Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Monday, February 04, 2013

BerBBQ di Port Dickson

Sabtu lepas ke PD, diorang plan nak BBQ plus celebrate besday Ain yang ke tettttt (26). elehh kate tettttttt? tapi maafler gambar kek lupa nak amek. ho ho ho horlicks. ni jelah berapa kerat geng-geng UPM yang ade. ada yang sibuk keje di hari Sabtu. nasibla aku n en suami weekend cuti. sampai PD dah pukul 5 lebih. Encik suami frust sebab tak dapat mandi pantai gara-gara sibuk siapkan tpt bakar ayam. jangan kata mandi, nak cecah air pun tak sempat. nampak tak sangat komited nak bakar ayam? kannnnn.

aku? tukang makan jelah. best jugak jd ibu mengandung ni. boleh excuse. heeeee mati kalau Lily Singa Jadian tu dengar. haha. haraplah dia tak baca. yang dok kipas and bakar ayam adalah Ain si besday girl and Lily Singa Jadian. dari awal sampai akhir dia je yang bakar. dua-dua single lagi. maw ka?

Kiri : Raje Nadia dan Jengka. Ombak Rindu OST. aku laki bini je yang faham. kekeke
Kanan : Ain n Lily. si tukang karut bakar

Kiri : Nida n Adli. alhamdulillah ada geng pregnant lady. hoyeahhhh.
Kanan : Kaum Adam termasuklah laki aku tu yang hensem gilossss. haha

Ayam dan Ikan Jaket. Raja Nadia : "Kenapa ikan ni tak bergerak?" instead of "kenapa takde orang gerakkan ikan ni?"

us. Kaum Adam vs Kaum Hawa


 Khemah yang dipasang adalah sekadar hiasan. syarat ber'camping' wohaa. Encik suami beli khemah ni dah lama, sejak memula kawin aritu. tapi tak penah bukak. beli n simpan. ingat besarla kan boleh baring-baring pe sume. sekali khemah kanak-kanak. adoiila. awal sangat beli ni. baju baby pun tak beli lagi tapi khemah dah siap sedia. hik3


aku yang dok tengah-tengah tu. menggemuk dengan jayanya. gud!

oklah, kenyang sangat ni makan masa lunch tadi. nak tido jap. mata pun kecik je nak menaip ni. ok bai

Monday, July 02, 2012

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan

Arini rasa takde mood sangat. Sebab dapat berita mngejutkan semalam (read as malam tadi). Ala bukan berita apa pun, Cuma berita housemate akan pindah keluar dari rumah malam tadi jugak. B4 this memang aku dah taw yang dia nak pindah sebab nak cari rumah dekat dengan tempat kerja. Tapi takdelah so sudden macam ni. Kitorang dah lama jadi housemate. Dekat setahun jugakla. Tapi baru 2,3 bulan ni rapat.
Sebelum ni memang dia jenis buat hal sendiri je. Sebelum ni jugak housemate terbaik aku, Rini keluar rumah awal bulan 6 aritu sebab kawin. Memang terasa kehilangannya sangat-sangat. Terase sebab dia suka membebel macam makcik-makcik. Haha. Tapi sekarang umah tu dah sepi seorang perindu. Ewahhh. Aku duk dengar orang bebel kat radio jela.
Pepagi tadi housemate mesej suh bangun and iron baju. Paling sedih bila dia cakap
“anne take care taw”.
Betul kata En Tunang, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
notakaki : aku memang gembeng. uhuhuhu

Monday, May 28, 2012

B2B : Prosedur Perkahwinan di Johor

terima kasih sesangat kat kawan aku si Ujie ni. aku dok tanya macamana prosedur kawin. pening sangat sebad aritu suruh mak aku amekkan borang kat pejabat agama, tapi tetibe dia mintak sijil kursus kawen plak. sebenarnya tak payah pun. just bagi salinan ic pengantin, so abah @ mak boleh amekkan kat pejabat agama. 

 ni hasil perbualan antara aku dengan Ujie. malas nak taip semula sebenarnya. hehe
jom ikutinya..semoga memberi panduan kepada b2b especially di Negeri Johor. negeri lain aku taktaw. huhu



p/s : ok faham dah. rumit jugak rupanya prosedur nak kawin ni dan aku seram jugak nk g interview. serammm

Thursday, May 24, 2012

B2B : Party Bujang



sempena dengan hari Rini menjejak kaki keluar dari TTDI Jaya hujung minggu ni, ktorang housemate dan bukan housemate pergi makan-makan steambot kat Island Steambot, Kg Melayu Subang. party ni dibuat untuk bakal-bakal pengantin especially Rini yang akan bernikah minggu depan, 2 Jun 2012. aku taktaw dtg dari mana idea nak ke Island Steambot ni, tetibe je diorang dah decide nak g sana instead of Flaming Sunway Pyramid. 

landmark nak ke Island Steambot ni adalah traffict light betul-betul kat pam minyak ESSO Kg Melayu Subang. kalau dari Shah Alam, sila belok kiri manakala jika dari Subang, ameklah kanan. skema kan ayat?

parking je kete kat depan Restoran Island Steambot ni, terus je owner kedai tanya 

"dah booking ke?". 

aku pun dengan selamba cakap 
"bang, kalau tak book, takleh makan ke?" 

"ehh taklah...masuklah, jemput duduk" katanya

sopan kan? owner Island Steambot ni memang sangat baik. haaa gambar yang kat atas ni pon dia tolong amekkan. sporting abes. 

ooo harga? tak mahal. cuma RM21.90 dan korang boleh makan sampai ke titisan peluh terakhir. untuk kanak-kanak pula RM9.90 tak silap. dan bawah 5 tahun FREE. aku penah rasa steambot Flaming dan Tupai-Tupai. tapi pada aku Island Steambot pun sedap jugak dan paling penting owner beragama Islam. 

banyak jugakla benda yang kitorang bualkan. pasal masa depan, perancangan lepas kawen, bape org anak (haha), dan lain-lain lagi. aku akan merindui Rini. sumpah! dia seorang yang best untuk dijadikan kawan. suka sangat berborak dengan Rini. paling best pasal Rini ni tanya jela pasal arah jalan. 90% dia tahu. tak payah guna PAPAGO yang selalu force close tu. kitorang plan kena dapatkan anak tahun depan sbb nak semua anak sebaya. boleh gitu? keke

till then, babai.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 13, 2012

Tahniah Ummi Nadia a.k.a Officemate Merangkap Seniorku


12 Mei 2012, aku dengan En Tunang berkesempatan pergi ke wedding officemate, si Ummi Nadia kat Taiping. alhamdulillah majlisnya berjalan dengan lancar. dengan tema warna merah, majlis beliau nampak sangat meriah. mak cik ni memang suka sangat warna merah katenya. hehe

untuk Ummi Nadia, Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan hingga ke syurga hendaknya. semoga segala rintangan dan dugaan dalam kehidupan berumahtangga dapat ditangani dengan hati yang cekal. aminnn

p/s : sekarang ni mood nak kawen saje. heeeeee

Thursday, May 03, 2012

Selamat Hari Jadi U'olls

Nurul and Ain macam malu-malu kambing gitu. ahakssss
Kak Ilyani, Nurul, Ain dan En Hannad
Selamat Hari Lahir kepada kamu berempat
Kak Ilyani, Nurul, Ain, Zaki (tiada dalam gambar) dan En Hannad.
(ni kira sambut besday serentak walaupun besday Ain lagi 3 minggu..hehe)
Semoga panjang umur, murah rezeki, dikurniakan rezeki yang melimpah dan sentiasa di bawah naungan rahmatNYA.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...