Friday, June 22, 2012

B2B : Pengurusan Kewangan

lately ni asyik berfikir je pasal alam rumah tangga. bukan fikir yang bukan-bukan, cuma fikir macamana nak uruskan kewangan selepas berumah tangga nanti. risau sangat bila mengenangkan saving yang tak seberapa. kalau setakat untuk emergency bolehla kot. kami sama-sama 'baru' abes blaja. sama-sama baru bekerja. sama-sama masih muda. sama-sama baru nak kenal dengan 'kehidupan'. harap-harapnya jugak kami sama-sama matang dalam menguruskan rumah tangga nanti. aminnn. 

bila tengok tarikh kahwin yang tinggal 2 bulan lebih je, rasa belum bersedia pun ada. macamana agaknya majlis perkahwinan aku nanti? agak-agak apa yang diimpikan masa majlis kahwin tu tercapai ke? aku bukan mengimpikan majlis perkahwinan yang mewah. tapi kalau boleh majlis tu kena dengan tema yang aku idam-idamkan. dan yang penting adalah simple. banyak benda rasanya yang belum settle lagi. tetibe rasa macam tak cukup duit je. tapi bila kira-kira balik, tak banyak pun benda yang memerlukan aku untuk keluarkan duit yg banyak lagi. insyaAllah cukup. tapi still rasa banyak sangat benda tak complete. risau sesangat sebenarnya. 

separuh daripada duit hantaran bagi mak ayah untuk buat belanja kawin. selebihnya bayar duit mak andam+pelamin+photographer and simpan sikit untuk masa depan. maklumlah aku bukan anak orang kaya yang majlis kahwinnya disponsor penuh oleh FAMA. hehe


bila bincang dengan En Tunang pasal benda ni, tenang je jawabnya. jangan risau, insyaAllah duit ada dan cukup. ok, jawapan tu dah buat aku sedikit lega. aku serahkan segala-galanya pada Allah. semoga dilimpahkan rezeki yang halal. Aminn

notakaki : menghitung hari


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...