Wednesday, September 05, 2012

Sebelum, Ketika & Selepas


InsyaAllah. semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah. aminn

Strawberry Farm


Ok. Ni gambar dah lama. Baru je jumpa kat lappy bila godek-godek nak cari gambar apa untuk diupload. Hehe. 

teruja!

En Tunang tengah petik strawberry. Heaven!

Ok, cuba teka ni katne? Cameron? Ohh mestilah tak kan. ni kat Genting Highlands je. 

aku pun baru taw ada strawberry farm ni. Seronok jugak dapat petik-petik strawberry memandangkan tak pernah g strawberry farm yang kat Cameron tu kan. alahai siann anne kan. ok nak bgtaw itu je. bai~ 



Wordless Wednesday





insyaAllah inilah bakal keluarga baru aku. En Tunang, bakal mak mertua, bakal ayah mertua, dan bakal adik ipar. 

insyaAllah aku akan sayang mereka semua seperti mana aku sayang keluarga aku sendiri. doakan yang terbaik untuk kami. aminn :)

Tuesday, September 04, 2012

Movie : Chernobyl Diaries


Tak sangka cerita epic @ Tragedi Chernobyl ni difilemkan! Aku ada banyak share pasal tragedy ni kat blog. korang boleh refer sini, sini, dan sini. Sangat teruja nak tengok cerita ni. Sumpah! Even cerita ni diubah sikit macam cerita Paranormal Activity a.k.a cerita hantu, aku nak tengok jugak. Read as aku tak suka citer hantu pun selama ni. Buat diri aku tak tenteram bila duk umah sorang-sorang. haha. cerita Chernobyl Diaries ni mula ditayangkan pada 6 September ni di pawagam di seluruh Malaysia. 





Daripada trailer Chernobyl Diaries yang aku tengok. Kebanyakan lokasi cerita ni memang dibuat di Pripyat, Ukraine lokasi sebenar Tragedi Chernobyl April 1986. Memang gerun bila tengok bangunan-bangunan lama dalam cerita ni. Bangunan tu memang wujud hingga sekarang kesan daripada kebocoran reaktor di Pusat Janaan Kuasa Nuklear Chernobyl yang mana memberi kesan radioaktif kepada persekitaran termasuk kepada manusia sendiri. Takmolah cerita banyak. Aku sendiri pun belum tengok cerita ni. haha. 

jomlah kita tengok sesame :)

Wedding Countdown


12 hari lagi sebelum majlis penyatuan dua hati antara :

Noraini Md Amin 
Abdul Hakim Abdul Rahim

pada
16 September 2012 bersamaan 29 Syawal 1433H

semoga dipermudahkan segala urusan. aminn. 

Monday, September 03, 2012

Homemade Steamboat


Sempena kedatangan Syawal dan Cuti 31 Ogos Jumaat lepas, aku mengajak dak-dak umah untuk buat makan-makan sikit. Bukan jemput jiran tetangga pun, cuma kami berlima saje. Kami masak dan kami juga yang makan. Nak jemput orang luar takut over budget pulak. So niat di hati kupendam jauh-jauh. Heh. Tak masak banyak pun. Cuma buat steamboat and koktail sebagai minuman. 

Makan-makan start lepas Isya’ sebab nak buat tengahari macam tak sesuai je makan steamoat kan. ni semua idea Cik Nurul kite. Dia sangat suka steamboat katenya. Idea menggunakan periuk nasi sebagai periuk steamboat pun dari dia jugak. takyahlah citer banyak. 

Jom layan gambar. Zasssss. 

ketam, tauhu, sosej, fish ball, cendawan, dll

udang, sotong, kangkung, dll

ni dia periuk nasi cap National multipurpose.


till then, bai. selamat menjamu mata. hehe

Cerita Raya


Dah 2 minggu Syawal baru aku bernafsu nak update blog. mebi antara sebab aku malas nak hapdate blog adalah aku dah tukar template layout ni. Agak boring aku tengok sampai nak update blog pun malas. Tulah gatal2 tangan sangat kan tukar itu ini. now dah malas nak godek-godek tukar layout. feninn. fine!

Ok, cerita raya. Tak banyak pun. Cuma ada gambar je. Raya tahun ni agak sibuk sebab sibuk beraya ke rumah kawan-kawan dan saudara-mara atas urusan menghantar kad jemputan. untuk korang, nanti aku upload ye. Masa dah semakin suntuk ni. Hehe.  

abah memang tak suka amek gambo. kiki

cuba teka aku yang mana?

Apa yang aku dapat rumuskan untuk Syawal 1433H adalah kehadiran kanak-kanak kecil yang cumil-cumil. Itu jelah yang aku perasan. Gambar family xde sebab abah tak suka amek gambar. Gambar gedik-gedik banyak tapi toksahlah upload kat sini. Nanti korang muntah. Ni aku share gambar yang tak bape nak gedik. hehe

mereka memang sangat comel! 

oklah sampai sini dulu. nanti nak update pasal homemade steamboat pulak. tunggu taw..dada

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...