Showing posts with label best. Show all posts
Showing posts with label best. Show all posts

Saturday, March 09, 2013

Candy Crush Saga


tak taw nape sekarang ni aku addicted main game Candy Crush Saga ni walaupun sebenarnya aku tak bape minat dengan dunia game. haha. kenapa suka game ni? sebab game ni nampak sedap dan warnanya mengiurkan. nama pun candy kan. tak pernahlah aku main game setabah ni. masa kat Level 29 givap jugak sebab lebih 50 kali main tak lepas-lepas. last-last suruh asben main. sekarang ni dia pun addicted dengan game ni. no wonderla ramai yang minat game ni. main kat fb je. 


nampak simple and mudah je game dia kan? cuba main dulu. mencabar kesabaran. haha. tapi sebenarnya ada banyak trick. korang main dulu korang baru faham. aku dah level 30 baru dapat tahu trick tu macamana. haha. oklah, nak sambung men game ni. bye~

Thursday, June 28, 2012

Germany Vs Italy

Just made in Germany.

apa yang anda faham?

semangat semangat nak tahan mata pukul 2.45 a.m nanti!
esok pagi masuk opis mata panda. heeeee

Friday, June 15, 2012

B2B : Draft Kad Kahwin



Draft kad kahwin dah siap. Seperti yang aku idam-idamkan. 2x jugaklah mintak diorang amend draft tu. Memula warna macam tak menarik, pastu tulisan tak bape nak nampak, terlupa letak waktu bersanding dan lain-lain lagi.
Nasib baik Led (designer) ni tak kisah bila aku request itu ini. rasa tak percaya pun ada bila tengok kad kahwin sendiri dengan nama Anne dan Hakim. Tak sangka dah nak kawin rupanya aku. Hihi.macam tak percaya nama aku and hakim kat kad tu. boleh gitu?
Nak tahu aku tempah kad kahwin kat mana dengan harga yang murah? Cuba klik utusansehari. Harganya yang murah dan servis yang bagus memang menarik hati. Even design tak berapa nak banyak. Tapi memang murah kalau nak compare dengan tempat lain. untuk kad ni, aku cuma spend RM0.39 je dan aku tempah untuk 1250 pcs. so total RM0.39 x 1250 = RM487.50
p/s : tak sabar tunggu kad kami ni siap. tak sabar nak tegok kecomelannya. heee

Thursday, June 07, 2012

B2B : Paper Lantern Yang Awesome!





waahhhhh tema perkahwinan idamanku. seharusnya 'comel-comel' kan. already fall in love with lantern paper yang super comel ni haa. tq B2B sebab banyak membantu dalam pencarian paper lantern yang murah. tapi aku still berfikir-fikir lagi either nak beli online atau g Petaling Street je nanti. tengoklah kalau En Tunang mood baik. ajak dia ke Petaling Street je. kalu mood baik la kan..kiki

kalau nak beli online, boleh ke page Paper-Lantern-N-Boxes. banyak sangat pilihan kat sana. murah pun murah :)

Wednesday, June 06, 2012

Transit Zuhrah Terakhir Abad Ini



Planet Zuhrah melintasi matahari - dikenali sebagai Transit Zuhrah yang terakhir abad ini, fenomena yang hanya boleh dilihat 100 tahun akan datang.
nak tahu lebih banyak info dan gambar, boleh klik mylunareclipse

p/s : Kebesaran tuhan. Allahuakbar!!

Thursday, May 31, 2012

B2B : Tips Memikat Bakal Mertua

C&P dari blog mediaserius :

Kenali bakal mertua
Tips pertama ni sangat penting sebab tak kenal maka tak cinta kan? hee. macam mana mertua nak berkenan kat kita kalau kenal pun tidak. kita pun kena la amik tahu serba sikit pasal bakal mertua kita. kerja nyer. hobi nyer kalau kita kenal diorang senang la nak amik hati diorng.ye la. kalau tahu mertua kita suka berkebun.ha!cuba beli sepasu orkid ke. mesti diorng suka kan?

