


ketiga. Marshmallow dalam jar. aku xkisah sangat apa isinya, tapi Jar mmg cantik kalau buat doorgift kn? housemate aku si Ira n Rini memang bg doorgif jar. beli kat Nilai 1-499 biji = RM1 sebiji. tapi 500 dan ke atas jatuh RM0.80 sebiji. murah kan? 

keempat. Apam polkadot. memang cantik dan comel. tapi sayangnya memang tak tahan lama. kalau ada bahulu mcm ni punya design, memang dah lama aku decide :(


kelima. homemade coklat. sangat comel dan nampak eksklusif kalau packing macam tu. tapi aku rasa xsesuai bag kat org sebabnya jarang org makan coklat macam ni. pada pendapat aku la. klau aku dpt coklat mcm ni, memang aku simpan je sebab cantik sgt. heeee



keenam. haaa, aku tak taw apa nama dia. tapi menag awesome kalau buat doorgift sebab aku suka warna warna warni dia. comel kan? tapi tak tahan lama juga maybe. sebab takut warna dia luntur then melekat kat plastik@jar. tapi memang sangatlah comel ok!


last but not least. handkerchief dalam cawan. memang shomella kalau gini gayanya. housemate aku yang Ira ada buat jugak macam ni. tapi dia guna bekas muffin utk gantikan cawan. lepastu handkerchief 2 buat 2 layer warna warni. memang sebijik macam cupcakes. 
memang menjimatkan kos kalau guna bekas muffin yang kertas 2 je. 




untung ada ramai housemate yang nak kawen. boleh tiru bulat2 je idea dorg (ramai means lebih dr sorg..hee) 
kalau boleh, baju nikah pon nk pinjam. nasib baikla xsama saiz.hehe

ok. sampai sini dulu. nanti kalau rajin update lagi.heeee

Friday, March 02, 2012

Veil Nikah

at first, aku tak terfikir pon pasal veil-veil nikah ni sume. bila tengok housemate aku si Rini yang akan nikah bulan 6 ni dok beli kain apekenamanyatah utk DIY veil nikah, aku pon gatal-gatal nak tiru. 

aritu dah survey-survey kat Nagoya. kain border lace ni harganya lebih kurang RM16++. untuk buat veil nikah, korang kena beli kain border lace & kain chiffon@kain net. gunting-guntingkan bentuk bunga kat kain border lace 2 then tepek kat kain chiffon@kain net tadi. terfikir jugak aku, pandai ke nak DIY veil nikah ni sendiri. tangan punyala kayu. 


ni antara gambar-gambar veil nikah yang aku google dan aku sgt adore. especially Ana Raffali punya veil. simple tapi padat dengan manik-manik dan mutiara. tapi kalu boleh aku nak yang simple n ekonomi jela. pakai sekejap je pun. nak bagi anak cucu pakai xdan la plak kan. 



gambar persandingan ana raffali




ok bai~

Wednesday, February 15, 2012

DIY Pomander Ball dan Mini Pelamin




akhirnya, hajat nak siapkan pomander ball and love ni tercapai bila keempat-empatnya siap. memang senang nak buat,tapi tersangatlah leceh kononnya utk tangan kayu macam aku ni kan. mula-mula ingat nak sewa je mini pelamin, tapi macam membazir plak kan. so decide dengan Future Mother-In-Law nak DIY je. 
*my FMIL memang sangat kreatif uolls. no wonderla aku mintak pandangan dia dalam bab-bab decorate majlis E-Day aku ni. 

ok bila dah decide nak DIY, terus je my FMIL bagi idea nak gubah bunga dlm pasu letak kanan kiri. tirai yang belakang warna putih maroon 2 memang my FMIL ada kat rumah. so pinjam jelah dulu. untuk bantal alas duduk pulak, my FMIL pinjam kat jiran sebelah rumah dia. 
so aku hanya keluarkan kos untuk beli 3 biji bantal yang wane maroon, 2 biji lampu IKEA yang berharga RM60 and kain untuk dibuat tirai bewarna kelabu berharga Rm 2.50 semeter. kanan kiri mini pelamin ada gubahan bunga dalam pasu yang berharga RM87 dan bunga tu letak jelah kat umah buat perhiasan. 
jimat bukan? serius seronok DIY untuk majlis sendiri. 
nanti kawen pon insyaAllah nak DIY jugak apa yang patut.

 *pomander ball ada 3 biji,tapi lagi 2 tak bape nak nampak pulak dalam gambar. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...