Thursday, August 02, 2012

B2B : Prosedur Perkahwinan di Selangor (Lelaki)

lama dah xupdate entry rasanya. memandangkan mood pun dah kelaut ditambah dengan xde idea nak menulis. nak share pasal hal2 kawin pun malas. ish3 apa nak jadi dengan NORAINI ni sekarang. ekcelly happy sangat arini sebab masalah borang dan dokumen-dokumen En Tunang da selesai. alhamdulillah. esok boleh balik kg and bagi kat Pendaftar Nikah Daerah Muar plak. macam-macam ranjau kulalui. ececece ranjau ker??? sangat leceh nak setelkan borang kawin En Tunang kat Negeri Selangor ni. memandangkan negeri Selangor dah gunakan sistem online sepenuhnya, tu yang agak amek masa nak isi borang. kat sini, aku nak kongsi sikitlah prosedur kahwin kat negeri Selangor untuk Lelaki.

1. dapatkan salinan I/C kedua-dua saksi, alamat rumah, alamat office, no.tel, dll

2. pastikan ada akses internet sebab proses pengisian borang adalah online sepenuhnya.

3. g ke website Jais. ala korang tgklah link-link kat situ. rasanya g ke bahagian perkahwinan pastu download borang. nanti dia akan bagitaw macamana nak isi online. makesure register dulu dgn I/C dan password.

4. bila dah isi semua, semak dulu kot-kot ada yang salah atau tertinggal ke kan. then tekan cetak.

5. bila dah print semua borang ajak kedua-dua saksi tadi ke masjid/qariah yang berdekatan untuk minta pengesahan dari Penolong Pendaftar Nikah (PPN). bawak dokumen sokongan sekali iaitu surat akuan bujang, ic, sijil kursus kahwin n bla bla bla.

6. bila PPN dah sahkan bolehlah dibawa ke Pejabat Agama yang berdekatan.

7. bila dah dapat kebenaran berkahwin luar kawasan, bolehlah serahkan borang kepada pihak perempuan untk proses seterusnya.

macam kes En Tunang aku ni, bila dia g ke Pejabat Agama Kajang, diorang tak terima sebab rumah En Tunang berdekatan dengan Dengkil even alamat still Kajang. so dia kena g Pejabat Agama Sepang. nasib baik pegi awal pagi. kalau pegi dah petang, takut tak sempat nak siapkan arini. aku ni kira dah suntuk sangat da. malam ni balik kg then esok pagi nak hantar borang kat Pejabat Agama Muar. last minit punya kerja!

aku risau kalau Tok Kadi tak free masa tarikh aku je nanti. huaaaaaaa. semoga urusan kami dipermudahkan. aminnn

3 comments:

  1. insyaallah dipermudahkan segala urusan.... salam perkenalan dari zura

    ReplyDelete
  2. nurulhuda mihat23 January, 2013

    bagus kau bagi info aku ni.sb tunang aku org selangor.aku org muar.betapa rumit nak setle kan masalah ni sblm kahwin.

    ReplyDelete
  3. nurulhuda mihat23 January, 2013

    aku nak tanya sikit la .maaf if ganggu kerja kau...semua borang pihak lelaki yang di print utk di beri ke pendaftar nikah tu (bagi pihak pempuan) xperlu isi borang melalui online kan?rasa nya selangor je guna online kan?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...