Ingat hari hari penting
Ingat hari hari penting pada mereka.contoh nyer beli hadiah atau ucapan pada hari lahir,hari ibu,hari bapa atau hari ulangtahun diorang. kalo banyak sgt tarikh save and reminder kan dekat handphone. bukan susah pun kan? sape sape pun akan terharu bila diri dihargai kan?

Hormati mereka
Hormati dan sayangi mereka macam korang sayang mak dan ayah korang. xda salah pun kan? sebab diorang akan jadi ibu bapa korang gak bila korang dah kawin. bila korang hormat and sayang diorang. diorang pun akan sayang korang balik. not a big deal kan?

Buah tangan
Bila korang outsation jauh jauh. jangan lupa beli buah tangan utk bakal mertua korang. ye ah. sebagai tanda korang ingat diorang kan?alah. kalo setakat cenderhati yang lekat dekat pintu peti ais tu. berapa ringgit la sgt kan?

Tonjolkan kelebihan
Ni penting gak. ye la..bila kita ada kelebihan contoh nyer pandai masak or pandai menjahit. bleh la kita buatkan sesuatu dengan kelebihan yang kita ada tu. tnda kita menghargai bakal mertua kita kan. bila bakal mertua puji melambung lambung. kita pun kembang je sepanjang hari kan?hee..senyum.

Pesonaliti isteri solehah

Yang ni memang yang utama ah. mertua mesti akan tengok kita sebagai isteri kepada anak diorng dan ibu kepada cucu diorang. ada baik nyer kita didik diri kita dari awal dengan sikap sikap solehan seorang wanita muslimah.cheyy..bila first mertua tgok kita.biar la dalam hati diorang ada kata kata, “sejuk mata tgok budak ni!”  :) 


p/s : ya Allah tak sabarnya nak kenal dengan family bakal mertua. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik untuk keluarga bakal suami :p

Wednesday, May 30, 2012

B2B : Busy DIY Uollsss


Gambar taklah secantik mana..tapi aku nak tempek jugak kat entry ni. Ada aku kisah? Minggu ni start dah dia. setiap hari, balik je keje terus mandi-mandi n solat magrib then duk bersila depan tv kat hall umah sewa aku. Symptom “alamak banyaknya tak siap lagi, sempat ke nak buat semua ni?”. Sindrom apa panjang sangat ni. 
Gara-gara DIY untuk doorgift n so on, aku terpaksa bukak mata luas-luas tetiap malam. Sampai sakit-sakit pinggang dibuatnya. Macam dah tua sangat je sampai sakit-sakit pinggang. Aku sangat berharap ianya berhasil dengan jayanya. aminnn

p/s : nak tahu kat mana aku beli towel dengan harga yang sangat-sangat murah? sila tinggalkan komen. tata

Monday, May 28, 2012

Tutorial Shawl Shasmeen Sakura dari Radiusite



a million thanks to radiusite sebab share tutorial pemakaian Shawl Shasmeen Sakura ni. Enjoyyyyyyyyy!!!!

Thursday, May 17, 2012

B2B : Doorgift Tags?


Ok tak?? Aku rasa dah cukup simple dah ni..korang rasa camne? since aku dah ter'tempah rubber stamp yang aku rasa mcm tak puas ati 2..

actually aku verangan nak cop je nama aku ngn En Tunang kat paper bag..tapi bila dapat je rubber stamp yang aku tempah, terus rasa hampeh..down gler..tak cantik langsung okeh..tapi nasib baik cuma RM 11..kalau RM111 maw aku ttup mata je abaikan yang tak cantik tu then tepek je kat paper bag sambil nanges-nanges tak air mata darah..

tadi g godek2 pc masa kat ofis terus teringin nak design benda alah ni. Aku rasa mcm ok je as long as simple. Print gune kertas sticker je. Then lekatkan kat dolly paper kat paper bag tu. Ok kan? Since terase nak diy sume benda comel-comel ni, apa salahnya kan? diy tak semestinya comel. Cume as long as ianya diy, itu yang jadi comel even tak secomel kalau tempah kat orang. faham ke ayat belit-belit aku ni? 

Now baru terfikir yang ianya dah membazir even cuma RM 11.. aku nak watpe dgn rubber stamp tu? turunkan kat anak cucu biar diorang taw yang atuk nenek dorg ni kreatif sangat? Tapi nak meneruskan projek tu memang takkan la..aku rasa tak puas ati plak..hmmmmm

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday : Jemput Makan Semua


aku tunjuk kat Ain, dia ingat ni muffin betul-betul. hehe..
tunggu dan lihat je nanti. heee

Tuesday, May 15, 2012

B2B : Voucher Untuk Facial dan Spa


buat pertama kalinya aku sangat beria-ia untuk survey saloon untuk facial. En Lelaki la ni sebok suh aku wat facial. aku dahlah tersangat naif bab-bab facial ni kan. semalam g Plaza Alam Sentral, kebetulan ada Health & Beauty Week kat ground floor. 

saje la usha-usha kat situ dan kebetulan nampak seduisant. tak taw kenapa berminat dengan saloon ni. harga promosi pun tak mahal. 1st trial utk facial RM38. eye treatment kena tambah lagi RM18. aku beli voucher utk En Tunang sekali. 

masa mula-mula tanya pasal facial 2, terus consultant 2 ajak aku duduk n scan kulit aku. bila tengok sel2 kulit sendiri kat komputer, rasa geli sangat. sebab ada white head, black head, minyak-minyak n lain-lain lagi. aku berminat nak buat body slimming & whitening treatment. 1st trial RM98 utk fully package. so total yang aku bayar RM 192. tak sabar rasanya nak wat facial untuk pertama kalinya dalam hidup. kesian kan? haha. oh lupa seduisant ni banyak cawangan. tapi cawangan yang terdekat dengan aku adalah di Shah Alam, Seksyen 7. nak lebih clear lagi, atas butik Avon. 

p/s : mood kawen lagi :)

Monday, May 14, 2012

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang, Taiping


penah rasa mee udang dengan saiz udang yang sangat giant? semalam pas balik dari wedding Ummi a.k.a officemate kat Taiping, aku terus ajak En Tunang g Kuala Sepetang. kalau korang nak g, make sure Mee Udang Mak Jah. 

amek je signboard menghala ke Kuala Sepetang. agak-agak taktaw mane Kuala Sepetang, tanya je kat awek cantek kat Plaza Tol Changkat Jering 2. nanti korang nampak signboard Mee Udang Mak Jah setiap beberapa km. istimewanya Mee Udang Mak Jah ni sebab udangnya sangat besar untuk harga RM 11 untuk 1 mangkuk. kalau nak udang saiz biasa, hanya RM7. tak mahal kan? 

kuah mee udang ni memang sangat sedap. aku tanya En Tunang sedap tak? dengan takde perasaan dia cakap tak taw. haha hampeh


 Mak Jah

 RM 11 untuk mee udang special

 jangan terliur ok...yummmmyyy memang sedappp

model tak berbayar. 

abaikan muka yang da xbape nak cantik 2. maklumla owner blog ni mmg tak cantik pun.

pada mereka yang nak rasa mee udang Mak Jah ni, tak perlu susah-susah ke Kuala Sepetang. Mak Jah dah buka cawangan mee udangnya kat Wangsa Maju, KL. yeayy pasni kita boleh pegi ya.

ok, ni alamat penuhnya. 
No. 22, Jalan Wangsa Delima 10, 53300, Wangsa Maju KL.

selamat mencuba! :)

Monday, May 07, 2012

Asteroidkah?




maafkan aku jika agak jakun. maybe lama sangat tak turun KL, so tak taw pulak Sephora ni dah siap. tadi jalan-jalan g Pavillion cari barang hantaran dengan En. Tunang, terkejut tgk benda apa la agaknya ni kat tengah-tengah jalan. rupa-rupanya Sephora punya gallery. 

reka bentuknya sangatlah unik macam asteroid yang terhempas kat bumi (mintak dijauhkanlah) menarik perhatian aku untuk snap the gambar. rasa mcm jakun pun ada. mcmla pertama kali g Key El kan. b4 ni masa aku dtg Pavillion maybe tak siap lagi kot. tapi apa-apa pun, memang shantek! 

Thursday, May 03, 2012

Selamat Hari Jadi U'olls

Nurul and Ain macam malu-malu kambing gitu. ahakssss
Kak Ilyani, Nurul, Ain dan En Hannad
Selamat Hari Lahir kepada kamu berempat
Kak Ilyani, Nurul, Ain, Zaki (tiada dalam gambar) dan En Hannad.
(ni kira sambut besday serentak walaupun besday Ain lagi 3 minggu..hehe)
Semoga panjang umur, murah rezeki, dikurniakan rezeki yang melimpah dan sentiasa di bawah naungan rahmatNYA.


Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday


dah siap! 

already fall in love with you..kita jumpa Ahad ni ye :)

Sunday, April 22, 2012

Hijabista Magazine


dah dapatkannya? 

ok, ini untuk edisi pengenalan je. keluaran yang official bermula Julai 2012 ni. Hijabista Magazine banyak memberi input mengenai fesyen, trend, tips dan petua untuk gadis bertudung. yelah sekarang kan trend anak-anak muda berhijab dengan cara shawl dan selendang kan termasuklah aku.  

tertunggu-tunggu sebenarnya bila tarikh pengeluarannya. tadi singgah 7E jap beli magazine ni. so far untuk Edisi Pengenalan ni, ok la dan penuh bermanfaat. lepas ni taw dah mag apa yang perlu dibeli setiap bulan selain pengantin. haha..pengantin start bulan 10 xyah beli dah c(: 

Friday, April 20, 2012

Jatuh Cinta Lagi!

ohh aku jatuh cinta! 


sekocinorlie dalam Majalah Pesona Pengantin 

HB yang aku tempah dengan sekocinorlie dah in progress katenya. tapi tak tahu nak pilih yang mana satu sebab semua cantik2
yang ni baru felt..signage dengan handle belum buat lagi..cuma sekocinorlie suruh saya buat pilihan nak yang mana satu. yang paling depan ni ok tak? heeee seronokkkkkk~

Monday, April 09, 2012

Shawl Shasmeen Sakura dari Radiusite


tajuk gempak tak hengat macam aku menang GA dari radiusite plak kan. 

cantik tak? cantik kan? ni la shawl Shasmeen Sakura yang diidam-idamkan. FYI, setakat ni hanya radiusite je yang jual shawl ni ya. harga? kalau tengok material and designnya, jangan terkejut kalau ianya berharga RM89! aku dah lama duk usha shawl ni. ingat nak pakai masa akad nikah nanti. nak buat lain dari yang lain. kononla. 

aritu abes stok. tadi pukul 11 pagi baru launch stok baru. tapi tak banyak pun. so, aku ajak Ummi cepat-cepat pegi Seksyen 7, Shah Alam untuk beli direct ke kedai. ramai jugak orang dalam tu yang rata-rata memang nak beli shawl Shasmeen Sakura ni. aku beli warna soft pink+peach. nak cari warna dusty pink ala-ala pink belacan xde pulak. konon nak matching dengan baju nikah aku nanti. wahhh sangat eksaited nak pakai masa nikah nanti. :) 


ok yang bawah ni shawl yang aku beli. tak tipu kan? walaupun rasa macam mahal sangat, tapi sebab cantik punya pasal, sanggup tak makan ni. hihi

p/s : agak-agak kalau tak match dengan baju nikah, shawl ni pakai untuk raya pun takpe kan? ohsemmmmmm!! :)

Tuesday, March 20, 2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...